Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Tom dan Fuad Rahman yang telah pun selamat menimang cahaya mata pertama mereka semalam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Tom menerusi IG Story miliknya.
Dalam hantaran tersebut, Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, berkata, dia terpaksa melahirkan bayi keempatnya yang merupakan seorang bayi perempuan secara pembedahan kerana berdepan dengan beberapa komplikasi.
“Alhamdulillah, baby caesar. Pertama kali kena caesar sebab banyak komplikasi.
Ads
“Apapun Alhamdulillah, welcome to the world baby, love Anggun,” tulisnya.
Kedua mereka meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki itu malah kehadiran si comel Anggun pastinya menjadi pelengkap bahagia buat Tom dan Fuad.
Ads
Terdahulu, Tom memilih untuk melahirkan cahaya mata perempuannya itu di hospital kerajaan kerana lebih menjimatkan kos berbanding hospital swasta.
Tom selamat bergelar isteri kepada Fuad pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia. Pasangan ini berkongsi berita gembira apabila mengumumkan Tom hamil anak pertama mereka pada Jun 2023.
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. [Riwayat Ibn Majah (1753)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan]
Menyentuh tentang berdoa, alangkah bertuahnya kita ketika dan saat ini diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan.
Ini sebagaimana hadith ada menyebut orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka dan berdoa, doa tersebut tidak akan ditolak.
Memahami lagi berkenaan doa bagi orang yang berpusa, perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diharapkan dapat memberi pencerahan .
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Di samping itu, di dalamnya tersedia berbagai jenis tawaran-tawaran dan keistimewaan yang perlu kita kecapi.
Berdasarkan soalan di atas, terdapat beberapa buah hadith yang menceritakan sedemikian:
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. [Riwayat Ibn Majah (1753)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan]
Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi”. [Riwayat Ibn Majah (1752)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan hadith ini adalah hasan]
Maksudnya: “Bagi orang yang berpuasa ketika dia berbuka doa yang mustajab”. [Lihat: Musnad Abi Daud al-Thoyalisi (2376)]
Melihat kepada hadith-hadith di atas, kita mengetahui bahawa doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah SWT. Ini kerana, orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa kerana mereka berpuasa kerana Allah SWT. Tambahan pula, Allah SWT amat suka kepada hamba-Nya yang sentiasa berdoa memohon kepadanya dalam apa jua keadaan. Untuk itu, kita sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT perlu mengambil kesempatan ini dalam mengecapi tawaran yang berharga ini.
Penutup
Kesimpulannya, doa orang yang berpuasa adalah mustajab. Akhirnya, marilah sama-sama kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT terutama di bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemulian ini.
Di samping itu, kita juga boleh memasukkan nama-nama Allah SWT yang agung di dalam setiap doa kita agar doa-doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT sebagaimana yang kami telah jelaskan pada artikel sebelum ini. Amin.
1. Bertambah iman 2. Sihat tubuh badan 3. Meninggal dalam keadaan yang baik 4. Dimurahkan rezeki 5. Dikurniakan anak soleh 6. Keluarga bahagia. 7. Sentiasa dalam rahmat ALLAH. 8. Jauhkan daripada azab kubur. 9. Diberi kelapangan hidup 10. Kekalkan iman 11. Diampunkan dosa 12. Mohon kejayaan untuk anak-anak 13. Perniagaan atau pekerjaan yang diberkati 14. Jauhi segala penyakit 15. Ibadat diterima 16. Mudahkan segala urusan 17. Diterima taubat 18. Dilapangkan kubur 19. Mudah bayar hutang 20. Bertemu dengan malam Lailatulqadar 21. Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. 22. Dikurniakan syurga Firdaus. 23. Dijauhkan daripada seksa neraka. 24. Selamat meniti Sirat. 26. Selamat fitnah Dajal. 27. Diberi ketenangan hati.
Dan apa sahaja yang terlintas difikiran untuk kebaikan diri dan keluarga, pohonlah padaNya Yang Maha Kaya.
Wallahua’lam
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasang sebuah kabinet dapur yang cantik dan lengkap dengan segala fungsi memang didambakan oleh semua wanita.
Pun begitu bukan semua orang punya citarasa sama. Ada juga yang lebih gemar melakukan sendiri dan berkreatif demi mencari kelainan di rumah sendiri.
Ada daripada kita yang gemarkan gaya luar biasa, bersahaja mahupun cara paling simple dalam menghias rumah. Begitu juga di dapur.
Bagi anda yang lebih gemar melakukan sendiri, ada baiknya anda mencuba hasil ilham Shuhaimi Zulkefli yang membina sendiri kabinet DIY nya di rumah dengan hanya menggunakan rak buku.
Cantik, kemas dan kreatif. Bukan hanya cantik dan kemas, malah ideanya ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata sangat berminat dengan hasil kerjanya.
Pemuda ini berkongsi hasil kerjanya dengan turut menyenaraikan bajet yang diperlukan. Menarik!
“Oleh sebab ramai pm cara buat kabinet pakai rak buku tu, saya bagi gambar detail di bawah sekadar berkongsi.
Saya hanya pakai :
1) Rak Buku (Tesco) – RM14.90 x 6 Biji
2) Angle Bar L Shape (Kedai D.I.Y @ hardware) – RM3.60 (12 pcs)
Bantuan STR bantu pasangan muda sambut bayi sulung. Menyambut kelahiran anak memerlukan perbelanjaan yang besar, lebih-lebih lagi jika ia adalah anak sulung.
Nur Amera Fatiha Hamsan, 26, yang dijangka bergelar ibu pada Ogos ini, mengakui sedang menyediakan kelengkapan bayi secara perlahan-lahan agar tidak terbeban, memandangkan mereka perlu membeli barangan baharu sepenuhnya.
Namun, suri rumah dari Taman Tasik Utama, Ayer Keroh itu merasa lega apabila menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang banyak membantu meringankan kewangan beliau dan suaminya, Irfan Faiz Azhar, 28, dalam menyambut kelahiran anak pertama mereka.
“Saya berkahwin pada Oktober lepas dan Alhamdulillah, ada rezeki menimang cahaya mata selepas beberapa bulan. Cuma, agak mencabar juga untuk menyediakan barangan bayi kerana suami saya bekerja sebagai penjawat awam rendah.
“Syukur, bantuan STR digunakan dengan sebaiknya untuk membeli barangan bayi seperti pakaian, lampin kain dan tilam,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Untuk lebih berjimat dan memaksimumkan nilai bantuan itu, Nur Amera Fatiha memilih untuk membeli semasa promosi jualan murah sama ada di platform e-dagang atau secara fizikal di pusat beli-belah.
Sementara itu, Irfan Faiz, 28, berkata selain STR, mereka juga menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan secara automatik ke MyKad, yang membantunya membeli keperluan dapur tanpa perlu mengeluarkan wang tunai dalam jumlah besar.
“Walaupun masih berdua, bantuan ini sangat meringankan beban kewangan bulanan kami, terutamanya kami baharu memulakan kehidupan berumah tangga dan akan menyambut anak tidak lama lagi,” katanya.
KERAJAAN MENYALURKAN PEMBAYARAN STR FASA DUA BERMULA 24 MAC, DENGAN PERUNTUKAN RM1.7 BILION BERBANDING RM1.5 BILION PADA TAHUN LEPAS, MELIBATKAN HAMPIR SEMBILAN JUTA PENERIMA TERDIRI DARIPADA 60 PERATUS RAKYAT DEWASA MALAYSIA MENDAPAT BANTUAN SEHINGGA RM650.
SARA pula merupakan usaha Kerajaan MADANI bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah menerusi bantuan dikreditkan ke MyKad penerima.
Bermula 1 April, program SARA diperluas kepada 5.4 juta penerima, meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada dan dengan kadar bantuan bulanan dinaikkan sehingga RM200 mengikut kategori berbanding RM100 sebelum ini.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.