Sejuk mata memandang dua insan yang cukup istimewa di mata rakyat. Kelihatan Tun Hasmah dan juga Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam satu majlis bacaan yassin baru-baru ini. Tingkah laku mereka yang cukup rapat dan akrab dipertontonkan dalam foto hasil bidikan lensa kamera pihak istana negara.
Ibarat anak-beranak, kedua-duanya tampak begitu mesra membuatkan netizen melahirkan rasa kagum dan terharu.
Umum mengetahui, Raja Permaisuri Agong sebelum ini memang dikenali sebagai seorang yang sangat dekat dengan rakyat dan seorang yang sangat merendah diri. Demikian juga dengan Tun Siti Hasmah yang sering menonjolkan sifat-sifat keibuan setiap kali bertemu dengan orang ramai.
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara.
Dalam majlis tersebut, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan mencemar duli menghadiri majlis tersebut selain Raja Permaisuri serta anakanda-anakandanya.
Video yang berdurasi beberapa saat telah diambil dan dimuat naik ke Twitter sehingga mendapat perhatian Tengku Jihan iaitu anakanda Yang Di Pertuan Agong.
Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata pengguna media sosial begitu kagum dengan kemesraan yang ditonjolkan itu.
Menghadapi tempoh akhir zaman, kita sebenarnya kena buka mata dan muhasabah diri kita sendiri untuk jadi insan yang lebih baik. Sebagai mak ayah lagilah kita kena berperanan lebih kuat untuk pastikan anak-anak jadi insan berguna.
Bekalkan anak-anak dengan Al Quran. Itu dah jadi satu kewajipan buat kita sebagai mak ayah. Bagi diri kita sendiri, kita kena cari masa untuk cuba bertafakur setiap hari. Lima perkara yang dinyatakan Ustazah Norhafizah Musa melalui sebuah program di Tv ini patut kita amalkan.
1. Ayat-ayat Quran. Setiap hari baca Quran. Baca walau satu ayat dan tadabbur bagaimana ia mempengaruhi aqidah kita, ibadah kita dan akhlak kita.
2. Pandang apa-apa disekeliling kita dan ingat akan kebesaran ALLAH. Semua tu Allah yang ciptakan!
3. Fokus pada kesyukuran. Celik mata kena syukur belum berada dalam kubur. Syukur hari ni masih lagi hidup, masih lagi boleh bertaubat, masih diberikan peluang tambah amal, masih boleh lihat orang-orang tersayang, masih lagi ada keluarga. Ukur kesyukuran kita.
4. Renungi kesalahan dosa-dosa kita. Ya ALLAH aku ni emosional sangat la. Ya ALLAH aku ni suka mengumpat. Aku ni suka ujub, aku ni suka check in check out, aku ni suka feeling bless feeling ohsem asyik upload FB. Nak puasa pun ambik gambar syukur rezeki sahur hari ni. Nak buka puasa upload gambar syukur ni menu buka puasa aku hari ni. Dah riak takabbur tunjuk amalan kat orang. Tengok balik kita punya posting, kita punya percakapan di FB, IG, Whatsapp ada tak kita ujub, riak, takabbur atau bajet bagus.
5. Renung tanggungjawab kita. Aku ni buat ke tak tanggungjawab aku sebagai seorang anak, sebagai isteri, sebagai suami, sebagai ibubapa, sebagai menantu, sebagai mertua, sebagai majikan, sebagai pekerja.
Lima perkara ni kena renungkan setiap hari terutama selepas solat, ketika kita dalam keadaan bersih hati kerana aura energy positif kita adalah selepas solat dan sebelum kita tidur.
Bila setiap kali kita renung ayat-ayat Allah, kita akan jadi hamba yang taat. Bila tengok apa-apa yang berlaku ingat Allah. Mata hati kita jadi lebih terang bila kita sedar akan kuasa Allah di mana-mana.
Apbila kita bersyukur, kita juga semakin kurang merungut setiap hari. Kalau kita lihat silap dan dosa diri , kita sibuk nak perbaiki diri sendiri, tak ada masa nak tengok berita nak lihat nak cari salah orang. Kalau kita renungi tanggungjawab kita, kita akan jadi orang yang amanah yang menjalankan tanggungjawab.
Insyaallah hidup kita akan jadi lebih tenang dan bahagia. Nak tahu status hati kita tengok status ketenangan.
Kalau kita solat tapi hati tak tenang ada something wrong dengan solat. Ada something dengan solat, takut ada something wrong dengan wudhuk.
Mekap yang tak dicuci dengan sebersihnya menggunakan makeup remover menyebabkan wudhuk tak sah. Wudhuk tak sah mengakibatkan solat tak sah. Bila solat kita Allah tak terima, hati tak tenang, hidup tak bahagia.
Begitu kata Ustazah Norhafizah. Jadi kita kenalah muhasabah diri dan periksa diri kita setiap hari sepertimana yang disarankan oleh beliau.
Sepuluh ayat ni juga boleh anda amalkan setiap hari untuk jadi insan yang lebih baik. Usahakan diri untuk berubah.
10 Surah Yang Baik Di Amalkan Setiap Hari
1. Surah Al Fatihah – Baca ketika hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
3. Surah At Dhuhan –Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita selamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. Surah Al-Waqi’ah –Baca setiap malam, insyaallah tidak akan miskin.
5. Surah Al Khausar –Allah SWT akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki.
6. Surah Al-Khafirun-Perumpamaannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
7. Surah Al-Mulk – Lepas dari siksa kubur.
8. Surah Al Ikhlas –Terlepas kesusahan duniawi, dimudahkan gelombang sakratulmaut dan dihindarkan dari kegelapan kubur.
9. Surah Al Falaq –Terlindung dari godaan syaitan dan kejahatan manusia.
10. Surah An Nas – Buat hati lebih terang dan dilindungi daripada syaitan dan jin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Viral satu video seorang influencer yang dikatakan telah bertindak biadap ketika dia bertanya mengenai kehidupan masa lampau seorang lelaki warga emas.
Di dalam video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Carl Samsudin dikatakan bertanyakan soalan. Bagi yang menjawab soalan yang dilontarkan, influencer tersebut telah menawarkan sejumlah wang kepada sesiapa yang berani ke depan.
Warga emas tersebut dikatakan tampil ke depan dan disebabkan keberaniannya, influencer berkenaan telah memberikan RM50. Namun di dalam video tersebut kelihatan seolah-olah dimarahi .Tindakan influencer yang juga usahawan tersebut menerima kecaman warga maya.
Terbaru, satu video pendek dimuat naik oleh Ahmad Fedtri Yahya di akaun Instagram miliknya yang memaparkan sesi temubual bersama warag emas berkenaan.
Pakcik jangan sedih… Ramai hargai pakcik.” Demikian kapsyen yang dimuat naik oleh Fedtri.
Di dalam perkongsian tersebut, warga emas itu hanya mampu mengucapkan terima kasih dan dia menyerahkan perkara itu kepada Tuhan.
Terima kasih banyak saya tak boleh balas, saya hanya serah kepada Tuhan.
Memang itu jawab dia betul. Bukan Tuhan mengubah nasib kita, kita sendiri ubah.
Video berdurasi 16 saat itu meraih perhatian warga maya. rata-rata melahirkan rasa sebak dan sedih apabila melihat video berkenaan.
Sedangkan terpisah dengan pasangan buat jangka masa pendek pun sudah memendam rindu, apatah lagi bila berjauhan dalam tempoh yang lama. Lebih-lebih lagi buat pasangan yang baru berumahtangga.
Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita yang terpaksa berjauhan dengan suami dan paling mengejutkan mereka tidak pernah berjumpa walaupun sudah 7 bulan berkahwin.
Kisah ini dikongsikan oleh individu tersebut yang dikenali sebagai Natasya di laman Tiktoknya yang memuat naik video dirinya menunggu ketibaan suami di lapangan terbang dan terus bergegas mendakap erat tubuh suaminya sejurus lelaki itu keluar.
Dalam kapsyen perkongsian, difahamkan mereka tidak pernah bersemuka, dan bercinta tanpa pernah berjumpa.
Aku tak pernah jumpa dia depan-depan hanya bercinta tanpa berjumpa.
Bukan itu sahaja, pasangan itu juga difahamkan telah bernikah secara dalam talian ketika wanita itu berada di Malaysia, manakala lelaki tersebut berada di Australia.
Aku nikah ‘online’ tanpa berjumpa, lepas nikah 7 bulan tak dapat jumpa dan tinggal sekali sebab dia dekat Australia aku dekat Malaysia.
Meskipun mengakui bahawa hubungan jarak jauh itu bukan sesuatu yang mudah untuk mereka, wanita itu yakin bahawa suaminya itu jodohnya dan bersyukur jodoh mereka terpelihara.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terpegun dengan ketabahan pasangan itu, selain ada yang turut sebak melihat detik manis berkenaan.