Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak-anak yang mendengar kata. Sehingga kadang anak-anak ditegur secara kasar supaya menurut apa kehendak ibu bapa.
Namun, hakikatnya cara ini memberi kesan emosi yang tidak baik kepada anak-anak. Perkongsian Dr Siti Ujila Official ini memberi panduan buat kita bahawa teguran kasih sayang amat penting dalam mendidik anak-anak.
Niat kita ingin mendidik, tanamkan disiplin, betulkan yang silap. Tapi…rupanya dalam masa yang sama, mungkin cara yang kita fikir sedang mendidik itu sebenarnya sedang menjadikan hati anak kecil itu keras seperti kerasnya batu.
Ads
Sedih, frust rasanya. Kenapala selalu terlebih-lebih dalam menegur, mendidik anak. Nada terkasar, ayat keras. Kenapalah tak boleh kawal emosi, tak boleh sabar.
Sayang, maafkan mama yang selalu lupa awak kecil lagi.
Allahurabbi, kita ni umat nabi, sayang nabi, tapi kita tak ikut cara nabi.
Ads
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Anas r.a, ia berkata:
“Aku menjadi pembantu Nabi s.a.w. selama sepuluh tahun . Tidaklah beliau memberiku perintah, lalu aku lama mengerjakannya, atau tidak aku kerjakan sama sekali, melainkan beliau tidak mencelaku. Apabila ada salah satu anggota keluarga beliau yang mencelaku, beliau bersabda, “Biarkanlah dia. Kalau dia mampu, pasti dilakukannya.”
Nota kaki: Anas r.a. waktu itu seorang anak kecil.
Ads
Cara rasul itu menumbuhkan perhatian mendalam dan rasa malu pada diri anak kecil bernama anas.
Terbukti kan..cara penuh kasih sayang itu tidak sia-sia. Susah nak faham, tapi itulah yang nabi ajar dan buktikan.
Jom teladani rasul yang tidak mencela apatah lagi menengking anak kecil. Jangan kita keraskan hati lembut itu dengan kata-kata kita sendiri.
#ParentingCinta
FB: Dr Siti Ujila Official
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam sesebuah perkahwinan tidak dapat lari dari berlakunya perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Namun, jangan jadikan sesuatu perkara itu penyebab rumah tangga anda bergolak. Elak ulangi kesilapan yang sama dan paling utama jangan malu untuk rendahkan ego meminta maaf kepada pasangan anda.
Memperbaiki kesilapan adalah perkara penting dalam kunci rumah tangga bahagia. Jom semak kunci rumah tangga bahagia yang suami isteri perlu tahu:
#1 . Jangan cuba tukar sikap pasangan
Kunci rumah tangga bahagia yang pertama adalah tidak cuba tukar sikap pasangan anda. Inilah masalah perkahwinan yang sering membelenggu apabila anda cuba tentukan apa yang boleh dan tak boleh dilakukan pasangan. Sebaiknya, sebagai suami isteri, anda perlu saling menerima antara satu sama lain dan sedia terima kelemahan dan kelebihan pasangan itu. Fahamilah bahawa, perkahwinan ini sepatutnya membesar bersama-sama dan mencoretkan ikatan kasih sayang antara satu sama lain.
#2. Tidak berubah sebab orang lain
Kunci rumah tangga bahagia seterusnya adalah jadi diri sendiri. Pendek kata, tak berpura-pura di hadapan pasangan. Namun begitu, jangan tertekan jika tak dapat penuhi apa yang pasangan inginkan. Tapi anda boleh cuba menjadi yang terbaik buat dirinya.
#3 Buang perkataan ‘bercerai’
Ini sering terjadi pada pasangan yang masih ‘jagung’ dalam rumah tangga. Bila bergaduh sikit mula minta cerai. Sedangkan ada banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk atasi masalah ini, bukan dengan perceraian saja. Pokok pangkalnya, kedua-dua pasangan kena saling memaafkan dan tidak teruskan pertengkaran supaya tak jadi lebih rumit.
#4. Berkomunikasi antara satu sama lain
Komunikasi adalah sangat penting dalam rumah tangga. Jangan disebabkan nak ‘menang’ hingga anda merendahkan martabatkan suami. Cuba bertolak ansur dan jadi pasangan yang terbaik kerana dengan berkomunikasi secara berhemah dapat selamatkan perkahwinan kalian.
#5. Elak lafaz perkataan yang tak senonoh
Bila bergaduh, anda pasti akan keluarkan perkataan yang tak senonoh atau kurang sopan. Maklumlah, diri tengah panas. Namun begitu, untuk kunci rumah tangga bahagia, sebaiknya anda tarik nafas dan bertenang dahulu barulah pemikiran berada dalam keadaan tenteram.
#6. Ucap kata maaf
Jika anda rasa bersalah dalam hal tersebut dan menyedarinya, adalah lebih baik jika anda terus memohon maaf. Ia menampakkan anda cukup matang dalam perkahwinan. Apatah lagi, kata maaf yang diucapkan bukan bermakna anda mengalah, tapi anda sedang berjuang selamatkan perkahwinan yang dibina.
#7. Beri ruang pada satu sama lain
Semua orang perlukan ruang untuk diri sendiri termasuklah pasangan yang sudah berkahwin. Ada ketikanya, kita perlu relaks dan melakukan aktiviti sendirian. Seperti suami, berikan dia ruang untuk melepak dengan kawan-kawan sewaktu di universiti dahulu. Biarkan saja asalkan si dia tak berlaku curang di belakang anda.
#8. Beri kepercayaan terhadap pasangan
Kepercayaan merupakan kunci rumah tangga bahagia. Jangan menuduh tanpa usul periksa jika anda merasakan ada kelainan pada suami. Sekiranya rasa sangsi, tanyakan dahulu daripada serkap jarang dan menuduh tanpa usul periksa.
#9. Elakkan membebel pada pasangan
Biasalah isteri memang dilahirkan kuat membebel, tapi tak semua. Sebab itu, suami jangan terkejut jika semasa bercinta, isteri kelihatan lembut dan bersopan santun saja. Tapi lepas berkahwin, bagaikan mulut murai ada saja yang tak kena di matanya. Namun begitu, isteri cuba kurangkan sikap membebel itu kerana suami anda kurang gemarkannya.
#10. Jangan lupa hubungan bersama
Biasanya bila sudah ada anak, ada ketikanya pasangan suami isteri sedikit mengelak untuk melakukan hubungan intim dan rasa tidak perlu melakukannya. Sedangkan hubungan kelamin itu dapat mengeratan ikatan kasih sayang antara kedua-duanya. Selain itu, luangkan sedikit masa bersama-sama dan sesekali itu, cubalah buat surprise seperti berpelukan dan sebagainya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: theasianparent.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengalaman seorang frontliner yang belum menjadi ayah, menjaga baby di hospital tatkala ibunya sedang bertarung nyawa di ICU cukup menyentuh hati ramai.
Walaupun belum berkahwin, namun keprihatinan lelaki ini terhadap bayi yang memerlukan perhatian cukup dikagumi. Si kecil dilayan bak anak sendiri biarpun tiada pengalaman sebagai seorang ayah.
Kisah ini dimuat naik menerusi laman zayan.my memaparkan fronliner berkenaan sedang menjaga dan melayani si kecil dengan penuh sabar.
Sejak mendirikan rumahtangga, selebriti terkenal Noor Neelofa telah mengurangkan aktiviti seninya dan banyak fokus pada perniagaan yang diusahakan bersama suami, PU Riz.
Neelofa juga lebih banyak tampil dalam program yang berkaitan ilmu dan talk.
Walaupun sudah mengecapi pelbagai kejayaan dan pencapaian serta dilihat semakin maju dalam menguruskan perniagaannya namun Neelofa mengatakan bahawa dia mempunyai impian untuk menjadi seorang guru yang boleh mengajar mengaji.
“Alhamdulillah okay, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi, impian-impian tu tapi yang tak tercapai lagi (kalau) pekerjaan yang saya nak buatlah.”
“Sebab kan ada hadis cakap, ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar dan mengajar (ilmu al-Quran).”
“Dan saya nak lah reti belajar mengaji dan ajar mengaji pula, hah macamtu. Itu impian saya lah kan.”
Tambah Neelofa lagi, dia tidak kisah sekiranya hanya berpeluang untuk mengajar beberapa orang sahaja asalkan impiannya itu tercapai.
Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar beberapa orang pun cukuplah sekadar memenuhi impian itu.
Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji jadi, doa-doakanlah.
Dalam pada itu, suami kepada Neelofa, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail berpendapat bahawa kesemua impian isteri tercintanya itu sudah pun tercapai kecuali impian untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai perihal agama.
Semoga segala peribadi mulia yang ditunjukkan oleh Neelofa dan suami akan dijadikan contoh untuk masyarakat.