Jangan tak tahu, pokok semalu yang hidup meliar mempunyai manfaatnya yang tersendiri.
Ini seperti yang dikongsikan oleh Pauline Choi, dan menurutnya tumbuhan tersebut boleh menghalang tikus daripada merosakkan tanaman.
Saya tanam pokok Semalu berdekatan laluan tikus dan dekat tanaman untuk menghalang tikus dtg memakan pokok kubis dan cauliflower saya.
Ads
Tikus sangat takut pada pokok Semalu kerana ia mempunyai duri tajam yg berbentuk cangkuk. Tikus binatang bijak dia tak akan makan racun tikus.
Ads
Pokok Semalu ini juga sangat berkhasiat pada kesihatan (anda cari sendiri di google). Ia tumbuhan meliar ditepi jalan. Banyak didapati dibatas sawah seolah ia tumbuhan penghalang tikus dtg memakan pokok padi pesawah.
Kalau nak tanam dlm pasu pastikan pasu rendah jadi ia dapat menjalar ke atas lantai atau tanah. Kucing jiran dah lama tak datang berak dalam pasu sayur, tau takut dia dengan duri Semalu
Bukan suatu yang mudah buat ibu bila ada ahli keluarganya demam atau kurang sihat. Lebih-lebih lagi jika yang kurang sihat itu adalah anak kecil. Umumnya anak-anak bila demam atau tidak sihat akan menangis dan tiada selera untuk makan.
Tambah membimbangkan setelah diberi ubat tetap juga tidak sihat-sihat. Jika reda pun seketika, kemudian sakit lagi.
Tahukah ibu-ibu, semua ini terjadi mungkin disebabkan kita memberi ubat tersebut dengan sukatan yang tidak tepat dan jarak waktu yang tidak menepati saranan doktor. Untuk lebih jelas tentang perkara ini, telah dikongsikan oleh Fahmi Hassan yang juga merupakan ahli farmasi di akaun twitternya.
Terdapat tiga pilihan alat yang boleh digunakan oleh ibu-ibu untuk memudahkan memberi ubat dengan sukatan yang tepat dan dalam masa yang sama mengelakkan daripada ubat yang disuapkan tertumpah atau sebagainya.
2. Penitis
3. Dosage cup
Dan ini pula yang paling biasa kita gunakan, iaitu sudu. Namun punya risiko sebenarnya kerana dengan menggunakan sudu, kebiasaannya dos yang diberikan tidak sama dan kurang tepat sebagai mana yang disarankan oleh doktor.
Selain itu juga Fahmi Hassan pernah juga memuat naik jadual yang tepat untuk makan ubat. Menurutnya apabila disarankan makan ubat 2 kali sehari itu bermakna boleh diambil pada pukul 8 pagi dan 8 malam (selang 12 jam). Manakala jika disarankan 3 kali sehari itu bermakna boleh ambil ubat pada pukul 7 pagi, 3 petang dan 11 malam (selang 8 jam). Begitu pula jika disarankan 4 kali sehari, maka makanlah pada pukul 6 pagi, 12 tengah hari, 6 petang dan 12 tengah malam (selang 6 jam).
sumber : Fahmi Hassan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sikap saling peduli dan tolong menolong menjadi salah satu ciri khas dalam budaya dalam masyarakat kita.
Tak kiralah bangsa apa pun, jika ada kesusahan bantu tanpa berkira. ‘Aura positif ini perlu ada untuk membentuk keharmonian dalam sesebuah negara.
Menarik perkongsian seorang wanita berbangsa Cina, Jasmine Jayden menerusi grup GrabFood Malaysia, memuji sikap pemuda melayu membantunya ketika keretanya menghadapi masalah kerosakan tayar.
Dengan bantuan pemuda yang juga rider penghantar makanan dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Saya nak berterima kasih kepada 4 orang insan yg amat baik hati yang telah menolong saya semasa tayar saya pancet. Sepanjang hidup saya, apabila saya dapat kereta kecemasan macam tayar pancet, bateri habis, perlu pinjam starter atau apa apa accident hanya budak melayu muda yg selalu tolong saya.
Saya cina tapi amat terharu kerana mereka tidak mengira bangsa dan mempraktis One Malaysia. Hanya setengah orang di negeri ini suka main perkauman dan membahagikan kita semua. Kalau negeri Kami dapat kerajaan yg bercampur kaum, mesti kita semua akan bahagia dan rakyat tak perlu sengsara macam ini.
Abang Mat Shah dan kawannya adalah GRAB driver motosikal tapi sanggup meluangkan masa dari kerjanya dan berhenti dekat jalan raya tolong saya tukar tayar. Abang Muhdafiq Binshamsulnizam adalah Foreman yg nampak kereta saya dan dia ialah orang pertama yg datang menawarkan pertolongan untuk saya.
Dia baik hati sungguh untuk meminjam saya alatan tayarnya kerana saya punya sudah rosak. Kawannya pun tolong berdiri tepi jalan macam polis dengan melambai tangannya supaya kereta yg lalu nampak dan tak langgar kita.
Saya harap semua kaum akan tolong menolong macam ini untuk tanpa mengira bangsa, agama atau status supaya Malaysia dapat harmoni dan damai.
Bahaya renjatan elektrik berlaku di mana-mana tanpa diduga. Seorang ibu muda berusia 20 tahun dilapor maut selepas terkena renjatan elektrik ketika memasukkan tangannya ke dalam mesin basuh yang sedang berputar.
Memetik laporan Mirror, kejadian tersebut berlaku di Juazeiro, timur laut Brazil pada minggu lalu.
MASUKAN TANGAN DALAM MESIN AMBIL PAKAIAN
Menerusi siasatab mendapati bahawa mangsa mengalami renjatan ketika cuba untuk mengambil pakaian di dalam mesin basuh di rumahnya.
Mangsa yang juga merupakan seorang ibu itu disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital tempatan.
Sementara itu, mayatnya telah dikebumikan di Gameleira do Di pada 16 Jun selepas selesai dibedah siasat.
Wanita tersebut meninggalkan suami dan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan.
Menurut laporan, kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku kerana seorang kanak-kanak dilaporkan telah ditemui dalam mesin basuh yang dihidupkan.
Dalam kejadian yang berlaku di Christchurch, New Zealand itu, kanak-kanak tersebut ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.
“Seorang individu cedera dan dibawa ke hospital serta disahkan meninggal dunia,” kata seorang jurucakap pihak berkuasa.
Risiko bahaya mesin basuh kepada kanak-kanak telah dilaporkan secara meluas.
Menurut Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna, sekurang-kurangnya tiga kematian berkaitan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah telah berlaku sejak 2014.
Sumber: Mirror
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.