Selalu kita tengok di social media, dalam akhbar kehidupan selebriti, terdetik di hati rasa seronok jika berada di tempat mereka. Mana tidaknya, terkenal, banyak duit, diminati ramai dan macam-macam lagi lah!
Tetapi… Mereka pun sama seperti insan lain. Ada kisah perjalanan dalam hidup mereka yang kita tidak tahu sebelum ini jatuh bangun yang mereka hadapi. Misalnya bagi pelakon dan usahawan berjaya Wawa Zainal, yang juga mempunyai kisah perjalanan hidupnya yang membuatkan dia kuat untuk berusaha mengubah nasib hidup diri dan keluarga.
Meskipun sentiasa tersenyum pada umum, siapa menyangka dia juga mempunyai kisah perjalanan yang sukar dan perkongsian daripada dirinya ini bagaimanapun viral menjadi tumpuan ramai.
Seperti yang diceritakan dalam satu rakaman yang dimuat naik oleh peminatnya di Tiktok, Wawa Zainal berkata dirinya bukan datang daripada keluarga yang senang dan mempunyai 23 orang adik beradik malah pernah berkongsi sebiji telur dengan adik beradiknya dan dalam pada masa sama, ujarnya dia juga ingin mengubah nasib diri dan keluarga.
Ads
” Saya bukan daripa golongan keluarga yang berada, bukan pula dari golongan yang sederhana, tapi keluarga saya ni sangat susah.
” Saya adik beradik 23 orang. Ye ramai orang tak tahu, dan hidup saya memang sangat susah, kalau dapat makan lauk ayam tu dah memang sangat special bagi kitorang
Ads
” Telur sebiji pun kadang-kadang 2 3 orang kongsi & saya pernah berada di tempat korang terdesak untuk nak ubah hidup. Meronta-ronta nak keluar dari kesusahan.” kongsinya dalam rakaman tersebut.
Disebabkan itu, tambahnya dia cuba untuk hantar gambar pada produksi selepas SPM untuk ubah hidup.
Meninjau di ruangan komen, ramai memuji kesungguhan Wawa yang telah berjaya kini sehingga mampu membantu nasib keluarganya. Malah, sifat rendah diri dan tidak lupa diri menjadi bualan ramai.
Bagi anak-anak yang tidur bersama ibu bapa, pasti akan menghadapi sedikit masalah untuk mengasingkan tempat tidur. Terutama jika anak itu sejak kecil sudah tidur bersama ibu bapa. Namun, itu tak bermakna ibu bapa kena biarakn situasi tersebut.
Apabila anak-anak mencapai usia tertentu, seharusnya mereka diasingkan tempat tidur. Lebih-lebih lagi pasti ada yang membaca kes yang melibatkan masalah seksual dalam kalangan kanak-kanak kerana tidak diasingkan tidur dari usia muda.
Selain itu, mengasingkan tempat tidur juga adalah satu cara ibu-bapa melatih anak-anak untuk berdikari selain memberi privaci kepada ibu bapa.
Bagi anda yang ingin mencari kaedah terbaik,ibu ini kongsikan beberapa tips atau ‘trick’ yang boleh dipraktikkan jika mahu asingkan tempat tidur anak-anak. Mungkin sedikit sukar untuk permulaan, namun lama-kelamaan anak sudah dapat membiasakan diri jadi takkan timbul masalah.
Nampak simple tapi wajib asingkan
Nampak simple tapi kita wajib asingkan tempat tidur anak tau. If im not mistaken (betulkan kalau silap) dalam surah an-Nur, ayat 58 pun ada cakap pasal ni. Ni my personal experience bila asingkan tempat tidur anak.
Nampak simple tapi kita wajib asingkan tempat tidur anak tau.
If im not mistaken (betulkan kalau silap) dalam surah an-Nur, ayat 58 pun ada cakap pasal ni.
Anak i jadi lagi bertanggungjawab tapi cara budak umur 3 tahun lah. Dia tau tu bilik dia jadinya kalau toys sepah ke apa ke, i akan mintak dia kemas. Dulu i jenis cepat kesian, kalau dia nangis so takyah buat tapi sekarang i dah kental. Dia buat sepah, dia yang kena kemas.
Anak i jadi lagi bertanggungjawab tapi cara budak umur 3 tahun lah.
Dia tau tu bilik dia jadinya kalau toys sepah ke apa ke, i akan mintak dia kemas.
Dulu i jenis cepat kesian, kalau dia nangis so takyah buat tapi sekarang i dah kental. Dia buat sepah, dia yang kena kemas. pic.twitter.com/knGlxTPjhQ
Dalam bilik dia pun ada baju baju and drypers so setiap kali lepas mandi anak i automatically akan masuk bilik dia and amik drypers dekat rack. Dia dah tau dalam bilik dia memang ada semua barang barang dia. Indirectly dia hafal benda tu kat mana benda ni kat mana if nak amik.
Lepas sepahkan dia kemas
Part ni i paling suka. Before asingkan tempat tidur, anak i main merata rata. Lepas asingkan bilik, i letak toys dalam bilik dia. Kalau dia bawak toys keluar pi ruang tamu ke apa, i akan mintak dia bawak masuk semula dalam bilik so if sepah pun just bilik dia bukan satu rumah.
Nap petang i akan bawak dia masuk bilik dia sendiri and tidurkan dia dalam bilik tu. Ada je waktu dia nak tidur dalam bilik kitaorang tapi i cakap “No, this is your room” and i buat keras duduk dalam bilik dia so dia akan datang kat i jugak Face with tears of joy. Parents kena tegas tau!
Teman baca doa, borak, nyanyi sambil tutup lampu
Memang susah tapi insyaAllah kita semua boleh. Sebenarnya kalau start lagi awal lagi better. I start lambat sebab hati tak kental dulu Rolling on the floor laughing.Btw, boleh mula dengan beli cadar yang anak korang suka. So dia happy nak tidur kat tilam dia hehe.
Nak tidur tu memang i akan teman dia baca doa, borak borak and nyanyi nyanyi sambil lampu tutup. Bila dia dah tidur i akan masuk bilik i.Lama lama nanti, dia dah boleh tidur sendiri. Bila mengantuk je dia terus masuk bilik sendiri and tidur takyah teman dah.
Kita pun nak bilik tidur cantik, wangi and bersih so samalah dengan anak kita. I ada je waktu malas nak mengemas so husband i take over. Kitaorang gilir gilir. Jujur i cakap, jaga anak ni letih sebab macam macam kena buat tapi anak ni amanah. Ikhlas jaga insyaAllah luas rezeki.
Kejadian banjir bukan sahaja memusnahkan harta benda, malah turut meragut banyak nyawa dan menyebabkan orang ramai terpaksa bersesak di tempat perlindungan untuk meneruskan kehidupan.
Selain langkah kesihatan, ibu bapa perlu tahu langkah keselamatan sekiranya anak lemas untuk menyelamatkan nyawa mereka. Berikut 6 langkah penting perlu dipelajari sekiranya anak atau keluarga terdekat lemas.
APA PERLU BUAT JIKA ANAK LEMAS? INI 6 LANGKAH KECEMASAN
Semua perlu take note dan belajar langkah-langkah ini! Ilmu ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang.
Apa harus buat jika anak lemas?
1. Baringkan anak di atas permukaan keras. Minta seseorang segera memanggil 999 bagi bantuan ambulans.
2. Jika anak tidak bernafas, satukan kedua-dua tangan dengan meletakkan satu tangan di atas tangan yang satu lagi, lalu letakkan di tengah-tengah tulang dada.
3. Teruskan membuat tekanan dengan kedalaman kira-kira sepertiga setiap tekanan.
4. Pastikan tekanan dibuat dengan kadar tidak kurang dari 100 kali seminit (Jika 1 tekanan bagi 1 saat ini bererti 60 kali seminit. Jadi pastikan lebih laju dari itu)
Jika tidak terlatih untuk membuat CPR yang melibatkan pemberian pernafasan pada kadar 30 tekanan dan 2 pernafasan, adalah memadai meneruskan tekanan tanpa pernafasan.
Ini masih berkesan kerana oksigen masih akan masuk apabila tekanan dada diangkat dan paru-paru mengembang (recoil) semula semasa tekanan diberi berulangkali
5. Teruskan membuat tekanan dada hingga pesakit bernafas semula atau ambulans tiba.
6. Gilirkan dengan orang lain setiap 2 minit supaya tidak keletihan membuat tekanan dada.
Sebarkan untuk menyelamatkan nyawa orang tersayang.
Azah Aziz enggan bermadu, suami buat perjanjian khas perkahwinan sebelum mendirikan rumah tangga. Pelakon Azah Aziz mengakui ada membuat perjanjian khas dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah agar lelaki itu tidak berkahwin lebih daripada satu sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz, 51 bertemu jodoh dengan Daud yang juga warganegara Perancis pada 7 Januari 1995 dan mereka menetap lama di Montreal, Kanada.
“Saya tahu juga mengenai kisah kemelut rumah tangga pasangan artis di Malaysia yang hangat diperkatakan ketika ini. Cuma, apa yang saya boleh cakap, dalam hubungan perkahwinan memang ada pasang dan surutnya.
“Tetapi, syukur Alhamdulillah untuk perkahwinan saya dan suami yang akan genap 30 tahun pada Januari 2025, setakat ini okay saja. Namun, kalau ditanya rahsia kami kekalkan perkahwinan, pemikiran saya ada lain sedikit.
“Suami saya yang juga mualaf, boleh kalau nak berkahwin empat macam lelaki lain. Tapi, kami dah ada buat perjanjian perkahwinan yang dia (suami) tak boleh berkahwin lebih daripada satu,” katanya.
Tambah Azah lagi, dia bukan hanya berkahwin dengan lelaki asing namun, pernah menetap di beberapa negara seperti Kanada dan Perancis yang jauh dari keluarga bersama suaminya itu.
“Saya pun sebenarnya tidak juga meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami sebab memang ada rasa gusar juga jika dia (suami) akan ‘serong’ dengan kita.
“Malah, saya dari semasa ke semasa mesti periksa ke mana dia pergi. Ditambah, sekarang saya pun tinggal di Malaysia serta aktif berlakon dan suami pula bekerja di Dubai.
“Tapi, pada era teknologi ini mudahlah kami buat panggilan telefon setiap hari. Kalau saya terlupa, suami yang akan hubungi saya sebab wajib untuk kami kirim pesanan sebelum tidur,” katanya.
Menurut Azah, dia dan suaminya mempunyai kebiasaan untuk memastikan tidak membawa sebarang perbalahan yang terjadi antara mereka ke hari seterusnya.
“Pada saya, soal kebahagiaan (dalam rumah tangga) ini kita perlu cari sendiri. Cuma, apa yang penting ialah kena sabar dan cara berkomunikasi.
“Hampir 30 tahun hidup bersama, saya dan suami tidak pernahlah kami bergaduh besar. Jika ada perselisihan faham, kita mesti selesaikan segera sebab tak nak ia berlanjutan lama,” katanya.
Hasil perkongsian hidup tiga dekad itu, mereka bahagia dengan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 26, Ryan, 20, dan Justin, 17 tahun.