Cukup kreatif, itulah yang dapat dikatakan pada saudara Muhammad Jeffry Sali. Beliau menggunakan kaedah yang cukup pratikal tapi mejimatkan kkos bagi menyediakan bilik untuk anak lelaki dan anak perempuannya.
Dalam satu perkongsian menerusi page Kelab Kaki Deko, ayah ini memuat naik caranya yang menjadikan satu bilik kepada dua bilik tetapi dalam masa yang sama berkongsi kipas dan aircond.
Saudara Muhammad Jeffry menggunakan gypsum board untuk mengasingkan bilik anak-anaknya. nak tahu caranya, jom semak perkongsian ini.
Ads
Assalamualaikum..nak share dgn korang asingkan bilik anak sy..boy dan girl dorang nk blik sorang 1.. Asalnya blik ni saiz 11kakix11kaki so kita letak gypsum board utk asingkan bilik dorang dan buat 1pintu lg..
Walaupun kos x brapa mahal hasilnya puas hati dan praktikal..aircond dgn kipas pun kongsi je letak tengah2 bilik dan menjimatkan kos..semoga bermanfaat. Assalamualaikum.
Ads
Menarik kan idea ni. Jimat ruang dan kos. Anak pun suka ada bilik sendiri.
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak kepada pasangan selebriti Neelofa dan Pu Haris ini, Bilal ada sahaja yang menjadi perhatian.
Wajah Bilal ini memang pandang tak jemu. Lebih-lebih lagi gelagat Bilal ini ada sahaja yang mencuit hati. Paling geram bila lihat badannya yang ‘sado’. Buat orang geram melihatnya kecomelannya.
Selepas aksinya sewaktu majlis sambutan ulang tahun yang pertama menjadi perhatian, kini satu lagi gelagatnya yang sedang menggosok gigi sambil baring mencuri hati.
Bilal boleh disifatkan sebagai bayi yang bijak kerana sudah pandai berjalan walaupun usianya belum menjejak setahun dan boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti memanjat dan sebagainya yang mungkin masih tidak boleh dilakukan oleh bayi seusianya.
Cara Bilal mengimbang badan agar tidak terjatuh memang sangat bijak.
Ada juga yang memberi andaian bahawa kemungkinan proses pembelajaran yang dijalani oleh Bilal adalah sesuatu yang bagus kerana melihatkan barangan mainan miliknya sewaktu ibunya, Neelofa membuat live suatu ketika dulu.
Terbaharu, tular sebuah video telah dimuatnaik di aplikasi Tik Tok menunjukkan Bilal sudah pandai menggosok gigi sendiri.
Walaupun bukan lah sempurna seperti kanak- kanak yang lebih dewasa tetapi Bilal boleh dianggap pandai melakukannya bagi kanak-kanak seusianya.
“Dah la comel, cerdik pulak tu. Memang bagus ajaran Neelofa sejak kecil lagi mengajar Bilal berdikari.” – Netizen
Sejak beberapa bulan yang lalu, terdengar desas-desus mengatakan yang Bilal bakal menjadi ‘Abang’ apabila melihat perubahan penampilan Neelofa seperti wanita mengandung.
Tahniah diucapkan jika perkhabaran ini benar.
“Dah nak jadi abang, kenalah pandai gosok gigi sendiri.” komen salah seorang netizen.
Hasrat hendak bercucuk tanam di laman rumah boleh tersekat bila mengetahui tanah di laman rumah begitu keras dan tidak subur. Hendak digembur pun begitu sukar.
Jadi apa perlu buat? Tiada carakah yang boleh dilalukan?
Menjawab tanda tanya ini, jom kita baca cara yang dikongsikan oleh Azuan Abdullah untuk info bersama.
Masa kami mula-mula tengok tapak projek ni, tanah yang sedia ada dalam petak tanaman sangat keras. Ore Kelantan panggil “keras ke’kong”. Sepokok rumput pun tak tumbuh.
Petua orang tua, bila rumput pun segan nak tumbuh atas tanah tu, pokok yang kita tanam akan 4-5 kali segan nak tumbuh tau.
Bila kita cangkul, mata cangkul pun melantun balik. Nasib baik la tak kena dahi kan. Hihi.
Ada 9 petak tanaman yang dah siap dibina di SMK Amalin. Saiznya 11’ x 4’. Tinggi lebih kurang 16 inci. Tanah pun dah ada lebih kurang separuh dari tinggi petak.
Puan pengetua minta kami advise macam mana nak guna tapak ni. So, kami syorkan petak ni tanam dengan sayur daun. Buat permulaan, tanam dengan sawi giant, pak choi dan kailan.
Sebelum tanam, kita kena baiki tanah dulu. Baik, ini step by step macam mana kami pulihkan tanah dalam petak tersebut.
1. Siram dengan air kosong hingga semua permukaan basah lencun. Biarkan selama 2 hari.
Tujuannya adalah nak lembutkan tanah tersebut supaya mudah kita nak cangkul. Tak lah sakit urat nanti.
2. Cangkul dan gemburkan tanah tersebut.
3. Lepas siap gemburkan, masukkan 5 kereta pasir halus. Ratakan.
4. Masukkan 6 guni besar bokashi. Ratakan. Jika tak ada bokashi, boleh guna apa-apa bahan organic yang asli.
5. Cangkul, gembur dan gaulkan hingga sebati. Ratakan.
6. Siram dengan plant booster atau apa-apa EM yang kita ada hingga semua permukaan tanah tersebut basah.
7. Biarkan selama 2 minggu. Dalam tempoh tersebut, siram dengan air kosong 2-3 kali seminggu.
Selepas 2 minggu, tanah yang kita proses tu dah gembur dan dan peroi. Kita buat ia lagi cantik dengan cara ni.
1. Tambahkan 3 guni bokashi untuk setiap tapak.
2. Tabur 1kg baja sebatian NPK15:15:15 untuk setiap petak.
3. Gembur dan gaulkan media tersebut. Ratakan.
4. Siram dengan air kosong hingga permukaan tanah basah.
5. Biarkan lagi 1 minggu.
Lepas 3 minggu kita proses, tanah yang dulunya “keras ke’kong” dah jadi tanah campuran yang sangat subur dan sangat sesuai untuk kita bercucuk tanam.
Jom kita tengok pula cara tanamnya.
1. Kami tanam dengan jarak 8 inci antara baris dan 8 inci antara pokok.
2. Tanam anak sawi giant yang telah disemai. Usia masa tanam adalah 15 hari lepas semai.
3. Masa tanam tu, kambus anak pokok hingga paras daun yang paling bawah sekali.
4. Lepas tanam, siram secukup rasa.
PENJAGAAN.
1. Siraman dibuat sekali sekala je sebab masa tu dah start musim hujan.
2. Pembajaan hanya buat sekali je sebab media yang kita buat tu dah subur. Tabur baja NPK 15:15:15 di celah dada pokok. Kuantitinya lebih kurang 5-10 gram untuk 1 pokok.
Proses ini dibuat pada usia pokok sawi giant 10 hari lepas tanam. Lepas tabur baja, siram air secukup rasa ya.
3. Foliar dan kawalan perosak guna kombinasi 4 beradik. Plant booster + fish amino asid + racun organic serangga + racun organic kulat. Semburan dibuat 2 kali 1 minggu pada awal pagi.
Tumbesaran pokok sedikit terbantut sebab musim hujan. Syukur, media tanaman yang baik banyak membantu pokok untuk terus “survive” hingga boleh tuai.
Ianya dituai pada usia 33 hari lepas tanam. 1 petak dapat 12.5 kg. Anggaran berat untuk 1 pokok lebih kurang 150-250 gram.
Masa hari kami nak tuai tu, saya nampak ada seorang cikgu bawa 2-3 keping kertas yang dah bertulis. Saya pun tanyalah,
“Cikgu, cikgu bawa kertas apa tu, macam penting sangat je cara cikgu bawa tu”?
“Sebenarnya Encik Wan, ini list orang yang nak sawi ni. Lebih 30 orang semuanya. Saya rasa tak cukup la sawi yang ada ni”.
Memang betul sahabat, sawi yang harvest pada haritu tak dapat nak penuhi semua list yang ada pada cikgu tersebut. Satu petak tu dapat 25 plastik. 1 plastik 500 gram. 2 ringgit je 1 plastik.
1 petak dapat 50 ringgit. Mereka tanam 3 petak dengan sawi giant. So mereka dapat 150 ringgit dalam tempoh lebih kurang 1 bulan.
Mungkin nilai duit ini sangat kecil namun nilai kejayaan mereka dapat tanam, dapat jaga dan dapat ju@l sangat-sangat bermakna buat mereka.
Mereka dapat belajar A to Z proses tersebut. Completed! Ia menjadi satu motivasi dan pendorong untuk projek yang seterusnya.
Sahabat,
Sekolah ni telah buktikan yang mereka boleh buat. Mereka berjaya baiki tanah yang “keras ke’kong” menjadi tanah yang sangat subur dan boleh buat duit.
Nak buat duit dengan kebun dapur ni tak susah mana sahabat. Tak perlu kawasan yang luas pun.
Yang penting kita tahu apa yang komuniti kita nak.Kita tanam yang tu je. Cari kaedah dan teknik yang sesuai. Buat dengan ilmu. InsyaAllah berjaya.
Sumber : Azuan Abdullah
Petang-petang ajar anak-anak berkebun dirumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada yang lebih menggembirakan bagi pasangan suami isteri bila mana mengetahui bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Demikian juga dengan pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini dan isterinya Nurida Suraya.
Pasangan sama cantik sama padan baru-baru ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan. perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman instagramnya. Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah.. it’s a GIRL!!!! Sempena Ramadan yang mulia ni, sy nak kongsikan berita gembira ini kepada semua.
Sekalung penghargaan dan Terima kasih pada anda yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan my syg Suraya.
Dalam masa yang sama, pasangan ini mengharapkan orang ramai mendoakan supaya bayi mereka selamat dilahirkan kelak. Kami berharap anda terus mendoakan juga agar pinchesss kami dilahirkan cukup sifat, indah seindah makhluk ciptaanNya dan semoga dengan kehadirannya, dapat membawa kami, ibu dan ayahnya ke syurga Allah yang firdausi.
Amin amin ya rabbalalamin.
Sebelum ini, pasangan ini berkongsi momen indah saat diberitahu bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan tersebut dikongsi bersama pengikut di instagram. Rata-rata melahirkan gembira dan mengucapkan tahniah.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Rizman memuat naik gambar dan dua keping video yang menunjukkan si comel yang kini sedang membesar di dalam rahim isterinya.
Menurut Rizman, isterinya kini hamil empat bulan dan mengharapkan semoga anak yang bakal lahir kelak sempurna sifatnya.
Alhamdulillah.. dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, bersyukur Kami dihadiahkan anugerah yang paling berharga. Ihsan dan amanat dari yang Esa. Usianya kini masuk bulan ke empat.
To my beautiful queen @nuridasuraya thank you so much for this. Moga Allah permudahkan segalanya untuk mu. . Ya Allah ya tuhanku, Semoga Anugerah pinjamanMu ni dilahirkan cukup sifat, seindah Makhluk terbaik yang pernah Engkau ciptakan, dan dengan kehadirannya, dapat kami didik ia kejalanmu, yang akan membawa kami ke syurgaMu. . . Amin amin ya rabbalalamin..!
Untuk rekod, pasangan ini bernikah pada 13 September 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing. masing.
Rata-rata yang mengikuti perkembangan pereka fesyen ini menitipkan ucapan tahniah. tidak ketinggalan rakan kongsi Rizman turut meninggalkan komen tahniah di ruangan berkenaan.