Ramai yang impikan sebuah kediaman yang tenang dan kemas. Mana taknya, suasana kediaman sebegini membuatkan kita rasa damai.
Tak perlu sarat dengan pelbagai hiasan yang banyak, rumah yang menonjolkan dekorasi yang simple pun mampu menjadi tarikan ramai.
Malah trending sekarang ramai yang inginkan sebuah kediaman yang sedap mata memandang tanpa sarat barang aksesori.
Sebagaimana perkongsian puan Ayu Roses ini, tatahiasa rumahnya mendapat pujian warganet. Malah gabungan warna putih dan coklat membuatkan aura rumah ini begitu tenang.
Biarpun rumah hanya kategori rumah flat dengan keluasan terhad iaitu 712sqft, kediamannya tetap menarik pandangan mata.
Apa lagi, jom lihat hasil kreativiti beliau.
__________________________
Ads
Deco rumah flat 712sqft, ruang memanjang dari pintu masuk terus ke ruang tamu. Tema asalkan sedap mata memandang.
Ibu bapa mana yang tak risau dengan tahap keselamatan dan keberadaan ahli keluarga Tambah pula kalau balik lambat dari sepatutnya, keluar tanpa beri tahu, hantar mesej tak dijawab pula.
Memang memeningkan kepala, segala kerja tak menjadi kerana bimbangm usah lagi bimbang, sekarang sudah ada teknik memantau lokasi ahli keluarga yang dikongsi oleh Firdaus Yusoff. Hanya guna apps ini ujarnya, kita akan tahu ke mana saja ahli keluarga kita berada.
Bila sebut sahaja ibu mentua, ramai daripada kita yang memberikan pesepsi yang kurang senang. Walaupun hanya sekadar ibu mentua, mereka juga sebenarnya inginkan hak yang sama dengan ibu kandung. Usahlah dibezakan kerana kedua-dua mereka juga sebenarnya adalah ibu kita.
Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh University of Wisconsin-Stevens (USWP), Amerika Syarikat membuktikan bahawa memang benar kebanyakan hubungan antara ibu mentua dan menantu wanita seringkali tidak aman dan harmoni. Banyak konflik yang diutarakan antara hubungan dua hala ini, iaitu ibu mentua dengan menantu wanita.
Dalam masyarakat kita, konflik melibatkan ibu mentua juga sering kali diajukan oleh pelbagai pihak. Namun benarkah semua ibu mentua dan hubungan yang terjalin ini tidak begitu serasi. Atau kita hanya terikut-ikut dengan pandangan orang lain, sehinggakan keadaan kita jadi lebih buruk.
Menyelami perasaan ibu mentua, itu adalah tip terbaik bagi kita dalam membentuk hubungan yang lebih harmoni. Cubalah mendekati dan mengenali dengan lebih peribadi siapa ibu mentua kita. Mungkin dengan cara ini buat hubungan kita jadi lebih hebat. Malah lebih rapat daripada anaknya sendiri. Tak mustahil kan?
Lima perkara yang diinginkan ibu mertua yang perlu anda ketahui. Jadi ia sebagai tip untuk lebih mengenali ibu mentua kita.
1.Keutamaan
Semua ibu ingin diutamakan dalam apa jua perkara. Begitu juga ibu mertua kita. Hubungilah dia saban hari dan berkongsi apa sahaja jika selagi mampu. Berdiskusi dan bertanya pendapat pasti membuatkan ibu gembira.
2. Kongsi Kasih
Ibu mertua adalah seorang ibu yang telah memberikan segenap jiwa dan raganya untuk anak lelaki tersayangnya. Beliau menginginkan janji bahawa kita tidak akan merebut tempatnya di hati anaknya. Jadi berbahagilah kasih sayang dengannya sekali sekala. Beri dia waktu untuk bersama anaknya. Mungkin sekali sekala biarkan suami kita keluar berdua dengan ibunya.
3. Waktu Bersama
Sama seperti ibu, ibu mertua anda juga perlukan perhatian. Sebolehnya dia mahu menghabiskan waktu untuk lebih mengenali wanita yang hidup bersama anak lelakinya. Perkongsian bersama itu pastinya buat anda lebih saling mengenali.
4. Cara Didikan
Boleh dikatakan ibu mertua mahu anda mendidik cucunya sama seperti dia mendidik anak-anaknya. Jika tidak dapat mengikuti kesemuanya, ambil sahaja beberapa perkara positif yang dapat dikongsikan dalam membesarkan anak. Tentunya didikan yang baik menjadi panduan malah ibu mertua juga pasti amat menyenanginya. Pasti hubungan jadi lebih harmoni.
5. Sentiasa Dekat
Walaupun berada jauh daripada depan matanya, seorang ibu tentu inginkan anaknya sentiasa dekat dengannya. Jadi sebagai menantu, kitalah yang harus bijak mendekatkan jarak ini. Telefon selalu dan ajak suami kerap pulang ke kampung adalah langkah paling bijak.
6. Jangan Jarakkan Hubungan
Setelah anak berkahwin, ibu mentua sentiasa inginkan perkembangan mengenai anaknya. Bagaimana menantunya menjaga anak lelakinya dengan baik ataupun tidak. Semua ini sentiasa berlegar di hati seorang ibu. Bimbang anak lelakinya dikuasai isteri sepenuhnya.
Jadi belajarnya untuk mendekatkan diri dengan ibu mentua kita. Paling penting jangan sesekali menjarakkan hubungan dengan anaknya. Minta suami sentiasa menelefon ibunya adalah langkah tepat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rasanya semua orang ada tabiat yang sama, basuh baju tapi tak lipat-lipat sampailah naik menggunung baru muncul ‘mood’ nak melipat kan?
Haaa lepas anda baca cerita ringkas dari Kamarul Ariffin Nor Sadan ni, confirm anda akan ubah tabiat tadi tu! Nak tahu cerita apa ni? Jom ikuti perkongsiannya ini!
“1… 2… 3… ”
Ayu terjaga dari lena kerana terdengar suara anaknya. Dia tak pasti sama ada suara itu adalah mimpinya atau anaknya yang berusia 4 tahun itu memang belum tidur.
“4… 5…”
Dia lihat di katil anaknya yang berada di sebelah katilnya. Kosong. Kali ini dia pasti bahawa yang didengarnya itu bukan mimpi. Telefon di sisi dicapai. Sudah melepasi jam 1 pagi.
Terpisah-pisat dia bangkit dari katil dan dalam gelap malam, dia melangkah ke pintu bilik. Lalu pintu bilik dibuka. Cahaya lampu dari ruang luar menerjah masuk ke bilik dan anak mata. Silau.
“Yaya…” sapa Ayu sambil mengecilkan mata.
Kelihatan Yaya sedang berdiri sambil menyilangkan tangan di dinding, dan mukanya tekap ke tangan yang bersilang itu. Bila dipanggil, dia perlahan-lahan mengangkang mukanya, dan berpaling ke arah ibunya.
Berdebar-debar jantung Ayu.
“Yaya buat apa tu?” soal aku sebaik sahaja terlihat wajah Yaya. Tiada apa-apa yang aneh. Lega rasanya hari Ayu, namun masih ada berbasi rasa sangsi lagi dengan perilaku anaknya itu.
“Yaya ain sowok.(Yaya main sorok-sorok)”
“Dah lama ni, Yaya. Esok je lah kita main sorok-sorok.”
“Tanak. Yaya nak ain sowok!”
“Mama dah ngantuklah sayang. Mama esok nak kerja. Jom tidur! Esok petang kita main, OK?”
“Tanak!”
“Mama penat ni. Esok Mama kena bangun pagi. Yaya main lah sorang-sorang eh?” kata Ayu lalu buat-buat hendak menutup pintu bilik, sambil itu mengintai anaknya di celah pintu tu.
“OK!”
Bila kelihatan anaknya macam tak mahu masuk tidur, dia kuak semula pintu.
‘Nak main dengan kakak’
“Mana ada orang nak main sorok malam-malam, Yaya,” ujar Ayu.
“Ada!”
“Siapa? Mama tak nak main. Baba dah tidur.”
“Kakak!” balas anaknya itu.
Berderau darah Ayu dengar kata-kata itu. Berdiri bulu roma di tengkuk dan lengannya. Lebih-lebih lagi sambil menjawab, Yaya menuding ke suatu ruang di ruangan rumah itu.
Ayu dan suaminya ada seorang sahaja anak, iaitu Alya. Mereka tinggal dalam rumah ni bertiga sahaja. Tiada orang lain. Jawapan
“Yaya nak ain ngan kakak!” tegas anaknya lalu menyilangkan tangan di dada serta mencebikkan bibir.
Sambil telan air liur untuk membasahkan tekak yang terasa kesat, Ayu menoleh ke ruangan yang tadi di tuding oleh anaknya. Arah itu adalah ruang rehat mereka sekeluarga. Tak nampak apa yang mencurigakan pun di sana.
“Dah pukul 1 ni, Yaya. Semua orang dah tidur. Jom masuk tidur, meh!”
Tidak pasti sama ada cuba memujuk anaknya, atau untuk menenangkan hatinya yang kini sedang gemuruh.
“Kakak nak main!” balas Yaya sambil tuding jari ke arah sesuatu di ruang rehat tu.
Bila Ayu lihat betul-betul arah jari Yaya, anaknya itu sedang menunjukkan ke arah longgokan kain baju yang sudah diangkat dari jemuran tapi masih belum sempat dilipat dan disimpan dalam almari.
“Mana ada siapa-siapa dekat situ,” kata Ayu. Nadanya jelas menunjukkan yang di sudah ketakutan. Suaranya terketar-ketar.
“Ada! Kakak sowok kat bawah ,” kata Yaya lalu melangkah ke arah longgokan kain berkenaan.
Ayu segera capai anaknya, dan didukung ke dalam bilik. Meronta-ronta si Yaya cuba melepaskan diri dari dakapan emaknya. Terpekik-pekik sambil menangis.
“Yaya ni. Tak nak tidur. Nak main lagi,” jawab Ayu termengah-mengah. Yaya masih meronta-ronta dalam dakapannya. Tanpa disuruh, Zek terus mengambil Yaya dari isterinya yang dah kepenatan.
“Yaya nak ain ngan kakak!” pekik Yaya.
“Yaya nak ain ngan kakak!” ulangnya lagi.
“Kakak mana pula ni?” soal Zek.
“Yaya nak ain ngan kakak!” ulang Yaya.
“Entah,bang. Tadi saya tanya dia apa dibuat kat luar bilik, dia kata nak main sorok-sorok dengan kakak.”
“Yaya! Yaya! Yaya nak dengan siapa? Semua orang dah tidur,” kata Zek pada anaknya
“Kakak belum tido!”
“Yeke?”
“Ya!”
“OK, tunjuk Baba!” ujar Zek sambil lepaskan dakapan dan meletakkan anaknya ke lantai.
Memunggah kain baju, nak cari ‘kakak’
Yaya, meluru ke pintu. Pintu dibuka. Yaya menyelinap keluar dari bukaan pintu, disusuli oleh Zek dan Ayu. Sebenarnya Ayu tak setuju dengan apa yang dilakukan Zek, tapi dia diamkan sahaja kerana dia pun tak tahu apa perlu dibuat.
Ayu berdiri sahaja di belakang suaminya.
“Mana?” soal Zek.
Ayu jadi berdebar-debar bila lihat si Yaya memunggah kain baju yang berada di lantai itu. Zek hanya perhatikan sahaja kelakuan anaknya. Longgokan kain itu kini bersepah di serata lantai.
“Ha, ada tak?” soal Zek lagi.
Setelah penat mencari dibawah longgokan kain itu, dan gagal menjumpai apa yang dicarinya, akhirnya Yaya duduk mencangkung lalu menangis. Zek segera mendapatkan anaknya.
“Dah, jangan nangis. Esok kita main. Malam ni kita tidur dulu,” kata Zek sambil bertinggung di sebelah anaknya.
Yaya tetap menangis. Zek mengangkat anaknya, dan didukung dekat ke dada, tiba-tiba dia berhenti menangis. Kemudian berkata “patutlah tak jumpa, kakak sowok belakang Mama!”
Zek terus toleh ke arah Ayu yang berada di pintu bilik tidur. Terbeliak mata Zek. Kelu lidahnya. Kelihatan kelibat hitam perlahan-lahan menyelinap ke belakang isterinya itu, masuk ke dalam bilik tidur yang gelap.
Lemah lutut Ayu melihat reaksi suaminya. Terasa kakinya tak bermaya melangkah, lalu terjelepok jatuh ke lantai. Melutut ketakutan. Menggigil seluruh badannya. Menitis air mata tanpa disedarinya.
Malam itu anak beranak itu tak dapat tidur, kecuali Yaya. Kanak-kanak 3 tahun itu terlelap akibat kepenatan. Ayu dan Zek tak masuk ke bilik. Mereka bermalam di ruang rehat itu, berpelukan.
Semenjak dari itu, mereka dah tak tinggalkan longgokan kain baju terbiar lama-lama tanpa dilipat dan di simpan. Baju kotor dibasuh setiap hari, dijemur, dan diuruskan sebelum ia membukit.
Bukan tu sahaja, dikemas semua barangan dalam rumah agar kemas. Biar tiada tempat untuk apa-apa menyorok. Bayangkan ada sesuatu yang menyorok di rumah, dan mengintip penghuninya.
Meremang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.