Ibu bapa mana yang tak suka bila anak-anak boleh membaca lebih awal dari usia kan. Pelbagai cara dicuba kepada anak-anak bagi tujuan tersebut. Namun ada yang sukar atau sedikit ‘lambat’ untuk menyerap apa yang diajar
Kebiasaannya, ibu bapa akan membeli buku-buku dan alat menulis seperti pensel akan dibeli dan diberikan kepada anak dalam usaha untuk membolehkan mereka mudah menguasai teknik membaca.
Namun, wanita ini berkongsi cara yang cukup mudah dan untuk dipraktikkan. Tip ini dikongsikan oleh saudari Afifah Salleh.
Ads
Disleksia
Ada seorang kenalan saya kat fb ni dia tanya pendapat dan teknik macam mana saya mengajar supaya kanak-kanak dapat cepat membaca. Anak dia mengalami masalah disleksia dah berumur 7 tahun namun masih belum dapat menguasai membaca. Dan sering keliru huruf b dan d, nombor dan lain-lain.
Jadi saya nak share pengalaman saya dulu mengajar kat sekolah tabika dan ini tips yang sangat mudah diamalkan tapi malam ni kita hanya fokus kanak-kanak yang sering keliru antara huruf b dan d.
Ads
Tips dia ajarkan anak buat thumbs up macam dalam gambar kedua tu. Minta anak tengok jari mereka sendiri. Cakap dengan mereka, tangan makan (kanan) adalah huruf “d” iaitu daging. Katakan kat anak “makan DAGING” sambil buat aksi tengah makan. Tangan cebok (kiri) adalah huruf “b” iaitu bersih. Kata kat anak pula “cebok BERSIH” tekankan huruf “b”. Sentiasa praktiskan dengan anak dan buat aktiviti menulis sambil mereka tengok jari sendiri sampai mereka mahir.
Menyentuh tentang ragam anak-anak, diakui bukan sahaja yang si kecil selalu buat perangai malah hingga anak yang besar ada sahaja kisahnya. Kadang kala melucukan dan kadang kala tindak tanduk mereka boleh membuatkan kita membebel tak henti-henti.
Ini sama kisahnya dengan pelakon dan penyampai radio terkenal iaitu Sharifah Shahirah, berkongsi video memaparkan pelbagai ragam dan gaya anak-anaknya yang tular di media sosial.
Pelakon terkenal, Sharifah Shahira dikatakan sedang membebel mengenai sikap anak-anaknya di sebuah kafe.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Yang Perempuan Duduk Macam Lelaki
Melalui video tersebut dapat dilihat Sharifah Shahira atau juga lebih mesra di sapa Kak Rara dan keluarga sedang menikmati makanan di sebuah kafe. Namun telatah leteran Kak Rara dalam video itu telah membuatkan warganet terasa terhibur.
“Anak aku dah macam Janna Nick cerita Coffee Prince. Airra, duduk macam lelaki, yang lelaki pula duduk macam perempuan. Perempuan duduk macam lelaki.”
Bukan sahaja teguran Kak Rara yang menarik perhatian, malah penampilan kedua anaknya itu iaitu Airra Zulkifli dan Airell Zulkifli juga mendapat perhatian ramai kerana kagum dengan rupa paras mereka yang menarik terutama sekali, Airra Zulkifli.
Ada juga netizen yang cakap muka Airra itu seiras dengan bapanya, Ijoy Azhari.
Najwa Latif atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif merupakan antara penyanyi yang telah terbukti berbakat dari segi nyanyian dan bermain alat muzik sehingga pernah menimbulkan satu fenomena pada suatu ketika dulu.
Kredit gambar instagram @njwalitif
Beliau dengan lagu berjudul Muka Buku, Najwa Latif masih tekun dalam perjalanan menimba ilmu untuk memperoleh gelaran doktor falsafah (PhD)
Pada tahun 2017, Najwa Latif menamatkan pengajiannya sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR)
Dia kemudiannya meneruskan pengajian ke peringkat sarjana dalam jurusan yang sama di Universiti Malaya (UM).
Kredit gambar instagram @njwalitif
Sebelum ini, Najwa Latif pernah memegang jawatan sebagai pensyarah di UNITAR sejak 2018. kemudian beliau menyambung pengajian di peringkat PhD dalam jurusan TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Penyanyi yang pernah berada di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) itu meluahkan keterujaan di samping bersyukur kerana berpeluang untuk memperoleh gelaran doktor apabila tamat pengajiannya kelak.
Katanya, tempoh yang diperuntukkan untuk melengkapkan pengajian di peringkat PhD dijangka tamat dalam masa tiga hingga enam tahun.
“Jauh lagi perjalanan untuk saya dapatkan gelaran itu, namun saya rasa dapat bergelar doktor adalah pencapaian luar biasa untuk saya yang pernah tidak meminati akademik.
Kredit gambar instagram @njwalitif
“Sekarang, saya lebih fokus untuk menggunakan peluang yang ada ini dengan sebaik mungkin untuk membuat tesis yang bagus,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, peyanyi lagu Kosong itu juga percaya semakin banyak yang dipelajari, semakin banyak yang kita masih tidak tahu kerana ilmu itu sangat luas dan tidak akan pernah ada penghujung.
“Walaupun sudah habis PhD nanti, saya rasa saya akan terus belajar untuk kepuasan dan memajukan diri sebagai pendidik serta individu.
“Saya bersyukur kerana berpeluang untuk sambung belajar lagi, tetapi ini permulaan baharu untuk terus memperbaiki diri dalam subjek yang sangat saya cintai iaitu TESL,” jelasnya.
Pencapaian Najwa Latif sebagai penyanyi, dalam masa yang sama bergelar mahasiswa seharusnya dijadikan contoh dan tauladan untuk memberi inspirasi kepada pelajar lain agar terus berusaha dalam menimba ilmu.
Sumber : Sinar bestari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam sesebuah rumah tangga, suami atau isteri sama-sama memainkan peranan. Biarpun sudah punya anak-anak tidak bermakna cinta dan kasih sayang terus dibiarkan sepi, sebaliknya suami harus memandang lebih hebat penuh rasa cinta pada isteri.
Tulisan wanita bernama Marlia Ramli difacebooknya ini banyak benarnya. Ramai suami yang sudah mula memandang isteri dengan rasa sepi bila mana isteri tidak lagi secantik dulu. Suami, sila baca ni dan buka mata. Tolong peluk dan sokonglah isteri yang kita cinta!
SYURGA YANG DIBENCI
1- Semaknya lahai. Masuk je pagar dah bersepah mainan dari ruang tamu hingga ke dapur. Dengan anak comot tak mandi bagai.
2- Semaknya lahai. Harap le juga bini tunggu depan pintu wangi-wangi. Rupanya sampai rumah bini ntah di mana-mana dengan baju kelawar dan bedak sejuk. Bau susu basi lagi.
3- Semaknya lahai. Nak cium dahi bini pun bau bawang la, belacan la, minyak masak tanpa GST. Kot nak bermekap, langsung tiada!
4- Semaknya lahai. Kekadang bini bukan sampai rumah lagi pun. Ntah di atas jalan mana sangkut jammed balik keja. Balik rumah hanya ada kerusi dan meja.
5- Semaknya lahai. Dulu bini bersize kerengga sekarang bersaiz lori Alam Flora pula. Nak bawak ke majlis pejabat pun rasa malu la pula.
6- Semaknya lahai. Asal balik je dengar bini membebel itu ini. Dengan jeritan anak bergaduh bagai. Mengalahkan kereta api tak cukup arang. Punyalah bingit!
7- Semaknya lahai. Ipar duai mengadu bini saya tidak sempurna dan tidak baik juga. Kata ibu saya, isteri tak pandai masak, tak reti bergaul dan tidak sempurna.
Malah banyak lagi ke”semak”kan yang kita rasa sebagai suami. Kita rasa tersalah memilih isteri. Kita rasa kita adalah suami yang paling malang di dunia.
Isteri kawan terlihat cantik, manis dan comel sentiasa. Tapi isteri kita? Nak tengok muka pun hati tak senang. Aduh! Sungguh malang!
Ya.. Sebagai arjuna perkasa kita tidaklah update di FB atau Insta tentang kekecewaan kita. Kita juga tidaklah menangis call mak di kampung untuk bercerita. Namun di dalam jiwa, kekecewaan kita meronta-ronta dan akhirnya bertukar menjadi barah yang memakan diri.
Maka duhai arjuna mulia, perlahan-lahan kita mula jadi pendiam, kita bagi silenced treatment pada anak isteri, kita semakin kurang senyuman, kita mula lepak di mamak tengok bola. Malah yang semakin hardcore, kita mula angkat tangan kaki kepada isteri. Tersalah kari terlebih masin, pinggan mula dibaling ke dinding.
Namun… Jom kita menilai sejenak…
Duhai arjuna sang suami yang dihormati… Pada saat akad dilafaz maka segala dosa pahala wanita diserahkan dari bapa kepada suami tercinta. Ironinya setiap inci jasad, jiwa, hidup dan mati seorang wanita dipersembahkan sepenuhnya kepada anda aduhai suami mulia.
Sang isteri tinggalkan ibu, tinggalkan ayah, tinggalkan keluarga dan tinggalkan keseronokan hidup sebagai si gadis muda. Penyerahan yang dipenuhi kepasrahan dengan harapan beroleh bahagia.
Duhai arjuna, sesekali pandanglah wajah isteri. Tenunglah setiap garis-garis airmata di pipi. Seperti mana anda tidak bahagia, begitulah juga wanita.
Sebab itulah sang isteri membebel itu ini. Wanita mahu didengar. Terkadang marahnya memuncak dan emosinya celaru. Peluklah isteri berbau bawang anda itu. Kasihanilah dia…
Benar.. Dulu dia bersaiz kerengga, secantik secretary di office anda, sewangi Mira Filzah dan selincah Neelofa. Namun, tanggungjawab keluarga didulukan dia.
Dulu wang gajinya untuk perfume Estee Lauder, kasut Bonia, make up Loreal dan handbag Gucci. Namun kini wang gajinya untuk kos sara hidup bersama anda. Maka anda masih tertanya-tanya kenapa isteri tidak sewangi zaman bercinta?
Jika di zaman gadis dia punya kawan. Di hujung minggu dia ke spa bermandi susu dan minum coffee di cafe. Kini di hujung minggu dia bersama anda mengendong anak-anak. Manalah lagi bajet pembelian baju cantik selain set kelawar yang dipakai dia?
Duhai arjuna mulia, bila isteri bercerita sahutlah dia dengan cinta. Janganlah menjeling hatta bergurau untuk berpoligami dengan Neelofa. Biarpun sang isteri tersenyum, hakikatnya dia terluka. Jiwanya jadi takut dan risau. Manalah tahu kalau-kalau suami sekacak bangla dirampas sesiapa?
Duhai arjuna mulia, sejenak usaplah tangan isteri. Lihatlah tangan yang pernah gebu kini bercalar dengan minyak panas akibat berusaha menyediakan makanan buat keluarga.
Ya, wanita bergelar isteri mengorbankan keseronokan di zaman remaja demi membina hidup bersama kita.
Tidak cukupkah lagi sembilan bulan sepuluh hari wanita ini mengendong zat zuriat suami yang paling dicintai? Malamnya berkeluh kesah tidak mampu lena akibat tendangan bayi?
Tidak cukupkah lagi wanita berkali-kali mati demi melahirkan zuriat yang paling istimewa. Tanyalah secretary secantik Neelofa, sanggupkah dia mati untuk anda?
Usahlah bandingkan isteri dengan kejelitaan Che Ta. Che Ta bermandi susu sedangkan isteri bermandikan airmata!
Tidak cukupkah lagi wanita menyusukan anak hingga dua tahun? Segala bentuk badan mula mengendur dan segala kecantikan mula pudar.
Badan mula penat dan mulut mula berbunyi. Jangankan make up, mahu disapu bedak sejuk ke muka juga sudah tidak punya daya?
Ingin juga dibayar bibik dari Jawa namun gaji kita pula tidak seberapa. Maka sang isteri yang penat gagahkan juga uruskan kerja di pejabat berserta hal ehwal keluarga seusai subuh pagi sehingga lewat senja.
Di manakah kita? Sedang menonton bola bersama rakan, bergelak ketawa dan bergembira minum teh bersama secretary. Kita mungkin sedang membina badan di gym atau bermain golf di padang ketika isteri menggelupur kelelahan.
Sampainya hati kita mula rasakan dia tidak teristimewa seperti dulu. Terkadang mahu dihulur wang untuk dibeli barangan dapur pun kita marah bagaimana mahu ditaja peralatan make up pula?
Duhai arjuna mulia, kita bukan Tan Sri berharta. Kita juga boroi dan tidaklah sehensem mana. Bersyukurlah isteri kita sentiasa setia. Isteri kita sentiasa ada. Tidur kita tidak pun pernah keseorangan pula.
Adilkah kita membandingkan isteri kita dengan isteri kawan yang terlihat cantik sentiasa? Berapa banyak kos yang suami beliau habiskan supaya isterinya wangi dan cantik sentiasa?
Sedangkan kita? Mahu beli sabun jenama Lux pun masih berkira-kira syiling didalam kocek. Bila masa kita pernah hadiahkan set make up atau wangian berjenama buat isteri tercinta?
Pedulikan saja umpatan ipar duai hatta mentua jika ada. Biarpun satu dunia membenci isteri, suami yang setia sentiasa ada untuk menyinta. Baik atau tidak, isteri anda adalah ibu kepada anak-anak tercinta. Isteri juga punya hak yang perlu dijaga.
Jika salah, betulkan dia selayaknya. Jangan diabai, dibenci dan dikasari hatinya.
Duhai arjuna mulia, beritahu isteri betapa istimewanya dia dihati anda. Khabarkan betapa anda cintai dia minimum sepuluh kali sehari.
Ciumlah dahi isteri setiap pagi, tanda dia sepenuh hati kita dicintai. Bermaafanlah setiap kali sebelum tidur bermimpi Neelopa jelita.
Dengan kuasa cinta anda duhai arjuna mulia, sang isteri akan menjadi luar biasa jelita, luar biasa bahagia dan luar biasa gembira!
Yakinlah, jika sentiasa saling memperbaiki diri, rumahtangga tidak lagi akan menjadi SYURGA YANG DIBENCI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.