Tanam Kesum Lagi Mudah Begini. Terlupa Nak Siram Pun Tetap Subur!

Share

Kalau nak diikutkan, macam-macam cara orang buat untuk menanam pokok kesum. Kalau dapat biarlah lagi memudahkan kita untuk mencubanya.

Umpamanya bila guna teknik yang dikongsi ini. Tampa perlu disiram setiap hari, pokok kesum  kekal hidup subur.


Cara mudah semai daum kesum. Terlupa nak siram pun takde masalah..

Mula tanam 01/05/2020,hasil pada 09/06/2020.

 

Step 1
Beli daun kesum di kedai dan asingkan batang dan daunnya.

Step 2
Sediakan kabus dan span basuh pinggan.

Step 3
Gunakan pembaris dan pisau untuk memudahkan kerja mengukur dan memotong.

Step 4
Kabus dipotong separuh

 

Step 5
Ukir saiz span pada penutup kabus. Selepas itu potong ikut saiz span tersebut.

Step 6
Ni kejadiannya

Step 7
Kelarkan span menggunakan pisau bagi memudahkan semaian batang kesum.

Step 8
Saya menggunakan baja air bgi
memudahkan larutan baja dengan air.

Sukatan baja: air paip 1.5 liter bersamaan 3 penutup baja A dan B. Kalau separuh kabus menggukan 9 liter air terus
darapkan saja untuk sukatan air baja tu.

 

Step 9
Kabus yang dipotong separuh yg sebelah atas saya buat alas bawah. Yang sebelah bawah saya buat tempat takungan air dan
baja itu. Jangan dibuang yang sebelah atas tu sebab sayang boleh guna untuk kegunaan lain.

Ini hasil 9/6/2020

Sumber : Muhammad Ashaabul Yamin

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club 

 

IKLAN