Swee Bee, sebuah perusahaan bakeri terkemuka, dengan bangganya memperkenalkan tart nanas segi empat dengan inovasi cetak timbul, yang pertama seumpamanya di Malaysia. Dengan reka bentuk dan corak yang khusus, Tart Nanas Swee Bee bukan sekadar menjadi kudapan yang enak. Sesungguhnya, tart Swee Bee merupakan lambang warisan budaya di Malaysia yang kaya dengan limpah kurnia dan kemakmuran.
Keunikan Swee Bee bukanlah sekadar bentuk segi empatnya, hakikatnya ramai yang tertarik dengan perincian dan rasanya yang lazat. Saiz tart dihasilkan seteliti mungkin supaya memenuhi cita rasa, dengan pastri mentega yang cair di mulut, disulami rasa sekata manis dan masam pes nanas. Setiap tart diisi dengan inti nanas mengikut resepi turun-temurun, cukup membuai rasa.
Mengimbau zaman kanak-kanaknya, Pengasas Swee Bee, iaitu David Wong, terkenang akan gelaran ‘si perut besar’ oleh neneknya kerana selera makannya yang besar. Bak kata pepatah Cina “口大吃四方” (perut besar terisi empat penjuru), memori lucu ini menjadi inspirasi penghasilan tart nanas segi empat Swee Bee dengan cita rasa tersendiri. Pepatah ini juga bermakna rezeki ada di mana-mana bagi sesiapa yang mencari. Walaupun tart nanas segi empat boleh didapati di Taiwan, keistimewaan Swee Bee ialah cetakan timbul perkataan ‘福’ (Fortune) pada tart nanas.
Idea reka bentuk yang unik ini, ujar David, “Tercetus sewaktu pelancaran Tart Nanas Swee Bee pada tahun 2010 sempena perayaan, dengan aksara Cina berbunyi ‘Fortune’ tertera pada permukaan tart, khususnya bagi sambutan Tahun Baru Cina. Melalui cetakan timbul aksara ‘福’ (Fortune) pada tart nenas, kami melahirkan tart nanas pertama yang bukan sahaja berbentuk segi empat di Malaysia bahkan tart ini menjadi penyeri buat sesiapa sahaja yang membeli atau menerimanya sebagai hadiah.”
Pada tart segi empat ini, terdapat garis bulatan yang mengelilingi aksara “福” (Fortune) tersebut, melambangkan perpaduan dan jalinan kemesraan. Konsep ini menzahirkan misi Swee Bee untuk menyatukan masyarakat dari seluruh pelosok dunia, meraikan perpaduan dan kemakmuran yang dinikmati bersama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya di Malaysia.
Cetusan Idea Swee Bee
Ads
Perjalanan Swee Bee terlahir daripada pengasasnya, David Wong tatkala membantu ibunya, Swee Bee seawal usia 8 tahun untuk menyiapkan tart nanas sempena Tahun Baru Cina. Pengalaman sejak di bangku sekolah ini menjadi pendorong untuk beliau meneruskan minat belajar membuat pastri, sehingga berjaya menyambung pelajaran ke peringkat diploma dalam Pengurusan Hotel & Katering.
Selepas meninggalkan dunia korporat, David bermuhasabah, meneliti semula kehidupannya sehingga menemukan kembali cintanya dalam pembuatan pastri. Pada tahun 2009, berbekalkan resipi tart nanas tinggalan ibunya, David memulakan perniagaan dari rumah, suatu permulaan episod yang menjadikan Swee Bee sungguh istimewa.
Setelah bertahun-tahun, Swee Bee mengembangkan operasi pada tahun 2012 dengan membuka kedai Baker Dave di Sri Hartamas. Pada tahun 2014, kedai bakeri ini bertukar jenama menjadi Nooks by Baker Dave, sebuah kafe bakeri yang menawarkan aneka sajian Barat, pencuci mulut, dan kopi.
Setelah berkembang pesat, pada tahun 2019 Nooks melebarkan sayap dengan mempromosikan tart nanas sebagai produk utama, sebagai tanda penghargaan buat ibu David, iaitu Puan Swee Bee. Bertitik tolak daripada saat inilah, David memberanikan diri menukar jenama daripada Nooks kepada kafe Swee Bee, yang menyajikan hidangan tempatan dengan kudapan tart nanas sepanjang tahun, sebelum memperluas operasi dengan penubuhan kilang pengeluaran produk pastri yang diperakui halal.
Ads
Transformasi kafe ini siap sepenuhnya dan dilancarkan pada bulan November 2019. Sekalipun terpaksa mengorbankan sebahagian kecil pengunjung yang kerapkali datang atas perubahan hala tuju perniagaan, sokongan daripada pelanggan setianya kekal teguh.
Apabila negara dilanda pandemik COVID-19, operasi kafe terpaksa ditamatkan, namun ada hikmah di sebalik kejadian, musibah ini membolehkan David beralih arah menumpukan bisnes pada kilang pengeluaran produk pastri. Langkah ini membuahkan hasil apabila kilang produk Swee Bee akhirnya berjaya memperoleh perakuan halal pada tahun 2021.
Mengenang pahit manit usahanya selama ini, David berkongsi, “Saya memilih nama Swee Bee untuk mengenang jasa ibu, yang telah bersusah-payah membesarkan dan menghulurkan bantuan yang tak berbelah bahagi sepanjang saya menceburi bidang perniagaan. Swee Bee menandakan titik tolak tercetusnya minat saya dalam bidang pastri selain daripada tanda kasih buat ibu, insan yang amat saya sayangi.”
Keunikan Lebih Daripada Sekadar Tart Nanas
Ads
Rangkaian produk Swee Bee bukanlah terhad pada tart nanas, bahkan meliputi kuih bulan berperisa nanas, biskut, kek, jem nanas, kopi Nanyang, dan banyak lagi. Swee Bee komited menawarkan produk yang berkualiti tinggi, dengan rangkaian produk yang diperakui Halal seperti tart nanas, kuih bulan berperisa nanas, kek, dan biskut badam perisa espresso.
Walaupun tart nanas dikaitkan dengan tradisi musim perayaan, Swee Bee percaya bahawa semua orang boleh menikmati kelazatan produknya tanpa mengira masa. Falsafah “Kenikmatan Tak Kira Masa” membolehkan Tart Nanas Swee Bee dijadikan sebagai hadiah buat insan tersayang sepanjang tahun, serta sajian yang dihidangkan sewaktu majlis hari lahir, perkahwinan, ulang tahun, malahan sebagai tanda penghargaan.
Swee Bee berhasrat untuk menawarkan lebih daripada sekadar produk bakeri. Kini, Swee Bee menanam impian untuk menjadi cenderamata nombor satu di Malaysia, yang boleh dinikmati dan dikongsi sesama rakyat Malaysia serta dengan masyarakat sedunia. Dengan keunikan budaya, Tart Nanas Swee Bee memiliki potensi sebagai buah tangan yang wajib dibawa pulang oleh pelancong yang melawat Malaysia, sekaligus memartabatkan kepelbagaian warisan dan tradisi budaya di negara ini.
Sebagai bukti komitmen Swee Bee untuk kekal cemerlang, Swee Bee telah merangkul Anugerah Emas dalam kategori Kek 3D Gaya Bebas Moden di Malaysia Culinary World Cup 2023. Reka bentuk kek Swee Bee bertemakan “Etnik Malaysia” yang menonjolkan budaya Peranakan, Cina, Melayu, India dan Iban begitu mengagumkan, sudah tentulah tart nanas menjadi bahan utama!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang pernah memancing, mesti tidak akan jumpa ‘jalan keluar’ daripada hobi tersebut. Dek kerana pernah bermain permainan memancing, anak kepada pelakon hebat, Hairul Hazreen iaitu Yusuf Iskandar meminta ayahnya untuk pergi memancing secara nyata.
Dek kerana keinginan anak lelakinya itu, Hairul mengajak Achey untuk menemani mereka. Dalam video yang dimuat naik, Achey menerangkan satu persatu langkah bermula dari memasang umpan sehinggalah cara menarik joran sekiranya umpan mengena.
Yang menarik perhatian dalam video tersebut, cara Achey untuk berkomunikasi dengan yusuf dalam bahasa inggeris dengan mengulang ayat ‘this one this one’.
Malah, video tersebut turut merakamkan detik gembira sebagai bukti Yusuf yang berjaya menangkap ikan yang besar sambil melompat riang.
“@theyusufiskandar bagi tau daddynya, dia nak rasa macam mana memancing nak dpt ikan, Jadi hari ni genap seminggu daddy dia dah opration lutut ACL Inilah video buat kali pertama Yusuf belajar mancing.
“Thank you @acheykintangkintung layankan anak aku & tq hadiahkan dia satu set rod “lucky” bak kata Yusuf.
“Yusuf inilah video / kenangan first time kamu mancing dalam hidup kamu yg kamu teringin sgt nak try selepas kita berlatih main game Doraemon fishing game je, sampai nak sgt try real fishing” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata merasa lucu melihat kegigihan Achey yang bercakap dalam bahasa Inggeris dengan Yusuf. Malah, ada juga seakan ‘warning’ pada Yusuf bahawa aktiviti memancing ini bila sekali sudah terpengaruh, tak boleh keluar.
Baru sahaja bergelar bapa kepada puteri kesayangannya, Datuk Ramli MS memberitahu dia sudah merancang 20 tahun ke hadapan mengenai kehidupan dan keperluan anak angkatnya, Nur Izzara.
Datuk Ramli, 65, atau mesra disapa Tok Ram berkata, sejak hari pertama anak angkatnya menjejakan kaki ke dalam rumah, dia sudah memikul satu tanggungjawab baharu.
“Apabila anak itu sudah masuk ke dalam rumah, saya sudah memikul satu tanggungjawab. Saya sudah fikir 20 tahun ke depan mengenai segala keperluannya.
“Sama ada saya panjang umur atau tidak, saya perlu memikirkan tentang kehidupan anak itu 20 tahun ke depan. Kena fikir tentang pembejalaran dan lain-lain.
Dalam pada itu, Tok Ram mengakui kehidupannya dengan isteri, penyanyi Datin Alyah sedikit berbeza selepas kehadiran Nur Izzara.
“Ini bukan soal kekok apabila ada anak, saya dah hidup 65 tahun dan sudah faham perangai manusia.
“Ketika umur saya 30, saya sudah dapat anak pertama. Pengalaman dahulu dengan kehadiran anak angkat yang sekarang, keadaan sedikit berbeza.
“Kalau boleh saya mahu ambil lagi anak-anak yang kurang bernasib baik. Ambil lima, sepuluh orang pun saya okay,” katanya.
Terdahulu Alyah mendirikan rumah tangga dengan Tok Ram pada 2013. Pasangan ini bagaimanapun belum dikurniakan cahaya mata. Mereka sepakat mengambil seorang anak angkat, Nur Izzara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bermula dari posting iklan mencari pengasuh buat anaknya, ibu muda yang dikenali sebagai Mimie Syabat menerima pelbagai komen daripada netizen hingga ada yang tergamak melontarkan komen yang ‘membunuh’ perasaan.
Ini antara kreateria yang dicari oleh Mimie dalam usahanya mendapatkan pengasuh terbaik untuk anaknya.
Namun ini antara komen yang diterima olehnya.
Rentetan daripada komen-komen tersebut, terpanggil untuknya meluahkan apa yang terbuku dihati kepada umum.
I’ve been thinking a lot before decided to write about this.. it is time for me to say something about this matter… Be prepared for a long post as usual from me hahaha…
Inilah dilema terbesar seorang wanita bergelar ibu yang mempunyai kerjaya… Antara ANAK dan KERJAYA yang mana menjadi pilihan dan keutamaannya… Tolonglah faham semua ibu memang akan memilih anak berbanding kerjaya tapi dalam keadaan ekonomi sekarang ni, i need to do something too for my family especially my baby.. suami mampu sediakan semuanya cukup untuk kami sekeluarga but i have spent 24k to get my degree so that one day i can work and help him to build our family lagi2 dengan hidup di bandar yang sersa serbi nya mahal… semua ibu juga mahu dan mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka so i know i have to do something for her future…and trust me it is not an easy decision.. pergi kerja otak asyik pikirkan anak… Mesej pengasuh dia berkali2 tanya update pasal anak.. nasib baiklah pengasuh memahami… Kadang otak memang sampai tak boleh focus kerja asyik fikir anak kena tengok gambar and video anak lepaskan rindu dulu baru boleh sambung kerja.. baru beberapa jam anak tak ada depan mata dan rindu…. First week hantar anak ke pengasuh she rejected bottle… Tghari during lunch hour berkejar ke tempat pengasuh susukan anak.. balik office menangis2 fikirkan anak.. syukur sangat dapat pengasuh yang sangat baik dan memahami yg sentiasa pujuk dan ikhtiar bg sofea minum susu.. lastly dia minum juga walaupun ambil masa…
Bila hantar anak ke pengasuh setiap hari i will apology to her.. ” sorry sofea mummy kena pergi kerja.. please be a nice girl “… Balik kerja sharp on time pukul 6 ptg (before this sgt jarang balik on time kadang sampai 8 malam baru balik) terus balik rumah sebab nak ambil anak.. kadang kerja tak habis lagi so balik rumah malam on lappy sambung kerja semula lepas anak tidur.. tak kisah asalkan anak dah depan mata…
Pernah terfikir untuk berhenti kerja dan jadi fulltime housewife.. tapi kami tak akan mampu sediakan yang terbaik untuk anak kami.. dari rumah aparment kos sederhana kami berpindah ke rumah teres to give her a better environment for her development.. we have so many plans for her future and we have to prepare her for the ‘WAR’ that might come after she graduated one day.. the competition will be very high so in order to have something extra we need to work extra too so that we can give her the best education, the best environment, the best in everything… SEBAB KAMI SAYANG ANAK KAMI… Janganlah anggap yang ibu2 bekerja ni hanya fikirkan kerjaya supaya ada duit sendiri untuk shopping etc because in our mind cuma anak dan keluarga kami…. ada lebih baru fikir diri sendiri…
Cabaran terbesar bila bekerja ialah mencari pengasuh untuk menjaga anak kita… Dengan macam2 kes yang berlaku sekarang… Tiap hari lepas solat akan minta ” Ya Allah lindungilah anakku.. lindungilah anakku.. lindungilah anakku…” Mencari orang yang ikhlas menjaga anak kita bukan atas dasar duit semata-mata trust me it is not easy.. sebulan mencari akhirnya dapat juga.. Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan… Tapi sebelum dapat pengasuh ni banyak yang berlaku.. sedih dengan mentaliti sesetengah masyarakat yang MATA DUITAN… Sorry to say tapi sebab inilah orang2 macam ini tak maju… I didn’t mention how much i am going to pay to take care of my baby.. dah tertulis harga boleh dirunding asalkan memenuhi kriteria diberikan.. tapi lihatlah sendiri reaksi yang diberikan.. andai kata diletakkan bayaran RM 1.5k di post pasti semua komen murni2 aje ??… Dari sini kita dah boleh nilai bezanya orang yang ikhlas akan menjaga anak kita atau hanya kerana duit semata2… I post it here supaya boleh menjadi pengajaran buat yang lain juga bukan niat nak memburukkan sesiapa…
1) bebas rokok
Keluarga saya dan keluarga mentua tiada yang merokok.. kami tidak dibesarkan dalam suasana ada orang merokok jadi kami sangat sensitif dengan rokok.. dan kami mahu besarkan anak kami dalam keadaan yang sama demi kesihatannya..
2) bebas kucing..
I am a cat lover… But i am allergic to cat.. same goes to my husband.. kami berdua allergic kucing..
3) menjaga anak kami seorang atau MAX 2 orang only..
Hanya yang menjadi ibu atau yang pernah mengasuh tahu dan paham penatnya melayan ragam budak2 ini.. sebab itu ada pengasuh yang hanya menjaga seorang anak asuhan atau Max 2 orang dan orang inilah yang kami cari.. mereka menjaga sikit budak bukan atas dasar duit tapi atas dasar rindu kemeriahan rumah dengan budak2.. anak2 dah besar masing2 dah keluar rumah sunyi tak ada peneman jadi ada yang menjadi pengasuh supaya ada anak2 kecil sebagai peneman di rumah untuk mengisi kesunyian di hati… dan alhamdulillah kami berjaya dapat seorang yang memenuhi semua kriteria diminta…. Syukur tak terhingga…
” Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami dalam menjaga amanahmu ini.. Kau lindungilah anakku dari orang2 yang zalim.. Kau limpahkanlah anakku dengan kasih sayang di dalam hidupnya.. Semoga anakku membesar menjadi seorang yang mendengar kata dan sentiasa mentaati perintahmu.. Amin…”
Dear my precious daughter one day if you ever read this i want you to know that what ever mummy and daddy do it is for you and your future so thay we can provide the best for you…
sumber :Mimie Syabat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di