Tauhu jika digoreng kosong agak menjemukan. Apa kata tauhu yang ada di dalam peti sejuk itu diolah menjadi Tauhu Berlauk. Hidangan enak yang kaya dengan protein ini pasti mengenyangkan sebagai kudapan minuman petang. Anak-anak gerenti suka!
BAHAN-BAHAN:
4 ketul tauhu
2 tiub Tauhu Jepun (Tauhu Telur)
50 gram udang atau isi ayam
1 tangkai cili merah
1 batang daun bawang dan daun sup
4 biji telur
Ads
sedikit garam, serbuk lada putih, serbuk perasa secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Kisar tauhu, tauhu Jepun, 2 biji telur , udang atau isi ayam didalam mesin pengisar.
Ads
2. Selepas itu, masukkan hirisan daun bawang,cili merah dan kacau sebati.
3. Masukkan pula garam, serbuk lada putih,serbuk perasa secukup rasa dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan bahan bancuhan tadi didalam bekas dan kukus dalam anggaran 15-20 minit sehingga adunan menjadi keras.
Mengemas rumah adalah perkara yang cukup meletihkan,lebih-lebih lagi semasa anak-anak masih kecil.
Boleh dikatakan kalau hendak melihat rumah sentiasa nampak kemas tersusun rapi, itu bermakna setiap minit terpaksalah mengemas jawabnya.
Apatah lagi andai semua anak adalah lelaki, pasti antara kita sudah dapat bayangkan bagaimana cabarannya.
Pun begitu, puan Siti Nadzrah atau lebih mesra disapa Ummi, dikurniakan 5 cahayamata lelaki yang kini semuanya telah berjaya menjadi hufaz Al Quran telah berkongsi tip berkaitan mengemas rumah mengikut cara yang diperaktikkan olehnya. Jom semak.
MENGEMAS RUMAH CARA UMMI
1. Kemas rumah dengan cepat semasa anak-anak tidur.
2.Sapu, vakum dan mop lantai semasa anak leka bermain atau tiada di rumah. Jika tidak terlalu mendesak, tugasan ini boleh diserahkan kepada part-time cleaner di hujung minggu.
3.Kemas mainan bila anak sudah habis bermain. Ajak sekali anak untuk mengemas mainan. Anak perlu dididik untuk menjadikan kebersihan sebagai amalan harian. Jangan harapkan kesempurnaan tetapi berilah penghargaan kepada usaha kecil mereka.
4.Kalau anak kecil semakkan rumah selepas kita kemas, biarkan sahaja dulu. Pura-pura tidak nampak. Mahu tidak mahu, kena kemaslah juga untuk beberapa kali dalam sehari.
5. Bila anak kecil kita minum air sirap dalam cawan dan mengacaunya dengan sudu lalu tertumpah ke lantai, alihkan anak dan lap lantai agar tidak meleket dan dihurung semut. Yang pasti, wajah kena manis semanis air sirap yang tumpah itu.
6.Jiwa ibu kena kebal, tak boleh marah-marah, tak boleh senang-senang pukul anak.
7. Anak-anak yang besar boleh dilatih untuk membantu mengemas rumah dan memastikan rumah sebagai tempat tinggal yang bersih dan selesa untuk didiami.
Sepanjang Petintah Kawalan Pergerakan tentunya kita sebagai ibu ayah akan pastikan stok makanan di rumah sentiasa mencukupi untuk seisi keluarga.
Jika boleh pelbagai jenis makanan dibeli untuk memenuhi keperluan, seperti ikan, ayam, telur, sayuran hinggalah junk food yang kita fikir untuk kudap-kudapan anak-anak di rumah.
Pun begitu, tahukah anda tindakan kita dengan membeli stok makanan yang tidak sihat akan turut mempengaruhi kesihatan anak-anak kita.
Kenapa dikatakan begitu?
Jadi nak tahu lanjut, ikuti perkongsian doktor ini.
Dah seminggu anak-anak duk berkurung dalam rumah. Tak ada pergi mana-mana pun. Tapi tetap kami masih jumpa ramai budak yang sakit, demam, batuk dan selsema.
Kalau nak kata berjangkit, orang lain kat rumah sihat belaka.
Kawan-kawan yang kerja di klinik kesihatan beritahu perkara yang sama juga.
Ada kanak-kanak yang keadaannya teruk sangat hingga terpaksa kami rawat di bahagian kecemasan hospital.
Sedih sangat. Itu sebenarnya tanda immuniti badan anak-anak kita dah terlampau lemah.
Puncanya sebab kita masih lagi simpan stok junk food dekat rumah. Dan itu yang anak duk hadap hari-hari.
Jajan.
Keropok.
Mi segera.
Air kotak.
Gula-gula.
Coklat.
Minuman dalam tin.
Air gas.
Semua makanan tu tak ada zat dan nutrisi penting.
Ada kajian daripada pemenang hadiah Nobel, Linus Pauling, dia beritahu yang pengambilan gula berlebihan sebenarnya akan beri effect besar pada proses penyerapan vitamin C dekat usus manusia.
Proses tu terganggu dan berkurangan kerana kandungan gula yang tinggi dalam makanan dan minuman.
Sia-sia je kita beri anak diet buah yang ada vitamin C, tapi dalam masa sama kita beri juga junk food sebab badan tak mampu nak serap zat tu.
Akhirnya sistem pertahanan badan anak jadi merosot dan imuniti makin lemah. Mudah benar jatuh sakit. Hatta dekat dalam rumah sendiri!
Tolong ya. Mak ayah kena revise balik apa yang kita suap masuk dalam badan anak.
Saya risau sangat bila lihat ada kanak kanak yang terpaksa dibawa ke hospital, ke klinik, waktu wabak teruk macam ni. Takut-takut tak bernasib baik, terbawa balik virus berbahaya ke rumah.
Saya betul-betul nak sedarkan semua parent tentang hal ni.
Bantu saya #share info ni pada mak ayah yang lain ya. Harapnya kita semua dapelat kuatkan imuniti badan anak pada waktu genting sekarang ni.
Berpuasa di perantauan mungkin merupakan sesuatu yang mengujakan bagi yang pernah menjejakkan kaki di bumi Madinah. Apatah lagi saat menanti detik berbuka puasa, duduk bersama-sama jemaah lain di dataran Masjid Nabawi untuk menanti masuknya waktu Maghrib untuk berbuka puasa.
Dapat bersama-sama berbuka dengan tamar dan air, meskipun sajian ringkas namun ianya menjadi detik yang cukup istimewa dan pastinya akan terus dirindui.
Bersempena dengan itu bagi menyemarakkan lagi Ramadan kali ini, Karangkraf menganjurkan program Iftar Ala Madinah@Karangkraf bagi tujuan memberi orang ramai merasai suasana berbuka puasa seperti berada di Masjid Nabawi menjelang Ramadan tahun ini.
Program di bawah naungan Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu diadakan bermula 4 April hingga 2 Mei ini bertempat di Dataran Karangkraf, Shah Alam.
Ketua Projek, Firdaus Hussamuddin berkata, pelaksanaan program itu bertujuan memberi peluang terutamanya kepada golongan yang memerlukan untuk datang berbuka puasa di Dataran Karangkraf secara percuma selama 29 hari.
Menurutnya, ramai pihak yang terjejas terutama dari segi pendapatan susulan penularan Covid-19 hingga ada yang dibuang kerja, ditambah pula kos sara hidup dan harga makanan yang semakin meningkat ketika ini.
“Dalam masa sama, kami turut menggalakkan mereka yang berkeluarga untuk datang berbuka puasa di sini dan mereka juga boleh membawa makanan sendiri untuk berkongsi bersama-sama dengan kita serta orang awam.
“Kalau boleh, kita nak mereka duduk satu keluarga, tapi yang mana datang secara bersendirian atau dengan kawan, akan diasingkan ikut Muslimin dan Muslimat.
“Yang penting kita nak wujudkan kembali suasana berbuka ala Madinah dan Mekah, untuk mereka yang merindukan kemeriahan dan suasana Ramadan itu sendiri, maka kita bawa konsep ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Tazkirah Sebelum Berbuka
Firdaus yang juga merupakan Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf berkata, menariknya program kali ini, orang ramai akan disajikan dengan pengisian tazkirah berdekatan masjid sementara menunggu waktu berbuka puasa.
“Di samping itu, ada beberapa imam kita daripada Karya Bestari dan WUIF yang akan bergilir setiap hari untuk bacaan tazkirah dan mengimamkan solat maghrib dan solat terawih sepanjang program berlangsung,” ujarnya.
Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat dan individu perseorangan yang ingin berinfaq bersama-sama untuk membantu mereka yang berada dalam kesempitan hidup.
“Kita juga galakkan pihak lain yang ingin sertai kita untuk memberi infaq makanan, barangan atau berbentuk wang tunai boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun SINAR KARANGKRAF SDN BHD 564276 529068 (Maybank),” jelasnya.
Firdaus turut mengajak mana-mana individu yang ingin menjadi sukarelawan bagi mengendalikan program berkenaan boleh berbuat demikian dengan menghubungi sekretariat di talian 0192133315.
“Orang ramai yang ingin turut serta dalam program berbuka puasa ala Madinah ini perlu membuat pengesahan kehadiran jam 10 pagi sehari sebelumnya di talian yang sama,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.