Diakui hanya segelintir sahaja di atara kita yang dapat melanjutkan pelajaran hingga keperingkat PhD. Bahkan ada juga yang terkandas di tengah jalan. Nyata ia bukannya mudah, perlu pengorbanan dan usaha berganda berbeza daripada apa yang telah dilalui di peringkat ijazah mahupun master.
Jadi tentunya bila berjaya menamatkan pengajian dengan dianugerahkan PhD, itu adalah suatu perkara yang cukup membanggakan. Bukan sahaja untuk diri sendiri malah ibu ayah juga tumpang gembira dan bangga.
Begitulah kegembiraan yang ingin diterjemahkan oleh ibu kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman bila mana anaknya telah membuktikan meskipun sibuk namun akhirnya berjaya memperolehi Ijazah Dortor Falsafah daripada universiti Asia e University (AeU) yang merupakan universiti swasta bertaraf global.
Meninjau di Instagram @azizanosman_official turut ada berkongsi video menzahirkan rasa gembira dengan mendapat hadiah jambangan bunga daripada ibu tercinta. Dapat dilihat anak beranak ini berbalas pelukan dan ketawa riang tanda gembira.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang tumpang gembira dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan mendapatkan PhD.
Manakala memetik berita di Astro Awani, difahamkan Datuk Wira Dr Azizan Osman mencari jalan bagi menyediakan dirinya untuk sentiasa ke hadapan dalam memikul tanggungjawab yang lebih besar.
Mentor usahawan itu, mengorbankan masa dan tenaganya untuk mendapatkan ilmu, strategi dan kajian terkini agar memberikan kelebihan persaingan buat usahawan di bawah bimbingannya.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), Radz Mohd berkata, beliau merupakan role-model kepada warga syarikat dan semua anak didik bimbingannya bila mana tidak pernah berhenti mencari ilmu-ilmu baharu walaupun sudah terbukti kepakarannya membimbing usahawan.
Katanya, Azizan bukan hanya pergi belajar malah mengolah dan lakukan tindakan bagi membuktikan keberhasilan perkara yang dipelajari.
“Bayangkan meskipun ketika musim sambutan Hari Raya Aidilfitri sebelum ini, beliau sanggup meninggalkan tanah air untuk menuntut ilmu.
“Azizan bukan saja cakap malah melakukan apa yang disebut kepada ramai bangsa usahawan di luar sana,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi konvokesyen Asia e University (AeU) yang merupakan university swasta bertaraf global dengan Akreditasi MQA bagi ijazah doktor falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan sejak 2010 di World Trade Centre Kuala Lumpur pada Sabtu.
Untuk ijazah doktor falsafah itu, Azizan telah menyediakan tesis Effect of Business Coaching on Growth and Performance and The Moderating Role of Competitive Advantage in Small Medium Enterprises in Malaysia.
Terdahulu, beliau telah menduduki peperiksaan bagi Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan lulus pada April lalu.
Tambah Radz, selain membimbing secara dekat sekitar 300 usahawan jutawan di RichWorks, Azizan kini mempunyai tanggungjawab besar apabila dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Managepay Systems Bhd. (MPay) sebagai Pengarah Bukan Bebas.
Dalam pada itu, Azizan ketika ditemui memberitahu, beliau sangat bersyukur dengan pengiktirafan yang diterima semalam.
“Matlamat saya untuk mempersiapkan diri agar dapat terus memberikan nilai dan panduan berkesan buat bangsa usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam dan luar negara.
“Pengiktirafan dan kelulusan pendidikan yang diterima bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi untuk diberikan kembali kepada orang ramai terutama usahawan dan organisasi,” tegasnya.
Azizan berkata, beliau bersama RichWorks juga sudah 15 tahun dalam membimbing usahawan dan ia merupakan passion dirinya untuk melihat transformasi dan metamorfosis seseorang usahawan.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau menggoreng bihun atau mi, pasti ada yang akan memasukkan tauhu di dalamnya. Malah sekarang ramai yang gemarkan tauhu sumbat yang dicicah bersama sambal kicap serta ditambah sedikit potongan cili padu. Memang perghhh rasanya.
Biasanya kita akan membelinya tapi sebenarnya ramai tak tahu untuk menyediakannya sendiri adalah cukup mudah. Malah, jika ibu-ibu buat sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, banyak yang anda boleh dapat tauhu.
Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Mimi Ly.
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang soya – direndam semalaman
10 sudu besar cuka makan – cuka boleh diganti dengan GDL. Fungsinya sama iaitu untuk membekukan soya
2 helai kain bersih – boleh guna kain lampin baru atau kain lain yang bersesuaian
2 buah bekas penapis – sama besar
CARA MEMASAK:
1. Kisar kacang soya dengan air dengan nisbah 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Kisar sekali sahaja.
2. Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang telah dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis. Hampas soya perlu dibuang.
3. Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar. Kacau sentiasa hingga keluar bau soya dan berasap-asap. Semasa proses ini, teruskan kacau kerana tak nak bagi soya pecah. Setelah 5 minit, baru padamkan api. Tunggu 5 minit lagi supaya suam sedikit.
4. Tapis soya sekali lagi. Ia bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada serta menjadikan tauhu cantik dan lembut.
5. Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan 5 minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi ketulan-ketulan. Anggaran masa dalam 15-20 minit.
6. Selain cuka, boleh juga menggunakan GDL ( serbuk tao fa). Ia boleh dibeli di kedai bakeri. Nisbahnya ialah 30gm GDL dilarutkan dengan 60gm air suam. Kemudian campurkan ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi.
Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin. Di bawah tapis beralas diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.
7. Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok.
8. Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.
9. Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.
Nota:
Jika guna kain lampin, pilih kain lampin yang belum digunakan lagi (baru).
Untuk agen pembeku, pilih salah satu sahaja sama ada mahu guna cuka atau GDL. Jangan guna kedua-duanya sekaligus.
Untuk tauhu lebih tahan lama, masukkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu.
Puasa yang masih berbaki beberapa hari lagi buat ibu-ibu makin sibuk dengan persiapan menyambut lebaran. Selain menguruskan soal pakaian baru, menyediakan kelengkapan untuk sajian juadah raya juga antara yang menjadi keutamaan kita.
Menyediakan Kuah Kacang antara menu wajib di pagi raya. Pun begitu menyediakan kuah kacang ini sedikit renyah. Maklumlah terpaksa menggoreng kacang tanah, membuang segala kulitnya dan kemudian barulah ditumis hingga masak.
Menggoreng kuah kacang adakalanya terhangus dengan mudahnya. Sebenarnya ada cara yang paling berkesan untuk mengelakkan kacang tanah daripada hangus.
Jadi macam mana nak masak kacang tanah dan nak pastikan ia tak hangus? Kena cuba petua ini.
Caranya:
1. Tuang minyak ke dalam kuali dan terus sahaja masukkan kacang tanah.
2. Tidak perlu menunggu sehingga minyaknya panas.
3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.
4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!
Selain itu, sebagai persediaan raya pastinya juadah Kuah Kacang bersama Nasi Impit menjadi menu istimewa dan wajib ada. Anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.
Begitu juga ketika memasak Sambal Bilis Kacang, pastikan kacang digoreng dalam kaedah yang sama tanpa memanaskan minyaknya terlebih dahulu. Asingkan kacang hingga sejuk kemudian barulah dimasukkan bersama ikan bilis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.