Siapa kata hanya rumah yang besar dan mewah sahaja dapat dijelmakan menjadi ruang yang cantik dan selesa kepada penghuninya. Lihat sahaja perkongsian fb daripada Kasih Abadi ini, siapa menduga dekorasi indah kediaman tersebut adalah merupakan sebuah rumah kayu yang dihias sempurna dengan konsep Inggeris.
Ingin mengenali keluarga ini, ayuh baca perkongsian penuh daripada Puan Fazilawati.
“Saya tinggal di sini bersama suami dan 3 orang anak. Rumah yang disewa oleh kami anak beranak ini rupanya diam tak diam, 22 tahun lamanya. Bermula tahun 1997, dari sewa RM180 sebulan hinggalah sekarang menjadi RM500, dari berdua hinggalah berlima, apa yang pasti di sinilah syurga kami anak beranak.”
Nyata rumah kayu yang disewa oleh puan Fazilawati Besah bersama keluarganya ini mampu mencuri tumpuan. Cantik dan rapi terhias indah dengan konsep Inggeris yang ringkas sekali gus memberikan suasana kediaman yang cukup selesa buat lima beranak ini.
Rumah Kampung Dalam Bandar
Ads
Kami pilih rumah sewa ni sebab lokasinya cukup strategik, ia terletak di tengah-tengah bandar. Pertama kali masuk rumah ini dulu, apa yang kami ada adalah hanya almari tv dan peti ais sahaja. Kemudian adalah sikit-sikit kelengkapan dapur yang asas.
Keadaan dapur terkini
Ruang tamu pula tiada perabot, maklumlah baru hendak mulakan hiduplah katakan. Perlahan-lahan, saya cuba cantikkan rumah ini. Rail langsir pun saya pasang sendiri, suami pergi kerja, saya memanjat pasang railing. Sebab rumah papan senang la nak pasang. Bila suami balik kerja, tengok rumah sudah dipasang langsir.
Cat pun saya buat sendiri. Jarang minta tolong suami. Bukan sebab apa, saya rasa lebih puas kalau buat sendiri. Rumah ini masa mula-mula masuk warna krim. Lama juga kekal dengan warna itu. Kemudian tukar warna oren dan kuning. Kekal lama juga dan yang terbaru hingga sekarang warna biru muda. Senang cakap dalam hal mengecat, suami sumbang tenaga cat siling rumah sahaja.
Ads
Konsep
Menyentuh tentang konsep, ibu kepada tiga orang cahayamata ini diberi kuasa penuh oleh suaminya untuk merencana ruangn kediaman mengikut kreativiti peribadi.
“Menghias rumah ini memang saya yang tentukan. Suami dan anak-anak ok saja. Jiwa saya sukakan yang cantik dan tenang dan ini mempengaruhi gaya dekorasi yang saya terapkan untuk rumah kami.
Ads
Tip Rumah Terurus Rapi
Tidak ada apa-apa tip istimewa pun daripada saya, cuma apa-apa pun kalau hendak rumah kita terlihat kemas dan rapi, rahsianya kena rajin. Mungkin satu tip yang boleh saya kongsikan untuk penjagaan rumah papan, kadang-kasang saya akan lap dinding rumah dengan air sabun untuk nampk cat kembali cantik. Umur pun sudah meningkat, tidak larat sangat nak buat tapi masih juga buat perlahan-lahan.
sumber : Kasih Abadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hari ini 18 Feb 2023 bersamaan 27 Rejab 1444H, adalah tarikh sambutan Israk Mikraj di mana telah berlaku satu peristiwa penting bagi umat Islam.
Pendakwah bebas, Asma’ Harun menerusi hantaran di Facebooknya, mengenang peristiwa agung berkenaan. Dalam hantaran itu, dia menyingkap 7 peristiwa luar biasa yang dialami oleh Rasulullah pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 kerasulan baginda.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
MAKNA ISRAK DAN MIKRAJ
Israk bermaksud perjalanan baginda Rasulullah SAW dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Masjidil Aqsa), Palestin dengan menaiki tunggangan yang bernama Buraq . Mikraj pula membawa maksud perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha (langit ketujuh).
Firman Allah SWT: سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ (١) Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (Mekah) ke Masjid al-Aqsa (Baitul Maqdis, Palestin) yang kami berkati sekelilingnya untuk Kami memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah al-Isra’ 17: 1)
HADIAH ISTIMEWA BUAT NABI SAW DAN UMATNYA
Israk Mikraj merupakan hadiah daripada Allah SWT buat Nabi Muhammad SAW dengan menjemput baginda ke Sidratul Muntaha sekaligus mensyariatkan pensyariatan solat yang merupakan hadiah teristimewa buat baginda dan umatnya.
Sebelum terjadinya peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah SAW menghadapi banyak ujian berat terutamanya tentangan hebat dalam usaha dakwah. Baginda pernah diusir, dikeji, ditolak dan dihina dahsyat oleh penduduk di kota Thaif.
Rasulullah juga kehilangan dua insan yang sangat dicintai sehingga dinamakan tahun kesedihan iaitu Siti Khadijah, isteri kesayangan baginda dan juga bapa saudara yang banyak membantu Baginda iaitu Abu Thalib.
RASULULLAH MENJADI IMAM BUAT PARA NABI
Ketika Israk, Rasulullah SAW menjadi imam bagi para Nabi di Masjidil Aqsa seperti yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: لقَدْ رَأَيْتُنِي في الحِجْرِ وقُرَيْشٌ تَسْأَلُنِي عن مَسْرايَ، فَسَأَلَتْنِي عن أشْياءَ مِن بَيْتِ المَقْدِسِ لَمْ أُثْبِتْها، فَكُرِبْتُ كُرْبَةً ما كُرِبْتُ مِثْلَهُ قَطُّ، قالَ: فَرَفَعَهُ اللَّهُ لي أنْظُرُ إلَيْهِ، ما يَسْأَلُونِي عن شيءٍ إلَّا أنْبَأْتُهُمْ به، وقدْ رَأَيْتُنِي في جَماعَةٍ مِنَ الأنْبِياءِ، فإذا مُوسَى قائِمٌ يُصَلِّي، فإذا رَجُلٌ ضَرْبٌ، جَعْدٌ كَأنَّهُ مِن رِجالِ شَنُوءَةَ، وإذا عِيسَى ابنُ مَرْيَمَ عليه السَّلامُ قائِمٌ يُصَلِّي، أقْرَبُ النَّاسِ به شَبَهًا عُرْوَةُ بنُ مَسْعُودٍ الثَّقَفِيُّ، وإذا إبْراهِيمُ عليه السَّلامُ قائِمٌ يُصَلِّي، أشْبَهُ النَّاسِ به صاحِبُكُمْ، يَعْنِي نَفْسَهُ، فَحانَتِ الصَّلاةُ فأمَمْتُهُمْ، فَلَمَّا فَرَغْتُ مِنَ الصَّلاةِ قالَ قائِلٌ: يا مُحَمَّدُ، هذا مالِكٌ صاحِبُ النَّارِ، فَسَلِّمْ عليه، فالْتَفَتُّ إلَيْهِ، فَبَدَأَنِي بالسَّلامِ
Maksudnya: “Aku melihat diriku berada di Hijir Ismail, dan seorang Quraisy bertanya kepadaku tentang perjalananku (Israk dan Mikraj). Mereka bertanya pelbagai perkara mengenai Baitul Maqdis yang aku tidak ingat. Aku merasakan kesulitan yang tidak pernah aku alami. Lalu Allah memperlihatkannya kepadaku sehingga aku dapat melihatnya. Tidaklah mereka bertanyakan sesuatu daripadaku melainkan aku menjawabnya. Aku melihat diriku berada dalam kelompok para nabi. Kelihatan Nabi Musa AS sedang mengerjakan solat, ternyata dia seorang lelaki yang tinggi dengan rambut kerinting, seperti seorang pemuda suku Syanu’ah. Dan kelihatan Nabi Isa bin Maryam AS sedang mengerjakan solat, orang yang paling menyerupainya adalah Urwah bin Masud As-Tsaqafi. Dan kelihatan Nabi Ibrahim AS sedang mengerjakan solat, orang yang paling menyerupainya adalah sahabat kamu (iaitu baginda sendiri). Apabila tiba waktu solat, aku mengimami mereka. Setelah selesai solat berkata seseorang: Wahai Muhammad! Inilah Malik, penjaga neraka, berilah salam kepadanya. Aku berpaling kepadanya dan dialah yang terlebih dahulu mengucapkan salam.” (HR Muslim, hadis sahih)
7 PERISTIWA LUAR BIASA DIPERLIHATKAN KEPADA RASULULLAH SAAT ISRAK DAN MIKRAJ
1) RASULULLAH DIPERLIHATKAN BALASAN BAGI MEREKA YANG SUKA MENGUMPAT Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: لَمَّا عُرِجَ بِي مَرَرْتُ بِقَوْمٍ لَهُمْ أَظْفَارٌ مِنْ نُحَاسٍ يَخْمُشُونَ وُجُوهَهُمْ وَصُدُورَهُمْ، فَقُلْتُ: مَنْ هَؤُلَاءِ يَا جِبْرِيلُ، قَالَ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ لُحُومَ النَّاسِ، وَيَقَعُونَ فِي أَعْرَاضِهِمْ Maksudnya: “Pada malam aku dimikrajkan, aku melalui satu kaum yang mempunyai kuku daripada tembaga. Mereka mencakar muka dan dada mereka. Aku lalu berkata: Siapa mereka ini, wahai Jibril? Jibril menjawab: Mereka adalah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah mereka.” (HR Ahmad & Abu Daud, hadis sahih)
2) MELIHAT BAHANA BAGI PENDAKWAH YANG MELUPAKAN DIRI SENDIRI Diriwayatkan daripada Anas bin Malik berkata; Rasulullah SAW bersabda: رَأَيْتُ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي رِجَالًا تُقْرَضُ شِفَاهُهُمْ بِمَقَارِيضَ مِنْ نَارٍ فَقُلْتُ يَا جِبْرِيلُ مَنْ هَؤُلَاءِ قَالَ هَؤُلَاءِ خُطَبَاءُ مِنْ أُمَّتِكَ يَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَيَنْسَوْنَ أَنْفُسَهُمْ وَهُمْ يَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا يَعْقِلُونَ Maksudnya: “Tatkala saya diisrakkan, saya melihat beberapa orang yang lidahnya dipotong dengan gunting dari api. Saya bertanya, ‘Wahai Jibril, siapakah mereka itu?’ Dia menjawab, ‘Mereka adalah para khatib umatmu, mereka memerintahkan kepada orang-orang untuk berbuat kebaikan, namun mereka melupakan diri mereka sendiri padahal mereka membaca kitab. tidakkah mereka menggunakan akalnya?” (HR Ahmad, hadis sahih)
3) MENCIUM HARUMAN KELUARGA MASYITAH Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( لَمَّا كَانَتْ اللَّيْلَةُ الَّتِي أُسْرِيَ بِي فِيهَا ، أَتَتْ عَلَيَّ رَائِحَةٌ طَيِّبَةٌ ، فَقُلْتُ : يَا جِبْرِيلُ ، مَا هَذِهِ الرَّائِحَةُ الطَّيِّبَةُ ؟ فَقَالَ : هَذِهِ رَائِحَةُ مَاشِطَةِ ابْنَةِ فِرْعَوْنَ وَأَوْلادِهَا ، قَالَ : قُلْتُ : وَمَا شَأْنُهَا ؟ قَالَ : بَيْنَا هِيَ تُمَشِّطُ ابْنَةَ فِرْعَوْنَ ذَاتَ يَوْمٍ ، إِذْ سَقَطَتْ الْمِدْرَى مِنْ يَدَيْهَا ، فَقَالَتْ : بِسْمِ اللَّهِ ، فَقَالَتْ لَهَا ابْنَةُ فِرْعَوْنَ : أَبِي ؟ قَالَتْ : لا ، وَلَكِنْ رَبِّي وَرَبُّ أَبِيكِ اللَّهُ Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW tercium satu bau yang amat harum. Apabila Nabi Muhammad SAW bertanya pada Jibril a.s., Jibril menjawab “itulah bauan Masyitah (tukang sikat anak perempuan Firaun) dan anak-anaknya. Satu hari, ketika dia (yakin Masyitah) sedang menyikat rambut anak perempuan Firaun, tiba-tiba sikat terjatuh dari tangannya. Ketika mengambil sikat itu ia berkata, ‘Bismillah (Dengan Nama Allah).’ Lalu anak perempuan firaun bertanya, ‘Adakah kamu menyebut nama bapaku?’ Masyitah menjawab, ‘Tidak. Tetapi aku menyebutkan nama Tuhanku dan Tuhan bapamu, iaitu Allah’. Lantas anak perempuan Firaun memberitahu kepada ayahnya (Firaun), lalu Masyitah dibunuh bersama anak-anaknya.” (HR Ahmad, hadis sahih)
4) MENDENGAR TELAPAK KAKI BILAL DI SYURGA Daripada Abu Hurairah R.A berkata, telah berkata Nabi SAW kepada Bilal ketika solat Fajar: يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الإِسْلاَمِ، فَإِنِّي سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الجَنَّةِ. قَالَ: مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي: أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا، فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ، إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ Maksudnya: “Wahai Bilal! Khabarkan kepadaku amalan yang paling utama telah kamu lakukan sejak memeluk Islam. Ini kerana, aku mendengar gerakan kaki di sisiku di dalam syurga.” Bilal menjawab: “Tidak ada amalan utama yang aku amalkan kecuali aku akan berwudhu’ pada waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wudhu’ tersebut di samping solat-solat yang diwajibkan ke atasku.” (HR Bukhari, hadis sahih)
5) MELIHAT DAJJAL DALAM RUPA ASALNYA Diriwayatkan daripada Nawwas bin Sam’an al Kilabi dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: الدَّجَّالَ ذَاتَ غَدَاةٍ، فخَفَّضَ فِيهِ ورَفَعَ، حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ، [فَلَمَّا رُحْنَا إِلَيْهِ عَرَفَ ذَلِكَ فِي وُجُوهِنَا، فَسَأَلْنَاهُ فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ذَكَرْتَ الدَّجَّالَ الْغَدَاةَ، فَخَفَّضْتَ فِيهِ وَرَفَّعْتَ حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ]. فَقَالَ: “غَيْرُ الدَّجَّالِ أخْوَفُني عَلَيْكُمْ، فَإِنْ يَخْرُجْ وَأَنَا فِيكُمْ فَأَنَا حَجِيجُه دُونَكُمْ، وَإِنْ يَخْرُجْ وَلَسْتُ فِيكُمْ فَامْرُؤٌ حَجِيجُ نَفْسِهِ، وَاللَّهُ خَلِيفَتِي عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ: إنه شاب جَعْدُ قَطَط عينه طَافِيَةٌ، وَإِنَّهُ يَخْرُجُ خَلَةَ بَيْنَ الشَّامِ وَالْعِرَاقِ، فَعَاثَ يَمِينًا وَشِمَالًا يَا عِبَادَ اللَّهِ اثْبُتُوا” Maksudnya: “Bukan Dajjal yang aku khawatirkan akan memudharatkan kalian. Kerana jika Dajjal muncul, sedangkan aku masih berada di antara kalian, maka aku lah yang akan menghadapinya, bukan kalian. Jika dia muncul, sedangkan saya tidak lagi berada di antara kalian, maka setiap orang Muslim wajib membela dirinya, dan Allah lah yang menjaga setiap orang Muslim sepeninggalku. Sesungguhnya Dajjal adalah seorang yang berusia muda, berambut kerinting, dengan bola mata yang menonjol. Dan sesungguhnya pasukan berkudanya memenuhi kawasan antara negeri Syam dan Irak, lalu menyebar ke segala penjuru. Hai hamba-hamba Allah, berpendirian teguhlah kalian.” (HR Muslim, hadis sahih)
6) MELIHAT NABI-NABI DAN UMATNYA MASING-MASING Daripada Ibn Anas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda: عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ لَمَّا أُسْرِيَ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَعَلَ يَمُرُّ بِالنَّبِيِّ وَالنَّبِيَّيْنِ وَمَعَهُمْ الْقَوْمُ وَالنَّبِيِّ وَالنَّبِيَّيْنِ وَمَعَهُمْ الرَّهْطُ وَالنَّبِيِّ وَالنَّبِيَّيْنِ وَلَيْسَ مَعَهُمْ أَحَدٌ حَتَّى مَرَّ بِسَوَادٍ عَظِيمٍ فَقُلْتُ مَنْ هَذَا قِيلَ مُوسَى وَقَوْمُهُ وَلَكَنِ ارْفَعْ رَأْسَكَ فَانْظُرْ قَالَ فَإِذَا سَوَادٌ عَظِيمٌ قَدْ سَدَّ الْأُفُقَ مِنْ ذَا الْجَانِبِ وَمِنْ ذَا الْجَانِبِ فَقِيلَ هَؤُلَاءِ أُمَّتُكَ وَسِوَى هَؤُلَاءِ مِنْ أُمَّتِكَ سَبْعُونَ أَلْفًا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW melintasi nabi-nabi a.s. dan melihat umat masing-masing. Ada nabi yang umatnya satu kaum, ada nabi yang umatnya beberapa orang sahaja dan ada nabi yang tidak berumat walau seorang pun. Kemudian Nabi melihat lautan manusia yang besar. Apabila Baginda bertanya, “siapa mereka?, dijawab kepada Baginda, “itulah Musa bersama umatnya.” Kemudian dikata kepada Nabi, “Angkatlah pandanganmu dan lihatlah di ufuk sana dan ufuk sana,” apabila Nabi melihatnya, dikatakan kepada Baginda. “itulah umatmu. Di antara mereka aka nada 70 ribu orang yang bakal memasuki syurga tanpa hisab.” (HR Tirmidzi, hadis hasan sahih)
7) DIKHABARKAN TENTANG KHASIAT BERBEKAM Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas dari Nabi SAW, baginda bersabda: خَيْرُ يَوْمٍ تَجْتَمِعُونَ فِيهِ سَبْعَ عَشْرَةَ وَتِسْعَ عَشْرَةَ وَإِحْدَى وَعِشْرِينَ وَقَالَ وَمَا مَرَرْتُ بِمَلَإٍ مِنْ الْمَلَائِكَةِ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي إِلَّا قَالُوا عَلَيْكَ بِالْحِجَامَةِ يَا مُحَمَّدُ Maksudnya: “Sebaik-baik hari untuk kalian (berbekam) adalah hari ketujuh belas, kesembilan belas dan kedua puluh satu, baginda bersabda: “Tidaklah aku melewati sekumpulan malaikat pada malam aku diisrakkan kecuali mereka berkata; Engkau harus berbekam wahai Muhammad. (HR Ahmad, hadis sahih)
Nampak macam senang je nak buat, tapi ada yang juga yang cuba tapi tak menjadi. Ada yang kulitnya keras, ada juga yang liat. Bukan tu je, intinya pun tak sedap.
Bagi ibu-ibu yang baru nak cuba-cuba buat, jom cuba resipi dan cara buat karipap yang dikongsikan oleh Puan Eyda Fyda.
Assalammualaikum… memandangkan ramai yang minta share resepi kulit karipap rangup di post sy sblom ni,sy dgn berbesar hati nk kongsi ngan kwn2 semua dan jangan lupa doakan agar saya dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik sentiasa… Aamiin.
Jom sy bongkarkan secara details..😘 Cara2 ada dlm gambar ye…sy izinkan kwn2 share dan selamat mencuba…😉 Ingat… jgn share je tau,,, pastikan kwn2 cuba buat,,mana tau boleh dijadikan sbg sumber pendapatan mcm sy…😊
Bahan bahannya ialah :
kulit karipap rangup : 1kg Tepung Gandum. 1mgkuk/cwn kecil minyak masak. 2 sudu majerin. Air bancuhan garam.
Inti : Kentang didadu. Serbuk kari daging. Cili kering dikisar bersama bwg besar,bwg putih dan udang kering. Air rebusan daging bersama daging yg tlh direbus. Sedikit daun sup utk bau yg sdp. Garam. Gula. Serbuk perasa ( terpulang samada nk guna ataupun tidak )
Cara2 nya ialah….
2. Tuangkan minyak masak bersama majerin yang telah dipanaskan tadi ke dalam tepung.
3. Gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti
4. Buat air bancuhan garam (garam agak2 je ye)
5. Tuangkan air bancuhan garam tadi sedikit demi sedikit..
k
6. Ulikan sehingga menjadi seperti dalam gambar…’
7. Doh yang telah siap diuli..
8. Rehatkan doh selama setengah jam dan bungkus di dalam plastik supaya tak kena angin.
9. Doh yang telah direhatkan semakin lembut dan seakan berminyak gitu..😉
10. Tumiskan lada kering,bawang besar,bawang putih dan udang kering yang telah dikisar..
11. Masukkan serbuk kari(saya suka guna kari babas) tumiskan sehingga garing dan naik bau…
12. Masukkan air rebusan daging… kacau rata
13. Masukkan kentang yang telah didadu..
14. Masukkan daging cincang yang telah direbus..
15. Tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula…
16. Biarkan sehingga kentang menjadi empuk dan kering…kena rajin kacau ye.