Ada antara kita bila penat sangat mulalah badan berasa sengal-sengal dan lemah sahaja terasa sekali gus menjadikan malas untuk buat kerja. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja terbaring di atas katil melayan mata yang sentiasa rasa berat dibuka.
Tapi sebagai seorang isteri dan ibu, mana mungkin boleh berbuat demikian. Sedangkan baru buka mata sahaja sudah banyak tugas dan kerja-kerja yang harus dilakukan dan tidak boleh ditangguh-tangguhkan. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini, jam 4 pagi sudah ada yang bangun untuk menyediakan menu bersahur dan sebagainya.
Lantaran itu, kita perlu persiapkan diri agar lebih cergas dan bertenaga. Mungkin dengan amalkan minuman ini dapat membantu. Dikatakan minuman herba ini bukan sahaja bagus untuk kesegaran badan malah punya khasiat lain. INi sebagaimana yang dikongsikan oleh Cheqz Daamieza.
“Orang lain masak-masak untuk makan malam..saya sediakan ni untuk minum malam..”-Cheqz Daamieza
Air Rebusan Kesihatan
Baik untuk :
-Bersihkan rahim
-Buang angin
-Pecahkan lemak
-Naikkan seri muka
-Kesegaran badan
-Detox badan
-Mengurangkan sengugut
Ads
InshaAllah..Moga badan sihat…
Bahan-bahan :
Halia (1 @ 2 ibu jari) Hiris
Kunyit hidup (1 ibu jari) Hiris
Serai (2 batang besar-kalau kecil letak dalam 3-4 batang) Diketuk
Daun Pandan (4 helai jika daun kecil)
Madu (1 sudu kecil) bole ganti gula batu
Air 3-4 Gelas (kalau gelas kecil letak 4 ye)
*Nak letak sireh pun boleh..saya tak letak sebab takde sireh kat umah..
Ads
*Saya letak lebih halia sebab banyak angin dalam badan ni..hehe..boleh juga kalau nak guna halia 1 ibu jari saje..
*Nota tambahan – Jika nak amalkan selalu @ utk minum 2-3 kali seminggu..JANGAN letak kunyit ye..bole gantikan dengan lemon.
Cara-cara :
Masukkan semua bahan2 di atas dalam periuk..renehkan dengan api yang kecil..biar sampai mendidih dalam 15-20 minit..Siap!! bila dah sejuk & nak minum campurkan 1 sudu kecil madu (ikut tahap manis yang anda suka)
Ads
Saya buat ni untuk 2 kali minum ye..pagi & malam..Selamat Mencuba..sambil mereneh tu rumah anda pun ada bau2 wangi nanti sebab ada daun pandan dalam tu..
Ini cara sy minum ye
Saya minum 1 cawan (suam)..pastu off kipas dalam 5-10 minit..biar badan tu rasa panas dan berpeluh sikit..Jangan off lama2 sangat nanti marah pulak suami & famili uols haha.
sumber : Cheqz Daamieza via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah mereka menjadi perhatian warganet sebelum ini bila mana si suami melafazkan talak ketika isteri sedang mengandung.
Menerusi perkongsian terbaru, Ain Afini yang merupakan bekas isteri kepada pendakwah bebas PU Abu Sufyan, selamat melahirkan cahaya mata mereka.
Menerusi perkongsiannya, Ain memuat naik satu nukilan yang cukup puitis dan mendalam maksudnya.
Jasad yang meniup cinta sebelum berjumpa, Denyut jantung yang menolak dari tersembam dalam, Tendangan kecil yang menjadi peneman setia. .
Alhamdulillah, selamat datang khalifah kecil umi ayah @puabu.official . Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan menjadi manusia yang memberi manfaat ❤️.
Ujar Ain lagi, untuk jiwa yang tenang kena sentiasa memaafkan orang lain.
Hiduplah dengan berkasih sayang. Sayangi diri, maafkan dan hargai diri sendiri. Secara tak langsung mudah jiwa ini memaafkan orang sekeliling, hidup terlalu singkat untuk mencipta tembok kebencian. Pilih lah pilihan yang menenangkan hati dan mendekatkan diri dengan redha Allah.
Terima kasih family, ayah @puabu.official tolong uruskan makcik ni ?
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Ain Aini dan mendoakan yang terbaik buatnya.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, demikian juga dalam hal mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu memainkan peranan sedari awal kandungan lagi.
Anak-anak adalah amanah Allah. Kitalah yang mencorakkan keperibadian mereka. Mana mungkin anak-anak akan mendengar kata andai sebagai ibu bapa tidak menunjukkan contoh yang terbaik. Konflik keluarga yang dipaparkan di kaca televisyen bukan omongan kosong bahkan ada yang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita dewasa ini.
Justeru, Dr Hasiba Kamaruddin menerusi laman facebooknya berkongsi kupasannya hasil bacaan mengenai kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya. Betapa hebatnya Nabi Yaakub dalam menangani karenah anak-anaknya. Berkat kesabaran Nabi Yaakub A.S. ini akhirnya anak-anak mengaku bersalah lalu memohon kepada ayah mereka supaya berdoa agar Allah mengampunkan dosa – dosa mereka.
Tanyalah pada diri sendiri, bolehkah kita sebagai ibu bapa untuk memiliki kesabaran dan tawakal yang hebat sedemikian dalam membesarkan anak – anak? Tepuk dada tanya iman. Jom baca perkongsian yang cukup bermanfaat ini.
Setiap kali aku sampai ke bahagian dialog antara Nabi Yaakub A.S. dan anak – anaknya dalam surah Yusuf, otak aku sering menggambarkan sebuah adegan drama keluarga yang ditayangkan di kaca TV. Bezanya cuma tidak ada wajah yang mengisi karakter – karakter itu dalam kepala aku. Seolah – olah otak ini tahu yang mustahil untuk aku menggambarkan lebih dari apa yang tertulis di dalam kalam suci Allah SWT itu.
Dalam surah Yusuf, Allah SWT menggambarkan kepada kita dinamik perangai anak – anak Nabi Yaakub A.S. bermula dengan anugerah kenabian kepada Nabi Yusuf A.S. dan kedengkian adik – beradiknya yang lain terhadap dia dan Bunyamin. Dengki antara saudara ini bernanah hingga ada di antara mereka yang sanggup mencadangkan agar Nabi Yusuf A.S. dibunuh. Bayangkan bagaimana hebatnya Nabi Yaakub berdepan dengan anak – anak yang pelbagai ragam ini.
Sepanjang konflik keluarga ini berlaku, Nabi Yaakub A.S. digambarkan sebagai seorang ayah yang sangat sabar hinggakan tatkala anak – anak beliau datang memberitahu berita yang Nabi Yusuf A.S. dimakan serigala sambil ditunjukkan bajunya yang berlumuran darah, Nabi Yaakub A.S. hanya menegur sikap menipu mereka dan berkata pada dirinya “Fasobran jamil. Allah tempat memohon pertolongan terhadap apa yang kamu ceritakan.”
Begitu juga tatkala anak – anak Nabi Yaakub A.S. datang memberitahunya bahawa Bunyamin telah ditangkap kerana mencuri, beliau hanya menuturkan dialog yang sama, “Fasobran jamil. Semoga Allah mendatangkan mereka semua kepadaku.”
Di sini jelas menunjukkan yang Nabi Yaakub A.S. tidak pernah berdendam atau memarahi anak – anak beliau yang menyebabkan kehilangan dua orang anak kesayangannya bahkan beliau mengambil jalan bersabar dan hanya mengadu kesedihannya kepada Allah SWT walaupun dalam Surah Sad menyebut bahawa Nabi Yaakub A.S. ini memiliki ‘al aidi’ yang digambarkan sebagai kekuatan. Susah tentu, beliau boleh saja menghukum anak – anak beliau dengan kapasiti sebagai bapa dan nabi yang kuat. Namun Maha Suci Allah SWT ingin menonjolkan sisi lain Nabi Yaakub dalam mendidik anak – anak iaitu ‘al absor’ iaitu memiliki pandangan yang tinggi.
Walaupun ada antara anak beliau berkata “Engkau selalu teringatkan Yusuf sehingga engkau dihinggap penyakit atau engkau menjadi termasuk orang – orang yang akan binasa,” bahkan ada juga yang mengatakan bapa mereka itu sudah tidak siuman, Nabi Yaakub tetap berpandangan jauh bahawa Allah SWT yang Maha Mengetahui segalanya akan merungkaikan segala kesedihan yang dialaminya.
Kesan kepada kesabaran dan pandangan jauh Nabi Yaakub A.S. ini boleh kita lihat di akhir kisah ini di mana anak – anak beliau yang berperangai macam – macam itu mengaku bersalah lalu memohon kepada ayah mereka supaya berdoa agar Allah mengampunkan dosa – dosa mereka. Bukan itu sahaja, kesabaran Nabi Yaakub A.S. ini telah meninggalkan legasi kepada Nabi Yusuf A.S. yang juga memaafkan adik – beradiknya yang menzaliminya dulu, “Tidak ada celaan terhadap kamu pada hari ini. Semoga Allah mengampun dosa kamu.”
Memang aku akan menangis setiap kali membaca kisah konflik keluarga Nabi Yaakub A.S. ini dek besarnya jiwa seorang ayah dalam berhadapan dengan anak – anak yang pelbagai ragam. Bolehkah kita sebagai ibu bapa memiliki kesabaran dan tawakal yang hebat sebegitu dalam membesarkan anak – anak?
Kadang – kadang aku rasa sedih bila mendengar konflik antara ibu bapa dan anak – anak yang mungkin bermula dari hal – hal yang remeh seperti dah lama tak balik kampung, tidak berkenan dengan menantu atau anak melebihkan pasangan dari ibu bapa. Perkara sekecil ini kadang – kadang melarat menjadi pergaduhan besar sehinggakan ibu bapa sanggup memanggil anak sendiri sebagai anak derhaka.
Astaghfirullahal adzim. Kalaulah ibu bapa sendiri memanggil anak yang dikandung dan dibesarkan sebagai anak derhaka, apa lagi yang tinggal pada anak itu untuk menghadapi kehidupan ini.
Aku juga teringat akan sebuah kisah seorang artis yang berhijrah. Tatkala orang bertanya, apa yang menyebabkan dia tergerak hati untuk berhijrah. Katanya, “Mak saya. Setiap kali saya nak keluar menyanyi atau buat benda – benda lagha, mak saya hanya kata, mak selalu doakan kamu semoga kamu menjadi orang yang lebih baik. Saya rasa atas berkat doa mak saya itulah Allah beri saya hidayah dan taufik untuk berhijrah.” MasyaAllah hebatnya mak artis ini.
Kisah – kisah begini sangat meruntun jiwa aku supaya sentiasa beringat yang anak – anak ini adalah ujian dari Allah SWT untuk kita sentiasa bersabar dan akhirnya akur untuk menyerahkan segala urusan mereka kepada Dia Yang Menciptakan. Kadang – kadang kita mungkin sudah habis daya dalam menguruskan anak – anak supaya mereka sentiasa berada dalam kebaikan namun ibrah dalam Al Quran terus menerus mengingatkan kita yang akhirnya semua itu adalah urusan Allah SWT. Kita perlu jalankan saja peranan itu sebagaimana yang diajar olehNya melalui kitab ini.
Semoga Allah SWT sentiasa bersama kita dalam perjalanan keibubapaan ini. Amin.
p/s: Menghargai pandangan para asatizah yang lebih berilmu dari saya dalam memahami kisah Nabi Yaakub ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menanam pokok kunyit antara pokok yang bolehlah dikatakan wajib ada di setiap rumah bagi yang gemar bercucuk tanam. Ini memandangkan, daun kunyit sering digunakan di dalam masakan bahkan isinya juga.
Pun begitu, tidak dinafikan untuk menanam pokok kunyit agar berdaun lebar dan subur menghijau ada cara dan ilmunya yang perlu diketahui. Jika salah caranya itu yang menyebabkan sering terjadi pokok kunyit yang ditanam tidak dapat hidup dengan subur dan macam-macam lagi yang boleh terjadi.
Oleh itu, apa kata buat anda yang baharu ingin mencuba menanam pokok kunyit ikuti tip yang dikongsikan oleh Siti Samsiah atau lebih mesra membahasakan dirinya dengan panggilan nenek di media sosial.
Cara Nenek Tanam Cun Melecun Tanpa Cacat Daun
Ini Pokok kunyit nenek cun melecun tanpa cacat daun. 3 gambar lagi tu baru semai pun dah naik cantik tunas-tunas. Ini cara nenek semai atau tanam kunyit.
Langkah 1 : Cangkul atau gemburkan tanah. Nenek guna tanah kompos beli di nursery dan ditambah dengan tanah sabut hancur.
Langkah 2 : Gaul tanah tadi dengan baja organik tinja ayam.
Langkah 3 : Biarkan beberapa hari.
Langkah 4 : Kemudian tabur isi-isi kunyit pastikan mata tunas hala ke atas.
Langkah 5 : Tutup nipis-nipis dengan sabut hancur/cocopeat/tanah peroi dan disiram hari-hari.
Langkah 6 : Nenek tanam dibawah matahari sepenuhnya
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520