Penampilan terbaharu isteri Hos dan pelawak, Nabil Ahmad dalam instagramnya dilihat kembali berhijab baru-baru ini meraih perhatian daripada warganet.
Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub memuat naik beberapa gambar dan video terkini dengan menggayakan tudung secara sopan.
Bukan itu sahaja, pengakuan Hos Meletup berkenaan kisahnya yang mengikuti jemaah tabligh mendapat reaksi positif. Dalam perkongsian tersebut, Nabil juga memuat naik video luahan hatinya tentang pengalaman sepanjang mengikuti jemaah tersebut.
Ads
Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan bernama Nayla Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.
Malah, penghijrahan Nabil tersebut turut dikongsikan oleh seorang bekas pelakon bernama Azuan Mazlan.
Ads
Menerusi laman instagramnya, Azuan melahirkan rasa hormat kepada pasangan tersebut kerana mereka dikatakan kini mendekatkan diri dengan ilmu agama Islam.
Malah Azuan turut memuji sikap Nabil sebagai seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk mendidik isteri mendalami ilmu agama.
Ads
Difahamkan lagi, gambar yang dikongsi oleh Azuan diambil ketika pasangan tersebut menyertai jemaah masturat.
Sering kali kita mendengar, ramai ibu bapa mengadu anak-anak payah untuk mendengar kata dan ini cukup merunsingkan fikiran.
Malah tidak dengan itu ada juga yang berdepan dengan pasangan yang sering bertengkar dek kerana kerasnya hati.
Lantas selain usaha untuk menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi harmoni, kuasa berdoa jangan dinafikan.
Jadi bagaimana cara yang harus dilakukan agar setiap hati di dalam keluarga kita bersifat lemah lembut dan membahagiakan?
Ikuti perkongsian ini.
Doa Paling Cepat Untuk Lembutkan Hati Seseorang.
Cara 1
Sebelum tidur pejamkan mata sekejap, bayangkan orang tu di hadapan kita sambil sebut namanya sebanyak 3 kali, lalu terus doa begini,
“Ya Allah, aku maafkan dia, Engkau lembutkan hati dia Ya Allah, dan aku sayangkan dia kerana Allah swt”.
Cara 2
Setiap pagi, baca kan Al-Fatihah pada orang tersebut, sebut namanya, dan doakan khusus untuk dia. Semoga dengan doa Al-Fatihah itu akan sampai terus ke hatinya. Dengan Izin Allah hatinya akan lembut.
Cara 3
Doa ini pernah dibaca oleh Rasulullah saw kepada Saidina Umar Al-khattab untuk memeluk agama Islam.
Baca sebanyak 19 kali dan sebut nama orang tersebut, InshaaAllah dengan izinNya hati seseorang itu akan lembut.
Allahu lateefun biibadihiyarzuqu mai yasha’, wahuwalqawiyyul a’zeez.
Maksudnya:
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Jom kita sama-sama sayang menyayangi antara satu sama lain. Elakkan rasa dendam, musuh kita pada seseorang. Maafkan saja orang itu, dan Lia berdoa agar hubungan silaturrahim tu InshaaAllah akan bertambah lebih baik.
Semoga 3 cara ini bermanfaat buat anda semua.
P/S : Sayangilah seseorang kerana Allah dan yakin Allah akan membuatkan sayang itu kekal selama-lamanya.
Alangkah bertuahnya badan bila dikurniakan menantu lelaki atau perempuan yang baik, menjaga dan menyayangi diri kita seperti ibu kandung sendiri. Tidak dengan itu, murah hati pula membeli hadiah sebagai tanda kasih.
Berkongsi kisah Abdul Muiez Ruslee ini umpamnya, seroang menantu yang memberikan hadiah istimewa kepada ibu mertuanya yang telah lama teringin membeli emas bolehlah dijadikan inpirasi.
Menurutnya, apa yang dikongsikan bukanlah bertujuan menunjuk kaya apatah lagi berduit, namun apa yang dilakukan semua itu adalah sebagai mencipta satu kenangan indah untuk dirinya dengan dapat menghadiahkan barang kemas.
Ini memandangkan ibunya sudah meninggal dunia , dan kini cuma ibu mertua lah tempat untuknya menumpang kasih seorang ibu.
Belikan Gelang Emas & Cincin Untuk Mak Mertua
Semalam saya nampak mak mentua bagi duit dekat isteri. Minta simpankan. Kumpul-kumpul nak beli cincin, katanya.
Allahu akbar. Kasihannya. Saya cuba congak-congak duit yang ada dalam bank. Cukup.
Saya buat carian di Google. Kedai emas Seri Iskandar. Ada. Saya hubungi kedai itu.
Kedai tutup pukul 6. Saya tengok jam. Ada 15 minit lagi. Saya minta jangan tutup dahulu. Kami nak datang.
Sampai saja di kedai, saya minta emak pilih satu gelang emas. Selesai, bayar.
Mak kata, nanti nak datang lagi lepas duit cukup. Nak beli cincin pula.
Saya congak-congak lagi duit dalam akaun. InsyaAllah sebentuk cincin lagi boleh lepas.
Terus saya minta mak pilih cincin pula. Selesai dan saya bayar.
Saya bercerita bukan nak tunjuk saya kaya atau berduit. Tidak.
Cuma saya terkenang. Sepanjang mak saya hidup, saya tak pernah belikan barang kemas untuk mak.
Masa itu, duit nak lepas hidup sendiri pun paras hidung je. Sekarang, Allah bagi rezeki sikit. Saya nak bagi dekat mak sendiri, mak dah takda. Dah 8 bulan mak meninggal.
Belikan Ayah Baju Baru
Dulu masa kecik, ingat tak kita pernah cakap dekat mak. Saya fikir, kita semua pernah sebut benda yang sama. “Nanti dah besar, saya belikan mak emas ya.”
Sekarang dah besar, pernah tak kita belikan?
Saya teringat tentang itu dan saya tak nak penyesalan itu datang lagi.
Balik Negeri Sembilan hari itu, saya tengok baju-baju ayah dah kusam. Saya belikan dua helai baju di Freeport A Famosa. Suka betul ayah.
Masa jamuan akikah, ayah pakai. Ayah tunjuk dekat saya. “Ayah pakai baju yang kau beli.”
Rakan-rakan dapat bayangkan tak apa perasaan saya? Agak-agak bagaimana perasaan ayah pula?
Saya tulis status ni pun menitik air mata.
Terkenang, sepanjang mak hidup, tak sempat saya nak berbakti. Malu dengan adik. Betapa beruntungnya dia, dapat berkhidmat untuk mak sehingga nafas mak yang terakhir.
Nak berbakti pun sempat, inikan pula nak belikan gelang emas.
Harta Bertambah Berkat
Kadang-kadang kita rasa duit tak cukup nak beri khidmat untuk mak ayah.
Tapi percayalah, harta yang kita beri kepada mak ayah itu sangat berkat.
Yang tak cukup, insyaAllah, Allah akan cukupkan.
Lepas mak dapat hadiah, terus mak doakan kami.
Dah 8 bulan saya tak dapat doa seorang mak.
Tapi, semalam saya dapat dengar doa dari seorang mak dengan jelas.
Saya minta dekat mak. Doakan semoga kami menang cabutan Al-Awfar. Semoga dapat kami tebus semua gelang mak di Ar-rahnu.
Kawan-kawan.
Sementara mak ayah masih hidup, santunilah mereka. Penuhi hajat mereka.
Benar, kita kadang-kadang pun tak berduit. Tapi cuba fikir, lepas kita keluarkan duit dekat mak ayah, pernah tak kita kelaparan? Pernah tak kita tak makan?
Tak, kan?
Kita kata tak ada duit untuk mak ayah, tapi kita boleh melancong sana sini. Beli barang branded itu ini.
Saya tak cakap dekat orang lain, tapi untuk diri sendiri juga.
Malah, kalau kita sedar, rezeki kita semakin melimpah.
Bukan hanya sekadar duit, mungkin juga melalui jalan lain. Antaranya hati kita tenang, kereta tak pernah rosak, rumah tangga bahagia, anak-anak pandai, kerja kita dipermudahkan, tak pernah kena marah dengan bos, tak stress.
Ya, itu semua mungkin asbab kita menyantuni mak ayah.
Berbaktilah sementara mereka masih hidup. Semoga berkat hidup kita.
Berbaktilah dengan cara kita. Sikit cara sikit. Banyak cara banyak.
Jika tak mahu menyesal di kemudian hari.
Buat penggemar cendawan goreng, resipi pernah viral sebelum ini. Jika anda mahu menghidangkan menu petang yang sedap, resipi ini wajib dicuba.
Mudah disediakan dan hasilnya cendawan goreng bersalut tepung berempah ini jadi rangup dan garing. Dihidangkan bersama secawan teh O panas cendawan enoki goreng ini pasti terangkat.
Bahan-bahan:
2 bungkus cendawan enoki
1 biji telur – pukul ringan
serbuk tepung serbaguna (BESTARI)
Minyak masak secukupnya
Cara Membuat:
1. Potong akar cendawan Enoki,leraikan ia,kemudian basuh dan toskan.
2. Gaul cendawan Enoki dengan telur hingga rata.
3. Golekkan atas tepung serbaguna.
4. Goreng dalam minyak terendam dan api yang panas.
5. Angkat apabila sudah masak atau berwarna kuning keemasan. Toskan.
Info ekstra:
Kudapan ringan ini juga sedap dicecah dengan sos cili, mayonis atau dimakan begitu sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.