Jika namanya suka bercucuk tanam, pasti pelbagai jenis tanaman ada ditanam di laman rumah. Tidak terkecuali menanam tanaman jenis memanjat seperti pokok telang, pokok anggur dan sebagainya.
Apa yang penting, tumbuhan jenis memanjat ini memerlukan para, dinding atau struktur lain dan untuk itu, di sini disediakan cara mudah untuk menyediakan struktur untuk tumbuhan memanjat andai ditanam di dalam pasu. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh D’Pro A’Nas.
Membuat penahan pokok dan tempat pokok memanjat.
Bahan-bahannya :
Dawai Tebal…Dawai untuk buat string Pagar hijau..Segolong 10 meter RM4
Cable Tie.
Tape Penyukat
Lukisan untuk sample buat menahan pokok dan pokok memanjat.
Cara-caranya:
Ads
Buatkan 3 bulatan dawai yang diikat dengan menggunakan cable tie mengikut ukuran berbeza iaitu 30 inci, 12 inci dan 10 inci.
Sediakan 3 dawai untuk dijadikan tiang dengan ukuran 30 inci.
Ads
Kemudian ikat 3 bulatan pada bahagian tiang dengan bahagian kecil di bawah dan besar di atas menggunakan cable tie dengan kemas.
Ads
Semoga dengan perkongsian ini memberi idea kepada anda yang suka bercucuk tanam untuk tumbuhan jenis memanjat agar lebih nampak kemas dan sekali gus cantik dipandang. Selamat mencuba.
Bila badan terasa lesu, lemah dan sengal-sengal mulalah kita rasa tidak sedap badan. Nak buat apa kerja pun jadi tidak selesa dan secara umumnya pasti kita ingin segera mencari ‘penawar’ untuk dapat mengembalikan kecergasan tubuh badan.
Salah satu daripadanya apa kata anda amalkan seperti yang disarankan oleh Dr Rizal Abu Bakar ini, menurutnya untuk dapatkan tubuh badan yang sihat pertama sekali kena baiki usus!
Bagaimana caranya ini turut dikongsikan di dalam postingnya dan bolehlah diamalkan untuk penjagaan kesihatan seisi keluarga. Ini perkongsiannya;
Banyak orang komplen tak sedap badan. Sakit badan. Bisa sana bisa sini. Tapi tak tahu punca. Macam mana settle? Ada rahsianya! Rahsia salah satunya ialah baiki usus dulu. Usus ni juga disebut sebagai otak kedua manusia. Jadi kena jaga betul betul.
Cara nak jaga ialah bagi makanan dalam kategori prebiotik dan probiotik.
Untuk mudah ialah sediakan minuman aloe vera ni. Tujuan untuk sihatkan usus. Bagi usus atau otak kedua ni mantap dulu. Orang selalu sebut bagi sejuk badan.
Resepinya mudah saja. Hanya perlu 4 bahan.
1. Aloe Vera
2. Air
3. Lemon
4. Madu
Caranya pun tak susah mana. Boleh 6 langkah kat bawah:
1. Potong dan asing isi aloe vera. Pastikan saiz sebesar pangkal ibu jari sahaja. Senang nak makan nanti. Masa potong tu biarkan getah kuning aloe vera keluar. Biar kering getah tu baharu potong kecil-kecil. Potong dalam satu cawan.
2. Masukkan dalam periuk isi aloe vera. Masukkan air dua cawan.
3. Masukkan air perahan setengah biji lemon. Kalau lemon kecil boleh pakai sebiji. Boleh masukkan 5-6 biji red dates sekiranya mahu. Ni optional.
4. Masak dalam air perlahan sampai mendidih. Lepas mendidih matikan api. Biarkan sejuk sedikit.
5. Lepas sejuk boleh masukkan madu 2-3 sudu.
6. Hidangkan. Isi aloe vera tu boleh dimakan sekali.
Rasanya nyaman rasa usus. Rasa sejuk badan. Resepi simple untuk nikmat sihat.
“Doc, hari tu Doc ada sebut ada makanan bahaya untuk otak. Bahaya untuk badan. Macam mana tu?”
Ya.
Apa yang saya share di atas adalah satu tips dari banyak tips untuk jaga otak. Bila jaga otak, usus sihat, badan pun sihat. Ada 5 jenis makanan yang orang kita sukaaaa sangat makan. Tapi makanan inilah yang rosakkan otak kita. Saya panggil 5 makanan ini 5P. Pendedahan 5P ini ada saya buat dalam video khusus. Video ini ada dalam topik makanan dalam Neurohealth.
Seperti kita semua tahu, beras ada pelbagai jenis dan kelebihan yang berbeza. Lebih-lebih lagi di Malaysia, nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan orang. Antara yang terkenal adalah beras putih untuk nasi berlauk, beras basmathi untuk masak nasi yang berempah, beras pulut dan pulut hitam untuk membuat kuih. Tapi tahukah anda, sebenarnya ada satu beras yang jauh lebih baik daripada beras putih? Ianya adalah beras rebus.
Apa itu Beras Rebus/Parboiled Rice?
Beras rebus adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Ini menjadikan ia beras yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap. Khasiat beras rebus ini lebih baik daripada beras perang.
Antara khasiat beras rebus ialah :
1. Mempunyai kadar glisemik yang rendah
Apa itu kadar glisemik? Kadar glisemmik adalah skor yang menunjukkan keupayaan karbohidrat di dalam makanan untuk meningkatkan tahap glukos di dalam darah.
Maksudnya disini, lebih tinggi kadar glisemik, lebih tinggi keupayaan untuk gula di dalam darah untuk naik. Menariknya, kadar glisemik nasi rebus ini lebih rendah daripada beras perang. Sememangnya pilihan yang paling bagus untuk orang yang mempunyai penyakit kencing manis dimana mereka harus memantau bacaan gula didalam darah.
2. Mempunyai kalori yang rendah
Menjaga pengambilan kalori adalah salah satu kunci bagi orang yang ingin menurunkan berat badan mereka. Kalau anda masih mahu memakan nasi akan tetapi risau dengan kiraan kalori, jangan risau lagi kerana beras rebus ini sememangnya rendah kalori. Ini kerana dengan setengah cawan nasi yang dah dimasak, kalori nasi tidak kurang dari 100 kalori. Bukan sahaja bagus untuk orang yang ingin menurunkan berat, malah ianya pilihan terbaik untuk seisi keluarga untuk mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat.
3. Kaya dengan vitamin B
Selain itu juga, beras rebus ini kaya dengan vitamin B dimana ia sangat diperlukan oleh badan. Pengambilan vitamin B sangat penting ini kerana ia akan menukar makanan yang dimakan ke tenaga yang diperlukan untuk badan. Dengan memasukkan nasi rebus ke dalam diet harian anda, badan akan mendapat kebaikan daripada vitamin B dengan secukupnya.
4. Mineral yang tinggi
Beras parboil atau beras rebus ini mempunyai kandungan mineral yang tinggi iaitu kalsium, iron, dan magnesium. Sumber mineral yang cukup juga membantu untuk mendapat badan yang sihat. Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang yang sihat serta gigi yang kuat. Pengambilan iron yang cukup juga membantu membawa oksigen ke dalam darah dengan lebih baik.
Memang banyak kebaikan serta nutrien yang amat diperlukan untuk badan di dalam beras rebus ini. Jadi jangan ingat kalau anda sedang berdiet, langsung tak boleh makan nasi. Pilih jenis nasi dengan betul dan beras rebus ini merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bukan mereka yang ingin diet sahaja, malah beras ini juga baik untuk penyakit kencing manis.
Siapa peminat laksa?Meh munculkan diri anda di sini. Biasanya kita asyik belajar buat resipi kuah je kan. Apa kata kali ini kita cuba pula buat sendiri laksa. Lagi puas hati nak makan.
Nak tahu caranya, jom tengok resipi oleh Natasya Addawiyah yang berkongsi resepi laksa beras homemade yang mudah, bersih, halal dan jimat. LAKSA BERAS Laksa pulas sendiri.. Tak penah lansung beli laksa kering/ basah di kedai. Buat makan, order dari costm memang buat mee laksa sendiri.
LAKSA BERAS
(hidangan utk 8-10 org makan)
5 cawan air di didihkan. Air panas kena betul2 panas.
½ kilo tepung beras cap teratai
3 sudu besaq tepung ubi (menggunung).
Ayak kesemua tepung. (rujuk dlm gambar) Bila air dah jerang…tuang cket2 dulu.. Agak2 secawan dulu. Hati2 masa tuang air panas.
masukkan 5 sudu besar minyak masak ke dalam adunan tepung (rujuk dlm gambar)
tepung masih panas gaul dgn senduk dulu. Da suam boleh uli dengan tangan.
kalau masih bertepung lagi tuang air panas cket2. uli sebati sampai tak melekat di tangan.
masukkan dalam kebok @ acuan. Terus pulas atas periuk kukus. (rujuk dlm gambar) Kukus selama 15-20 minit.
mee laksa dah masak angkat periuk kukus tuang mee laksa ke dlm besen yg telah isi air. Biarkan sekejap 10 minit ke dlm air. Angkat & tapis
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.