Cukup kreatif, cantik pula tu hasilnya. Memang kena dengan citarasa anak perempuan. Iitulah yang dapat dikatakan pada hasil dekorasi yang dibuat oleh saudara Ahmad Khairudin untuk anak perempuannya.
Daripada sebuah bilik kosong yang sebelum ini digunakan untuk sesi fotografi, kini berubah wajah kepada bilik anak perempuan yang bertemakan merah jambu. Cantik dan cukup feminin.
Projek DIY Bilik Anak Perempuan bernama Hayla Sofea
Kos Keseluruhan Rm1774
Ruang bilik ni sebenarnya kosong dan hanya dipakai untuk shooting sahaja. Dah lama sangat bilik ni kosong dan kita ubahsuai untuk dijadikan bilik anak perempuan.
Semua ni 100% DIY oleh saya sendiri dengan perbincangan bersama wife berkenaan tema apa dan konsep yang sesuai berdasarkan minat Hayla Sofea.
Proses Makeover ni ambil masa sikit kali ni (ada sebulan kot) sebab semua barang dapat secara online dan ada yang dari China (Maklumlah time PKP kan). Untuk butiran barangan online saya ada sertakan link.
Semoga perkongsian ini memberi idea dan manfaat yang penting kalau DIY ni JIMAT BANYAK! selamat mencuba dan sharing idea ye.
Untuk memudahkan semua nak refer, saya ada sertakan link shopee barangan yang dibeli secara online di shopee dan Lazada :
Melihat perkembangan bidadari kecil ini, buat ramai tersentuh hati dan tak kurang yang bersyukur. Manakan tidaknya, keadaanya kini jauh berbeza sewaktu sebelum dibedah bagi mengeluarkan ketumbuhan di mulutnya.
Itulah yang dikatakan takdir Tuhan, tiada siapa yang mampu menduga. Si kecil Ainul Mardhiah kini sudah menjangkau tiga tahun dan sudah pun bergelar kakak.
Setiap kali si ayah berkongsi perkembangan bidadari kecil kesayangan rakyat Malaysia ini, pasti ramai yang melahirkan rasa sebak. Tak kurang yang mendoakan kesihatan Ainul.
Terbaru, Ahmad Saifuddin berkongsi gelagat Ainul bersama adiknya yang cukup mencuit hati.
Yang kecik ni sekarang dah ikut je ekor kakak dia. Kakak dia kebelakang, dia sehabis baik kejar kakak dia. Kakak dia ke depan, dia pun ke depan. Kakak dia keluarkan barang, dia tukang sepahkan.
Nasib baik maknya tak ada darah tinggi. Walid dia cool je memerhati. Tapi end up, walid dia jugak kena bebel.
Demikian coretan ayah Ainul yang mendapat reaksi ramai. Rata-rata terhibur dan suka membaca setiap perkongsian bagi mengetahui perkembangan Ainul.
Tu tanda anak-anak sihat
norhafizahmadzlan Haha Walid relax lah.. kena bebel pun happy je kan. Hiburan paling mendamaikan orang laki tu tetaplah yang rajin membebel di rumah tu ha haha.. maka bertabahlah.
asmarinaizmaTu tandanya…anak2 ini sihat..sedang develope skill…
mariahdb78Hahahahha best2.. diorang tolong walid & mama kemas tu sebenarnya.. 😂😂
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah diibaratkan apabila empat beradik ini direzekikan menjadi tetamu Allah serentak.
Memetik laporan myMetro, empat beradik tersebut tidak menyangka dapat merealisasikan impian mereka sejak sekian lama menjadi tetamu Allah, apabila terpilih untuk menunaikan ibadah haji bersama-sama pada tahun ini.
Meluahkan kesyukuran, Siti Norsaliana Abu Khalid, 35, berkata ia adalah rezekinya bersama tiga adik-beradiknya iaitu Muhammad Saffuan, 34, Siti Norkhariah, 27, dan Muhammad Syahid, 18, selepas mula menabung sejak 2008 dan mendaftar haji pada tahun yang sama.
Malah suami Siti Norsaliana iaitu Mohd Zamzuri Ali, 36, dan adik iparnya Siti Analiza Mak Tapin, 34, turut sama menyertai mereka untuk mengerjakan ibadah haji itu.
“Saya ada seorang lagi adik yang juga menerima tawaran menunaikan haji pada tahun ini, tetapi dia baru melakukan pembedahan lutut dan terpaksa menolak tawaran tersebut.
“Ibu dan ayah juga dapat tawaran tunai haji, tetapi disebabkan mereka pernah menunaikannya sebelum ini mereka menolak dan ingin memberi peluang kepada orang lain,” kata anak sulung itu kepada Bernama di sini, hari ini.
Siti Norsaliana yang menetap di Taman Kobena, Senawang berkata dia bersama adik-beradiknya berasa terkejut dan gementar, selepas menerima surat untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu pada April lalu namun mengakui teruja dengan segala persiapan sudah dilakukan sejak Aidlfitri lalu.
Jelasnya, dia pernah menolak tawaran untuk mengerjakan ibadah haji kali pertama pada 2020 namun disebabkan berfikiran masih muda ditambah Covid-19 melanda dunia ketika itu, Siti Norsaliana terpaksa menangguhkannya.
“Saya berasa amat sedih ketika tahun tersebut, mungkin niat ketika itu tidak betul jadi saya pujuk hati dan pujuk suami… mungkin ini jalannya dan Alhamdulillah rezeki datang pada tahun ini,” katanya.
Siti Norsaliana berkata mereka dijadualkan berlepas ke Tanah Suci Mekah pada tengah hari esok dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sumber : myMetro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Umumnya, kalau terseliuh cara nak merawat kesakitan tersebut adalah dengan berurut atau pun berjumpa doktor.
Pun begitu, melalui perkongsian daripada Doktor Pakar ini elok difahami agar tindakan yang diambil tidak menambahkan lagi kecederaan yang dialami.
“Doktor, boleh tak saya pergi mengurut?” Seorang lelaki yang di tackle semasa pertandingan futsal bertanya kepada saya tempohari. Ligamen Anterior Cruciate Ligament (ACL) lutut beliau putus. Longgar habis lutut. Boleh digoyang dangdut jadinya.
Ini adalah soalan favourite. Soalan yang paling kerap ditanya. Orang kita suka sangat mengurut. Semua benda nak diurutnya.
Bengkak urat (urat apa sebenarnya?)? Urut
Sendi terseliuh? Urut
Tulang patah? Urut
Sakit perut? Urut
Sakit pinggang? Urut
Slipped disc? Urut
Mati pucuk? Urut
Jika sendi anda terseliuh atau terhantuk dan bengkak contohnya, mengurut hanya akan membuatkan bengkak semakin teruk. Lagi pun, kan sakit bila anda urut tempat yang bengkak tu.
Jadi, apa yang perlu anda buat jika terseliuh? Semasa peringkat awal kecederaan dimana sendi atau otot anda bengkak, sila buat langkah-langkah berikut:
1. Letak kaki anda pada paras yang lebih tinggi drpd paras dada masa baring. Contohnya letak bantal pada bawah kaki.
2. Pastikan anda letak ais secara kerap. Letak ais ke dalam plastik yang dialas dengan kain nipis dan letak pada bahagian yang bengkak selama 20 minit setiap 2 jam utk kurangkan bengkak.
3. ELAKKAN mengurut. Sapu minyak adalah dibolehkan. Tapi nasihat saya, elakkan minyak panas kerana ada masanya ia menyebabkan jangkitan kuman (Cellulitis).
4. Jumpa Doktor segera jika berlarutan atau jika anda rasa kemungkinan ada kepatahan atau sendi terkeluar.
Secara ringkasnya is senang diingat dengan Mnemonic PRICE sahaja.
P – Protection of injured part
R – Rest
I – Ice
C – Compression
E – Elevation
Slipped disc tidak akan sembuh dengan mengurut. Ini adalah kerana masalah yang berlaku adalah pada bahagian dalam dimana pelapik tulang (intervertebral Disc) menekan saraf tunjang. Mengurut mungkin melegakan, tapi tidak menyembuhkan. Usah mudah termakan kata manis.
ACL yang putus tidak akan bersambung kembali dengan mengurut. Apatah lagi dengan semburan spray, makan supplemen atau menyapu minyak. Itu semuanya TIPU.
Saya bukannya anti mengurut. Ada masanya saya pun pergi mengurut untuk melegakan otot saya. Apa yang penting ialah kita tahu apa yang boleh diurut & apa yang tidak boleh. Jaga diri anda. Usah mudah diperdaya.