Taugeh antara menu sayur yang mudah dan ringkas penyediaannya dan kalau dibeli, cukup murah harganya.
Pun begitu, jika tersimpan lama akan cepat berubah warna dari taugeh yang putih bersih menjadi lebam dan tidak selera pula untuk dimakan.
Hendak dibuang sayang juga, jadi tahukah anda ada cara untuk putihkannya kembali. Nak tahu lanjut, ini caranya.
Pernah tak awak beli taugeh lepas tu terlupa nak masak sebab anak dah nangis atau sibuk dengan kerja lain Kemudian lama letak kat luar taugeh da hitam macam lebam-lebam. Nak masak pun tak semangat dah.
Ehh sabar jap! Jangan buang taugeh tu. Rendam kan balik dan letak beberapa keping asam keping. Nanti dia akan putih balik macam baru beli kat pasar.
Ads
Selepas siap dimasak
Sumber Cahaya Ara Ixerora via MAHN
Begitu juga cara yang Sama dilakukan oleh AwisyAlif AlifAwisy taugeh dan menurutnya jika dibuat petua tersebut bukan sahaja taugeh kembali berwarna putih malah akan tahan lama dan taugeh tak cepat rosak.
Ads
“Saya nak kongsi petua kalau nak taugeh tahan lama & dan tak cepat rosak buat macam ni ja.”
1. Masukkan taugeh dalam plastik letak asam keping sekeping.
2. Masukkan air sampai taugeh tenggelam ikat kuat-kuat.
Ads
“Taugeh ni saya simpan dah 9 hari masih elok dan segar. Taugeh pun tak berubah warna masih putih bersih.Pastikan air ditukar 2 hari sekali ya..”
Kredit: AwisyAlif AlifAwisy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sinki tersumbat memang jadi masalah kalau nak masak. Apalagi kalau sinki bocor. Silap-silap terus mood nak masak untuk keluarga hilang.
Selain tersumbat, sinki juga menjadi tempat pembiakan bakteria. Malah, jika tidak dicuci akan menyebabkan ia nampak kotor dan berkerak hitam.
Bukan itu sahaja, lama kelamaan ia akan kelihatan pudar dan kusam. Untuk kilatkan sinki ni, tak susah mana. Ada 2 cara yang boleh dicuba. Jom tengok cara-cara yang anda kena buat.
Jom cuba petua ni. Paling senang nak buat.
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Garam
Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah yang diberikan ini.
1. Potong lemon seperti biasa.
2. Kemudian sentalkan lemon pada kerak-kerak sinki yang jelas kehitaman. Sental dengan kuat.
3. Letakkan sedikit garam di kawasan berkerak.
4. Kemudian gosok lagi dengan menggunakan berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi.
5. Sental dan gosoklah hingga semua kotoran tertanggal.
6. Akhir sekali, cuci dengan air panas dan hasilnya sinki bukan hanya bersih tapi lebih berkilat.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini tular sebuah posting dari seorang pengguna Facebook Mohammad Faeez Harith yang memberitahu mengenai jenis-jenis potongan bawang.
Mesti ramai yang tak pernah terfikir kenapa hidangan yang berbeza memerlukan jenis potongan yang berbeza? Potongan bawang untuk sambal lain, goreng biasa lain, untuk masak stim pun lain dan begitulah sebaliknya.
Ada juga yang mengatakan, kalau silap potong bawang ikut resipi yang ingin kita masak, maka lainlah rasa masakan tersebut. Betul ke?
Pernah juga, sewaktu merewang untuk kenduri jiran setaman, ada makcik yang minta untuk ‘mayang’ bawang. Pasti ramai yang tak pernah dengar kan nama jenis potongan bawang tersebut?
Sebenarnya cara potong masing-masing ada nama, kegunaan dan masanya tertentu untuk guna. Sesetengah potongan tak sesuai untuk sesetengah resipi.
Berikut adalah nama bagi jenis potongan bawang bagi bawang merah.
1) Potong
Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang.
Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.
2)Gegelung
Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki.Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah.
3)Mayang
Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.
4)Belah
Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.
5)Baji
Juga disebut ‘wedges’ dalam B.Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dsb.Juga untuk kebab.
6)Hiris
Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang.Untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/budu/cencaluk dsb.
7) Dadu
Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.
8) Dadu kecil / cincang kasar
Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dsb.
9) Cincang
Untuk perapan, tumisan dsb.
Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resipi, penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak.Jadi kena teliti resipinya sebelum mula memotong.
Jenis-Jenis Potongan Bawang Putih
Bawang putih ada beza juga ke cara potong? Ada tapi tak ketara sangat pun dan kebanyakan masa tak payah susah hati sangat.
Cuma kena ingat bawang putih lagi cepat hangit, kena jaga-jaga. Pertama kena kenal dulu banyak mana bawang putih nak diguna.
Ini dipanggil satu labu/selabu. Dalam satu labu ada 1-15 ulas bawang putih, tengok keadaan. Dalam B.Inggeris kita panggil ni ‘bulb’.’
1) Ulas – Bahagian dari selabu. Dalam B.I kita sebut ‘cloves’ 2) Ketuk – Yang ini paling senang, hampir semua masakan boleh guna gaya ni. 3) Mayang – Potongan melintang. Biasa untuk buat bawang putih goreng untuk hiasan atau masakan tumis. 4) Hiris – Lebih kurang je dengan mayang, cuma dia menegak. 5) Racik kasar/mancis – Ini biasa untuk buat sos, masak stim/kukus, goreng, dan lain-lain. 6) Racik halus – Pun tak jauh beza dengan racik kasar. Tak banyak resepi pun guna potongan ni. 7) Dadu – Untuk sos, tumis, nasi goreng dan lain-lain. 8) Cincang – Untuk sos, tumis dan lain-lain.
Macam aku sebut kat atas, bawang putih cepat hangit, jadi kena jaga api masa menumis. Satu lagi, bawang putih lepas dipotong baru baunya lagi naik bila masak, jadi potong awal sebelum masuk kuali/periuk.
Bukan sahaja bawang merah, tetapi nama untuk potongan bawang putih pun ada tau! Bentuk mereka berbeza dan haruslah ada perbezaan cara potong. Mujurlah ada perkongsian tentang nama potongan bawang ni, kalau tak jenuh terkial-kial depan mak mertua kan?
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Kredit: Mohammad Faeez Harith
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asyik makan kari dengan sambal tumis je mesti bosan kan. Petang ni apa kata tukar menu juadah berbuka. Cuba resipi Sup Tulang Sedap, perkongsian dari Azie Kitchen. Pasti membuka selera anak-anak petang nanti.
Macam biasa, Raya kedua dan ketiga kami dah jemu makan rendang. Maka ketupat lebih tu kami makan dengan sup tulang. Korg cuba la. Sedap gila! Letak kicap sambal! Power.
Bahan bahan: 1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk 2 sudu besar minyak masak 1 sudu besar minyak sapi 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1 labu bawang besar – di hiris 1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar Air rebusan tulang secukupnya 1 batang lobak merah ~ dadu 2 biji kentang ~ dadu 1 sudu kecil lada sulah Garam secukup rasa 1 biji tomato – potong dadu 1 batang celery – hiris Daun sup dan daun bawang ~ hiris 3-4 biji cili padi – hiris Bawang goreng – tabur
Bahan Kisar: 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 batang lobak merah 1 batang celery 1 batang leek
Cara cara: Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.