Betik antara buah-buahan yang menjadi kegemaran semua. Memiliki banyak khasiat kerana buah yang kaya dengan kalsium, vitamin, zat besi, dan riboflavin. Betik juga mempunyai kadar lemak yang sangat rendah.
Enzim dalam betik, dapat membantu untuk melancarkan pencernaan lebih cepat dan mengurangkan sembelit.
Malah, bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, pengambilan buah betik yang konsisten adalah salah satu cara mudah untuk mengurangkan lemak yang degil.
Anda boleh makan buah betik, yang kaya akan gizi dan juga membantu untuk menurunkan berat badan dan lemak berlebihan dari dalam tubuh.
Ads
Rendah Kalori
Sebiji betik kecil yang beratnya 1/2 kg hanya mengandungi 68 kalori atau 3 peratus daripada diet standard 2,000 kalori. Diet 3,500 hingga 7,000 kalori setiap minggu, dapat mengurangkan 1 hingga 2 kg berat badan. Hal ini sangat menyihatkan bukan?
Serat
Satu potongan kecil betik, dapat menyediakan 2.7 gram serat. Diet cukup serat akan menetapkan pencernaan lebih baik, serta menyerap karbohidrat. Di samping itu juga mencegah naiknya gula darah yang boleh mencetuskan kenaikan berat badan.
Lemak
Sepotong betik, hanya mengandungi 0.41 gram lemak. Tubuh memerlukan keperluan harian lemak untuk otak dan kesihatan jantung. Memakan betik tidak akan menyebabkan peningkatan lemak. Berat badan pun lebih mudah turun.
Ads
Air
Sepotong buah betik mengandungi 138 gram air atau 89 peratus dari berat keseluruhannya. Pengambilan cecair akan membersihkan racun dari tubuh dan melancarkan metabolisme.
Diet Betik Selama Seminggu
Mulakan untuk mengambil betik pada setiap pagi. Potong dadu dan jadikan salad untuk sarapan. Selepas makan tengah hari, anda boleh amalkan minum 1 gelas jus betik tanpa gula. Lakukannya selama seminggu.
Ads
Tempatkan betik mentah pada suhu bilik agar cepat matang. Setelah matang simpan dalam peti sejuk selama seminggu. Pengambilan segera atau dalam beberapa hari.
Amalkan pengambilan betik dalam makanan harian anda, selain itu sentiasa minum air putih, makan makanan kaya serat dan rutin bersenam. Inshaallah, anda boleh dapatkan bentuk badan ideal.
Sumber: Wanista
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang bapa memerlukan lebih RM20,000 untuk membawa pulang anak perempuannya, Rosimatan Ni’mah yang sedang koma di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di Mesir sejak beberapa hari lalu.
Azyanshah Ariffin berkata, beliau perlu menampung bil hospital dan membeli tiket penerbangan kerana ingin membawa anaknya yang berusia 17 tahun itu serta isterinya pulang ke tanah air.
Menurut pemandu bas yang mempunyai pendapatan tidak seberapa itu berkata, isterinya Rosmawati Khalidin sudah berada di Mesir bagi menemani dan menjaga anaknya di sebuah hospital di Iskandariah.
Oleh itu saya merayu kepada orang ramai supaya dapat menghulurkan sumbangan dan derma seikhlas hati supaya saya dapat membawa pulang anak saya untuk menerima rawatan di hospital di Malaysia secepat mungkin,” katanya
Tambah bapa berusia 53 tahun itu, beliau bingung dengan penyakit misteri yang dihadapi remaja tersebut kerana ketika ditahan di hospital dua minggu lalu, doktor mengesahkan anaknya sihat.
Namun secara tiba-tiba Rosimatan sekali lagi dimasukkan ke hospital sebelum koma seperti sekarang sejak enam hari lalu.
Saya sudah berhubung dengan wakil Kedutaan Malaysia di Mesir untuk urusan membawa pulang anak perempuan dan isteri apabila mendapat pembiayaan mencukupi,” ujarnya.
Justeru bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan serta sumbangan, boleh menghubungi Azyanshah di talian 010-7993486.
Sumber : Berita Harian & Oh My Media
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kontroversi yang membabitkan juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee minum arak di sebuah kelab malam baru-baru ini akhirnya menemui noktah.
Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang disandang oleh Hanee atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Sayed Sahlan telah ditarik semula.
Kes seperti ini merupakan kejadian kali pertama dalam sejarah pencarian Dewi Remaja selama 10 edisi ia dianjurkan. Nu Ideaktiv Sdn Bhd selaku pemilik jenama Dewi Remaja, telah mengadakan satu sidang akhbar tengah hari tadi.
Menurut Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman, penarikan gelaran Dewi Remaja 2018/2019 daripada Haneesya Hanee dibuat selepas pihak pengurusan melakukan siasatan mendalam dan mendapati pemenang ini telah melanggar syarat penyertaaan.
“Sebagai pemilik dan penganjur, kami menzahirkan rasa sedih atas apa yang telah terjadi. Namun pada masa yang sama, para peserta Dewi Remaja sudah sedia maklum akan syarat penyertaan seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak yang mereka tanda tangani” di mana mereka tidak boleh mempamerkan perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai,” katanya semasa sidang akhbar.
Menurut Faiz Aimman lagi, dengan penarikan gelaran tersebut, Haneesya Hanee bersama dua lagi finalis pencarian Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Faizni Fazreen Fazeera Faizul dan Erni Nurshahira Khairul Nizam tidak dibenarkan menggunakan gelaran ‘finalis Dewi Remaja’ bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang.
Dengan penarikan gelaran ini bermakna tahun ini tiada gelaran bagi Dewi Remaja 2018/2019 dan Tia Sarah kekal di kedudukan kedua bagi pertandingan berprestij ini dan akan mewakili nama Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti bersama pemenang lain seperti Aween Ismail, Arena Iman dan lain lagi.
Di sebalik isu yang terpalit ini, tidak dinafikan manusia sering melakukan kesilapan dan tiada yang sempurna. Begitu pun, Haneesya Hanee telah memberikan komitmen dan persembahan terbaik sehingga melayakkan dirinya bergelar Dewi Remaja 2018/2019.
Bahkan, gadis yang baru berusia 19 tahun ini juga mempamerkan bakat dan potensi yang luas sepanjang pencarian tersebut.
Menjawab isu kontroversi ini, jelas pelakon drama Cik Reen Ngok Ngek, dia akui berasa kesal dengan tindakan dan meminta agar netizen tidak mengecam ibunya yang menjadi tulang belakangnya selama ini.
“Saya minta maaf sangat dan ini memang kesilapan bodoh saya. Saya terima dengan keputusan penarikan balik gelaran. Memang ini sewajarnya memandangkan perbuatan saya salah kerana merosakkan nama Dewi Remaja.
“Saya hanya minta orang berhenti cakap ini salah mak tak pandai jaga saya. Ini adalah perbuatan dan pilihan saya sendiri dan mak saya tak ada kaitan.
“Saya juga harap kemaafan dari semua. Sebagai manusia memang kita tak lari dari buat salah. Jadi, saya pohon diberikan peluang ke dua.
“Sekarang saya kena perbaiki diri . Selepas ini saya akan teruskan apa yang saya lakukan sebelum ini. Saya takkan give up.
Keberanian gadis hitam manis ini untuk memikul tanggungjawab membuatkan dia dilihat seorang yang cekal dalam menghadapi cabaran dan dugaan.
Dia dalam pada itu turut menitipkan nasihat buat remaja di luar sana agar berhati-hati dalam berkawan supaya tidak tersalah langkah.
“Saya ambil ini sebagai pengajaran terbesar. Tolong jangan nilai peribadi saya atau membuat perbandingan kesilapan dengan bakat sedia ada.
“Kepada remaja di luar sana, inilah apa yang awak akan dapat jika salah langkah. Jangan buat kerana tak ada sebarang faedah. Seronok hanya seketika, tapi sakitnya anda sendiri akan tahu.
“Terpulang pada anda sama ada nak bangun atau jatuh, tapi saya pilih untuk bangkit dan kuatkan diri untuk berhadapan dengan semua orang. Saya ambil ini sebagai pengajaran.
“Buat masa sekarang saya hanya mahu rehat tapi takkan lama. Hanya beberapa hari sahaja kemudian akan kembali semula bekerja macam sebelum ini,” ujar Hanee.
Ditanya kekuatan dalam beliau menghadapi saat-saat sukar ini, akui Hanee semuanya datang dalam diri serta sokongan sekeliling.
“Ramai yang cuba menjatuhkan saya tetapi apabila lihat ramai kawan-kawan yang bagi sokongan, baca di twitter yang membantu dan bagi nasihat, jadi saya rasa bersyukur kerana masih ramai yang bersama saya.
“Walaupun ibu sangat sedih tapi dia masih mahu datang dengan saya hari ini. Inilah yang membuatkan saya rasa memang patut berhadapan dengan semua orang,” ujarnya sambil menutup perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selain sup, tomyam antara menu yang menjadi kegemaran ramai. Tidak pedas malah kaya dengan taburan sayuran yang pelbagai. Tapi bukan hanya anak-anak kita, malah kita orang dewasa juga cukup sukakan makanan yang satu ini kerana rasanya yang hebat.
Tambahkan kepedasan berganda, tomyam jadi lebih umphh dan terangkat. Namun bagaimana nak jadikan ia sedap dan hebat sampai buat orang teringat-ingat.Jom ikut petua dan resipi yang disediakan oleh Puan Afy AL Habibi. Selamat mencuba!
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
Cuba tau kawan-kawan MAHN. Kalau tak rugiiiiii. Boleh kawan dengan cikgu jika suka dengan semua resepi cikgu.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.