Sering berkongsi perkembangan terkini anak-anak, Angkawasan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar sekali lagi meraih perhatian netizen apabila cara didikannya sentiasa menjadi inspirasi buat golongan ibu-bapa di luar sana.
Baru-baru ini melalui perkongsiannya di Tiktok, beliau berkongsi anak perempuannya, Isabella dan Sophea Natasha sedang bersedia dengan peralatan keperluan untuk aktiviti scuba diving untuk mendapatkan lesen diving.
Sebelum ini, mereka hanya dilihat berlatih di sebuah pusat latihan renang sebelum mengambil lesen aktiviti tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan beliau di mana cara didikan itu dianggap sangat menakjubkan selain ibu bapa akan muda memberi pelepasan kepada anak yang ingin menceburi aktiviti lasak.
Ads
Sumber: TikTok @drsheikhmuszaphar
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjadi seorang isteri dan ibu, kalau boleh kita ingin lakukan semuanya dengan sebaik mungkin di mata keluarga. Pun begitu, sama ada sedar atau tidak bila kita hanya mahu menjadi yang terbaik, hakikatnya kita menampakkan ego diri sendiri yang akhirnya boleh menyebabkan emosi kita ‘berperang’ dan akhirnya merugikan diri sendiri.
Sewajarnya keikhlasan melakukan tanggungjawab itu lebih penting untuk dicapai berbanding hanya mahu menjadi yang terbaik. Ini kerana mencapai tahap terbaik, pastinya akan menjadikan diri kita terasa lelah melakukan tanggungjawab berbanding jika jujur dan ikhlas melaksanakan tanggungjawab, rasa nikmat dan pahala yang akan kita perolehi. Ini lebih bermakna dan menguntungkan untuk diri dan keluarga.
Untuk itu, ikuti perkongsian ini dan diharapkan dapat menjentik hati kita untuk lebih ikhlas dan bukannya paling baik.
“Jadilah isteri dan ibu yang paling ikhlas, bukan yang paling baik.”
Lama saya berhenti pada ayat ni.
Entahlah. Ada rasa sesak yang penuh di dada. Rasa terpukul. Rasa kerdilnya diri.
Betapa setiap hari, kita berusaha keras menjadi isteri yang baik. Sediakan semua kelengkapan dan keperluan suami. Untuk isteri yang juga bekerja, bantu pula mencukupkan kewangan suami.
Kita mahu jadi isteri yang baik, malah berusaha keras untuk jadi isteri yang baik.
Tapi banyaknya kita bersungut bila suami buat tak tahu. Tak mahu membantu. Anak menangis pun suami masih tetap jadi tugu.
Nak tak nak, urusan rumah tetap perlu dibereskan, perut suami, perut anak-anak tetap perlu diisi.
Kita jadi penat. Emosi juga penat. Berperang dengan perasaan sakit hati dengan suami sendiri. Berperang juga dengan banyaknya karenah anak-anak.
Akhirnya, anak-anak jadi tempat lepas marah. Nak marah pada suami, rasa tak sampai hati. Rumah yang sepatutnya jadi syurga kecil kita, berubah jadi sebuah neraka tanpa kita sangka.
Akhirnya, cuma penat saje yang kita dapat. Kita baik, tapi ikhlasnya hilang. Mungkinkah Allah pandang?
Ibu-ibu,Ikhlas ni, sangat susah untuk kita dapat, untuk kita buat. Pagi tadi, kita berusaha untuk ikhlas, menjelang ke lelap mata, ikhlas tu semakin nipis dan menghilang.
Sebab tu, kita perlu sentiasa bercakap dengan suami. Ambil 30 minit masa sebelum tidur untuk ‘pillow talk’ dengan pasangan. Reflek diri masing-masing. Kita kan nak bersama sampai syurga, kenapa biarkan pasangan kita menderita? Kenapa biarkan ikhlasnya hilang?
Sri A’jilah Samsir,
Kadang-kadang, kita mahu terlihat baik di mata manusia. Kita bertungkus lumus buat semua. Bila manusia puji, kita bersorak gembira. Bila ada yang mengeji, kita terus melenting.Maka, cuma penat yang kita dapat. Ikhlasnya hilang. Pahalanya terbang.
Apabila sebuah keluarga itu bahagia tentu disertai dengan kehidupan yang harmoni sekali gus akan memberi kesan kepada kehidupan dalam masyarakat.
Bayangkan semua keluarga hidup bahagia tentu dan pastinya akan menyerap dalam kehidupan harian. Sekali gus aura kasih sayang ini akan santuni kehidupan kita tanpa mengira bangsa dan agama untuk hidup bermasyarakat aman damai.
FITRAH KASIH SAYANG
.
Sebenarnya kita dilahir ke dunia ini dengan rasa cinta dan kasih sayang. Jadi perasaan kasih dan sayang ini merupakan fitrah yang diciptakan dalam diri setiap manusia.
Jika bukan atas sifat kasih sayang, seorang ibu tidak mungkin sanggup berkorban melahir dan membesarkan anak-anaknya, seorang bapa tidak mungkin akan berpenat lelah mencari rezeki untuk kelangsungan hidup keluarganya, seorang guru tidak akan bertungkus lumus mendidik pelajarnya dan seorang sahabat tidak akan bersusah payah menggembirakan sahabatnya serta jiran yang bertegur sapa jitan tertangga.
CAKNA KASIH SAYANG KIKIS PERASAAN MEMBENCI
.
Kasih sayang yang menebal dalam diri, pengikis kepada perasaan benci antara sesama manusia lantas membentuk kehidupan masyarakat yang sejahtera. Malah, cakna kasih sayang itu akan lahirlah sifat sabar, prihatin, bertolak ansur dan toleransi, lemah lembut, sopan santun, pemaaf dan nilai-nilai positif yang lain.
Dengan in, secara tidak langsung akan menghindarkan tercetusnya sifat-sifat mazmumah dalam hubungan sesama manusia dan mengelakkan daripada berlakunya konflik dalam masyarakat seterusnya mengekalkan keharmonian.
Amalan doa pengikat kasih
Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk mendoakan keluarga, sahabat handai dan jiran tertangga termasuk negara. Ini lambang bahawa sikap mementingkan diri bukan ajaran dalam agama Islam.
Sehubungan itu, kita boleh amalkan doa kasih sayang untuk keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga agar hidup dalam harmoni tanpa prasangka.
AYAT 1
AYAT 2
.
Surah Taha ayat 1-8 juga elok diamalkan untuk melembutkan hati setiap orang yang melihat anda. Orang akan senang hati dan selesa apabila bersama dengan anda.
AYAT 3Ayat surah taha ayat 39 adalah tentang Nabi Musa, iaitu apabila setiap orang memandang Nabi Musa, maka mereka akan merasa sayang kepadanya. Jadi, boleh diamalkan untuk kebahagian keluarga dan masyarat.
Ayat 4 Amalkan ayat untuk ketenangan dengan niat untuk baik untuk kesejahteraan.
Nyata, setiap ayat Al-Quran mempunyai mukjizatnya tersendiri. Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk keluarga, adik beradik, jiran tetangga serta masyarakat negara ini. Dengan doa yang dimohon, dapat membantu kita hidup lebih bermuafakat dan aman damai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada angin tiada ribut, aktor Azlee Khairi dalam satu perkongsian mengesahkan dia kini sudah berkahwin buat kali kedua. Rupa-rupanya, dia sudah setahun memegang status sebagai suami dan ayah.
Pelakon yang pernah meledak menerusi drama Love You Mr Arrogant pada 2013 bernikah pada Januari 2021 dengan kru penerbangan dikenali dengan nama Nurul Hidayah atau Dhiya.
Azlee sebelum ini pernah berkahwin ketika namanya berada di puncak populariti dengan wanita dari Brunei sekitar tahun 2014. Ketika itu dia memilih menetap di sana dan tidak lagi aktif berlakon.
Bagaimanapun sekitar November 2019, Azlee kembali ke Malaysia dan berlakon semula. Pada 2020, dia turut mengesahkan yang dirinya bukan lagi suami orang.
“Ya, saya sudah bernikah buat kali kedua. Ini juga perkahwinan kedua buat isteri dan memiliki dua anak. Cuma saya tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tak gemar akan hal itu.
“Alhamdulilah perkongsian hidup kami kini turut dikurniakan anak lelaki berusia lima bulan.
“Majlis nikah kami pun secara atas talian secara sederhana dan dibuat membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara masing masing,” katanya.
Terdahulu, entri perkongsian gambar sambutan hari lahirnya yang ke 33 tahun dimuat naik empat hari lalu di Instagram turut mengundang pelbagai spekulasi.
“Saya rasa ini waktu yang terbaik untuk menjelaskan perkara sebenar. Lagipun saya jenis yang tak suka menggembar gemburkan hal peribadi.
“Cuma ada yang yang netizen salah faham dan mengandaikan saya sudah ada dua anak. Salah seorang itu, anak tiri saya sebenarnya,” katanya.
Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee berkata dia dan isteri sepatutnya mengadakan majlis persandingan pada Mac tahun lalu.
Bagaimanapun kerana situasi semasa COVID-19, perancangan itu tergendala.
“Selepas setahun juga, majlis yang ditunda itu akan diadakan pada 18 Mac depan di sebuah lokasi di ibu kota.
“Masa itu, saya akan berkongsi juga gambar pernikahan kami. Saya kena hormat permintaan keluarga masing masing,” katanya.
Ditanya mengenai kisah perkahwinannya yang terdahulu dan kedua kelihatan penuh misteri dan rahsia, Azlee percaya semua yang terjadi sesuatu yang tak terduga.
“Saya percaya soal kahwin ini paling penting keluarga tahu sudah memadai. Selepas itu, apa juga percaturan atau kesudahannya kita ikut rentak saja. Saya ‘just go with the flow’.
“Seperti mana manusia dan lelaki lain yang mendambakan kebahagiaan, saya tidak terkecuali. Cuma ada kalanya apa yang kita harap dan impikan tidak berakhir dengan kemanisan.
“Macam perkahwinan pertama saya yang tidak kekal. Sebelum berjumpa isteri pun saya ada kenal dan bercinta dengan orang lain. Tapi putus di tengah jalan. Ia proses kehidupan yang semua kena lalui.
“Apa pun, saya harap ikatan perkahwinan kali ini akan dirahmati dan kekal sampai bila bila,” kata pelakon drama Hari Kita Jatuh Cinta ini.