Tanam Ros Jepun Nak Berbunga Lebat & Gemuk-gemuk, Rahsianya Buat Begini!

Share

Melihat bunga ros jepun berkembang dengan pelbagai warna pada waktu pagi boleh buat ramai tertawan.

Cantik ditanam di atas tanah mahupun dijadikan sebagai tanaman gantung, pokok ros jepun mempunyai pesonanya yang tersendiri.

Pun begitu sebelum anda ingin menanam pokok ros jepun ini, elok kiranya ketahui rahsia untuk pastikan ia hidup subur dan berbunga lebat.

CARA TANAM ROS JEPUN

Selalu ada yang tanya saya, “kenapa ros jepun saya jadi panjang2 dan x nak rimbun?”

Jawapan nya, sebelum cucuk ke tanah, akak2 kena pastikan tanah sudah siap digaul dengan pasir, masukkan dalam pasu, ambil keratan ros jepun, kerat lebih kurang 2 inci dan cucuk ke medium tanaman. Jangan cucuk terlalu rapat.

Sebab apa kena kerat? Sebab nak bagi ros jepun merimbun dan berbunga lebat berketul2.

Pastikan pasu diletakkan di tempat yang boleh menerima cahaya matahari dari pagi sampai ke petang, selepas seminggu boleh mula baja, seminggu sekali sudah mencukupi.

Sekarang musim panas di perak, jadi kena siram pagi dan petang. Insyaallah ros jepun akak2 akan merimbun, gemuk dan berbunga lebat.

Contoh gambar di bawah adalah cara saya selalu tanam ros jepun

Kerat pendek dan cucuk jangan terlalu rapat.

Hasil lepas 10 hari tanam

Hasil selepas sebulan setengah, nak bunga berketul macam ni bergantung kepada penjagaan dan baja.

sumber : Laman Ros Jepun Nami Leaf

Selain bercucuk tanam, kita orang perempuan suka juga shopping online sebagai terapi katanya. Nak terus membeli belah boleh klik di sini.

IKLAN