Tanam Salad Merimbun Memang Puas Hati. Ni Step Boleh Follow!

Share

Melihat betapa subur dan merimbunnya tanaman salad tentu ada yang teruja menanamnya.

Apatah lagi, tanaman salad ini tidak perlu menunggu lama untuk dituai.

Untuk mengetahui lanjut langkah demi langkah penanamannya, di sini dikongsikan untuk info bersama.


Salad memang sedia maklum sayuran tanah tinggi. Tapi teknologi pertanian semakin berevolusi dari masa ke masa.

Teruja bukan lihat rimbunan salad subur menghijau hanya ditanam di tanah rendah.

Tempoh masa utk smpai merimbun ni saya dapat dalam sebulan 10 hari.

Fasa Penanaman

1. Sediakan cocopeat. Saya tabur nipis
sekadar layer sedikit tanah hitam sawit.

2. Tabur benih salad. Saya beli jenama
green world. Sekarang benih salad
mudah sangat di dapati di kedai mahupun online.

3. Selepas tiga hari saya letak open place.

4. Start size ni dah boleh siram baja ab untuk
cepatkan tumbesan. Guna kepekatan yang
rendah sahaja ya. Kalau boleh dalam  0.3ec sahaja.

5.  Pecahkan untuk penjarakkan.

6. Selepas 6 hari penjarakkan. Siram sehari sekali baja ab 0.5ec. Sebenarnya saya tanam agak rapat juga sebab dah tak cukup media.If can jarakkan la dalam sejengkal kalau nak besar macam di pasar.

7. Tadaaa dah boleh menyorok2 dirimbunan salad ni sambil kunyah2 daunnya. Setakat ni saya tidak guna apa2 racun sebab tiada perosak.

Hanya ada penyakit kulat pada daun tua sebab tanam rapat sangat. Udara terlalu lembab matanari x boleh tembus. So jarakkan la ya.

8. Ini sahaja saiz terbesar saya dapat sebab tanam rapat.

Sumber : Muhamad Zahid 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

IKLAN