Melihat bunga ros jepun berkembang dengan pelbagai warna pada waktu pagi boleh buat ramai tertawan.
Cantik ditanam di atas tanah mahupun dijadikan sebagai tanaman gantung, pokok ros jepun mempunyai pesonanya yang tersendiri.
Pun begitu sebelum anda ingin menanam pokok ros jepun ini, elok kiranya ketahui rahsia untuk pastikan ia hidup subur dan berbunga lebat.
CARA TANAM ROS JEPUN
Selalu ada yang tanya saya, “kenapa ros jepun saya jadi panjang2 dan x nak rimbun?”
Jawapan nya, sebelum cucuk ke tanah, akak2 kena pastikan tanah sudah siap digaul dengan pasir, masukkan dalam pasu, ambil keratan ros jepun, kerat lebih kurang 2 inci dan cucuk ke medium tanaman. Jangan cucuk terlalu rapat.
Ads
Sebab apa kena kerat?Sebab nak bagi ros jepun merimbun dan berbunga lebat berketul2.
Pastikan pasu diletakkan di tempat yang boleh menerima cahaya matahari dari pagi sampai ke petang, selepas seminggu boleh mula baja, seminggu sekali sudah mencukupi.
Sekarang musim panas di perak, jadi kena siram pagi dan petang. Insyaallah ros jepun akak2 akan merimbun, gemuk dan berbunga lebat.
Contoh gambar di bawah adalah cara saya selalu tanam ros jepun
Ads
Kerat pendek dan cucuk jangan terlalu rapat.
Hasil lepas 10 hari tanam
Ads
Hasil selepas sebulan setengah, nak bunga berketul macam ni bergantung kepada penjagaan dan baja.
Umum mengetahui bahawa negeri pantai timur Kelantan dan Terengganu sedang di landa musibah banjir.
Perkongsian di Media sosial dipenuhi gambar dan video terkini banjir di sana.
Dalam pada itu, nama ‘abang viva’ sekali gus menjadi sebutan ramai. Tanda pagar #abangvivi menjadi trending kembali.
Nyata, cakna dengan situasi yang berlaku Abang viva atau nama sebenar Azwan Omar tampil membantu kepada mangsa banjir.
Menurut laporan Kosmo, Wira banjir itu selamat tiba bersama pasukannya di Terengganu awal pagi tadi bagi membantu penduduk di negeri itu yang dilanda banjir sejak minggu lalu.
Azwan turut berkongsi keberadaannya di Kampung Bukit Diman, Hulu Terengganu secara sesi live Facebook dua jam yang lalu.
“Saya dah sampai Terengganu pukul 4.50 pagi, kalau sesiapa ada info kawasan yang masih teruk boleh kongsikan kerana di sini air dah mula surut,” katanya.
Penduduk tempatan kongsi lokasi ke tempat banjir
Sementara itu, pengikut sesi live tersebut dan salah seorang penduduk turut membantu menunjukkan arah perjalanan ke Kuala Berang yang dikatakan kini terjejas teruk.
“Orang ganu dah tunjuk jalan, depan sana, ok baik,” katanya.
Dalam sesi tersebut turut dilihat sebuah Triton dipercayai yang dihadiahkan usahawan kosmetik, Wan Siti Aisyah Wan Hasan bagi menghargai jasanya membantu mangsa-mangsa banjir, bulan lalu.
Semoga usaha murni abang viva aka abang triton direalisasikan dengan mudah.
Jemu asyik makan nasi aje, apa kata cuba masakan ini. Cara nak buat pun mudah. Hanya menggunakan mee dan sup perisa pedas memang membuatkan selera bertambah.
Ikuti perkongsian oleh Puan Zurina Zulkefli ada berkongsikan satu resipi Mi Sup Pedas Cina atau nama betul masakan ini adalah Hot and Sour Glass Noodle Soup (Suan La Fen).
Katanya resipi itu apabila suami ingin makan macam dalam mukbang Cina. Cara membuatnya sangat mudah, biasanya bahan pun ada kat dapur saja.
Ikuti resipi ini.
Resipi Mi Sup pedas cina
Bahan utama:
Minyak cili
Air rebusan stok ayam
Mi kanji Ubi (sweet potato noodle)
Telur rebus
Cara-cara:
1. Untuk menyediakan minyak cili, sediakan satu mangkuk kecil. Masukkan 1 sudu cili flakes, 2 ulas bawang putih dicincang halus, 1 sudu kecil biji bijan, 4 sudu besar kicap cair dan sedikit garam. Gaulkan semua bahan tersebut.
2. Kemudian, panaskan 3 sudu besar minyak masak/minyak bungamatahari/ minyak bijan. Kemudian terus tuangkan minyak tersebut ke atas bahan-bahan yang dikacau tadi. Kacau rata dan ketepikan.
3. Rebus mi kanji ubi selama 10 minit untuk dapatkan tekstur yang betul-betul lembut. Toskan dan letak dalam mangkuk.
4. Tuangkan minyak cili tadi ke atas mi.
5. Tuangkan air rebusan stok ayam ke atas mi. Saya guna kiub pati ayam je.
Kesalahan Menggoreng Bihun, Ramai Mak-mak Buat Tanpa Sedar, Jangan Langgar Pantang Larang
Bihun goreng memang enak dinikmati ketika masih panas. Namun tidak semua mak-mak mahir menggoreng bihun. Masalah yang kerap dihadapi ialah apabila setiap kali menggoreng, bihun akan jadi hancur.
Biarpun pelbagai tip dicuba, selagi mak-mak tak betulkan kesalahan ini, memang sampai ke akhirnya bihun yang digoreng akan keras, lembik dan boleh jadi tawar atau terlebih masin.
*Bihun keras sampai susah nak ‘kokak’ *Terlampau lembik, benyek pun pernah jadi.. adoiilah. *Berpintal-pintal sebab dah terlalu lembik habis dikacau sampai tak sudah. *Masin ya amat.. sebab garam tak sekata.
1. Tak Tengok Arahan Pada Paket
Tengok pada bungkusan bihun. Apa arahannya. Adakah perlu direndam kemudian tos, atau rendam dalam air panas atau air sejuk.
2. Tidak Perasan Bihun Tersebut Rupa Sahaja Sama Tapi Kekenyalan Berbeza
Kenal dulu sifat bihun. Ada sesetengah bihun mentah yang perlu direndam lama sebelum di masak. Ada yang direndam walau dalam lama pun tetap tak memberi hasil yang baik semasa digoreng. Contoh; bihun Faiza bihun mentahnya keras dan perlu direndam lama. Manakala bihun Eka atau Pama bihunnya cepat lembut bila direndam air.
3. Lupa Uji Bihun Dengan Jari
Air tangan itu kan penting. Jadi gunalah jari jemari itu untuk menguji sama ada bihun yang dah direndam itu lembut atau sebaliknya. Cuba putuskan guna jari boleh ke tidak. Kalau senang, itu sudah cukup lembut.
4. Tak Ambil Pusing Semasa Merendam
Gunakan besen besar semasa merendam bihun. Biarlah bihun itu sampai tenggelam. Kacau-kacaulah sekejap-sekejap, sampai anda dapat merasakan bihun itu sudah menjadi lembut.
5. Anggap Lalukan Bihun Bawah Air Dan Tos Tak Penting
Ini kalau rendam dalam air panas, sebaiknya lalukan semula bawah air paip. Jangan pula rendam lama sangat, sampai sudah terlalu lembik baru hendak lalukan bawah air. Nanti masa menggoreng ia mudah hancur dan tak lagi kenyal. Lepas lalukan bawah air, barulah toskan. Satu lagi rahsianya kenapa perlu lalu bawah air dan tos, sebab nak buang kanji yang ada dalam air rendaman bihun. Jadi bihun itu tidaklah melekat sangat bila sudah siap digoreng.
6. Tak Campur Air Masa Menumis, Goreng Bihun
Jika gunakan bihun jenis keras atau kasar, lebihkan air semasa menumis. Nanti bihun akan serap air dan dengan sendirinya akan jadi lembut. Gaullah sampai bihun lembut. Tapi jangan keterlaluan nanti bihun hancur. Katakanlah masih juga keras, tambah sedikit air panas sampai ia jadi lembut. Jika guna bihun jenis lembut, tak perlulah tambah air yang banyak. Sedikit sudah memadai. Bimbang bihun jadi hancur dan lembik.
7. Tak Gunakan Dua Tangan
Memasak bihun memang mencabar. Macam nak berkungfu pun iya. Sebab itu, disarankan guna dua tangan masa menggoreng. Sebabnya yang sebelah boleh menggaul, sebelah lagi tangan boleh gaul rata sebatikan rempah/perencah bihun. Jadi ianya tidak berketul dan berpintal.
8. Tak Tahu Bila Nak Masukkan Garam
Jangan masukkan garam sebelum memasukkan bihun. Sebaiknya selepas bihun dimasukkan dalam kuali. Ini untuk mengelakkan terlebih masin.
Moga selepas ini mak-mak tidak lagi melakukan kesalahan seperti yang disenaraikan ini ketika memasak bihun.