MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
Ads
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon, Lisdawati berkongsi kegembiraan dan menitipkan rasa syukur selepas anak ketiganya yang juga merupakan model muslimah, Hanna Faresha telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya pada tanggal 12 Disember lalu.
Memuatnaik berita tersebut di laman Instagramnya, isteri kesayangan Fauzi Nawawi ini turut mendoakan semoga bahtera perkahwinan anaknya itu bersama pasangannya yang dikenali sebagai Afiq akan kekal hingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah selesai sudah acara majlis pernikahan dan sanding anak ke 3. Semoga Allah swt merahmati korang berdua. Bahagia hingga akhir hayat.
“Terima kasih kepada semua pihak yg terlibat menjayakan majlis ini. Maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung.
Lisdawati dalam pada itu turut memohon maaf kepada mereka yang tidak mendapat undangan memandangkan majlis tersebut diadakan secara patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengelak covid-19.
“Maaf juga kepada Mereka yg tak dpt kami jemput atas sbb2 SOP yg terhad. Terima kasih juga kepada pihak besan dan seluruh ahli keluarga yg dtg dr jauh. ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Pasangan dua merpati sejoli ini dilihat sama cantik sama padan mengenakan persalinan rona putih beserta songket hasil sentuhan pereka Shanell Harun.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut pelakon ini menitipkan ucapan tahniah buat pengantin baru. Tak kurang yang kagum dengan Lisdawati yang tetap awet muda dan wajah tak dimamah usia.
ifatifah_ Kak lis umur berapa ni.. Kenapa muka muda je tapi anak ke tiga pun dah besar ni…. 😍😍… Tahniah kak lis…barakallah untuk pengantin dan suaminya
shafiraemyzaTahniah kak lisda n abg fauzi terima ahli baru dlm family. Semoga perkahwinan mereka dilimpahi kasih syg allah 🤲🏼
cikguiqa_tasneeemMasyaAllah Tabarakallah… kedua-dua pasangan sama cantik sama lawa..semoga istana yg dibina berkekalan hingga ke syurga Allah
fttyttnAlhamdulillah…syukur ….Tahniah …bertambah ahli keluarga…
Dalam diam-diam pelakon, Ezzaty Abdullah kini sedang hamil anak kedua. Berita tersebut dikongsikan sendiri suaminya, Azwan Kombos yang melahirkan rasa syukur selepas memaklumkan keluarga kecil mereka bakal bertambah tidak lama lagi.
Khabar gembira itu dimuatnaik sendiri bapa kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menurut Azwan atau nama sebenarnya, Mohamad Al-Azwan Kombos, kandungan isterinya itu kini dilaporkan telah pun menginjak usia lapan bulan.
Akui Azwan, mereka tidak berniat menyembunyikan berita kehamilan tersebut, namun, tiada masa yang sesuai untuk berkongsikan berita tersebut.
“Dah lama nak share berita gembira ni, tapi disebabkan aktiviti dan kehidupan seharian kami, macam rasa tak sempat-sempat nak fikir masa yg sesuai,” tulisnya.
Azwan turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga isteri serta kandungannya akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Jadi hari ini saya dengan rasa gembiranya nak share my wife is happily 8th month pregnant. Doakan yang terbaik buat baby dalam kandungan ya,” ujarnya lagi.
Turut berkongsi berita tersebut Ezzaty menerusi akaun Instagramnya. Dalam perkongsian tersebut, dia mengakui teruja apabila bakal bertambah ahli keluarga tidak lama lagi.
“Next month bertambah bilangan keluarga kami InsyaAllah,” ungkap Ezzaty.
Kucing atau si bulus memang merupakan haiwan kesayangan ramai. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk memiliki si bulus yang berbaka cantik. Ada juga daripada pemberian kenalan dan dijumpai di jalanan.
Sebagaimana perkongsian oleh Irma Murni yang memilih memelihara kucing jalanan atas dasar simpatinya.
Menurutnya kucing itu menpunyai sikap yang sangat baik walaupun hanya kucing jalanan.
Malah siapa sangka setelah 3 bulan menjaganya, kucingnya buat kejutan apabila mula memasuki tandas untuk melepaskan ‘hajatnya’.
Malah kecerdikkan kucing yang dikenali ‘Ateh’ ini mendapat pujian dikalangan netizen dari group Kelab Pencinta Kucing Malaysia. Serta mendapat reaksi like lebih 8K.
Ikuti perkongsian ini.
Dia cuma kucing jalanan yang ikut sapa saja naik lif dan keluar dari lif terutamanya bila bertembung dengan siapa siapa yang baru balik dari kerja ke, pasar ke.,
Hingga ada yang berkata, “dia ni main ikut saja sapa yg dia suka., kucing murahan.,”
Sedih hati dengar kata kata sinis serta pandangan orang keliling yang selalu terserempak dengan dia.
Maka nya saya ambil dan jaga dia sampailah dia montel dan gebus..
SI BULUS YANG DENGAR CAKAP
Dalam masa 3 bulan Ateh duduk dengan Umi,
Ateh dah jadi budak yang pandai dan mendegar kata., Ateh tidak cakar sofa, tak panjat atas meja makan, tak berak merata melainkan kat luar rumah yang ada tanah atau pasir.
ATEH MASUK TANDAS…
Ateh sangat behave sehinggalah pada satu hari….
Terjengok jengok dia kat bilik air., tiba tiba hilang dari pandangan.., pelan pelan Umi nyorok tepi dinding nak intai apa Ateh buat dalam tandas.. sekali dengar macam tengah panjat mangkuk tandas., bila tengok … Ya Allah!..Ateh tengah feel membuang….. Sayanggg Ateh.
Umi minta maaf rakam muka Ateh yang penuh ekspresi. Terima kasih ya Ateh Shayang
KOMEN NETIZEN
Sumber: Irma Murni
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.