Berpesan-pesan kepada perkara kebaikan itu juga satu ibadah. Selain kita mengingatkan orang lain, diri dan hati kita juga dalam masa yang sama terdidik ke arah itu.
Ini sebagaimana perkongsian daripada wanita ini, berpesan-pesan pada lelaki bergelar suami dan pada wanita bergelar isteri tentang bagaimana caranya sama-sama membentuk sebuah keluarga bahagia.
Pesanan yang dikongsikan cukup panjang, bersama kita manfaatkannya.
Pesanan Untuk Isteri dan Suami untuk membentuk Rumahtangga Bahagia.
UNTUK ISTERI
1. Jangan berkira dengan suami sendiri.
Bantu mana yang perlu, supaya berat sama dipikul ringan sama dijinjing dan lakukan semua itu niat kerana Allah Taala.
Contoh Pertama
Nampak suami lepas makan lupa nak basuh pinggan dan cawan sendiri, kita bangun basuhkan, niat kerana Allah Taala, nampak simple tapi banyak pahalanya.
Boleh je kita kata pada suami, basuh lah pinggan dan cawan tu bukan banyak pun, tapi kita tak berkira pun. Terus aja basuhkan. Sebagai isteri boleh je kita nak membebel ke, nak marah ke sebab bende kecik ni pun boleh jadi Isu kan. Tapi Allah nak datangkan pahala tu pada pinggan yang kita basuh untuk suami kita.
Contoh ke-2
Di dalam situasi memberi hutang pada suami, kita ada duit or gaji sendiri, tiba-tiba satu bulan tu kereta rosak dan perlu kos yg tinggi, suami pun minta bantuan tampung sedikit, kalau jenis nak berkira, boleh aja kata tak mahu kasi pinjam, namun sebalik rezeki kita dapat tu kita kena fikir ada rezeki orang lain juga.
Sama-sama meringankan beban, pasti lepas tu suami akan nampak pengorbanan kita dan sikap tak berkira tu.
2. Tenung wajah suami bila dia sedang lena tidur.
– Wajah sedang tidur itulah wajah paling jujur, disebalik penat berkerja seharian untuk isteri dan anak-anak, masa nilah kita sebagai isteri doa banyak-banyak supaya Allah jagakan suami kita, panjangkan umurnya dan berkatilah Rezeki yang dibawa untuk kita.
Ads
– Lihat Wajah suami dengan penuh kasih sayang, pahala berganda juga kita akan dapat, SubhanAllah.
3. Salam suami erat-erat setiap kali dia keluar rumah.
– Kita tak tau banyak mana atau lama mana kita ada masa denga suami kita, masa suami nak keluar rumah salam erat-erat dan cium tangan suami dan doakan yang baik-baik untuk suami dan doakan supaya selamat pergi dan balik ke rumah.
– ucap Alhamdulillah jika suami selamat pulang ke rumah.
4. Hargai Bicara Cinta dalam pelbagai cara.
– Ada Suami tidak pandai berkata-kata indah atau guna ayat jiwang untuk gembirakan isteri, namun kita sebagai Isteri kena peka bicara cinta
” SENYAP” itu, bicara cinta tanpa kata-kata, namun dengan perbuatan ” ACTION”.
Contoh
– bawa keluar jalan-jalan, belikan makanan feveret isteri, ehsan pada isteri dengan menolong buat kerja rumah atau jagakan anak-anak. Beri Hadiah Hari jadi dan lain-lain.
5. Jaga baik-baik, jika dapat suami ringan tulang membantu kerja-kerja rumah, kerana spesis ini sangat ‘Rare’ sekarang.
6. Berterus terang jika ingin kan pertolongan suami, jangan guna ayat berkias-kias , cakap aja direct supaya suami jelas dan paham.
Ads
UNTUK SUAMI
1. Suami kena faham atau redho layanan sebelum ada anak, dan selepas ada anak 1, 2, 3 atau 4 akan berbeza sedikit, kerana tugas dan tanggjawab isteri dah makin berat dan besar.
Jangan bandingkan masa baru khawin dan situasi sekarang kerana anda akan memburukkan lagi keadaan dan akan membuat isteri makin stress dan makin down.
2. Jaga baik-baik isteri anda, jika isteri itu sanggup bersusah payah lahirkan anak yang ramai untuk suami. Pengorbanan paling besar oleh isteri sebab melibatkan nyawa.
3. Bersabar dengan isteri yang kadang-kadang kurang akalnya ketika marah dan sangat penat, isteri tidak akan tarik muka atau marah-marah jika suami pandai ‘tackle’ mood isteri. Sesungguhnya isteri juga tahu erti Penat dan Isteri juga tidak lepas dari berbuat silap.
4. Tegur isteri dengan kata-kata nasihat yang lemah lembut dan bukan tegur dengan kasar depan anak-anak.
5. Pandai UP ( puji) isteri depan anak-anak supaya anak-anak punya persepektif yang baik tentang ibunya. Sekali suami puji percayalah satu hari tu isteri akan baik mood nya.
Ads
Sesungguhnya mood ceria di dalam rumah itu byk pergantungan nya pada mood seorang isteri/ibu.
6.Jangan down kan isteri atau kutuk isteri depan anak-anak. Ni sangat deep, jangan buat isteri terasa hati sebab isteri akan rasa down dan sedih serta tak mustahil isteri akan berendam air mata.
7.Jangan beratkan tugas isteri, kena masak nasi panas-panas, lauk kena lain-lain tiap-tiap kali makan. Bertolak ansurlah bab makan-makan ni, jika ada lauk lebih boleh saja dipanaskan lagi dan isteri tidak perlu memasak terlalu kerap.
Sangat membantu jika isteri bekerja atau sibuk dengan anak yg masih kecil.
Pesanan untuk Suami/Isteri
Jangan pernah ungkit atau bandingkan siapa lebih penat uruskan keluarga, sesungguhnya suami atau isteri itu ada tanggungjawab dan ada pengorbanan masing-masing.
Bahagia itu terletak di tangan anda sendiri dan semua itu datangnya dari Allah SWT.
Sebaik-baik suami adalah suami yang indah akhlaknya pada isteri dan anak-anak.
Dan…..
Sebabkan Nabi Muhammad SAW pernah berkata wanita lebih ramai di dalam Neraka Jahanam, Nabi berpesan 2 perkara
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan, gaduh sikit-sikit tu biasalah takkan nak elok aja, suami/ isteri itu adalah hadiah yang terbaik untuk kita, Allah dah tetapkan. Hargailah selagi ada didepan mata.
Peringatan buat saya sendiri dan mungkin untuk anda di luar sana juga. InsyaAllah.
Sekadar Coretan
Ros
Osaka Jepun
13 Aug 2019
10:35 a.m.
Pendarahan di awal trimester kehamilan sememangnya begitu membimbangkan. Risau janin masih belum kuat dan masalah lain pula yang akan timbul kelak. Apa sebabnya hal ini terjadi?
Adakah darah ini normal atau berbahaya? Pendarahan faraj semasa hamil trimester pertama adalah perkara biasa.
Dianggarkan lebih 20% kehamilan mengalami pendarahan ringan atau tompokan darah semasa mengandung dan kebanyakan mereka yang berdepan situasi ini dapat melalui kehamilan sihat.
Pendarahan implantasi
Selalunya punca darah keluar semasa hamil yang berlaku adalah tidak berbahaya walaupun sebelum seseorang individu tersebut menyedari diri sedang mengandung.
Biasanya pendarahan ini terjadi apabila telur yang disenyawakan melekat pada lapisan rahim. Ia dikenali sebagai pendarahan implantasi.
Tanda-tanda pendarahan implantasi adalah pendarahan ringan atau tompokan di sekitar tempoh jangkaan kedatangan haid. Namun tidak semua wanita akan melaluinya.
Umumnya istilah tompokan ini biasanya merujuk kepada beberapa titik darah dan tidak menutupi keseluruhan tuala wanita atau panty liner.
Punca pendarahan berat semasa awal kehamilan
Pendarahan faraj semasa awal kehamilan kadangkala menunjukkan masalah yang serius, seperti:
Keguguran
-Pendarahan, sakit perut dan sakit belakang adalah tanda biasa keguguran
-Pemeriksaan menunjukkan bahawa serviks terbuka
– Tisu mungkin tertolak keluar melalui serviks dan faraj
Kehamilan molar
– Keabnormalan persenyawaan yang mengakibatkan pertumbuhan tisu abnormal dalam rahim.
– Kehamilan molar bukanlah kehamilan biasa, tetapi pertumbuhan dalam rahim membawa kepada gejala tipikal kehamilan awal
– Bagi kehamilan molar separa, terdapat pertumbuhan tisu tidak normal bersama kehadiran janin yang mengalami kecacatan kelahiran teruk
Kehamilan ektopik
– Pendarahan faraj ringan dan sakit perut yang semakin meningkat mungkin menunjukkan kehadiran kehamilan ektopik
– Merupakan kehamilan luar rahim di mana telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim
– Untuk kehamilan jenis ini, embrio berada di dalam salah satu tiub fallopio. Apabila kehamilan membesar, tiub akan mengembang dan sakit perut akan menjadi teruk
– Dalam sesetengah kes, ia boleh memecahkan tiub fallopio sehingga mengakibatkan kehilangan darah yang banyak
Pendarahan subchorionic
– Dalam keadaan ini darah terkumpul di antara kantung kehamilan dan dinding rahim
– Ada kalanya, darah beku dalam rahim boleh dilihat semasa pemeriksaan ultrabunyi
– Biasanya badan akan menyerap semula bekuan darah ini, namun terdapat juga darah lama atau beku yang mengalir keluar daripada faraj.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Benarlah orang kata, anak perempuan lebih rapat dengan si ayah. Lihat saja Awal ashaari dan anaknya Lara Alana. Tidak ketinggalan juga Aeril Zafrel dan anaknya,Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa atau lebih mesra dengan panggilan Hayla.
Baru-baru ini suami kesayangan Wawa Zainal ini ada memuat naik satu video pendek sempena hari jadi anak perempuannya itu.
Video yang mempertontonkan Aeril mendukung hayla yang cukup comel dalam persalinan dres ala cinderella berjalan masuk ke sebuah bilik sebagai tanda surprise hari jadi anaknya itu.
kaspyen Aeril berbunyi “orang kata ayah adalah cinta pertama anak perempuan.siapalah agaknya akan menjadi pengganti ayah di hati hayla nanti .”
Ayat Aeril itu menimbulkan rasa terharu dan sebak di kalangan netizen yang membacanya.
jue_aiiYa Allah sweet banget punya papa kayak gini… May allah bless u all..
eewitcDAD will always be their daughter reigning KING.No one can replace DAD..i missed you my king.
issmii_aziahSedihnya…bila org tua syg dan jaga anak.baik2..bila.kwin dipersia2kan ole.suami…tahniah kamu dua..sy suka.tgo klrga kmu…happy romantis dan mengutamkan klrga sndri dr org lain
Dr Hannan Medispa sumbang inkubator neonatal RM80K, “Arwah anak saya pernah dirawat di NICU.” Hannan Medispa Sdn Bhd telah menyumbangkan dua unit inkubator neonatal bernilai RM80,000 kepada Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian.
Dr Hannan Medispa Sumbang Inkubator Neonatal RM80K, “Arwah Anak Saya Pernah Dirawat Di NICU”
Pengasasnya, Dr. Hannan Yusof berkata, sumbangan tersebut bagi keperluan unit neonatal Jabatan Pediatrik yang mengalami kekurangan mesin berkenaan pada masa ini.
Sebelum ini, arwah anak saya pernah dirawat di NICU, HPUSM dan saya memilih hospital ini untuk program CSR ini dan Insya-Allah bantuan ini akan diteruskan pada masa akan datang.
Tambahnya lagi, diharap mesin ini dapat membantu bayi-bayi pramatang yang memerlukan.
Saya dalam usaha untuk menyumbang mesin ultrasound kepada HPUSM juga.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Aset HPUSM, Dr. Mohamed Asyraf Mohamed Daud berkata, terdapat 60 pesakit yang menjalani rawatan dalam wad namun hanya ada 20 buah mesin sahaja yang digunakan.
Pihak hospital memerlukan tambahan mesin bagi menampung kekurangan. Setiap tahun, pihak hospital akan memohon penambahan aset namun kekangan bajet juga menjadi faktor utama. Apabila ada sumbangan seperti ini, pihak hospital sangat mengalu-alukanya.
Untuk info, Hannan Medispa turut membantu mangsa banjir di daerah Tanah Merah.