Bagi yang bekerja setiap bulan sudah tentu setiap awal bulan akan menerima gaji. Setelah melakukan pelbagai urusan pembayaran yang wajib seperti rumah, kereta dan insuran.
Manakala yang tinggal adalah untuk perbelanjaan harian lain. Bak kata orang duit yang ada cukup-cukup untuk kegunaan keluarga sebulan.
Jika mengalami situasi ini, hati mana yang tidak risau, mau kusut jadinya. Memang tak senang duduk dibuatnya.
Namun sebagai orang Islam, setiap masalah ada penyelesaiannya. Ingatlah bahawa kita bukan hamba kepada duit.
Nak tahu caranya supaya hati kekal tenang, ikuti perkongsian oleh Md Azhari Daud
5 amalan yang kena buat
Tip 1 Setiap kali kita terima duit, asingkan kepada 3 bahagian iaitu untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.
Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat ataupun setiap hujung bulan.
Ads
Terpulang pada pemberi sedekah. Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan. Sekiranya lakukan perniagaan dalam talian, duit keuntungan juga dibahagikan kepada 3. Duit modal jangan diusik kerana itu kegunaan untuk membeli barang perniagaan.
Tip 2 Sekiranya setiap hari sudah ada duit untuk simpanan, maka setiap hari perlu ke bank untuk menyimpan. Masukkan ke akaun bank tertentu.
Zaman sekarang mudah untuk lakukan pemindahan wang secara dalam talian. Semuanya di hujunga jari sahaja!
Lupakan duit simpanan itu. Tidak perlu kira berapa wang yang sudah disimpan. Simpan sahaja dan tutup mata.
Tip 3 Semasa keluarkan duit daripada dompet, tenangkan fikiran, senyum dan kepada yang Islam, iringi dengan bacaan ayat 54 daripada surah sad.
Ads
“Inna haza larizquna maalahu minnafad”
Bermaksud “sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis-habis”
Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya, hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA.
Jadi, walaupun duit hanya tinggal 10 sen sahaja dalam dompet, hati dan minda kita tetap tenang.
Tip 4 Bila kita terima sahaja duit, masukkan terus ke dalam dompet diiringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah.
Ads
Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.
Janji Allah, setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.
Tip 5 Amalkan membaca Asmaul Husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan) 1,000 kali setiap hari atau sebanyak yang mampu.
Apabila kita sentiasa berzikir, hati dan minda kita menjadi tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.
Jadi, apabila dompet kita kosong, kita masih mampu tersenyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
Kuncinya apabila kita tenang, apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan. Paling penting, tiang agama sentiasa ditegakkan, itu yang wajib.
Akhir sekali. Allah pasti bantu kita. “Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka (masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit).”
Sumber : Md Azhari Daud
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lumrah bagi segelintir orang yang memiliki kenderaan kecil dikatakan tidak berharta atau tidak berjaya.
Namun hakikatnya kini, ramai yang lebih suka memilih kenderaan kecil berbanding besar akibat beberapa faktor antaranya parking kereta yang terhad dan kesesakan jalan raya.
Sebagaimana yang dinyatakan dengan perkongsian ini. Dengan ini penjelasan ini, usah kita perlekehkan mereka yang memilik kereta kecil.
KERETA UKURAN KEJAYAAN
1. Ramai melihat kereta ukuran kejayaan, tak kurang juga yang kata itu lambang kekayaan. 2. Tak salah mahu membeli kereta, jika itu memang keperluan kita. 3. Alangkah bagus memiliki kereta, jika turut memiliki rumah dan juga harta. 4. Skim cepat kaya pun pamer kereta, hakikatnya menipu dan tiada harta. 5. Kereta tak jana pendapatan jadi liabiliti, buat perancangan agar tidak menyesal nanti. 6. Beli kereta fikirkan juga alat ganti, bukan main beli sesuka hati. 7. Apa guna kita berkereta besar, jika duit buat ‘parent’ selalu tersasar. 8. Kereta tak janjikan untuk kaya, simpanan habis jika asyik bergaya.
Info gambar:
Ini adalah suasana rumah jiran kami. Pasangan tua suami isteri di rumah ini selalu menegur anak-anak di waktu pagi sewaktu berjalan kaki ke sekolah.
Barangkali di kala usia tua ini, mereka memerlukan teman untuk berbual. Ditambah pula anak bongsu saya yang sangat peramah sehinggakan jiran ini sanggup membelikan ‘jajan’ buat anak-anak.
Di rumah ini terdapat 2 buah kereta kecil atau lebih dikenali sebagai keijidousha (軽自動車). Ada juga mengkelaskan kereta kecil ini sebagai K-cars (compact cars).
Keijidousha sangat mudah kelihatan dan sering menjadi pilihan warga di sini. Bahkan jika pergi membeli-belah, terdapat beberapa premis perniagaan menyediakan tempat letak kereta khas bagi kereta-kereta dalam kategori keijidousha ini.
Sebelum terlupa, perkataan keijidousha merujuk kepada ‘kei’ (compact/light), manakala ‘jidousha’ (kenderaan). Kebiasaannya, keijidousha berukuran 3.4 m x 1.24 m (11.2 x 4.9 kaki) untuk muatan 4 orang dewasa dan dibawah 660 cc.
Di sekitar kawasan kejiranan, ramai jiran-jiran Jepun saya memilih keijidousha ini. Pemilihan kereta kecil ini bukan disebabkan mereka tidak kaya atau kurang kemampuan. Tetapi, disebabkan faktor ruangan ‘parking’ yang terhad.
Atas sebab itu, ia merupakan satu kesilapan besar jika kita masih melihat kereta kecil atau besar sebagai ukuran kejayaan ataupun itu lambang kekayaan.
Bagi mereka yang berkereta kecil, percayalah apa sahaja pilihan jenis kereta kita nanti akan ada orang yang mengata. Usah didengari atau fikirkan apa yang ‘orang kata’. Usah juga berterusan menjalani kehidupan berdasarkan apa yang orang akan kata.
Pedulilah apa yang orang hendak katakan! Paling penting jika kita memilih keijidousha pun kita tidak susah! Boleh juga katakan pada mereka, “Keijidousha: Ada Aku Kisah!” Sekadar perkongsian dari kejauhan. Sayonara! Sampai jumpa lagi.
Sebelum ini muncul gosip mengenai kehamilan pelakon kecil molek ini namun empunya diri menafikan. Rupa-rupanya, gosip tersebut adalah benar apabila pelakon dan penyanyi Ayda Jebat, 29, mengesahkan yang dia kini hamil empat bulan.
Isteri kepada Nabil Mahir itu memaklumkan perkara berkenaan di majlis berbuka puasa istimewa dianjurkannya hari ini di sebuah hotel terkemuka ibu kota.
Menurut Ayda, dia hampir mengalami keguguran kerana tekanan kerja selain sekeliling saat berita kehamilan diumumkan lebih awal oleh pihak lain.
“Tak saya nafikan stres hingga terlalu banyak berfikir dan kecewa dengan berita kehamilan itu didedahkan bukan daripada saya dan suami.
“Malah saya juga mengalami pendarahan hingga dimasukkan ke hospital. Bagaimanapun semua kembali terkawal selepas itu,” katanya.
Ayda juga berharap proses kehamilannya akan dipermudahkan hingga sampai hari bersalin.
Pemilik nama penuh, Nor Suhada Jebat itu dijangka melahirkan anak pada bulan Oktober depan.
“Semoga segala galanya dipermudahkan. Mohon semua mendoakan yang baik-baik. Majlis hari ini saya undang rakan media, klien serta sahabat terdekat untuk berkongsi berita gembira ini
“Saya percaya usia sekarang tempoh terbaik untuk berkongsi berita ini
“Terima kasih buat semua yang memahami. Semoga semuanya dipermudahkan, insyaAllah” katanya.
Ayda berkata, keputusan mengumumkan kehamilan saat ini juga kerana terikat dengan komitmen kerja.
“Jadi saya ambil masa untuk umumkan perkara ini dengan jenama yang sudah saya terikat.
“Selain pada masa sama mengatur komitmen dan sesi fotografi dengan jenama berkenaan,” katanya.
Ayda turut mengakui berdepan alahan bau termasuk bau dapur rumah.
“Soal alahan saya juga tidak terlepas mengalaminya. Pernah satu malam saya tiba-tiba terjaga dari tidur dan muntah atas katil. Saya juga mengalami alahan bau, tetapi bukan bau makanan cuma bau dapur dan cecair pembasmi kuman,” katanya.
Ketika ini pasangan itu belum bersedia berkongsi jantina dan anak lagi. Ayda dan Nabil melangsungkan pernikahan 1 Januari lalu.
Bahagia tidak semestinya punya wang yang banyak tetapi mempunyai sikap suka membantu orang yang susah.
Bayangkan jika tidak bahagia, bagaimana kita mahu membantu mereka yang kesusahan walaupun hanya beberapa ringgit sahaja.
Jika jiwa bahagia pasti, aura sekeliling pun sama mendampingi diri. Datanglah masalah dan kesukaran, hati yang gembira dan tenang akan laluinya dengan tenang.
Begitulah yang dapat dibayangkan oleh lelaki ini yang kehidupannya dipenuhi kegembiraan dan tenang sehingga tidak berkira apabila berjumpa insan yang menghadapi kesulitan kewangan.
Ikuti perkongsiannya.
“Status ini sekadar perkongsian untuk rakyat Malaysia supaya kita saling membantu tanpa mengira bangsa.
“Saya tidak jangka ia tular di laman sosial,” itu reaksi Nicky Tan, 33, pemilik kedai bateri di Klang, Selangor selepas membantu suami isteri warga emas yang kekurangan wang ketika menukar bateri kereta Proton Wira di premisnya.
Menceritakan kisah itu, Nicky berkata, pasangan terbabit tiba di kedainya sekitar 7.30 malam baru-baru ini dan bertanyakan sama ada dia ada menjual bateri terpakai atau tidak.
“Ketika itu kebanyakan kedai semua sudah tutup, hanya kedai saya masih beroperasi. Saya memberitahu bateri terpakai tiada dan mereka bertanyakan harga bateri baru.
“Saya memberitahu harga paling murah RM165 selepas ditukar bateri lama dan lelaki itu dilihat berbincang dengan isterinya.
“Pada masa sama, mereka menyeluk saku sebelum mengeluarkan wang tunai RM90, baucer bernilai RM20 serta syiling.
“Hati saya tersentuh melihat situasi ini, apatah lagi sebahagian cat pada kereta mereka tertanggal selain dinding berlubang manakala ada kesan gam pada radiator. Dalam hati saya tahu mereka bukan orang senang,” katanya.
Nicky berkata, melihat keadaan pasangan terbabit yang terdesak dan tidak cukup wang, dia memberikan diskaun kepada mereka untuk bateri baru walaupun pada awalnya pasangan itu menolak bantuannya.
“Saya minta mereka simpan syiling serta not RM10 untuk mengisi petrol pulang ke rumah di Subang manakala baucer itu pula saya simpan dan tidak sesekali akan dibelanja kerana ini kenangan sukar dilupakan.
“Apabila berhadapan kes seperti ini, saya sebenarnya diuji, sama ada hendak tolong atau tidak.
“Soal bangsa, kita perlu tolak ke tepi, kita sama-sama hulurkan bantuan.
“Saya pernah melalui situasi ini. Saya tidak kaya, tetapi tidak la sampai berlapar. Apabila kita pernah berhadapan situasi seperti ini, kita akan merasainya,” katanya.
Perkongsian yang sungguh inspirasi!
Sumber: Harian metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang bayi kepada ibu yang tular kerana meninggal dunia dalam dalam dakapan suaminya sebaik selesai menyusukan anaknya kini menemui ibu susuan yang baru.