Ads

Anggun Bak Puteri Kayangan, Tengku Puteri Ilyana Selamat Bernikah Dengan Christopher Lionel Froggatt

Tengku Puteri Ilyana anggun bak puteri kayangan apabila kini sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Christopher Lionel Froggatt.

Istiadat pernikahan puteri Sultan Pahang itu berlangsung dalam suasana penuh gilang-gemilang di sebuah hotel di ibu kota, lengkap dengan adat istiadat Melayu yang cukup indah dan penuh makna.

Menurut perkongsian di laman sosial Kesultanan Pahang, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke istiadat berkenaan bagi meraikan hari bahagia puteri baginda.

Turut berangkat ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bersama paduka kekanda, adinda serta kerabat diraja.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail bersama isteri, Datin Seri Datuk Burhah Mohammed serta wakil Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Shaikh Mohammed bin Hamad bin Tahnoon Al Nahyan.

Anggun Bak Puteri Kayangan, Tengku Puteri Ilyana Selamat Bernikah Dengan Christopher Lionel Froggatt

Istiadat Tengku Puteri Ilyana Sarat Adat & Restu Keluarga

Selepas diiring ke pelamin, pasangan pengantin diraja meneruskan Istiadat Menyuap Nasi Semangat yang dizahirkan oleh Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tengku Tan Sri Datuk Seri Setia Meriam binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Istiadat bersanding dan merenjis kemudiannya dizahirkan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang sebelum diikuti ahli keluarga yang lain.

Ads

Baginda turut berkenan menyempurnakan Istiadat Meletakkan Panca Bicara kepada pasangan pengantin diraja sebagai simbol restu dan tanda meraikan penyatuan dua hati.

Anggun Bak Puteri Kayangan, Tengku Puteri Ilyana Selamat Bernikah Dengan Christopher Lionel Froggatt

Setiap istiadat yang berlangsung bukan sahaja menyerikan majlis perkahwinan diraja berkenaan, malah memperlihatkan keindahan adat Melayu yang terus dipelihara dalam meraikan detik penuh bermakna pasangan pengantin.

Majlis kemudian diberkati dengan bacaan doa oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Profesor Datuk Dr Haji Asmadi Mohamed Naim sebelum diakhiri dengan sesi bergambar bersama keluarga diraja dan tetamu kehormat.

Busana Songket Serlah Aura Tengku Puteri Ilyana

Selain istiadat yang penuh tradisi, penampilan Tengku Puteri Ilyana turut mencuri perhatian ramai.

Ads

Baginda tampil cukup anggun menggayakan busana songket rekaan pereka terkenal tanah air, Datuk Radzuan Radziwill dalam rona off-white dan putih gading.

Rekaan baju kurung moden itu masih mengekalkan elemen tradisional Melayu, namun diberi sentuhan kontemporari menerusi lengan puff, potongan leher V serta siluet kemas yang menyerlahkan keanggunan baginda.

Perincian sulaman labuci dan manik pada bahagian lengan serta veil menambahkan lagi elemen mewah dan eksklusif pada penampilan pengantin diraja itu.

Gabungan songket dengan perincian moden itu sekali gus memberikan keseimbangan antara identiti busana tradisional Melayu dan sentuhan kontemporari, sesuai dengan suasana istiadat diraja yang penuh adat serta elegan.

Ads

Anggun Bak Puteri Kayangan, Tengku Puteri Ilyana Selamat Bernikah Dengan Christopher Lionel Froggatt

Tengku Puteri Ilyana Menawan Dalam Busana Pernikahan

Pada istiadat pernikahan sebelum itu, Tengku Puteri Ilyana turut tampil menawan dalam busana renda putih rekaan pereka sama.

Kurung moden dengan potongan leher tinggi dan siluet mermaid dipadankan dengan tiara serta veil renda labuh, sekali gus menyerlahkan imej puteri diraja yang sopan, elegan dan penuh pesona.

Dua persalinan yang digayakan pada hari bahagia itu mempunyai karakter tersendiri, namun tetap mengekalkan elemen keanggunan yang cukup sinonim dengan penampilan seorang puteri diraja.

Daripada adat istiadat yang sarat dengan simbolik kekeluargaan sehingga pemilihan busana yang mengangkat keindahan tradisi Melayu, majlis berkenaan menjadi detik cukup bermakna buat pasangan serta keluarga diraja.

Semoga mahligai yang dibina Tengku Puteri Ilyana dan Christopher Lionel Froggatt terus dilimpahi kasih sayang, kebahagiaan dan keberkatan hingga ke akhir hayat.

BACA LAGI : Sama Cantik Sama Padan, Pasangan Diraja Tengku Muhammad Dan Tengku Natasya Puteri Selamat Diijabkabul!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Ibu Empat Anak, Mahir IT & Cemerlang Al-Quran, Gelaran Diraja Pengiran...

Pengiran Raabi’atul menjadi perhatian selepas gelaran dirajanya ditarik serta-merta. Kenali latar belakang, pendidikan dan pencapaiannya.