Karnival Pendidikan Sinar Bestari merupakan karnival pendidikan terbesar di Selangor bakal berlangsung bermula 8 hingga 10 September 2023 bermula pukul 9 pagi hingga 7 petang di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
Karnival yang mengetengahkan konsep memacu pendidikan generasi digital itu memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar dan guru mengenai pembelajaran luar bilik darjah.
Menurut Pengarah Projek, Meen Tahrin, karnival julung kali yang diadakan itu merupakan Karnival Pendidikan terbesar di negeri Selangor yang pernah dianjurkan. Tambah beliau, karnival tersebut diadakan dengan kerjasama antara Sinar Harian, Sinar Bestari; dan juga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.
“Karnival ini terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma. Para pengunjung terutama pelajar sekolah boleh menyertai pelbagai pertandingan yang telah kami aturkan dan mereka akan menyertainya melalui penglibatan sekolah masing-masing.
Ads
“Pada masa yang sama, penglibatan pelbagai agensi kerajaan pastinya memberi kelainan
dalam karnival pendidikan ini kerana kita dapat melihat dengan lebih dekat peranan masing-masing,” ujarnya yang juga merupakan Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan Sinar Harian.
Tambah Meen, karnival tersebut turut dilihat menjadi platform kepada ibu bapa dan juga Masyarakat dalam mengenali lebih dekat dunia pendidikan yang berasaskan digital pada hari ini.
Dalam pada itu, Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung. Antaranya demo Unit Beruniform daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Bomba; Pameran Digital Skil dan Kerjaya serta 60 pempamer yang lain seperti Planetarium Negara, Farm Fresh, AirAsia Academy, Grup Buku Karangkraf, Petrosains, Les’ Copaque dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Ads
Selain itu, turut berlangsung SinarPlus Makan Fest, rumah hantu, uji bakat TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) serta zoo mini dan kereta kuda yang disediakan kepada orang ramai yang hadir.
Ads
Turut diadakan juga 17 pertandingan untuk pelajar sekolah seperti robotik, Sinar Bestari Got Talent, bola keranjang, dikir barat, crossword puzzle dan banyak lagi. Tidak ketinggalan persembahan silat dan program kids Quran Hour daripada pelajar-pelajar sekolah sekitar negeri Selangor.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bakal merasmikan Karnival Pendidikan
Sinar Bestari pada Jumaat, 8 September 2023, pukul 3 petang.
“Selain guru dan pelajar, karnival ini juga memberi peluang kepada ibu bapa dan orang ramai untuk membawa anak mereka sekali gus menyaksikan pelbagai pameran menarik secara percuma,” katanya.
Nostalgia zaman sekolah, mesti setiap antara kita ada kenangan bersama lori milo yang tidak dapat dilupakan. Maklumlah boleh minum air milo secara percuma, beratur panjang pun bukan jadi masalah.
Istimewanya juga tentang lori milo ini dan membuatkan kita asyik teringat-teringat hingga kini adalah kerana air milo tersebut adalah kerana rasanya yang special. Diminum sejuk, terasa pekat dan keenakannya terasa hingga ke tekak.
Pun begitu, kalau kita sendiri membancuh sendiri di rumah, sukar sekali untuk mendapatkan rasa tersebut. Ada sahaja yang kurangnya.
Oleh itu, dengan perkongsian daripada puan Zainun yang berkesempatanberbual dengan pekerja yang membancuh air milo tersebut, bolehlah dijadikan panduan.
Jom ketahui apa tekniknya!
Suatu hari pergi satu event. Ada percuma air milo atas lori. Saya tengok pekerja milo tengah bancuh air.Saya tanya napa air milo free ni sedap sangat. Tak sama yang kita buat.
Ini rahsianya
Dia kata masa bancuh air perlu panas. Campuran susu pekat manis sama dengan susu cair.. milo pula jangan kedekut dan jangan campur gula. Dia bagi resepi untuk 1 tong besar. Tapi saya kecilkan.
Bahan-bahan:
10 sudu besar serbuk milo
1/2 liter air panas.
1/2 liter air sejuk.
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu manis
Kacau rata semuanya dengan air panas.
Campurkan air sejuk.
Masukkan air batu…fuhh..kaw kaw.
Buat penggemar ikan Salmon, resipi ini wajib dicuba.Jika selalu ikan salmon hanya dipanggang sahaja, sesekali apa kata di masak kari pula namun tanpa santan.
Rasa ikan salmon yang berlemak ditambah aroma rempah ratus kari pasti mampu memikat selera dan memenuhi cita rasa seisi keluarga.
Bahan-bahan:
2 ketul kepala ikan salmon dibelah dua
4 sudu besar rempah kari ikan (jadikan pes)
1 labu bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 cm halia(dihiris)
1 cm lengkuas (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
2 biji cili merah/hijau
2 biji tomato (dibelah 4)
5 sudu besar air asam jawa
1 batang kulit kayu manis
daun kari
kacang bendi
minyak masak
garam dan perasa
Cara Membuat:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang kisar dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan pula serai, lengkuas, halia dan kulit kayu manis sehingga berbau harum.
Masukkan rempah kari ikan dan tumis sehingga pecah minyak.
Tuang air asam jawa. Kacau sebentar.
Masukkan air ikut mengikut kepekatan dan cita rasa, biarkan mendidih.
Tambah garam dan perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
Masukkan kepala ikan, biarkan sehingga separuh masak kemudian tambahkan kacang bendi, buah tomato dan cili merah/cili hijau.
Info Ekstra: Boleh juga gantikan dengan isi ikan salmon.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selalunya bila musim-musim panas begini seperti suatu kepuasan jika dapat menikmati aiskrim. Bukan sahaja anak-anak malah kita orang dewasa juga pasti tidak menolak untuk menikmati aiskrim yang enak.
Namun disebabkan musim PKP ini, untuk kita keluar rumah atas alasan untuk membeli aiskrim semata-mata terasa tidak berbaloi pula. Jadi bolehlah dibuatkan stok untuk dijadikan pilihan untuk anak-anak menikmati aiskrim bila perlu.
Berita baiknya lagi, Nestle Ice Cream Malaysia ada menyediakan perkhidmatan penghantaran aiskrim terus ke pintu rumah dengan teknik bayaran Cash On Delivery. Tentunya anak-anak akan melompat keriangan bila lihat lori aiskrim berhenti depan rumah dan membawa aiskrim yang dipesan. Terbaiklah!
Berkongsi cara untuk membuat pesanan aiskrim ini, Jalan-jalan Cuti Santai berkongsi infonya.
Bagaimana nak dapatkan Penghantaran aiskrim Nestle?
1- Isi Borang
2- Pilih Lokasi ikut kawasan
3- Pilih aiskrim yang kome nak
4- Agent akan call sebelum penghantaran
5- Lori dah sampai baru bayar
6- Dah dapat Aiskrim, so boleh lah Makan Aiskrim puas puas.
Senang bukan? Kalau ada peti ais besar lagi banyaklah boleh simpan aiskrim ini. Memang puas hatilah!
Jika peti ais tidak muat sebab banyak sangat stok makanan, mungkin ada yang ingin membeli peti ais dengan tawaran istimewa secara online. Klik di sini.