Kalau ikutkan banyak jenis tanaman yang boleh kita tanam untuk tujuan digunakan dalam masakan harian. Umpamanya menanam pokok cili, pandan, daun sup, daun bawang, pokok kari, pokok kesum dan banyak lagi kalau ingin disenaraikan.

Senang cakap, jika kita menanam sendiri pokok-pokok ini banyak kebaikannya. Apa tidaknya, setiap kali hendak masak kita hanya perlu petik sahaja di laman, tidak perlu lagi membeli di pasar tani atau sebagainya. Jimat pun jimat!

Pun begitu, andai tinggal di kedaiman yang mempunyai laman pasti boleh sahaja hendak menanam pokok-pokok tersebut. Namun bagaimana pula sekiranya tinggal di rumah seperti apartment, pangsapuri mahu pun kondominium? Bagaimana caranya untuk dapat menanam pokok-pokok tersebut?

Perkongsian pengalaman menanam kesum daripada Cik Pooja ini yang juga mendiami rumah jenis bertingkat, diharapkan dapat memberi idea untuk ibu-ibu yang lainnya  turut bercucuk tanam. Jom semak perkongsianya itu.


Ni lah cara cikpooja tanam kesum baldi di balkoni. Cikpooja guna cara atau kaedah ini untuk mengelakkan air bertakung dan jentik-jentik ye. Cikpooja budak baru belajar (Pada yang sudah pakar, abaikan post ni. Post ni hanya untuk yang baru nak belajar tanam kesum)

Tanam Kesum Di Balkoni Pun Boleh Hidup Subur. Ibu Ni Kongsi Cara Mudah Untuk Yang Baru Cuba-cuba Nak Menanam!

 

InsyaAllah, ikut langkah-langkahnya, bagi baja cukup, maka pokok akan membesar dengan jayanya.

Step 1:

Tanam Kesum Di Balkoni Pun Boleh Hidup Subur. Ibu Ni Kongsi Cara Mudah Untuk Yang Baru Cuba-cuba Nak Menanam!
Kita perlukan
*pasu berisi tanah(tanah lembap ye)
*baldi berisi air(air tu agak-agak tenggelam separuh bontot pasu ye)
*keratan pucuk kesum

Nota kaki: Pasu dan baldi kena sepadan (agak-agak pasu boleh masuk dalam baldi la ye)

 

IKLAN
Tanam Kesum Di Balkoni Pun Boleh Hidup Subur. Ibu Ni Kongsi Cara Mudah Untuk Yang Baru Cuba-cuba Nak Menanam!
Ukuran keratan pucuk kesum agak-agak panjang begini

Ini keratan pucuk kesum. Carilah keratan yang agak-agak bila tanam tu ada harapan untuk hidup. Jangan beli yang layud an lembek.

Kemudian buang daun-daun yang pada keratan pucuk tu ye.

Tinggalkan 3,4 helai sahaja di hujung pucuk itu.

Tanam Kesum Di Balkoni Pun Boleh Hidup Subur. Ibu Ni Kongsi Cara Mudah Untuk Yang Baru Cuba-cuba Nak Menanam!

Nota kaki: Kalau boleh, cari keratan kesum yang sebiji cam dalam gambar tu ye.
Kalau batang kesum putih-puith gebu tu.Tak payah la tanam, confirm tidak hidup. 

 

Step 2:

Tanam Kesum Di Balkoni Pun Boleh Hidup Subur. Ibu Ni Kongsi Cara Mudah Untuk Yang Baru Cuba-cuba Nak Menanam!

IKLAN

Masukkan pasu berisi tanah ke dalam baldi berisi air. Kemudian cucuk jari telunjuk ke dalam tanah untuk buat lubang supaya bila kita cucuk keratan kesum tadi dia tidak patah (kedalaman lubang anggaran 2inci)

Tanam Kesum Di Balkoni Pun Boleh Hidup Subur. Ibu Ni Kongsi Cara Mudah Untuk Yang Baru Cuba-cuba Nak Menanam! Tanam Kesum Di Balkoni Pun Boleh Hidup Subur. Ibu Ni Kongsi Cara Mudah Untuk Yang Baru Cuba-cuba Nak Menanam! Tanam Kesum Di Balkoni Pun Boleh Hidup Subur. Ibu Ni Kongsi Cara Mudah Untuk Yang Baru Cuba-cuba Nak Menanam!

 

Step 3:
Cucuk dan letakkan keratan kesum tadi ke dalam lubang yang dibuat. Tanam kemas-kemas dan bacalah bismillahirrahmanirrahim. Niat dalam hati supaya Allah bagi pokok yang kita tanam tu hidup dengan jayanya(semua tu kan dengan izinnya)

Tanam Kesum Di Balkoni Pun Boleh Hidup Subur. Ibu Ni Kongsi Cara Mudah Untuk Yang Baru Cuba-cuba Nak Menanam!

*Okey. Siap dah tanam

Ekstra Tip 
1. Masa mula-mula tanam ni letakkan pasu  ditempat redup tapi ada cahaya supaya pokok tak kecut layu dan dapat cahaya yang dikehendaki.

IKLAN

2. Bila sudah nampak hidup dan keluar pucuk baru, alihkan kesum ke tempat yang ada cahaya matahari

3. Hari-hari tengok-tengoklah tanaman, kalau nampak tanah macam kering, siramlah. h

4. Bila sudah hidup dengan cantik, bolehlah topup kan air dalam baldi tu dengan larutan bancuhan baja AB (cikpooja topup 2 minggu sekali)

Kenapa air biasa  tidak boleh?
Hrmmmmmmmm..bukan tidak boleh. Tapi jangka hayat hidup pokok kesum kemungkinan tak lama sebab kadang-kadang batang dan akarnya akan mati macam tu saja. Tengah hidup subur dengan jayanya, tiba-tiba layu dan mati(mesti masa ni kome rasa down)…itu sebenarnya tidak ada sokongan dan support dari baja sebenarnya(cikpooja cakap berdasarkan pengalaman)

Tanam Kesum Di Balkoni Pun Boleh Hidup Subur. Ibu Ni Kongsi Cara Mudah Untuk Yang Baru Cuba-cuba Nak Menanam!

Ni hasil yang cikpooja tanam sudah 3 bulan. Dah banyak kali dok tuai buat laksa la,asam pedas la..Hehehehe..cikpooja sebut je pon..xyah nak kecur liur sgt lah.

*nota kaki: untuk dapatkan hasil pokok-pokok cun macam pokok cikpooja tuh. Cari la baja AB yang dapat membantu pokok tanaman hidup dengan lebih jayanya. Tak mahal pon, ada dijual dipasar-pasar tani atau boleh beli online sahaja. Cikpooja beli online je, satu set baja AB(kering) rm35 je. Nanti kita bancuh sendiri ikut perincian bancuhan yang di ajar.
Tanam pokok apapun mesti kena ada baja.

Bila dah hidup subur, dedahkan pokok kesum pada tempat yang kena cahaya matahari ye. Sebab kesum suka cahaya. Cikpooja letak betul-betul atas bucu balkoni.

Selamat mencuba

 

sumber : Cik Pooja

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI