
Sudah tentu ada yang gemar menjamah hidangan tauhu berlauk. Biasanya jika beli dikedai, apa buat sendiri.
Sebenarnya cara nak buat mudah aje. Ikuti resipi ini.
Bahan-bahan:
2 ketul isi ayam
3 keping tauhu petak
4 ketul tauhu telur
3 biji telur
Bawang holland
Carrot
Daun sup
Cara penyediaannya:
1. Kisar tauhu petak, isi ayam, tauhu telur dan telur hingga sebati. Kisar sehingga hancur dan halus ya.
2. Masukkan ke dlm bekas. Campurkan sekali lobak merah, bawang holland dan daun sup yg dicincang halus.
3. Kemudian, masukkan garam, ajinamoto, serbuk lada hitam dan seketul kiub ayam. Kalau ada lada sulah boleh juga masukkan.
4. Gaul sebati.
5. Masukkan ke dlm acuan dan kukus. Kukus dlm 15 minit. Jika isi terkeluar dari acuan itu bermakna dah masak.
6. Bila siap dikukus boleh lihat pada gambar.
7. Pecahkan telur, ambil tauhu yg dah siap dikukus tadi, celup dlm telur dan goreng sehingga kekuningan.
8. Angkat dan toskan.
9. Siap, lebih sedap di makan bersama sambal kicap. Sambal kicap anda boleh kisar kicap, gula, bawang putih dan lada mengikut tahap kepedasan anda.
Sumber: Cek Kynn
Gebunya Roti Ni! Nak Buat Pun Mudah Guna Sukatan Cawan Aje. Pasti Jadi!

Anak-anak yang suka makan roti tu, sangat sesuai jika ibu mempelajari cara buat roti. Bila anak nak makan boleh je terus buat.
Makan panas-panas memang lagi sedap. Cicah dengan air panas atau kuah kari pasti lagi lebih enak.
Buat je roti homemade ni, tak perlulah pergi ke kedai beli roti dah. Nak makan buat je!
ROTI HOMEMADE!
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan marjerin
3 sudu gula
1 cawan susu sama ada full cream, low fat atau fresh yang suam (ikut kesukaan masing-masing)
1 sudu makan yis dan sedikit garam.
CARA MEMBUAT
Gula digaul bersama susu pilihan anda tadi dan yis. Biarkan bahan tersebut seketika dalam keadaan berbuih seperti di gambar mangkuk. Kemudian, masukkan bahan tadi ke dalam adunan tepung bersama sedikit garam.
Biar adunan nampak cantik
Uli bahan tadi seketika sebelum masukkan pula marjerin dan diuli sekali lagi. Kemudian dibiarkan seketika untuk memberi masa tepung adunan tadi naik cantik. Bentukkan ke dalam bekas dan bakar. Sempurna!
Untuk membakar roti ini, anda disarankan menetapkan suhu pembakar dalam 200 hingga 230 C selama 30 hingga 45 minit sahaja. Tetapi kalau warna roti sudah bertukar kuning seperti di dalam gambar, keluarkan saja
Sumber: Hehiman Sakuan
Cara Masak Ketam Kam Heong Resipi Shiela Rusly

Cara masak ketam kam heong resipi pelakon dan produser hebat Sheila Rusly ni nampak menyelerakan betul. Pelakon senior yang juga ibu kepada dua orang anak bujang ini sememangnya terkenal dengan kehebatan air tangan masakannya.
Isteri kepada pengarah tersohor, Jinggo ini sering berkongsi pelbagai resipi di laman Instagram dan channel Youtube nya. Cara masakan menu harian yang dikongsi nampak mudah untuk dicuba dan ramai yang komen hasilnya sangat memuaskan hati.
Bahkan ramai juga followers yang sebelum ini tak pandai memasak langsung mengakui semakin mahir memasak selepas mengikuti segala resipi di Youtube dan Instagram Sheila Rusly.
Cara masak ketam kam heong
Ada macam-macam cara masak resipi kam heong yang ramai orang kongsi tapi cara yang ditunjukkan oleh Sheila dalam Youtube nya ni sangat mudah.
Bahan-bahan
- 3 ekor ketam dipotong kecil
- udang kering
- 2 sudu besar serbuk kari
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap pekat
- daun kari
- 8 biji cili padi merah
- 1 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 2 sudu besar tepung jagung
Cara memasak:
- Tabur tepung jagung pada ketam. Kemudian gaul rata dan goreng dalam minyak panas. Jangan goreng terlalu lama dan garing. Bila dah kekuningan sikit bolehlah angkat dan toskan minyak.
- Potong dadu bawang besar, cincang bawang putih dan potong kecil cili padi.
- Tumis udang kering menggunakan minyak menggoreng ketam. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi (kalau tak nak pedas boleh kurangkan), daun kari. Tumis sampai garing.
- Masukkan serbuk kari, sos tiram, kicap pekat dan gaul rata. Masukkan sedikit gula, garam, air dan kacau sampai sebati.
- Akhir sekali masukkan ketam dan gaul rata. Siap untuk dihidang dan dinikmati.
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sayang anak ketat-ketat bukan sekadar pada teori. Cabaran mendidik anak zaman millennial bukan biasa-biasa. Jadi ibu ayah kena ada ilmu keibubapaan yang betul daripada mereka yang mahir dan berpengalaman.
Sertai Webinar keibubapaan PERCUMA, Sayang Anak Ketat-Ketat bersama barisan panel berkredibiliti seperti Ibu Rose, Puan Maryam Jamadi, Dr Ahmad Rostam, Puan Azlina Roszy, Prof Dr Nik Salida dan selebriti jemputan Irma Hasmie.
Daftar sekarang di Toko Ideaktiv
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Confirm Terangkat Resipi Sotong Masak Ala Thai, Rasa Macam Makan Di Kedai!

Ramai yang mengemari masakan ala Thai. Biasanya ia merangkumi masakan tomyan, kerabu dan sup.
Salah satu menarik resipi kali ini ala Thai adalah Sotong masak ala Thai.
Seterusnya ikuti resipi ini.
SOTONG MASAK ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg sotong
1 biji bwng besar
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan
2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.
3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
6. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba
Sumber : Wan Maslinda Wan Mohamed