Tentu pernah terjadi halia yang dibeli berbaki dan kadang kala tidak sempat digunakan, tahu-tahu sudah rosak pula dek kerana terlalu lama tersimpan di dalam peti sejuk. Alangkah ruginya jika difikirkan. Sebaiknya, apa kata sebelum halia yang dibeli membusuk, dicadangkan di tanam sepasu dua. Setidak-tidaknya boleh dijadikan semaian yang boleh dituai di masa akan datang.

Namun, menanam pokok bukanlah semua mahir dan tahu caranya. Oleh itu, di sini dikongsikan cara menanam halia yang dikongsikan oleh Irma Sheky semoga dapat memberi idea untuk yang belum pernah menanam halia. Jom semak caranya.

CARA SAYA TANAM HALIA DALAM PASU

* Bila tunjuk hasil halia tanaman dalam pasu pastu ada sahabat-sahabat yang minta share tanam camana, ok gini cara saya buat.
Sambil-sambil tu doakan saya sihat dari sakit otot saraf & vertigo yer…

IKLAN

CARA-CARANYA :
* Cari halia jenis besar baru dapat hasil besar kalau tanam halia kecil, biasa jenuh ler nak tunggu dapat hasil besar huhuuu…
– Sediakan 1 pasu besar DIY ( yang muat 5 – 6 beg tanah tu ) & isikan 4 beg tanah 3 in 1 beli di nurseri atau campur separuh tanah hitam kat kg tu..

** Saya beli di Kota Bharu tanah ni 4 beg dapat rm10
– Beli halia tua, keratkan jadi lebih kurang 3 inci panjang dan tanam sedalam 1/2 jengkal dari tinggi tanah. Jadikan dua tongkol / ketul rizom halia untuk 1 pasu besar DIY & dijarakkan 1 jengkal antara kedua-duanya. Tanamkan secara 'terbaring' / 'terlentang' supaya lebih banyak keluar tunas.
– Siramkan 2x sehari (pastikan tanah dan bertakung air yer) sampai naik daunnya lebih kurang 2 kaki kemudian baru tambah refill 1 beg lagi tanah dan penuhkan dalam pasu tu..
Tanam Halia Dalam Pasu Pun Hasilnya Puas Hati, Begini Cara Perlu Buat!

** Ni cara saya supaya daunnya cepat naik meninggi.
– Bila dah umur 3 bulan boleh kurangkan siraman kepada 1 kali sehari, asalkan daunnya tidak kering.

IKLAN

** Selama duk siram tu boleh guna air basuhan ikan, air basuhan beras, kulit bawang (apa-apa bawang boleh yer), kulit telur kering, nasi dingin atau tanamkan perut ikan. Paling kerap guna baja sisa dapur ni dalam 2 kali seminggu je yer..
– Setelah pasu dah penuh dengan batang dan daun halia jika ia berbunga, pastikan bunganya dari warna hijau bertukar kepada merah baru sesuai untuk gali tapi jika untuk buat baka tunggu sampai daun-daunnya banyak mati baru gali, InsyaAllah dah terbaik untuk buat induk.. Sekian cerita berdasarkan tanaman sendiri..

** Boleh juga guna baja singa kuda dan lain lain lagi ikut saranan yang pakar..
** Atas tanah biasa 6 – 8 bulan dah boleh tuai sebab mudah digembur, tapi dalam pasu gini gembur sikit-sikit boleh laa.. jadi biasa dalam 10 bulan baru gali barulah dapat hasil puashati kann..

IKLAN

https://www.facebook.com/irma.sheky/videos/10157911848603112/

Sekian… Terima Kasih

sumber : Irma Sheky via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI