Tanam Keledek Lebih Mudah Cara Begini. Boleh Cuba Untuk Yang Belum Tahu!

Share

Apa kata kali ini kita membuat eksperimen menyemai ubi keledek daripada ubinya untuk memberi pengalaman buat yang pertama kali mencuba bercucuk tanam.

Menariknya dengan kaedah ini, dikatakan lebih mudah dan bolehlah dicuba sebagaimana yang dikongsikan oleh Lebai Kudin. Jom semak.

Semaian Keledek Melalui Ubinya


1. Potong ubi keledek anggaran 1-2 cm.


2. Susun dalam besen yang diisi tanah.


3. Isikan selapis tanah untuk menutup keratan ubi keledek.
4. Siram basahkan keseluruhan tanah. Pastikan air tidak bertakung.


5. Labelkan dan simpan di tempat teduh.


6. Selepas 15 ke 20 hari, anak keledek sudah boleh dipindahkan ke tapak penanaman.

Selamat mencuba.

sumber :Lebai Kudin

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club 

IKLAN