Bagi penggemar teh tarik, biasanya restoran mamak antara lokasi terbaik jika hendak layan keenakan rasa teh tarik sebenar. Rasa teh bersusu yang manis dan lemak berkrim memang padu.
Jadi apa kata kita cuba belajar untuk sediakan sendiri Teh Tarik seperti yang dikongsikan dari Afy AL Habibi.
Menurut resipi Teh Tarik ini diperolehi daripada tauke karpet Pakistan, ternyata langsung tak sama dengan teh tarik biasa sebab ada teknik penyediaan yang tersendiri.
Teh Pakistan Mashyur tumpang lalu ni. Nampak sedap yakmat tak? Sesuai buat hidangan minum petang. Tengoklah gambar sampai habis. Ramai sungguh peminatnya sejak cikgu kongsi dekat laman sendiri.
Nama Pakistan tu cikgu letak sebab resepi ini dari tauke karpet Pakistan sendiri, tempat adik bekerja dulu. Langsung tak sama dengan teh tarik biasa sebab ada teknik penyediaan tersendiri.
Ads
Ada cikgu pecahkan rahsianya.
Baca sampai habis tanpa tinggal satu pun langkah cikgu bagitahu.
Bahan-bahan:Ini bahan-bahan utama:
Ads
Rahsia pertama teh ini sedap sebab cikgu guna teh wangi.
– 7 uncang teh wangi ros : koyakkan setiap uncang.
( kalau kat Kelantan cikgu akan guna teh timbang wangi je)
– Air satu jug kecil (lebih kurang 1 liter)
– 50 ml susu segar (tiada dalam gambar)
*nak sedap guna susu full cream goodday*
– Susu 1/5 tin (tambah @kurangkan ikut kuantiti air)
– Untuk melemakkan rasa teh & memberi kelainan rasa, tambah secubit dua gara
Rahsia seterusnya :Teh tadi perlu dididihkan atas dapur. Ada perbezaan ya kacau dengan air panas biasa.
Masukkan kesemua bahan tadi dalam periuk. Panaskan dalam api perlahan. Masak sehingga teh bertukar warna dan kembang.
Kacau sesekali.
*boleh adjust rasa susunya*
Tutup api selepas teh betul-betul mendidih@ cikgu besarkan sekejap api lalu terus ditutup.
Cikgu suka tapis dengan penapis teh kain.
Ads
Rahsia penting seterusnya. Tarik air teh yang ditapis tadi sampai berbuih.Syokkkk. Segelas Teh Pakistan Mashyur sedia dihirup ketika air teh masih panas suam. Bagi cikgu, teh yang sedap ialah dikurangkan manisnya. Tanpa dicampur gula secara langsung. Kowwww. Wangi Lemak. Manis-manis buah. Terbaikkk
Nak buat sambal tumis ni memang kena ilmu yang cukup cara penyediannya. Jika salah skill memang buat hilang selera. Sambal tumis ini kena sedap terutama sambal nasi lemak supaya rasanya wow!
Menarik perkongsian puan Rafiza Idayu mengenai cara memasak sambal tumis supaya menjadi lebih sedap. Malah resipi ini telah mendapat lebih 87K share.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Terdapat banyak versi resipi sambal tumis. Tetapi teknik memasak yang membezakan rasa dan tekstur sambal tersebut. Resipi ini diperolehi daripada seseorang yang berniaga nasi lemak di kampung. Hasil jualannya dapat membiayai anak anaknya hingga universiti.
BAHAN KISAR
1. 1 genggam lada kering direbus dan ditos 2. 3 ulas bawang putih 3. 1 inci halia
Kesemua bahan ini dikisar.
Dahulu saya kisar sekali dengan bawang besar tetapi menurut makcik tersebut untuk lebih sedap bawang besar perlu digoreng hingga naik bau.
BAWANG BESAR
2 biji bawang besar. (Sebiji saya hiris nipis dan sebiji saya hiris kasar)
Ini bawang besar yang diasingkan daripada bahan kisar.
MINYAK
Panaskan minyak masak.
Anggaran minyak masak lebih kurang setengah cawan. Memang masak sambal tumis minyaknya agak banyak.
Dulu saya suka masak guna minyak sedikit sahaja (konon konon nak jaga kolesterol). Sekali tengok assistant chef memasak di dapur sendiri guna minyak masak banyak… oh begitu ya…. untuk pastikan lada tersebut betul betul masak katanya.
TUMIS BAWANG
Apabila minyak betul betul panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi.
Tumis bawang besar hingga naik bau.
Nota :
Dulu saya tak tahu rupanya kena masak sampai naik bau sahaja. Yang saya masak sampai dah kuning macam nak garing.
Rupanya untuk melayukan sahaja. Nanti selepas dah siap, bawang merah itu akan hancur semasa proses menumis.
Kalau macam garing dia macam ‘tak jadi’ sebab dia akan keras dan macam meliat. Jadi bawang tersebut tidak akan hancur dan jadi macam bertali.
TIP TUMIS NAIK BAU
Macamana nak tahu bawang yang ditumis dah naik bau ?
Letak tangan atas kuali dan bawa angin yang terbebas semasa proses menumis rapat ke arah hidung kita.
Belajar belajar la bau bawang wangi digoreng bagaimana.
Ini pun belajar dengan assistant chef yang menguruskan salah sebuah restoran melayu di timur tengah.
Tips salah : Jangan bawa hidung ke gigi kuali, kalau terpercik minyak di muka..akak tak bertanggungjawap.
Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tadi.
BELACAN BAKAR
Wah, ini yang legend! Masukkan belacan bakar. Yang ini optional. Nak masuk boleh, tak masuk pun boleh.
TUMIS JADI LEBIH PEKAT
Kita teruskan proses menumis. Minyak tadi hampir kering diserap bahan kisar. Sebab itu kuantiti minyak perlu dilebihkan.
Tumisan bahan kisar akan menjadi lebih kental dan pekat. Kalau rasa macam kurang minyak, boleh tambahkan sedikit.
Saya masak guna api sederhana.
Proses menumis sambal tumis memang agak mengambil masa supaya ‘terbit minyak’ agar bahan kisar kita ditumis dengan betul betul masak.
TUMIS PECAH MINYAK
Proses terbit minyak aka pecah minyak.
Ini salah satu teknik yang penting. Memang kena masak sampai terbit minyak untuk menjadikan sambal tumis kita tahan lama dan sedap.
Apabila terbit minyak bermakna bahan kisar telah dimasak dengan betul.
GULA
Masukkan gula.
Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula.
Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai.
Saya guna 6 sudu gula perang (brown sugar). Selalunya saya letak gula nisan (gula kerek orang Terengganu panggil). Stok habis, guna apa yang ada. Gula putih atau gula melaka pun boleh.
Tumis sebentar. Gula akan ‘caramelised’. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita. Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.
Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini.
Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air.
*air yang digunakan adalah air biasa. Saya goncangkan dalam blender sebab itu warnanya keruh
Masukkan ikan bilis. Ini pun banyak versi. Ada orang goreng dahulu. Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar. Ada orang goreng separa masak. Ada orang tak goreng.
Ok Ini saya cuba tak goreng sebab ada orang kongsi tips kata kalau ikan bilis berkualiti tinggi tak payah goreng supaya rasa ikan bilis tersebut enhance ke dalam sambal tumis.
AIR ASAM JAWA
Masukkan 3 sudu air asam jawa.
Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping.
Memang saya masak selalu guna asam keping, tetapi saya perasan sekiranya guna asam jawa rasanya lebih umph!
Masukkan garam secukupnya.
Biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra. Niatkan bahawa sedapkan masakan aku untuk keluargaku. Perkuatkan kasih sayang kami. Doa dalam bahasa masing masing lebih mudah. Insya allah, tuhan mendengar doa kita
Alhamdulillah. Cantik kejadian sambal tumis kita.
Sambal tumis ikan bilis.
*Tahukah anda, selepas seharian sambal tumis kita akan menjadi lebih sedap kerana bahan bahan lebih mesra.
Kebanyakan peniaga nasi lemak memang memasak sambal tumis sehari sebelum.
Siap stok seminggu. Lepas ini tinggal panaskan sahaja kalau nak masak. Boleh disimpan chill.
Kalau kita biasa beli di kedai, adakalanya bawang goreng itu hancur dan rasanya pun kurang. Ada sesetengah yang lemau kerana masuk angin. Apa kata cuba buat sendiri, bukannya susah pun. Malah, kalau rajin, boleh menjana pendapatan dengan bawang goreng ini.
Jom admin kongsikan cara simple yang ditunjukkan oleh saudara Ahmad Salehuddin Amirwan resipi bawang goreng style ibunya.
BAWANG GORENG STYLE MAK ABG..
Kat rumah abg memang kena selalu ada stok bawang goreng ni sbb bila nak makan pape tabur bawang goreng ni jadi wangi je..
Disebabkan ramai yg tanya ni abg share resepi kat sini ye..
Cara membuat:
Mula2 kupas kulit bawang tu dulu ye.. nk mudah rendam dgn air panas so senang lah nk kupas kulit tu.Hiris lah bawang tu nipis2.. abg potong manual je ye sbb abg x de benda untuk hiris tu. Lepas hiris, cuci bawang tu bersih2 dan toskan sampai bawang betul2 kering.Lepas dah kering boleh lah panaskan minyak dalam kuali ye, minyak kena betul2 panas baru masukkan bawang tu.. lepas tu rajin2 lah gaul supaya bawang tu masak sekata.
Bila dah kekuningan garing boleh lah angkat dan toskan minyak tu.. tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas..
Tips dr mak : bila warna bawang dah mula kekuningan boleh lah slowkan api gas ye supaya dia x hitam dan hangus.. kt sini lah biasanya org terlepas pandang sbb bila hitam bawang tu akan jadi pahit x sedap.. sentiasa kacau bila dah slow kan api tu sampai lah ia garing ye.. dah garing boleh lah angkat..
Ni abg buat 2kg dpt lah 1 bekas tu.. dia kena rajin dan sabar ye..
Ni abg halalkan sape yg nak buat niaga atau buat makan sendiri..
Cukup doakan kesihatan mak abg kembali pulih sepenuhnya mcm mak2 diluar sana…
Memasak daging dengan resipi gulai darat katanya lebih mudah dan rasanya lebih beraroma. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh saudara Wan Muhammad Hafiz Satar tentang cara dan penyediaan menu enak ini.
Menurutnya, disebabkan teringin tidak menjadi halangan untuknya menyediakan menu Daging Gulai Darat untuk dihidangkan sebagai menu sarapan. Memang terbaiklah!
Jadi buat anda yang juga teringin mencuba rasa hidangan ini, boleh memasaknya untuk dijadikan antara menu istimewa hari ini. Selamat mencuba.
STEP UNTUK MASAK GULAI DARAT DAGING (TIDAK PERLU MENUMIS)
Orang kelantan memang suka makan gulai ni sebab ia berbeza dengan kari biasa sebab rasanya yang lebih beraroma dan menggunakan rempahnya yang tersendiri untuk buat gulai darat. Terliur dengan gulai darat aunty Hanizam Ismail, hari ni sarapan kita buat gaklah. Yang menarik gulai darat ni tak perlu menumis.. hanya satukan semua bahan pastu renehkan sampai kuahnya pecah minyak. Resepi dibawah
Bahan-bahan:
1 kg Daging
Serbuk Rempah Gulai Darat
200ml santan ( kotak kecil)
1/2 keping gula melaka
Asam keping
1sudu besar kerisik
Garam Serbuk Perisa (kalau suka)
Bahan-bahan Kisar:
4 ulas bawang merah
1 sudu besar cili kering kisar 2-3 hiris lengkuas
1 inc kunyut hidup
1 inc halia
1/2 sudu ketumbar
Cara-cara:
1. satukan bahan kisar, rempah gulai darat dengan daging. Masak atas dapur sehingga agak-agak daging kecut dan empuk boleh masukan asam keping.
2. Setelah daging lembut, masukan santan dan kacau rata.. masak sehingga kuah sedikit terbit minyak.
3. Masukan garam, gula melaka, kerisik dan serbuk perasa kalau suka. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Shiera Al-Khaired berkongsi kegembiraan apabila anak sulungnya, Allisya Tahir, selamat melahirkan cucu kedua yang diberi nama Aisa Zaina pada 3 Ogos 2026.