Banjir yang melanda pada awal tahun ini sangat membuka mata ramai orang untuk siap bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Perubahan cuaca yang tidak menentu mungkin menjadi antara faktor yang mencetuskan bencana tersebut. Pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh terjadi sekiranya orang ramai tidak peka dengan situasi yang bakal dihadapi.

Tambah lagi setiap hujung tahun, Malaysia kebiasaannya akan menerima taburan hujan yang lebih tinggi daripada biasa hingga menyebabkan beberapa negeri bakal dilanda ‘bah’ atau banjir.

Lantaran itu, orang ramai perlu bertindak selangkah ke hadapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh terjadi, sesuai dengan pepatah Melayu “sediakan payung sebelum hujan”. Oleh itu, setiap rumah perlu mempunyai Bug Out Bag (BOB).

Apa itu BOB?

Menurut infografik yang dikongsikan oleh Berita RTM, BOB merupakan sebuah beg yang mengandungi barangan keperluan yang mampu bertahan selama 72 JAM sewaktu menghadapi krisis bencana atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.

Persediaan ini bagi memudahkan tindakan yang lebih efektif sewaktu berlakunya kecemasan yang tidak dijangka. Sehubungan itu, BOB perlulah diletak pada tempat yang mudah dicapai.

Sewaktu berlakunya bencana yang tidak dijangka, pelbagai barangan atau dokumen penting perlu dibawa bersama termasuk pakaian, kasut, selimut, lampu suluh, bateri, kit kecemasan, ubat-ubatan, wisel, makanan tahan lama/ransum, air kit kebersihan, telefon, bateri pengecas telefon dan wang tunai.

Berlaku Kecemasan, Bawa Je ‘Bug Out Bag’ Ni! Sedia Awal Elak Panik

Di samping itu, seorang pengguna Twitter, @Hfnz9 turut berkongsikan beberapa alatan lain yang turut boleh dimuatkan dalam BOB. Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

IKLAN

Antara barang keperluan lain yang boleh dimasukkan dalam senarai BOB ialah

1. Pengecas solar, Back up kepada powerbank sewaktu bencana.

Berlaku Kecemasan, Bawa Je ‘Bug Out Bag’ Ni! Sedia Awal Elak Panik

2. Meal ready to eat (MRE) sesuai kerana tarikh luput MRE panjang. Banyak dah orang jual dekat Shopee.

Berlaku Kecemasan, Bawa Je ‘Bug Out Bag’ Ni! Sedia Awal Elak Panik

3. Dry bag. Boleh digunakan untuk simpan barang penting seperti handphone, powerbank, wallet dan juga baju yang belum digunakan. Boleh dijadikan pelampung ketika waktu memerlukan.

Berlaku Kecemasan, Bawa Je ‘Bug Out Bag’ Ni! Sedia Awal Elak Panik

IKLAN

4. Mini stove & gas. Boleh digunakan untuk panas rangsum & air. Jika terkena hiportemia kita boleh gunakan untuk memanaskan badan.

Berlaku Kecemasan, Bawa Je ‘Bug Out Bag’ Ni! Sedia Awal Elak Panik

5. Walkie talkie/radio/handy. Boleh digunakan untuk minta bantuan menggunakan frequency kecemasan yang telah ditetapkan semasa bencana. Selain itu boleh juga dengar arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa menggunakan radio.

Berlaku Kecemasan, Bawa Je ‘Bug Out Bag’ Ni! Sedia Awal Elak Panik

6. Emergency blanket boleh digunakan jika ketiadaan pakaian kering. Ia berfungsi untuk memanaskan badan dan mengelakkan hiportemia/kesejukan melampau. Boleh beli dekat decathlon harga dalam RM10.

Berlaku Kecemasan, Bawa Je ‘Bug Out Bag’ Ni! Sedia Awal Elak Panik

IKLAN

7. Life jacket penting bagi mereka yang tak reti berenang. Boleh juga kita gunakan untuk menyelamat orang lemas semasa keadaan memerlukan.

Berlaku Kecemasan, Bawa Je ‘Bug Out Bag’ Ni! Sedia Awal Elak Panik Berlaku Kecemasan, Bawa Je ‘Bug Out Bag’ Ni! Sedia Awal Elak Panik

8. Lifestraw & sawyer. Kita boleh minum air banjir menggunakan penapis air ini jika keadaan memerlukan. Lifestraw atau sawyer tak tapis virus dalam air. Jadi lepas tapis, kalau tak boleh masak, purify dgn aquatabs dulu baru minum.

9. Untuk kurangkan beban pada lifestraw, buat tapisan pertama guna kain dulu utk tapis kotoran kasar mcm pasir/lumpur.

Ringkasnya, Bug Out Bag (BOB) ini sangat penting lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis ataupun darurat kerana mampu memberikan bantuan selama 72 jam.

Sumber: BeritaRTM, Twitter @Hfnz9

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI