Buat keluarga penggemar menu laksa mahu pun masakan asam pedas, dirasakan perlu kiranya menanam sepasu dua pokok kesum. Bukan apa, andai teringin menyediakan menu tersebut, mudahlah kiranya dipetik segar daripada hasil tanaman di laman rumah.
Pun begitu selalu juga kita mendengar orang mengeluh bab menanam kesum ini. Katanya bukan senang, apatah lagi kalau jenis ‘tangan panas’ memang tidak pernah berhasil usaha menanam dilakukan.
Pun begitu, usah putus asa apa kata ikut teknik tanaman yang dikongsikan oleh Euis Maemunah ini, katanya hanya ada satu syarat sahaja nak pastikan tanaman kesum ini dapat hidup subur. Jom semak perkonsiannya itu.
Hari ni nak kongsi cara tanam kesum yang paling mudah, dan Insya Allah hidup. Syarat utama guna keratan batang yang fresh. Jadi tiada istilah tangan panas untuk tanam pokok, bila tau ilmunya.
Ok, ini adalah media tanam. Saya guna tanah nursery biasa dan digaul lagi dengan cocopeat 1:1. 1 kampit tanah nursery dan 1 kampit cocopeat. Tambah lagi sedikit baja tahi ayam. Siram bagi basah.
Ads
Potong bahagian pucuk kesum ±4-5 inchi.
Buang daun bahagian bawah. Tinggalkan beberapa helai daun saja.
Ads
Semai dalam pasu. Buat banyak sikit.
Ads
Ini adalah setelah 3 hari ditanam. Daun akan menguning. Jangan risau, ini adalah perkara biasa. Jangan pandai-pandai nak buang pula.
Setelah 6 hari.
Setelah sebulan lebih. Dah boleh ambil atau bila tak guna, potong dan semai lain.
Penularan wabak covid-19 yang dilihat semakin serius ini pastinya sangat membimbangkan kita semua. Susulan itu, selain aspek kebersihan dan penjagaan kesihatan perlu ditingkatkan bagi menangani ‘serangan’ covid-19, sebagai umat Islam kita juga perlu persiapkan diri menghadapi musibah ini dari sudut kerohanian.
Ini dijelakan sendiri oleh ustazah Asma Harun, untuk dijadikan panduan dan peringatan bersama sebagaimana perkongsiannya di akaun fbnya. Jom semak.
COVID-19
Nyawa manusia saat ini di beberapa buah negara menjadi sangat murah, pesakit telah diletakkan dalam beberapa zon, tiada harapan (lalu dibiarkan), kritikal (icu, ccu penuh), dll. Tidak mustahil keadaan yang sama boleh berlaku di negara, keluarga atau diri kita.
Awal tahun 2020 yang begitu menginsafkan, teguran dan ancaman Allah melalui pelbagai bentuk musibah di seluruh dunia, semua ini membenarkan firmanNya dan hadis Nabi SAW tentang kita telah berada di ambang kiamat. Kiamat kecil yang dekat adalah mati.
Firman Allah, Surah AlAnbiyaa’, ayat 35,
“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”.
Persiapan untuk menghadapi musibah ini dan kematian dari sudut ROHANI,
1. Taat segala perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah. Hentikan segala maksiat terangan atau sembunyi, jagalah lidah masing² kerana itulah anggota badan paling berbisa.
2. Usaha perbaiki Solat Fardhu di awal waktu dan khusyuk, perbanyakkan solat sunat, taubat nasuha, Istighfar, selawat dengan rasa cinta pada Nabi SAW, bacalah alQuran lebih lama, itulah penawar kepada segalanya. Berdoalah dengan lebih yakin dan khusyuk.
3. LELAKI, jadilah anak, suami dan bapa yang bertanggungjawab, penyayang, pemaaf dan prihatin. Kita tidak tahu punya masa atau tidak untuk membahagiakan ahli keluarga. Mohon maaf dan nekadlah ingin berubah jadi soleh dan baik, tiada istilah terlambat selagi masih bernyawa. Tugas terbesar lelaki adalah memastikan masuk SYURGA sekeluarga.
4. WANITA, jadilah anak, Isteri dan Ibu yang penyayang, lembut dan pemaaf. Tutuplah aurat dengan sempurna, tinggalkanlah pakaian yang mengikut kehendak nafsu kepada mengikut kehendak Allah swt. Peringatan bagaimana lagi untuk kita benar² kuat untuk berubah. Hadiah terbaik seorang wanita adalah dirinya menjadi sebab kebaikan buat seluruh keluarga. Jadilah solehah, hidup pasti akan indah.
5. Dan lain-lain amal Soleh.
Marilah kita kembali kepada Allah saat hidup, sebelum kembali kepadaNya saat mati.
Dialah Allah, Tuhan sekalian alam yang Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Pemaaf. Siapapun kita, banyak mana pun dosa, jika ikhlas benar² ingin bertaubat dan berubah Allah pasti akan terima dan menolong kita, hidup menjadi lebih tenang dan senang.
Banjir yang melanda pada awal tahun ini sangat membuka mata ramai orang untuk siap bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Perubahan cuaca yang tidak menentu mungkin menjadi antara faktor yang mencetuskan bencana tersebut. Pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh terjadi sekiranya orang ramai tidak peka dengan situasi yang bakal dihadapi.
Tambah lagi setiap hujung tahun, Malaysia kebiasaannya akan menerima taburan hujan yang lebih tinggi daripada biasa hingga menyebabkan beberapa negeri bakal dilanda ‘bah’ atau banjir.
Lantaran itu, orang ramai perlu bertindak selangkah ke hadapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh terjadi, sesuai dengan pepatah Melayu “sediakan payung sebelum hujan”. Oleh itu, setiap rumah perlu mempunyai Bug Out Bag (BOB).
Apa itu BOB?
Menurut infografik yang dikongsikan oleh Berita RTM, BOB merupakan sebuah beg yang mengandungi barangan keperluan yang mampu bertahan selama 72 JAM sewaktu menghadapi krisis bencana atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.
Persediaan ini bagi memudahkan tindakan yang lebih efektif sewaktu berlakunya kecemasan yang tidak dijangka. Sehubungan itu, BOB perlulah diletak pada tempat yang mudah dicapai.
Sewaktu berlakunya bencana yang tidak dijangka, pelbagai barangan atau dokumen penting perlu dibawa bersama termasuk pakaian, kasut, selimut, lampu suluh, bateri, kit kecemasan, ubat-ubatan, wisel, makanan tahan lama/ransum, air kit kebersihan, telefon, bateri pengecas telefon dan wang tunai.
Di samping itu, seorang pengguna Twitter, @Hfnz9 turut berkongsikan beberapa alatan lain yang turut boleh dimuatkan dalam BOB. Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Antara barang keperluan lain yang boleh dimasukkan dalam senarai BOB ialah
1. Pengecas solar, Back up kepada powerbank sewaktu bencana.
2. Meal ready to eat (MRE) sesuai kerana tarikh luput MRE panjang. Banyak dah orang jual dekat Shopee.
3. Dry bag. Boleh digunakan untuk simpan barang penting seperti handphone, powerbank, wallet dan juga baju yang belum digunakan. Boleh dijadikan pelampung ketika waktu memerlukan.
4. Mini stove & gas. Boleh digunakan untuk panas rangsum & air. Jika terkena hiportemia kita boleh gunakan untuk memanaskan badan.
5. Walkie talkie/radio/handy. Boleh digunakan untuk minta bantuan menggunakan frequency kecemasan yang telah ditetapkan semasa bencana. Selain itu boleh juga dengar arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa menggunakan radio.
6. Emergency blanket boleh digunakan jika ketiadaan pakaian kering. Ia berfungsi untuk memanaskan badan dan mengelakkan hiportemia/kesejukan melampau. Boleh beli dekat decathlon harga dalam RM10.
7. Life jacket penting bagi mereka yang tak reti berenang. Boleh juga kita gunakan untuk menyelamat orang lemas semasa keadaan memerlukan.
8. Lifestraw & sawyer. Kita boleh minum air banjir menggunakan penapis air ini jika keadaan memerlukan. Lifestraw atau sawyer tak tapis virus dalam air. Jadi lepas tapis, kalau tak boleh masak, purify dgn aquatabs dulu baru minum.
9. Untuk kurangkan beban pada lifestraw, buat tapisan pertama guna kain dulu utk tapis kotoran kasar mcm pasir/lumpur.
Ringkasnya, Bug Out Bag (BOB) ini sangat penting lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis ataupun darurat kerana mampu memberikan bantuan selama 72 jam.
Sumber: BeritaRTM, Twitter @Hfnz9
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi keluarga yang mempunyai anak autisme, tidak perlu bersedih dan merasa malu untuk berdepan dengan masyarakat sekeliling. Sebaliknya anda seharusnya berbangga dengan anugerah Allah SWT ini kerana anak istimewa hanya dianugerahkan kepada ibu bapa yang istimewa.
Itu yang dikongsikan oleh bapa bernama Mohd Nizam Zambri ini. Menurut Nizam, anaknya, Aqiel Haqqu dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain dan tiada apa-apa masalah ketika dilahirkan. Sehinggalah pada usia 3 tahun setengah, Haqqu disahkan menghidap Mild Autism.
“Setiap anak mempunyai kelebihan atau keistimewaan masing-masing. Kami tidak menganggap kekurangan pada Haqqu sebagai penghalang untuk dia menjadi manusia hebat dikalangan mereka yang normal diluar sana. Sekiranya kita asyik menumpukan kepada kekurangan, maka kita tidak akan sedar adanya kelebihan dalam diri mereka.
“Sebab itulah sebagai ibu bapa perlu mengenal pasti kelebihan anak anda dan berusaha mengasah bakat yang mereka ada. Pada masa yang sama, elakkan daripada membuat perbandingan antara anak anda dengan kanak-kanak normal yang lain.
“Anda tahu apa yang terbaik dan sesuai untuk anak anda dan ia tidak semestinya sama dengan orang lain. Berbalik kepada Haqqu, aktiviti hiking adalah antara senaman/therapy terbaik sekaligus kami sekeluarga membawa dia menikmati alam dan juga keindahan dengan lebih dekat yg dicipta oleh penciptaNYA. Melalui pembacaan, aktiviti ini juga dapat mendisplinkan diri beliau iaitu mengikut segala arahan yg harus dipatuhi ketika mendaki.
Menurut Nizam, anaknya itu telah berjaya menawan 3 gunung sekaligus di Indonesia iaitu Gunung Merbabu (15 Ogos 2018), Gunung Andong (17 Ogos 2018) dan Gunung Prau (18 Ogos 2018).
Dengan suhu paling sejuk 4 celcius ketika catatan di Gunung Merbabu Haqqu berjaya mengharungi keadaan paling tidak selesa yang pernah dia alami setakat ini.
Malah Haqqu antara pendaki cilik yang ditegur dikalangan pendaki2 Indonesia ketika ontrek. Sebelum Haqqu dapat menghabiskan pendakian 3 gunung ini (MERBABU, ANDONG, PRAU) sedikit persiapan/latihan telah pun dilakukan di Malaysia hampir kira kira setahun. Alhamdulillah dia berjaya menawan beberapa gunung dan juga bukit.
HARI 1 – 15 Ogos 2018 (Gunung Merbabu)
“Ketibaan kami di basecamp Gunung Merbabu, disambut dengan keadaan cuaca yg cukup baik. Haqqu ketika itu teruja untuk memulakan perjalanan mendaki. Kelebihan anak autism ini, mereka tidak akan mengenal erti penat ketika waktu berjalan.
“Malah saya dan isteri telah pun ketinggalan jauh dibelakang Haqqu ketika itu. Mujur ada guide yang mengiringi beliau ketika keadaan memerlukan beliau memanjat serta ketika berehat. Setelah hampir 4-5 jam pendakian kami selamat tiba di Merbabu dengan keadaan cuaca sejuk!
“Ketika inilah keadaan yang kurang selesa menyebabkan Haqqu sukar untuk tidur sehingga awal pagi esok. Alhamdulillah kami selamat turun dari Gunung Merbabu dan seterusnya turun ke basecamp untuk persedian pendakian berikut di Gunung Andong,”ujar Nizam.
HARI 3 – 17 Ogos 2018 (Gunung Andong)
Setelah mendapat cukup rehat dan persediaan dibuat, mereka berangkat ke basecamp Gunung Andong pada jam 4 pagi. Setelah selesai segala dokumentasi, Haqqu dengan iringan salah seorang guide telah laju ke hadapan meninggalkan mereka berdua.
“Trek bertangga sepanjang perjalanan ke Gunung Andong ini mengakibatkan kepenatan buat Haqqu dan sesekali kami mendengar suara kepenatan beliau. Jam 8 pagi kami semua selamat sampai ke puncak Gunung Andong dengan ribuan pendaki-pendaki tempatan Indonesia ketika itu.
Sememangnya ini sudah dijangka keadaan sesak pada ketika itu kerana Indonesia menyambut hari kemerdekaannya. Pengalaman bersama2 lebih 3 ribu orang warga Indonesia menyambut hari kebangsaan mereka, 17 Ogos 2018 di puncak Andong sememangnya sesuatu yang menarik yang akan kami kenang! Haqqu juga menjadi tumpuan disini kerana beliau antara segelintir pendaki muda (Malaysia).
HARI 4 – 18 Ogos 2018 (Gunung Prau)
Pendakian bermula pada jam 8 pagi dengan keadaan cuaca baik dari bandar Dieng. Gunung ini antara lokasi pilihan bagi pendaki2 tempatan. Seperti biasa Haqqu akan diiringi oleh guide yang sememangnya sudah cukup akrab sepanjang kami di Indonesia. Dengan keadaan cuaca kadangkala suhu dingin dan cerah, Haqqu sekali lagi berjaya menghabiskan pendakian untuk sampai ke gunung ketiga dan terakhir untuk trip ini.
“Seperti di Gunung Merbabu, keadaan cuaca sejuk melampau pada waktu malam telah mengakibatkan ketidak selesa kepada kami semua. Mujur dengan sedikit persediaan awal sebelum pendakian, kami dan khususnya Haqqu dapat tidur dengan nyenyak pada waktu malam!
“Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat serta guide ontrip ketika menjaga beliau semasa naik dan turun gunung-gunung disana walaupun bahasa yang Haqqu gunakan kadangkala pening nak paham.
“Nasihat saya , jangan malu untuk bawa anak2 istimewa ini beriadah dan seterusnya menyaksikan keindahan dan kebesaranNya. Cuma kecekalan dan ketabahan untuk membawa anak2 ini adalah suatu cabaran yg luar biasa buat kami,”ulas Nizam lagi.
FB: MOHD NIZAM ZAMBARI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...