Tauhu jika digoreng kosong agak menjemukan. Apa kata tauhu yang ada di dalam peti sejuk itu diolah menjadi Tauhu Berlauk. Hidangan enak yang kaya dengan protein ini pasti mengenyangkan sebagai kudapan minuman petang. Anak-anak gerenti suka!
BAHAN-BAHAN:
4 ketul tauhu
2 tiub Tauhu Jepun (Tauhu Telur)
50 gram udang atau isi ayam
1 tangkai cili merah
Ads
1 batang daun bawang dan daun sup
4 biji telur
sedikit garam, serbuk lada putih, serbuk perasa secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Kisar tauhu, tauhu Jepun, 2 biji telur , udang atau isi ayam didalam mesin pengisar.
2. Selepas itu, masukkan hirisan daun bawang,cili merah dan kacau sebati.
3. Masukkan pula garam, serbuk lada putih,serbuk perasa secukup rasa dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan bahan bancuhan tadi didalam bekas dan kukus dalam anggaran 15-20 minit sehingga adunan menjadi keras.
Ads
5. Biarkan ia sejuk seketika, selepas itu potong dalam bentuk yang dikehendaki.
6. Akhir sekali, pukul 2 biji telur, celup dan goreng sehingga bertukar warna perang keemasan.
Siap!
Tauhu Berlauk ini juga enak dicicah bersama sambal cili kicap dan kuah rojak.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semut merayap di dalam rumah adalah perkara biasa, namun jika terlalu banyak boleh mendatangkan masalah. Sementelah semut suka benda-benda manis terutama gula.
Jika anda tidak suka semut berada dalam rumah, sebaiknya jangan dibunuh dengan racun serangga atau ubat semut. Apa kata cuba petua semula jadi yang dikongsikan dari blog fydanoh.com.
1. Taburkan serbuk kunyit
Sebaiknya kesan dulu dari mana mereka masuk, kemudian taburkan serbuk kunyit pada laluan mereka menuju ke dalam rumah atau di pintu tempat mereka masuk. Ini boleh menghalang askar-askar semut daripada masuk ke dalam rumah.
2. Daun sirih
Beberapa helai daun sirih dikoyak-koyak atau disiat-siat dan taburkan juga pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
3. Kulit telur
Bakar kulit telur hingga menjadi abu, kemudian taburkan pada kawasan laluan semut.
4. Kulit timun
Kulit timun juga diletakkan di kawasan laluan semut atau berdekatan sarangnya.
5. Air serai wangi
Campurkan serai wangi dengan air kemudian disembur pada laluan semut serta tempat-tempat yang biasa diduduki semut. Juga boleh buat lap meja dengan air serai wangi untuk elakkan semut naik ke atas meja. Yang menarik tu, bukan semut sahaja malah lipas, lalat dan serangga lain turut tidak berani mendekati tempat itu.
6. Minyak masak
Celup kain bersih ke dalam minyak masak, dan ikat kain tersebut pada balang gula, keliling kaki meja atau keliling kabinet dapur. Minyak masak ini boleh menghalang laluan semut.
Kalau tidak mahu ikat kain, boleh saja lumurkan minyak masak pada bahagian yang terlibat. Contohnya sapukan minyak masak di kaki meja makan supaya semut tidak boleh panjat meja.
Tips menghalau semut yang suka menghurung bekas gula atau makanan.
1. Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugur dan bunga cengkih tidak akan menukar rasa atau warna gula, mungkin jadi lebih wangi.
2. Cili kering
Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula. Semut juga tidak akan menghampiri bekas gula itu, mungkin kerana dia pun tak tahan pedas.
3. Bawang merah
Masukkan beberapa biji bawang merah yang belum dikupas ke dalam bekas gula, tapi basuh lah dulu. Takut kotor pula gula nanti.
4. Bercakap dengan semut
Kalau semut jenis tak makan saman juga, cubalah bercakap dengan mereka sebab mereka kan rakyat Nabi Sulaiman, pujuk baik-baik semut tu supaya tinggalkan rumah kita. Buat masa sendirian ya, nanti ada orang ingat ibu halusinasi pula bercakap dengan semut.
“Assalamualaikum wahai rakyat Nabi Sulaiman a.s…
Ini rumah aku dan aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah yang taat dan sentiasa berzikir pada-Nya.Kalau kamu nak buat sarang dan terus hidup, hiduplah di luar rumahku agar kamu selamat.. Terima kasih semut..”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
‘Melentur buluh biar dari akarnya’ ayat ini bermaksud, jika kita ingin anak menjadi seorang yang baik dan berjaya, kita perlu mendidik mereka sejak kecil lagi.
Begitu juga untuk mendidik anak suka menabung. Sebagai ibu bapa, ini adalah masa yang terbaik bagi anda mendidik anak-anak.
Didik mereka untuk menyimpan duit sekiranya mereka ingin membeli barang idaman mereka.
6 Tips Mengajar Anak Menabung Dari Kecil
Peningkatan kos sara hidup sekarang merupakan satu isu yang tidak habis-habis diperkatakan oleh semua orang. Jadi,kita sebagai ibu bapa haruslah mendidik dan menggalakkan anak –anak untuk belajar dalam menguruskan perbelanjaan mereka dari kecil lagi. Agar mereka tidak membesar menjadi seorang yang boros dan tidak tahu hargai duit. . Tabiat kewangan yang baik seharusnya dipupuk oleh ibu bapa itu sendiri dengan menjadi idola yang hebat di mata anak-anak. Pada peringkat awal ini, boleh jer ajar anak menabung bermula di rumah. Kita pupuk minat mereka untuk menyimpan dan kena mulakan daripada sekarang. . Bila dah makin meningkat dewasa mereka akan secara sendiri suka menyimpan kerana sudah diajar dari kecil. Dibawah ni Ahyat ada kongsikan tips yang Ahyat guna untuk anak-anak Ahyat supaya suka menabung. . 1. Sediakan Tabung Yang Cantik Terdapat pelbagai jenis tabung yang dijual di pasaran. Ikutlah yang mana anak kita berkenan kalau boleh carilah tabung yang cantik ataupun cari tabung lutsinar yang boleh nampak supaya mereka dapat melihat sendiri hasil simpanan mereka yang semakin banyak itu. . Kalau nampak ruang-ruang kosongnya, sudah tentu duit yang simpanan belum banyak. Bila mereka nampak hasil tabungan mereka, mereka akan rasa lagi bersemangat nak tambah dan terus menyimpan. . 2. Beri Wang Saku Dan Ajar Cara Mengurus Pembelanjaan Ini merupakan ‘pendapatan’ pertama mereka. Ajar mereka untuk belanja secara berhemah. Sekiranya kita ada sediakan bekal makanan untuk anak bawak ke sekolah, kita juga boleh berikan wang saku kepadanya. . Disini lah kita boleh ajar mereka, bila mereka pulang sekolah cuba kita tanya, apa yang mereka beli, berapa baki dan berapa banyak boleh mereka simpan untuk hari tersebut. . 3. Ajar Anak Buat Matlamat Menyimpan Ajar mereka setiap duit yang mereka simpan mempunyai matlamat. Apakah yang nak dibelanjakan setelah duit dalam tabungan cukup. Kita sebagai ibu bapa kena tanya mereka apa yang mereka inginkan dan matlmat dalam menyimpan. Contohnya anak lelaki nak beli playstation 4 ataupun patung Barbie bagi anak perempuan. . Disamping itu,kita juga boleh bawa mereka ke kedai dan dapatkan harga tersebut supaya mereka tahu dan teruskan bersemangat untuk menyimpan agar dapat barang yang dikehendakinya itu. Apabila sudah jelas dengan matlamat simpanan anak-anak, kaji berapa lama mereka perlu simpan dan buat jadual khas untuk perkara ini. . Buat jadual berkotak dan gunakan pelekat bewarna, supaya mereka boleh kenal pasti berapa jangka masa yang perlu mereka simpan untuk mencapai matlamat tersebut. . Ajar mereka tiada apa yang percuma dan senang nak dapat sekarang. Ayah dan emak terpaksa kerja keras untuk sekolahkan dan membesarkan mereka semua. Ajarkan mereka konsep bersyukur. Dalam proses menabung,inilah masa yang sesuai untuk kita terapkan erti nilai wang kepada mereka. . 4. Ajar Untuk Dapat Wang Tambahan Beritahu mereka, sekiranya mereka inginkan duit tambahan dengan cepat, mereka perlu lakukan kerja rumah atau membantu kita supaya kita dapat memberi mereka upah. Upah tersebut bolehlah mereka menyimpan untuk membeli barang yang diingini. . Lagi satu cara kita juga boleh mengajar mereka untuk berniaga secara kecil-kecilan, contohnya bawa mereka ke pasar lambak untuk menjual mainan terpakai mereka dan ia dapat melatih mereka mengira wang dan lebih sistematik dalam kehidupan apabila dewasa nanti. . 5. Didik Belanja Ikut Kemampuan Ajarlah anak-anak sejak dari kecil lagi untuk berbelanja mengikut kemampuan sendiri. Jangan berlagak kaya dan sentiasa merancang perbelanjaan walaupun ketika berada di sekolah. Didik mereka untuk tidak meminjam duit rakan jika tiada duit tetapi hanya menggunakan wang saku dengan cermat. . 6. Berikan Ganjaran Kecil Sesekali berikan mereka ganjaran daripada usaha mereka dalam meningkatkan tabungan. Benda yang paling simple, biarlah hadiah kecil saja namun bergantung kepada kita nak beri hadiah apa pada mereka. Contohnya, masukkan lauk kegemaran mereka, belikan buku atau belanja makan aiskrim. . Percayalah selepas sebulan kita akan nampak hasil dan tabung semakin penuh kerana anak dah mula tahu bila dia menabung makin banyak ibu bapa mereka akan memberi hadiah kepadanya. Hadiah ni salah satu pembakar semangat untuk mereka lebih suka menabung. . Kesimpulannya, kita sebagai ibu bapa perlu menjadi modal atau contoh yang baik untuk mengajar anak2 kita menabung dari kecil supaya bila besar nanti mereka jadikan satu tabiat untuk menyimpan bagi masa depan mereka juga.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Menjadi selebriti bukan sesuatu yang mudah. Selain menjaga penampilan dan imej di hadapan khalayak ramai, dalam masa yang sama perlu memberi perhatian pada keluarga.
Namun selebriti yang satu ini sentiasa memberi yang terbaik, dalam kerjaya mahupun rumah tangga. Tidak hairanlah dia selalu mendapat pujian dari penerbit mahupun pengarah drama.
Biarpun dikelilingi dengan populariti dan tawaran yang tidak putus-putus sebagai pelakon, namun Fasha Sandha tidak mengabaikan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan juga ibu.
Tak kisah dikata sombong demi anak-anak
Akui ibu kepada dua cahaya mata ini, bukan soal bayaran yang menjadi keutamaan, sebaliknya minat mendahului segalanya.
“Saya buat yang terbaik bukan kerana soal bayaran, sebaliknya kerana minat. Tetapi tak semua yang saya terima tawaran yang datang kerana keadaan komitmen yang tidak mengizinkan. Demikian juga bab anak-anak. Kalau ada peluang akan masak untuk suami dan anak-anak. Sebab tu kalau tawaran yang siri terlalu panjang dan memerlukan komitmen tinggi jadi saya tolak dengan baik kerana takut tak boleh bagi masa untuk keluarga.
“Demikian juga apabila saya bersama peminat. Saya tak suka berpura-pura atau nak tunjuk diri baik sangat, dengan peminat kena jadi diri sendiri. Mereka suka kalau kita melayan, tetapi bukan dalam semua situasi. Waktu saya dengan keluarga terutama anak-anak, saya akan secara automatik sedikit ‘sombong’. Bukan apa, sebab saya lebih pentingkan keselamatan anak-anak.
“Biar saya dikata sombong kerana anak-anak lebih penting dari segala-galanya. Bukan populariti semata-mata. Apabila dengan anak-anak keutamaan lebih pada mereka dahulu. Anak-anak penting dalam hidup saya. Tetapi saya akan cakap baik-baik dengan peminat, bukan buat muka sombong. Alhamdulillah, mereka faham situasi tersebut,”ungkap Fasha lagi.
Tolak tawaran duta untuk anak-anak
Ditanya mengenai tawaran menjadi duta dengan anak-anak, akui Fasha memang ada tetapi ditolak dengan baik.
“Kalau diikutkan memang ada tawaran untuk saya dan anak-anak tapi saya hormat keputusan bekas suami yang tak benarkan. Jadi saya hormat kerana itu anak dia juga, Kena hormat permintaan Jejai. Tetapi kalau saya dengan Aidil tak ada masalah dan kami sudah ada tawaran untuk kami berdua.
“Soal menjawab komen dari peminat semuanya bergantung pada ruang masa. Jika ada masa saya akan balas komen peminat kerana saya hargai sokongan mereka. Saya suka dengan kerjaya ini dan sejak umur 18 tahun sudah memasuki bidang ini.
“Sejak dahulu lagi saya memang suka bekerja dan tak boleh duduk diam. Pada saya, wanita yang bekerjaya adalah wanita yang tidak akan ditindas. Jadi teruskan bekerja, tetapi saya tak kata suri rumah akan ditindas. Tetapi kalau kita bekerjaya kita takkan ditindas,”ujar Fasha lagi.
Duta baharu produk Aurawhite
Pelakon yang sedang popular dengan drama bersiri Semua Salahku itu ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Aura White Sparkle Diamond Skincare dan Aura White Sparkle Diamond Collagen Travel Pack di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.
Dalam majlis tersebut, fasha dilantik duta baharu bagi produk Aurawhite Sparkle Diamond Skincare. Manakala Ayda Jebat pula kekal duta bagi Aurawhite Sparkle Diamond Travel pack selama 4 tahun berturut-turut.
Syarikat ini dimiliki oleh Datin Furyna Azmeer dan Datuk Saiful Safwan sejak tahun 2012 ini terkenal dengan rangkaian produk kesihatan & kecantikan lelaki dan wanita dengan lebih 60 jenis produk di pasaran. Antaranya, Aurawhite Sparkle Diamond Collagen, Aurawhite Skinspa, Auramen Turbo Collagen, Auramen Skincare dan banyak lagi.
Hargai doa peminat supaya pakai tudung
Mengulas lanjut mengenai penampilannya bertudung ketika ramadan lalu, jelas isteri kesayangan aktor Aidil Aziz ini mengakui ramai yang memberi respond positif mengenai hal tersebut.
“Memang ramai yang suka tengok saya bertudung dan ada peminat mengharapkan agar saya kekal dengan imej sebegitu. Alhamdulillah, peminat sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga.
“Saya sangat menghargai setiap doa baik-baik daripada mereka. Cuma saya sendiri buat masa sekarang sedang dalam proses belajar. Doakan yang baik-baik supaya semuanya dipermudahkan.
“Begitu juga dengan suami saya, Aidil yang tidak pernah minta atau suruh saya pakai tudung. Dia tidak kisah kerana dia tahu mana yang terbaik untuk saya. Dia juga beri ruang untuk saya belajar perlahan-lahan dan tidak pernah mendesak.
“Tetapi kalau boleh, saya tidak mahu terlalu berbicara tentang hal ini bimbang disalah erti sesetengah pihak. Iman kita ni ada kalanya turun naik. Jadi lebih baik saya tetapkan hati terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan dalam hal ini. Cuma harapan saya agar peminat dapat mendoakan yang terbaik,”jelas Fasha lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.