Di zaman serba serbi bergerak pantas ini, tidak dinafikan terkesan dalam mengurus hal rumahtangga dan keluarga.
Apabila semuanya perlu dilunaskan dengan cepat dan pantas, akhirnya mendatangkan tekanan pada diri dan sekali gus boleh menjadi penyebab hubungan suami isteri tidak lagi semesra dan seerat dahulu apabila emosi terganggu.
Jadi, di sini ada dikongsikan beberapa tip untuk hilangkan tekanan dan sekali gus dapat memperbaiki hubungan suami isteri. Jom semak.
5 tip hilangkan tekanan antara suami isteri, dan jaga hubungan
Nota: Tip ini kami dapat masa jumpa perawat yang baik dan isteri beliau.
Ads
1) Alih susun atur perabot lebih kerap untuk motivasi kemas dan cantikkan rumah. Automatik, kita akan suka maintain cantik dan kemas.
Ads
2) Amalkan zikir al-mathurat untuk tenang hati dan mohon Allah melindungi rumahtangga dan keluarga.
3) Keluar berjumpa group rakan-rakan yang ada latarbelakang yang sama. Ibu di rumah, ada anak kecil, selalu ada cabaran motivasi. Kami ada CircleOhsem di Puncak Alam.
Ads
4) Keluar dating dengan pasangan. Jika ada kekangan anak kecil, bincang dengan rakan usrah, untuk rotate jaga anak-anak supaya ibu-ibu dapat dating dengan pasangan masing-masing secara bergilir antara rakan. Jangan serah pada famili, serahkan kepada rakan usrah yang sehati sejiwa.
5) Kerap urut pasangan. Suami urut isteri, isteri urut suami. Sapu minyak panas pun boleh pada kaki. Paling elok pakai minyak ada aromaterapi seperti essential oil.
Mulianya seorang ibu hingga doanya tiada hijab. Allah telah meletakkan seseorang ibu di peringkat yang paling tinggi doanya untuk dimakbulkan. Disebabkan itulah reda dan restu dari ibu sangat penting dalam kehidupan anak-anak.
Pun begitu, betapa ruginya kalau sebagai ibu tidak menggunakan kelebihan tersebut untuk sentiasa mendoakan mendoakan anak-anak. Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.
1) Doakan anak suka solat dan baca Al Quran.
2) Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3) Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4) Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5) Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6) Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
7) Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8 ) Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9) Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
10) Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ulang dan ulang doa kalian. Ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata. Tapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).
Beberapa hari yang lalu dugaan buat pelakon Amyra Rosli dan suaminya pelakon Amar Baharin, apabila anak keduanya, Ayra Aryssa disahkan mengalami jangkitan penyakit Kawasaki.
Dia berkongsi dengan keadaan anaknya di media sosial. Ramai yang meluahkan rasa bimbang dan turut menitipkan doa buat anak pasangan selebriti itu.
Terbaru menerusi perkongsiannya di Instagram, Amyra Rosli berkongsi berita gembira apabila anaknya dibenarkan keluar dari hospital. Meluahkan rasa syukur setelah anak perempuannya itu telah kembali sembuh.
Katanya, akibat virus berkenaan saluran darah ke jantung bengkak. Namun katanya tidak kritikal. Dia berharap anaknya kembali sembuh sepenuhnya.
Virus tak ada, cuma jantung bengkak
“Alhamdulillah.. aryssa boleh discharge hari ni.. virus dah tiada tetapi akibat dr virus ini, kini jantung aryssa ada sedikit air dan saluran darah ke jantung bengkak.. Tiada apa yg kritikal, mudah mudahan aryssa boleh sembuh sepenuhnya.. insyaallah.
Terima kasih banyak2 kepada SEMUA yg doakan aryssa. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.”
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Amyra dan suami tabah dengan dugaan. Malah rakan artis turut bersimpati dengan memberikan kata-kata semangat buat pelakon berkenaan.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umumnya setiap kali mengandung bukan saja seorang ibu merasa tidak sabar mengira detik untuk dapat bertemu anak yang dikandung lahir ke dunia. Sama sahaja perasaannya bagi seorang ayah, mahu melihat zuriatnya di depan mata dan menjadikan waktu itu cukup bermakna dalam hidup.
Namun hidup ini penuh dengan perkara yang di luar jangkaan dan begitulah yang dilalui oleh seorang suami ini bila mana isterinya yang sebelum ini tidak pernah menghidap penyakit atau alahan semasa mengandung anak ketiga, tiba-tiba ‘pergi’ begitu sahaja akibat Covid-19.
“Saya minta orang ramai jagalah prosedur operasi standard (SOP) kerana saya sudah kehilangan isteri dan anak kerana Covid-19.
“Kasihanilah anak, isteri dan suami masing-masing serta duduklah di rumah kerana boleh alami nasib sama seperti saya,” kata Mohd Fadli Abd Wahab, 35.
Menurutnya, isterinya, Umaisarah Azmi, 25, yang hamil tujuh bulan disahkan meninggal dunia semalam pada 1.25 tengah hari selepas dijangkiti Covid-19, malah anak dalam kandungannya juga gagal diselamatkan.
Tiada Hidap Penyakit Atau Alahan
Katanya, isterinya yang tidak bekerja menghembuskan nafas terakhir ketika dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, selepas mengadu sesak nafas dan sakit kepala yang teruk.
“Isteri saya tidak pernah menghidap penyakit atau mengalami alahan sejak mengandung anak ketiga mereka.
“Bagaimanapun, dia mengejutkan saya kira-kira 4 pagi semalam selepas mengadu tidak boleh bernafas, kaki dan tangannya menjadi lemah.
“Saya terus membawanya ke HSAH kerana bimbang melihat keadaannya yang semakin lemah sebelum dia dimasukkan ke Zon Merah HSAH.
“Tidak lama kemudian doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat Covid-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terkilan Tiada Di Sisi
Mohd Fadli yang menetap di Kampung Pokok Asam di sini, tidak menyangka perubahan sikap isterinya yang tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayi mereka adalah petanda dia akan pergi buat selamanya.
Katanya, ketika mengandungkan anak sulung mereka, Muhamad Adam, 3, persiapan yang dilakukannya hanya biasa-biasa tetapi kali ini dibelikan barang yang mahal.
“Saya sentiasa menemani isteri di rumah kerana tidak dapat bekerja disebabkan tempat kerja ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Saya agak terkilan kerana tak sempat bersama di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir dan hanya melihat tubuhnya kaku ketika doktor panggil untuk tujuan pengesahan,” katanya.
Mohd Fadli yang bekerja di sebuah pusat menjual kereta di Padang Temusu di sini, reda dengan pemergian isterinya itu dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Asam pada 4 petang hari ini.
Menurutnya, dia bersama dua anaknya dan ibu mentua juga menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini dan diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kuarantin hingga 26 Julai ini.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi mengesahkan berlaku kematian seorang ibu hamil di HSAH kerana Covid-19 dan keluarga mangsa juga diarahkan untuk dikuarantinkan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.