cbb03d97-01e6-4441-9f4f-a64f2190b98d

Isu bahaya gajet kepada kanak-kanak sering dperkatakan dan diberi pendedahan kepada golongan ibu bapa. Namun ada segelintir masih belum bertindak sewajarnya.
Nak tahu lanjut, ikuti kupasan Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr. Bustam Kamri bagi membincangkan permasalahan ini.

“Ibu, hendak main telefon,” anak kecil berusia 3 tahun merengek dalam kereta semasa ibunya memandu. Ibunya tidak melayan permintaan anaknya. “Ibu, telafon,” kali ini nada suara anaknya lebih tinggi mendesak ibunya. Tanpa berfikir panjang terus memberikan telefon pintar kepada anaknya. Terasa lapang kerana anaknya tidak mengganggu ketika memandu di jalanraya yang sibuk. Selesai masalah dari gangguan anaknya yang begitu asyik menumpukan skren telefon pintar.
Situasi anak-anak kecil menggunakan telefon pintar dan skrin tablet menjadi kebiasaan sama ada di rumah, di pusat membeli belah dan di mana sahaja. Pada masa kini gajet seperti telefon pintar dan skrin tablet adalah gajet yang terbaik untuk membuat kanak-kanak sibuk dan duduk diam. Terutama pada ibu bapa yang sibuk untuk memberi tumpuan kepada kerja-kerja lebih mendesak daripada memberi tumpuan pada anak-anak mereka.

Ini Kesannya Gajet Pada Kanak-Kanak. Tujuh Impak Yang Ibu Bapa Kena Alert!
Malahan gajet ini juga boleh menjadi alat sogokan yang terbaik. ibu bapa boleh menggunakannya untuk jadikan anaknya menjadi berkelakuan baik dan duduk diam dalam kenderaan. Anak-anak kecil tidak mengganggu ibu yang sedang membuat kerja mengemas rumah. Semasa di pasaraya akan kelihatan kanak-kanak sibuk menumpukan perhatian pada telefon pintar tanpa mengganggu ibu bapa yang sibuk membeli belah.

Sesetengah pakar keibubapaan mengganggap menggunakan skrin tablet sebagai sogokan atau daya tarikan seperti pertukaran barang dagangan. Anak-anak tidak mengganggu jika diberikan gajet dan ibu bapa dapat menyelesaikan masalah anaknya dari daripada diganggu.
Pakar keibubapaan dan ahli psikologi bimbang tentang kesan iPad, iPhone, Android dan gajet lain menggunakan skren sentuh pada kanak-kanak bawah 3 tahun. Apabila permainan video diperkenalkan pakar-pakar bimbang akan menjadikan kanak-kanak ganas. Sebelumnya TV juga pernah dipersalahkan kerana memberi kesan penglihatan kepada kanak-kanak.
Oleh kerana telefon pintar dan tablet masih baru, penyelidikan perubatan belum mendapat data-data untuk menjelaskan dan menjadikan pegangan dalam isu ini. Walau bagaimana pun kajian sains sosial dan psikologi kanak-kanak telah menjalankan kajian terhadap kesan penggunaan telefon pintar dan skrin tablet.

7 kesan buruk kepada kanak-kanak
Tanpa disedari terdapat kesan buruk kepada kanak-kanak yang menggunakan telefon pintar dan skrin tablet belebihan. Kesannya buruk ini berdasarkan penyelidikan awal dan pandangan para pendidikan kanak-kanak.

IKLAN

INI KESANNYA

1.Halang perkembangan otak
Pasa awal tahun kelahiran, otak kanak-kanak berkembang secara berterusan. Cara yang terbaik kanak-kanak kecil belajar dengan berinteraksi dengan orang bukan melalui skren. Sewaktu menggunakan skrin kepala kanak-kanak tunduk dan tidak langsung ada perhubungan dan kontek mata dengan orang lain. Keadaan ini akan membahayakan otak yang sedang berkembang.

2. Tiada interaksi
Jika terlalu asyik menggunakan skrin akan menghalang kanak-kanak berusia 2 tahun atau 3 tahun berinteraksi dengan ibu bapa, adik beradik dan kanak-kanak lain. Secara tidak langsung menghalang perkembangan bahasa, sosial dan emosi. Hal ini juga memberi kesan kepada kanak-kanak terhadap perkembangan pandangan, empati, cara mengenali diri dan perhubungan sosial.

IKLAN

3.Tidak aktif dengan aktiviti fizikal
Manakala kanak-kanak tatih sepatutnya perlu aktif fizikalnya dan kanak-kanak ini juga perlu meneroka persekitarannya. Sebaliknya kesan penggunaan gajet telefon pintar dan skrin tablet kanak-kanak berubah duduk diam asyik dengan gajet dan mendapatkan hampir semua ransangan daripada skrin. Kesannya pergerakan fizikal kanak-kanak tidak digunakan sepenuhnya dan mengganggu perkembangan motor kanak-kanak.

Ini Kesannya Gajet Pada Kanak-Kanak. Tujuh Impak Yang Ibu Bapa Kena Alert!

4. Ganggu perkembangan anggota badan
Ransangan daripada skrin ini tidak membina perkembangan anggota tubuh menerusi permainan yang menggunakan fizikal. Oleh sebab itu American Academy of Pediatric (AAP) tidak menyarankan penggunaan skren pada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

IKLAN

5. Jejas perkembangan pembelajaran
Penggunaan yang kerap boleh menggangu perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Malah terdapat kajian menyatakan bayi dan kanak-kanak tatih lebih baik pembelajarannya menggunakan alatan yang diboleh sentuh dan pegang berbanding dengan melihat atas skrin. Konsep penerokaan tiga dimensi adalah lebih baik daripada dua dimensi untuk menggalakkan perkembangan kognitif.

6. Kefahaman terjejas
Kajian juga menunjukkan kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun di mana ibu bapanya membacakan buku kepada kanak-kanak peringkat umur ini dengan menggunakan buku eletronik mendapat skor rendah dalam kefahaman membaca berbanding ibu bapa yang menggunakan buku sebenar. Sebahagian besar sebab buku eletronik di skrin didapati gangguan bunyi loceng dan bunyi-bunyi lain daripada buku dalam peranti. Kanak-kanak dan ibu bapa terganggu daripada kesan bunyi yang dikeluarkan daripada memberi tumpuan sepenuhnya pada buku. Kajian lain menunjukkan kanak-kanak 2 tahun lebih cepat belajar perkataan menerusi interaktif berbanding cara pasif di skrin.

7. Kurang selera makan
Para doktor juga turut merasa bimbang jika terlalu terdedah dengan skrin boleh memberi kesan pada masa penumpuan dan kawalan selera makan. Keadaan ini terjadi ekoran terlalu lama pengunaan gajet.
Apa yang pasti, boleh dikatakan telefon pintar dan tablet telah mengambilalih semua aktiviti. Kanak-kanak yang sudah besar sepatutnya menggunakan masa yang lebih dengan aktiviti luar, membaca, menggunakan masa untuk hobi atau menggunakan imaginasi dengan permainan bebas.

Semoga bermanfaat.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI