Nak bahagia rumahtangga itu ada pelbagai cara untuk dilakukan oleh setiap pasangan. Salah satunya membuat kejutan sempena hari ulang tahun buat pasangan.
Begitu juga dengan pelakon Diana Rafar yang berhasrat membuat kejutan buat suaminya, pelakon Zamarul Hisham.
Namun apa yang mencuit hati, para warganet apabila kejutan yang dirancang tidak menjadi apabila Zamarul mengetahui perancangan isterinya.
Diana juga menitipkan doa buat suaminya agar sentiasa dilindungiNya.
__________________________________
KEJUTAN TAK JADI TAPI SWEET!
Ads
Tau lah dia pelakon. Memang pandai baca bila orang nak menipu.. penat kita rancang kita yang terkejut tiba-tiba dia tau, dia siap nyanyi happy birthday dari luar gate.
Anyway papa we love u more and forever ramai syg dia. Moga Allah sentiasa lindungi papa dunia akhirat, sihat selamat berjaya dan paling penting dapat keberkatan dalam apa pun di dunia dan akhirat.
Amin ya Allah amin. Doakan dia ya @zamarulhisham93
Peluang menjejak kaki ke tanah suci adalah momen yang paling dinantikan setiap umat Islam. Namun bukan semua berkemampuan berbuat demikian. Bagi Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, dia bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah Haji meskipun sedang hamil anak kelima.
Jelas Shahida, ini kali kedua dia berpeluang melakukan ibadah Haji selepas kali terakhir pada tahun 2016.
Shahida turut memohon agar semua mendoakan kesihatannya serta bayi dalam kandungan sepanjang menunaikan Rukun Islam kelima itu.
“Alhamdulillah…. Tahun ni rezeki saya dijemput lagi mengerjakan haji menjadi tetamu Allah di bumi Makkah… Tidak keseorangan bersama anak saya yang masih di dalam rahim yang temankan saya sepanjang berada di sana.
“Dulu tahun 2016 saya pergi pertama kali banyak pengalaman yang saya dapat hingga membuatkan saya berkobar-kobar tanamkan niat untuk sekali lagi menunaikan haji.
“Alhamdulillah, tahun ni rezeki Allah makbulkan bersama anak di dalam kandungan saya ni…. Doakan saya dan bayi dalam kandungan diberi kesihatan yang baik bagi mengerjakan ibadah haji tahun ni mudahan dikurniakan haji mabrur,” tulisnya.
Shahida yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid Solehah itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, dia turut memuat naik foto bersama anak bongsunya, Yusoff Al Qardawi.
Menurutnya lagi, dia amat berterima kasih kepada suaminya yang memberi restu kepadanya untuk menunaikan ibadah tersebut.
Tambah Shahida, perkara yang paling berat adalah untuk meninggalkan anak-anak, terutamanya Yusoff yang baru berusia setahun. ”Terima kasih suami beri saya izin walaupun agak berat sebab saya tengah hamil…. Terima kasih sudi bagi peluang pada saya dan jagakan anak-anak. “Jujur benda paling berat ialah tinggalkan anak-anak terutama Yusoff yang masih kecil…. Tapi saya yakin Insya-Allah anak-anak saya dalam perlindungan Yang Maha Esa…
“Kepada semua sahabat sama ada yang mengenali saya secara peribadi atau di media sosial saya memohon kemaafan jika ada terguris rasa atau terkasar yang membuatkan anda tersinggung,” katanya lagi.
Shahida berangkat ke tanah suci pagi semalam bersama ibu mentuanya, Rozita Ibrahim.
Siapa kata hanya rumah yang besar dan mewah sahaja dapat dijelmakan menjadi ruang yang cantik dan selesa kepada penghuninya. Lihat sahaja perkongsian fb daripada Kasih Abadi ini, siapa menduga dekorasi indah kediaman tersebut adalah merupakan sebuah rumah kayu yang dihias sempurna dengan konsep Inggeris.
Ingin mengenali keluarga ini, ayuh baca perkongsian penuh daripada Puan Fazilawati.
“Saya tinggal di sini bersama suami dan 3 orang anak. Rumah yang disewa oleh kami anak beranak ini rupanya diam tak diam, 22 tahun lamanya. Bermula tahun 1997, dari sewa RM180 sebulan hinggalah sekarang menjadi RM500, dari berdua hinggalah berlima, apa yang pasti di sinilah syurga kami anak beranak.”
Nyata rumah kayu yang disewa oleh puan Fazilawati Besah bersama keluarganya ini mampu mencuri tumpuan. Cantik dan rapi terhias indah dengan konsep Inggeris yang ringkas sekali gus memberikan suasana kediaman yang cukup selesa buat lima beranak ini.
Rumah Kampung Dalam Bandar
Kami pilih rumah sewa ni sebab lokasinya cukup strategik, ia terletak di tengah-tengah bandar. Pertama kali masuk rumah ini dulu, apa yang kami ada adalah hanya almari tv dan peti ais sahaja. Kemudian adalah sikit-sikit kelengkapan dapur yang asas.
Ruang tamu pula tiada perabot, maklumlah baru hendak mulakan hiduplah katakan. Perlahan-lahan, saya cuba cantikkan rumah ini. Rail langsir pun saya pasang sendiri, suami pergi kerja, saya memanjat pasang railing. Sebab rumah papan senang la nak pasang. Bila suami balik kerja, tengok rumah sudah dipasang langsir.
Cat pun saya buat sendiri. Jarang minta tolong suami. Bukan sebab apa, saya rasa lebih puas kalau buat sendiri. Rumah ini masa mula-mula masuk warna krim. Lama juga kekal dengan warna itu. Kemudian tukar warna oren dan kuning. Kekal lama juga dan yang terbaru hingga sekarang warna biru muda. Senang cakap dalam hal mengecat, suami sumbang tenaga cat siling rumah sahaja.
Konsep
Menyentuh tentang konsep, ibu kepada tiga orang cahayamata ini diberi kuasa penuh oleh suaminya untuk merencana ruangn kediaman mengikut kreativiti peribadi.
“Menghias rumah ini memang saya yang tentukan. Suami dan anak-anak ok saja. Jiwa saya sukakan yang cantik dan tenang dan ini mempengaruhi gaya dekorasi yang saya terapkan untuk rumah kami.
Tip Rumah Terurus Rapi
Tidak ada apa-apa tip istimewa pun daripada saya, cuma apa-apa pun kalau hendak rumah kita terlihat kemas dan rapi, rahsianya kena rajin. Mungkin satu tip yang boleh saya kongsikan untuk penjagaan rumah papan, kadang-kasang saya akan lap dinding rumah dengan air sabun untuk nampk cat kembali cantik. Umur pun sudah meningkat, tidak larat sangat nak buat tapi masih juga buat perlahan-lahan.
sumber : Kasih Abadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usahawan kosmetik negara, Datuk Aliff Shukri telah pun selamat sampai keTanah Suci Mekah bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram beliau, Datuk Aliff memohon agar orang ramai mendoakan supaya segala urusan ibadah mereka semua dipermudahkan.
“Akhirnya Allah memanggil ku ke Tanah Suci, semoga aku berubah menjadi hamba mu yang lebih baik. Ya Allah… Kau permudahkanlah perjalanan hamba mu ini untuk menunaikan haji kali ini.
“Alhamdulillah, setelah hampir 15 tahun barulah hati saya terbuka untuk mulakan haji dengan kerelaan diri sendiri tanpa paksaan.
“Doakan dengan langkah ini saya menjadi seorang yang lebih baik berguna kepada ibu bapa keluarga dan juga sahabat amin – amin yarobal alamin,” kata beliau menerusi keterangan di Instagramnya.
Di ruang komen, rata – rata netizen juga turut mendoakan Datuk Aliff bersama anak lelakinya.
“Alhamdulillah, semoga dilancarkan dan dipermudahkan urusan Datuk. Moga balik nanti menjadi ‘orang baru’ yang lebih baik tanpa ada sebarang kontroversi dan gedik – gedik lagi Datuk,” komen seorang netizen.
“Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan… Semoga mendapat haji yang mabrur… Dah jadi Pak Aji nanti jangan buat video klip mengarut tau,” komen netizen lain.
Untuk rekod, Datuk Aliff dan Datin Shahida telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang anak, Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al Haqeem.