Masa kini, kebanyakan wanita memilih untuk bekerja berbanding wanita masa lalu yang kebanyakannya merupakan suri rumah. Bila dah bekerjaya ni, bukan mudah untuk membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.
Bagi pelakon popular, Fasha Sandha, walaupun sering sibuk dengan kerjayanya, namun dia tetap tidak pandang enteng tugasnya sebagai ibu dan isteri.
Melalui perkongsian terbarunya di laman Instagram, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan mengakui dia seorang ibu yang tegas. Tetapi, dalam tegasnya, dia tetap manjakan anak-anaknya setiap hari dan tidak lupa untuk ungkapkan kata ‘i love you’ pada mereka.
Ads
“Melayani anak2 yang bermacam2 ragam. Saya seorang ibu yang tegas. Tapi saya manjakan ketiga2 anak saya setiap hari dan takkan lupa dengan ayat i love you pada setiap anak lebih dari 3 kali setiap hari, tapiiii, kalau salah tetap akan kena juga….
“Siapa macam sy? Kita gang ok.” tulisnya.
Perkongsian yang berbentuk video tersebut menunjukkan momen Fasha bermanja dengan anak-anaknya yang sedang memeluk dan berciuman.
Ads
Meninjau di ruangan komen, pengikut Fasha juga bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Fasha bahawa dalam bermanja dengan anak-anak, perlu juga selit tegasnya supaya anak tahu apa yang betul dan apa yang salah.
Melihat ruang dapur yang sentiasa terlihat kemas dan bersih, tentu mengundang tanda tanya bagaimana tuan rumah dapat kekal maintain sebegitu. Apatah lagi bila ingin dibandingkan dengan dapur rumah sendiri, setiap kali memasak terpercik-percik sambal dan ini menjadikan ruang dapur menjadi comot.
Jadi apa kata kita baca perkongsian daripada Puan Noor Hafiza Mohamad bagaimana cara dirinya menjaga ruang dapur untuk terlihat kekal bersih. Banyak juga info yang dikongsikannya semoga semua ini memberi manfaat.
Jom semak.
Dah 2 bulan rasanya sis guna wallpaper brick ni. Pengalaman pertama guna, melecur jugaklah yang dekat dapur gas tu, sebab sis guna api kuat semasa guna periuk ajaib, dan buka penutup ajaib tu jadi kena ke dinding. Sis terleka sekejap.
Sekarang ni bila nak masak sis gunakan penghadang aluminium (boleh scroll gambar) letak pada dinding dan tepi bekas garam kunyit supaya masa menumis takdelah terpercik merata.
Dapur pulak sis tarik kedepan sikit. Senang je nak lap wallapaper ni guna span cuci pinggan atau magic span. Nanti kita tengoklah berapa lama boleh tahan. Hermmm ada lagi ke orang nak cakap dapur putih sis tak berasap.
Dapur sebelum tepek wallpaper brick. Haaa inilah penghadang aluminium. Beli kat kedai MR DIY
Satu dinding ni sis guna 4 keping wallpaper MR DIY.
Dapur gas sis spray cat putih Samurai. Sekarang dah nampak kuning-kuning kesan garam kunyit. Tunggu masa je nak beli dapur baru hehehe. Dah 6 tahun dapur. Cap GIANT ni masa beli RM45 je.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah tak, bangun pagi rasa ceria je tapi bila dah masuk ke tengahari atau petang, tiba-tiba jadi lemau dan kurang bermaya?
Dah kalau mengantuk, nak buat kerja pun tak ada mood! Jadinya semua benda tergendala, berzaman pula nak siapkan kerja. Haaaaaa macam mana ni?!
Bukan apa…rasa mengantuk ini boleh membuatkan otak kita menjadi tepu dan mood untuk bekerja dengan baik juga secara tidak langsung akan terganggu.
Bagi mengatasi masalah tersebut, korang kena elak daripada melakukan 6 perkara ini :
1. Makan terlalu banyak karbohidrat
Makan makanan berat dan banyak yang mengandungi karbohirat sewaktu makan tengah hari boleh membuatkan mata korang jadi layu dan mengucap tidak henti-henti.
2. Dehidrasi
Kurang air dalam badan atau pun dehidrasi boleh meyebabkan korang menjadi lesu dan mengundang rasa mengantuk yang cukup teruk.
3. Jangan duduk terlalu lama
Jika korang bekerja dalam suasana yang sejuk, sunyi dan ditambah pula duduk terlalu lama, korang mungkin jadi sedikit bosan. Rasa bosan ini boleh menyebabkan korang akan hilang tenaga.
4. Tidur lewat malam
Akibat suka berjaga hingga lewat malam sukar untuk tidur, pastinya tenaga siang hari secara tidak langsung turut akan terjejas.
5. Tidur tidak lena
Begitu juga kalau sebelah malamnya, waktu tidur korang terganggu dengan pelbagai perkara remeh seperti bunyi bising sehingga mengakibatkan tidur tidak lena.
6. Stress
Dalam masa yang sama, mengantuk boleh terhasil jika fikiran korang terlalu berkecamuk sehingga rasa stress. So, jangan la stress sangat. Chil la kan.
Sumber : Sinarplus
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan mudah untuk menghadam hakikat bahawa insan yang kita sayangi yang diharap dapat sehidup semati sehingga ke akhir hayat, namun akhirnya pergi buat selama-lamanya.
Belum puas berkasih sayang, berkongsi tanggungjawab sudah pun dijemput ilahi. Perkongsian saudara Faid Noorazmi cukup menyentuh hati. Tatkala usia perkahwinan baru setahun lebih, isteri kesayangan pergi tak kembali.
Kehilangan insan tersayang membuatkan dia hanya mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada satu-satunya buah hati dan cahaya mata yang ditinggalkan sang isteri buat tanda kasih antara mereka.
Bidadari Syurga, Setia Hingga Hujung Nyawa.
Rasa terpanggil, rasa hati bagai dijentik bila buka sosial media sejak kebelakangan ni makin ramai insan yang menerima nasib macam aku. Kehilangan srikandi dunia, dijemput Allah menjadi bidadari syurga di usia muda.
Lebih kurang 3 tahun 6 bulan aku hidup tanpa isteri di sisi dan tempoh ni akan terus berpanjangan selagi hayat di kandung badan.
Kalian semua tahu apa yang aku rasa?
Rasa sunyi? Ye, sunyi yang teramat dalam.
Rasa menyesal? Ye, pasti ada rasa menyesal sebab tak jadi yang terbaik untuk isteri sepanjang waktu hidup dia.
Rasa rindu? Ye, satu perasaan rindu yang teramat sakit yang bagi aku tak ada penghujungnya melainkan syurga.
Sahabat alam maya semua, aku bukan orang yang terlalu berpengalaman dalam menguruskan rumah tangga, aku hanya sempat rasa bahagia bersama lebih kurang 1 tahun 1 bulan. Nikmat kebahagiaan aku ditarik ketika aku masih berumur 24 tahun dan anak aku baru berusia 2 bulan.
Dalam pada itu, saudara Faid turut menitipkan beberapa pesanan buat suami isteri dalam melayari alam rumahtangga bersama.
Sahabat, aku cuma nak sampaikan beberapa pesanan buat kalian yang masih ada & bakal memiliki pasangan 👇🏽
1. Hidupkan suasana “baitul muslim” di dalam rumah. Dirikan solat jemaah, sama-sama mendalami ilmu agama & nasihat menasihati sesama pasangan. Suami nasihat isteri, isteri juga perlu menasihati suami. Dalam rumah tangga, nobody perfect. Sama-sama usaha untuk sempurnakan antara satu sama lain.
2. Ciptalah kenangan seberapa banyak yang mungkin, kerana dengan kenangan itulah akan menjadi tatapan bila salah seorang daripada kalian kembali ke pangkuan pemilik alam.
3. Perbaiki hubungan sekiranya retak ditengah jalan. Kalian mungkin terasa kadang- kadang pasangan itu adalah beban. Tetapi kalian akan terasa sebenarnya dia adalah sumber kekuatan apabila dia hilang selamanya dari kehidupan.
4. Ucapkan kata sayang seikhlas & sekerap mungkin yang boleh kalian ucapkan. Masa dia dah pergi, masa tu nak jerit nak menangis ucap “ I Love You” pon dah tak ada guna.
5. Layankan manja & gedik pasangan. Ini antara benda paling besar yang kalian akan rindu bila pasangan kalian pergi buat selamanya. Mungkin masa hidupnya dia kalian akan rasa menyampah, letih, geram tengok bila dia terlebih manja, tapi percayalah bila dia dah tak ada, kalian akan tanya dalam hati sendiri, siapa lagi nak manja dengan aku? siapa lagi nak tergedik dengan aku? siapa lagi nak bergurau dengan aku? masa tu dah tak ada siapa. Kalau kalian jenis tak melayan karenah manja pasangan, aku tak boleh gambarkan betapa besarnya penyesalan kalian 😭.
6. Makan bersama pasangan. Bagi aku selain bedtime story, duduk makan semeja bersama pasangan merupakan salah satu waktu terbaik untuk kalian menguatkan ikatan kasih sayang bersama. Jangan biarkan pasangan makan berseorangan. Waima kita dah makan di luar atau ada jamuan di tempat kerja, balik rumah duduk semeja, jamahlah makanan yang ada bagi menemani pasangan kita yang menunggu kepulangan kita untuk makan bersama.
7. Sentiasa doa & redha antara sesama pasangan. Ini adalah saham akhirat untuk pasangan kita. In sya Allah dengan doa & redha daridapa kita suami/isteri, pasangan kita akan selamat & bahagia di negeri abadi 😊.
Semoga coretan aku ada manfaat untuk sahabat alam maya terutama yang masih ada pasangan di sisi. Buat sahabat yang senasib dengan aku, aku doakan kalian semua terus tabah, kuat & bahagia di samping anak-anak yang menjadi penyuntik semangat kita. Jagalah amanah daripada pasangan kita itu sebaiknya. Moga dengan redha & sabarnya kita terhadap ujian berat ini, menjadi asbab Allah mengangkat darjat kita semua di syurga nanti.
Aaminn ya Rabbal Alamin.
Sekian, coretan daripada seorang bapa tunggal, Muhammad Faid Bin Noorazmi.
Lampin cawat masih menjadi pilihan sesetengah ibu bapa. Kisah seorang bapa membesarkan lima anak menggunakan lampin cawat menarik perhatian ramai kerana lebih menjimatkan, boleh digunakan semula dan mesra alam.