Seseorang itu dikatakan mengidap penyakit tekanan darah tinggi apabila bacaan tekanan darah sistolik >140 atau diastolik > 90, (>140/90).

Pun begitu bila salah satu bacaan tekanan darah sama ada (sistolik dan diastolik)  tinggi secara berterusan, ada baiknya segera dapatkan rawatan pemeriksaan doktor agar ada pemantauan. Bila doktor arahkan makan, dapatlah kawal tekanan darah tinggi tersebut.

Namun jika tidak diambil berat, bimbang pula akan menyebabkan berlakunya perkara yang lebih serius pada kesihatan tubuh badan kita.

Suami Saya Dulu Tidak Makan Ubat Darah Tinggi 2-3 Minggu Sahaja. Terus Pecah Pembuluh Darah Dalam Otaknya!

Berkongsi pengalaman daripada seorang isteri yang telah sekian lama menjaga suaminya yang strok, bolehlah dijadikan panduan dan peringatan andai ada ahli keluarga yang ada penyakit darah tinggi agar jangan pernah mengambil ringan bab pengambilan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor.

Ini perkongsiannya.

Saya sampai tidak boleh ingat sudah berapa lama bacaan tekanan darah Idzwan dapat cantik begini.

Suami Saya Dulu Tidak Makan Ubat Darah Tinggi 2-3 Minggu Sahaja. Terus Pecah Pembuluh Darah Dalam Otaknya!

IKLAN

Lebih kurang setahun selepas strok dulu, tekanan darah dia sudah elok sungguh, tapi ada doktor yang tukarkan semula kombinasi ubatnya kerana ubat darah tinggi dia terlalu banyak waktu itu, kata doktor. Jadi doktor cuba kombinasi ubat yang lain. Tetapi tekanan darahnya jadi haru biru.

Selepas elok semula, doktor terpaksa tukarkan lagi sebab ada ujian darah khusus yang perlu dibuat. Jadi ada ubat yang kena ‘flush’ keluar dulu, dan doktor gantikan ubat lain. Sampai ke kecemasan jugalah sebab tekanan darah naik tinggi sangat.

Ubat darah tinggi ada bermacam jenis. Ada banyak kelas dan kategori, dan setiap kelas itu pula ada berderet deret lagi jenis-jenisnya. Hanya doktor yang boleh beri preskripsi ubat-ubat ini kerana mereka tahu kombinasi yang sesuai.

Kena ikut arahan ahli farmasi juga tentang pengambilan ubat, berapa dos dan frekuensi yang ditetapkan. Tidak boleh pandai-pandai ambil sendiri atau berhentikan sendiri.

IKLAN

Jika ada ahli keluarga anda yang sudah diarahkan makan ubat darah tinggi, pastikan mereka makan ikut arahan doktor. Risiko darah tinggi tidak terkawal antaranya ialah strok pendarahan (pembuluh darah dalam otak pecah), seperti yang dialami suami saya. Bukan strok mild-mild (jenis darah beku tersumbat) ini ya. Ia strok yang major, menyebabkan fungsi otak terjejas sebab kecederaan otak yang teruk.

Buah pinggang juga akan rosak jika darah tinggi tidak dikawal.

Jangan dengar orang cakap – “Kalau makan banyak ubat darah tinggi, nanti buah pinggang kau rosak!”

Itu salah.

IKLAN

Kalau tak makan ubat darah tinggilah buah pinggang akan rosak ya tuan puan. Saya pun belajar hal ini bila Idzwan sudah terlantar sakit.

Suami-isteri-mak-ayah atau sesiapa sahaja yang sudah kena makan ubat darah tinggi, tolong ya. Jangan skip makan ubat hospital. Jangan EGO atau ‘deny’ kata diri kita sakit dan perlu makan ubat. Bukan senang nanti jalan ceritanya kalau sudah sakit kronik.

Suami saya dulu tidak makan ubat darah tinggi dia 2-3 minggu sahaja. Terus pecah pembuluh darah dalam otaknya.

Belajarlah dari pengalaman kami dan orang lain. Sayangi diri sendiri dan keluarga anda.

Sekian.

Kak Odah Anderson
Kongsi Pengalaman, Kongsi Ilmu

sumber : Raudzah Arippin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI