Setelah melalui banyak cabaran sepanjang mengandung anak keenam ini, usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kesyukuran apabila isteri tercintanya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid selamat melahirkan cahaya mata mereka pada Isnin.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Aliff Syukri memberitahu isterinya terpaksa bertarung nyawa agak lama bagi melahirkan anak keenam mereka.
“Anak kali ini amat mencabar, dari jam 5 pagi dalam bilik bersalin sampai jam 3 petang baru selamat keluar (melahirkan),” tulisnya.
Malah dia turut mencoretkan perasaan takut dan sedih apabila melihat isteri tercinta menangung kesakitan bagi melahirkan anaknya.
Sementara itu, Datin Seri Nur Shahida di laman Instagramnya ada berkongsikan pengalaman melahirkan anak keenam pada kali ini agak sakit jika hendak dibandingkan dengan zuriatnya sebelum ini.
“Syukur Alhamdulillah tepat jam 2.40 petang hari isnin 3 April 2023 (sama birthday dengan abah @aliffsyukriterlajaklaris, lahir lah seorang Putera setelah bertarung menahan kesakitan selama 7 jam.
Ads
“Tak sangka serumit ini untuk cahaya mata ke 6. Boleh pula tangan dia keluar dulu..jenuh Dr nak masukkan tangan dia…tetap dia nak minta duit raya juga……jadi hujung2 mmg sambut tangan baby la dulu kita..apapun semuanya selamat..” tulisnya di kapsyen entri tersebut.
Untuk rekod, Aliff Syukri mendirikan rumah tangga dengan Nur Shahida pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Baru-baru ini Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan akan membuat pengambilan khas guru secara ‘one-off’ bagi mengisi kekosongan guru yang dihadapi di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.
Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ia akan membabitkan pengambilan sejumlah 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41.
Justeru pelbagai pandangan yang dilontar mengenai kreadiliti bakal pendidik yang akan mengisi kekosongan jawatan kosong berkenaan.
Bagi guru ini, dia mempunyai pandang tersendiri mengenai hal ini. Malah menyahut baik hasrat kerajaan.
Buat yang minat bergelar pendidikan, anda pasti boleh!
“Kalau korang rasa tak sure nak jadi guru, tak payah la, nanti menyesal, susahkan diri susahkan anak bini susahkan sekolah pula..” “Kalau korang takda skill nak handle pelajar, baik tak payah!” Ni nasihat biasa kita dengar, kan? Tapi hari ni saya nak bagi nasihat lain sikit, hehehe, dari pendapat saya yang lemah ni. Kalau korang minat, cuba saja, try. Cari pengalaman. Kita tak akan tahu benda tu sesuai dengan jiwa kita selagi kita tak cuba. Kalau profession ni sesuai dengan hati kita, kita sendiri akan ada kemahuan nak improve kemahiran yang di perlukan di sekolah, yang di perlukan bila bersama murid. Kita akan belajar dengan cara langsung dan tak langsung. “Tapi kami ni tak terlatih,,,” Tak apa, saya yakin akan ada latihan khusus di sediakan nanti, dan pengalaman akan mengajar anda nanti.
Saya ada member masuk IPG kena paksa family, sepnjang pengajian merengus saja, sekarang dia antara yang paling berjaya dalam batch kami.
Ada member yang tiba-tiba di hantar ke sekolah untuk berkeperluan khas, basic tak ada, setahun awal tu murung je rupa dia,, tapi sekarang, bila dah ternampak hikmah kenapa dia di hantar ke sekolah tu, dia la paling semangat sekarang, bentang sana sini, lepak makan pun sembang pasal inovasi MBK,, hahaha sengal ah
Pada saya, kedatangan korang dalam profession ni saya bukan sekadar nak tengok apa yang korang boleh buat untuk sesuatu subjek tu,, (ada tak kemahiran ajar subjek tu subjek ni), tapi lebih dari tu. Saya tengok dengan kemasukan anda beribu-ribu ni, sekolah nanti dapat beribu-ribu kelebihan, talent, passion and minta masing-masing dan lain-lain. Korang akan offer sekolah perlbagai benda yang korang boleh buat, bukan sekadar cara mengajar. Lebih lagi. Tak kira apa kemahiran dan kelebihan korang, selagi tak langgar peraturan, manfaat akan dapat pada pelajar, generasi di bawah kita. Saya ada senior lelaki yang agak lembut dan selalu di ejek, sekarang asyik sekolah beliau je dapat wakil ke pertandingan tarian kebudayaan, ke level tinggi-tinggi, hasil kemahiran beliau.
Ingat content knowledge ni kita boleh belajar, tapi passion dan minat ni adalah dari kecil kita pupuk dalam diri kita. Dan saya percaya kat sekolah adalah salah satu tempat yang sesuai nak kembang bakat dan inspirasikan jiwa lain.
Bagi saya, jom cuba. Kalau dah rasa tak sesuai dengan hati nanti baru la, rasa stress depress kaunseling dan lain-lain pun tak dapat baru la kita fikir jalan keluar, saya ada member yang dari batch saya, baru tahun ke empat, dari daerah saya, dah keluar dan sekarang tengah further bidang lain. sedih tapi salute dan respek denga dia, sebab dia tak jumpa happiness dalam bidang ni, kita sebagai kawan, kita tak halang, tapi kita support. “Jangan sampai pilih jalan, nanti kau tak happy,” ada yang kata macam tu nanti, tapi dia tak tahu kita boleh ‘patah balik’ kalau salah jalan. Tak salah mencuba, dan tak salah ‘tersalah jalan’.
Yang salah tu geng-geng yang dia dah tau dia salah jalan, tapi choose to redha and stay je dalam bidang ni. Bila dah rasa hati tak ada sebagai pendidik, dia redha je, jadi parasit makan gaji, tak ada motivasi, xda semnagat pendidik, tapi redha je sebab gaji, pentadbir pun malas dah nak layan dorang, nak bagi tugas kat dorang, letak semua dekat yang rajin, lantas mensia-sia kan pelajar kita,,pastu bagi nasihat salah, “kalau ko rasa tak boleh, sila balikk!”
Akhir kata jom cuba, kami sambut dengan tangan terbuka, dan sedia bantu. Serius weyh kekurangan guru sekarang, waktu mengajar saya sendiri saja sudah 42 waktu seminggu haha.
Kita bukan tak suka dengan projek dan program yang banyak di bagi oleh pihak atasan tu, kami nampak manfaat dan objektifnya, CUMA kami tak cukup tangan kat sekolah, pihak PPD pun nampak kelam kabut, kesian haaaa.. ok,, thats all from me. Manatau ada dapat kat SK Luagan Lawas nanti, saya belanja popia time melapor nanti hehe.
Muat naik terkini selebriti Azrinaz Mazhar Hakim menarik perhatian ramai wargamaya di media sosialnya.
Azrinaz telah berkongsi dua foto anak perempuannya yang kini semakin meningkat dewasa.
Foto berkenaan memaparkan Puteri Ameerah atau Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah iaitu anakanda kepada Azrinaz dengan perkahwinan terdahulunya bersama Sultan Brunei, Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Dalam pada itu, di posting yang sama, bekas personaliti TV, ini memberi ucapan di media sosial, sempena hari ulang tahun kelahiran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah yang ke -75 tahun.
My sweet lil girl #awb walking alongside with her father. Happy Birthday HM The Sultan Of Brunei.
Selain Puteri Ameerah, seorang lagi anakanda Azrinaz yang berada di Brunei ialah Putera Wakeel atau Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘ Abdul Wakeel
Warganet teruja melihat wajah terbaru Puteri Ameerah
Melihat foto berkenaan, warganet meluahkan rasa teruja apabila melihat wajah anakandanya mirip wajah selebriti ini.
Sumber: azrinazmazharhakim
Keluarga Talk: Pengorbanan Seorang Isteri Demi Bahagiakan Keluarga. Sebak!
Menjadi kebiasaan ramai antara kita, pantang ada rasa lenguh-lenuh, gatal-gatal, sakit badan, senak perut dan beberapa keadaan yang membuatkan kita rasa tidak selesa, pasti akan mencari minyak angin untuk meredakannya.
Tanggapan kita sudah pastinya mahu segera sembuh dan merasakan tiada apa yang serius boleh berlaku bilamana menggunakan minyak angin ini. Pun begitu, pendedahan daripada seorang doktor ini wajar kita ambil tumpuan agar tindakan kita selama ini tidak mengundang bahaya pada keluarga kita.
Jadi cuba fahami dan hadam penerangan ringkas daripada Dr Rushdan Noor ini.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MINYAK ANGIN
Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan ataupun topikal yang selalu digunakan oleh masyarakat kita. Terdapat terlalu banyak jenama minyak angin di pasaran. Ia boleh dikatakan minyak serbaguna untuk mengurangkan gejala sakit, kembung perut, melegakan hidung tersumbat, gatal, gigitan serangga dan lain-lain lagi. Sebenarnya di dalam minyak angin itu terkandung ubat yang dicampurkan bersama minyak.
Ada 3 jenis ubat yang seringkali dimasukkan ke dalam minyak angin iaitu Methyl Salicylate, Menthol dan Camphor.
Ketiga-tiga ingredient ini bertindak sinergistik untuk mengurangkan keradangan, memanaskan, menyaman dan memberi aroma melalui perawapan. Methyl Salicylate adalah antikeradangan dan bertanggungjawab menghasilkan kepanasan, Menthol pula adalah untuk aroma dan memberi kesan kesejukan. Camphor juga mempunyai kesan yang sama disamping mengurangkan kegatalan, mudah meruap dan menyamankan. Methyl Salicylate adalah racun berjadual dan perlu mematuhi peraturan KKM jika hendak digunakan sebagai ubat.
Ketiga-tiga ubat yang dinyatakan di atas sebenarnya boleh memudaratkan jika kaedah penggunaannya tidak betul dan digunakan ke atas kanak-kanak (rujuk pautan di bawah).
Ubat-ubat ini jika disapukan pada permukaan kulit dalam kuantiti yang banyak boleh meresap masuk ke dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan. Terdapat lapuran keracunan salicylate ke atas kanak-kanak dan orang dewasa yang menyalahgunakan minyak angin. Di antara gejala keracunan adalah loya, muntah, keliru, alkalosis (berlebihan alkali), asidosis (berlebihan asid) dan kegagalan organ. Begitu juga dengan menthol dan Camphor, masing-masing ada kesan sampingan yang tersendiri.
Kami pernah melapurkan satu kes ibu hamil 32 tahun yang mengandung anak ke tiga mengalami keracunan salicylate apabila menggunakan minyak angin untuk merawat sakit gigi. Beliau merawat sakit gigi dengan meletakkan kapas yang dibasahkan dengan minyak angin kepada bahagian gigi yang sakit. Semasa usia kandungan cukup bulan, beliau mengalami masalah loya dan pening. Ujian CTG/jantung ke atas anak mendapati anak lemas dan pembedahan Caesarean Section perlu dilakukan.
Semasa pembedahan, pakar bius terkejut dengan kesukaran mereka mengendalikan kes ini. Ujian darah menunjukkan asidosis dan selepas pembedahan,pesakit perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi. Anak tidak dapat diselamatkan dan ibu perlu di rawat di ICU selama beberapa hari. Berdasarkan kepada sejarah menggunakan minyak angin, ujian darah untuk mengukur kandungan Salicylate menunjukkan kandungan yang tinggi dan ini mengesahkan kes keracunan Salicylate.
Pada hari ini minyak angin sangat mudah dihasilkan oleh sesiapa sahaja kerana ketiga-tiga ubat di atas mudah dibeli melalui atas talian dalam bentuk serbuk. Ada juga pengilang yang menghasilkan ubat ini dalam bentuk krim, losyen dan juga tempelan. Untuk melariskan lagi jualan, penjual akan memasukkan bermacam-macam herba ke dalamnya termasuk pati gamat, akar kayu dan lain-lain. Apa sahaja yang ditambah ke dalam minyak angin ini sebenarnya tidak ada peranan yang besar kerana semua kesan mengurangkan gejala itu diberikan oleh 3 ubat yang saya sebutkan di atas.
Apabila membeli minyak angin ataupun krim/bam tolong semak label senarai ubat-ubat yang dimasukkan ke dalamnya dan jika ada ketiga-tiga atau salah satu daripada ubat-ubat di atas, gunakan dengan berhati-hati pada bahagian luar badan dan jangan digunakan ke atas kanak-kanak. Elakkan daripada menyedut ataupun meminumnya. Paling baik jika anda mengalami apa-apa gejala, berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca penyakit daripada cuba untuk merawat diri sendiri. Minyak angin dan bum tidak merawat penyakit tetapi hanya mengurangkan gejala. Ubat-ubat yang tersebut di atas boleh juga dimasukkan secara diam2 tanpa pengetahuan pengguna.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.