Menjaga kesihatan ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuk bersenam, menjaga pemakanan dan bergaul dengan orang yang berfikiran positif.

Bila bercakap mengenai pemakanan sudah tentu melibatkan makanan yang berkhasiat. Salah satu makanan adalah ulam raja. Biarpun ia dikatakan makanan kampung tapi  khasiat sungguh menakjubkan.

Malah tanaman ini mudah tumbuh dengan subur di tanam tepi halaman rumah.

Nak tahu khasiatnya ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai ulam ini.

Khasiat ulam raja

Tanam Ulam Raja Tepi Rumah, Ini Khasiatnya Kena Tahu, Ikuti Penjelasan Dr Ini.

Ulam Raja atau cosmos caudatus popular di Malaysia, Indonesia dan Brunei sebagai hidangan tambahan dalam menu bersama sambal.

Ia mengandungi nilai kalori yang rendah, dan pelbagai nutrisi.

Setiap 100 gm Ulam Raja mengandungi:

• Tenaga 20 Kcal
• Karbohidratg 0.5 gm
• Protein 3.0 gm
• Serat 1.6 gm
• Vitamin C 65.0 mg
• Thiamin (B1) 0.15 mg
• Riboflavin (B2) 0.25 mg
• Kalium 430mg
• Fosforus 35 mg
• Kalsium 250 mg
• Magnesium 50 mg
• Zat besi 5.0 mg

Take note khasiat

Tanam Ulam Raja Tepi Rumah, Ini Khasiatnya Kena Tahu, Ikuti Penjelasan Dr Ini.

Selain itu, kebaikan Ulam Raja ialah :

1. Mengawal paras gula

Pesakit diabetes yang amalkan 15 gram ulam raja setiap hari selama lapan minggu menunjukkan paras bacaan glukosa dalam darah yang lebih terkawal. Ini kerana ulam raja berbanding pesakit yang tidak mengambil ulam raja kerana ia meningkatkan paras sensitiviti insulin.l

2. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Ulam raja kaya dengan sumber sebatian bioaktif seperti asid askorbik, asid klorogenik, quercetin, dan proathocyanidin dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes, darah tinggi dan tahap kolestrol yang tinggi. Selain itu ia dapat menurunkan tahap keradangan dalam tubuh.

3. Kaya dengan sumber antioksida

Ulam raja mengandungi sebatian antioksida yang tertinggi, yang penting untuk melawan radikal bebas yang terhasil akibat proses pencernaan makanan yang bersifat karsinogenik atau terdedah kepada persekitaran yang tercemar.

4. Mengurangkan tekanan darah tinggi

Ulam raja dapat mengurangkan tekanan darah tinggi (terutama pre-hipertensi) kerana, ia bersifat anti-diuretik.

5. Perlindungan terhadap tulang

Ulam raja mampu mengelakkan dari penyakit osteoporosis.

6. Meningkatkan fungsi Hati

Ulam raja dapat menguatkan fungsi organ hati dengan melancarkan pembuangan bahan kumuh yang terkumpul.

7. Bertindak sebagai anti-kulat and anti-microb

Phenylpropane yang berada pada akar ulam raja bersifat anti-kulat seperti kulat Cladosporium cucumerinum, Candida albicans dan anti-mikrob terhadap lima jenis bakteria seperti Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Candida albicans.

Kesimpulan

Pengamalan ulam raja sebagai sumber alternatif dalam perubatan moden masih diperingkat awal tetapi terbukti banyak khasiat-khasiat untuk kesihatan.

Ia juga tidak memberikan sebarang kesan sampingan terhadap pengguna.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI