Orang yang mengalami Migrain sensitif kepada hampir segala-galanya. Antaranya sinar cahaya matahari boleh mencetuskan sakit yang teruk terutama seluruh kepala. Migrain dipautkan kepada deria amaran termasuk kerlipan cahaya, kebas di tangan dan kaki, bintik buta, loya, dan muntah-muntah.
Preskripsi ubat-ubatan boleh memberi kesan buruk terutama jika tempoh penggunaan yang lama dan berterusan. Jadi bagi yang mengalami migrain yang kerap dan teruk anda boleh mencuba cara alternatif yang lebih selamat dan berkesan.
Ubat ini diperbuat daripada garam. Pastikan hanya garam berkualiti tinggi digunakan dan sebaiknya gunakan garam Himalaya organik jika anda mahu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Garam ini akan membantu anda mengurangkan sakit kepala yang teruk dan migrain. Selain itu, ia akan membantu anda menguatkan sistem imun serta membantu memulihkan bacaan alkali dan elektrolit dalam badan anda.
Ads
Antara bahan lain untuk petua ini ialah lemon. Lemon dianggap sebagai salah satu buah-buahan yang mempunyai alkali. Badan kita mendapat banyak manfat apabila lemon digabungkan dengan garam kerana membantu anda mengurangkan migrain:
Mulakan dengan memerah limau tersebut ke dalam segelas air, dan kemudian tambah garam Himalaya kepadanya. Gaul dan ubat migrain anda bersedia untuk diminum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidup berpasangan itu fitrah semula jadi, dan yang pasti setiap satu ada pasangannya. Perkahwinan adalah ikatan yang menyatukan dua jiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan.
Namun kehidupan berumah tangga kena saling memberi dan menerima. Begitu juga dalam hal tanggung jawab kepada anak. tidak boleh hanya satu pihak sahaja yang melaksanakannya.
perkongsian Dr bernama Farhanah Ibrahim mungkin perkara biasa yang sering dialami oleh kaum wanita begelar ibu. Tambah-tambah lagi yang bergelar suri rumah.
Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
IMAMKU
Bayangkan situasi ni…
Pada suatu petang…
Suami pegi masjid untuk Maghrib. Sebelum ke masjid, Alhamdulillah sempat masakkan nasi.
Si isteri pulak elok-elok azan maghrib, selesai masak lauk dan sayur.
OK, masa untuk solat!
Sementara tu bagi anak-anak makan buah, kengkonon nak bagi leka sementara masuk toilet.
Masuk bilik air, baru nak pee pee…
“Ummiiii, adik tumpahkan buah atas katil”
Ok, tak urgent. Sambung pee pee. Baru nak ambik wudhuk…
“Ummiiii, angah kacau lauk atas dapur”
Ok, ni urgent. Bahaya takut main dapur gas. Keluar-keluar tengok si anak teruna dah panjat atas kerusi, tengah pegang senduk kacau kuali. Kuali penuh air yang dia tuang ke dalam minyak bekas goreng ayam!
Dah settle yang ni, masuk semula toilet nak ambik wudhuk.
“Ummi, angah letak plastik atas kepala adik”
Ok, emergency. Keluar balik toilet. Tengok diorang seronok main bungkus plastic bag kat kepala.
“Jangan buat lagi macam ni, boleh MATI tau!”
Suara si ummi dah start pitching tinggi. Pastu masuk toilet balik.
Tengok-tengok pukul 8.03pm baru nak solat maghrib. Huhuuu nanges.
Then encik hero pun balik dari masjid. Rasa macam ada pasukan bomba dan penyelamat mai rescue?
Si sulung reporter tadi cerita balik semua kejadian.
“Ok takpa, nanti kita basuh”
“Ok takpa, nanti baba tukar cadar”
Penuh tenang, si baba pun terus tukar cadar, tekan mesin basuh. Pastu senduk nasi, hidang lauk. Tukarkan pampers, mandikan si kecik dan suapkan makan. Ummi habis solat maghrib, makan together. Habis makan, elok-elok azan Isyak. Encik hero pun ambik wudhuk dan pi masjid semula.
Ada suami yang spend masa kat masjid, dari sebelum maghrib sampai lepas kuliah isyak. Bagus, memang bagusss.
Tapi rupanya isteri dia kat rumah solat maghrib dekat pukul 8.30pm sebab uruskan anak-anak. Yang accident terkencing atas lantai, yang terberak sampai bocor atas sofa, yang bagi pecah pinggan, bagi tumpah air. Yang teriak lapaq susu lagi. Maklumlah, anak 4 orang setahun sorang kan!
Suami khusyuk je dengar kuliah isyak kat masjid. Sampai mengalir-ngalir air mata.
Tapi rupanya si isteri kat rumah pun menitis air mata sebab nak kencing pun kena tahan, kena bagi makan anak-anak yang mengamuk kelaparan, bagi menyusu baby yang meraung kehausan…
Suami kat masjid, habis kuliah sembang pulak. Siap bergurau dengan member, “wei, hang bila nak tambah tentera, aku ni nak masuk 5 dah tahun ni tau”
Padahal suami tu tak tau, masa bukak buku pink, isteri siap cakap kat Dr nak gugurkan kandungan sebab tak bersedia. Penat tak terhingga.
Balik masjid, suami goyang kaki atas sofa tengok TV, siap order teh O panas kat isteri. Padahal isteri tadi dahlah belum mandi, baju bau susu masam, ketiak bau ikan kering, isyak pun takdan solat lagi.
Hmmmm
Jangan silap pahammm. Pegi masjid tu dituntut, sampai Nabi nak bakar rumah lelaki yang tak berjemaah kat masjid.
Tapi islam bukan hanya pada kuliah masjid semata. Bukankah Islam juga ajar berlaku ihsan dalam setiap aspek kehidupan? Ilmu dan praktikal perlu seiring. Dah dengar kuliah, balik tu santunilah juga keluarga, tolong-menolong dan kerjasama dalam kerja-kerja rumahtangga, tak gitu?
Syumul kan islam?
Jangan salah pahammm. Solat berjamaah di masjid tu tersangatlah awla.
Tapi islam juga ajarkan fiqh aulawiyat. Kalau dah anak setahun sorang kecik-kecik tu, paham-paham jelah ribut kat rumah tu macamana. Pertimbangkanlah sebaiknya, kalau perlu skip kuliah ke, atau boleh balik kejap antara maghrib dan isyak, usahakanlah mana yang perlu, utamakan yang wajib dulu. You know your family and kids better.
Jangan lupa, abam kemain bersiap berhias berminyak-atar bagai nak ke masjid tu, buatlah jugak persiapan apa yang patut bagi isteri jugak boleh solat awal waktu kat rumah. Dah nak petang tu, jangan isteri je sibuk masak nasi, goreng lauk cuci pinggan kemas dapur, angkat baju kat ampaian, mandikan basuhkan berak anak, etc etc.
Takkan derma sperma je bang, ni sperma dah jadi anak-anak ni, tolonglah mengasuh sekali buat apa yang patut. Hehe Takpun, kalau abam mampu, apa kata hadiahkan pembantu rumah kat isteri. Tak boleh bibik, #vivix pun boleh. Eh
Lagi satu, nak anak setahun sorang tu boleh, tapi kalau isteri tak mampu physically dan emotionally, dan abam pun macam tak membantu sangat, takdenye dosa family planning tu bang. Bukannya membunuh pun.
Jangan sampai kemurungan bini abam nanti. Kakhana baru je jumpa sorang isteri yang 3x mai klinik insist nak gugurkan kandungan dia.
Apapun, TQ baba! Walaupun pegi masjid, tapi tak tinggalkan isteri dan anak-anak kat rumah terkontang-kanting. Tak kekok basuh baju lipat kain. Tak janggal basuh berak anak tukar lampin. Tak kisah masak nasi basuh pinggan.
To me, macam ni barulah IMAM SEBENAR, our real HERO.
Terima kasih mak & abah mertuaku sebab didik anak mak abah jadi suami dan baba yang baik! Doakan kami dapat didik anak-anak jadi pasangan dan imam yang baik juga, untuk keluarga dan untuk ummah❤️
Salah satu sayur yang digemari ramai adalah sayur kangkung. Malah ada juga yang gemar makan kangkung bergitu sahaja seakan ulam.
Jika asyik beli di kedai, apa kata cuba tanam sayur ini. Bagi yang baru nak mula berkebun boleh ikut cara ini. Sayur kangkung antara sayur yang mudah hidup dan cepat tempoh masa untuk dituai.
Ikuti perkongsian ini.
Kami panggil Kangkung Paya. Atau kangkung kampung.
Tumbuh liar kat paya or mana-mana dalam hutan. Selalunya orang kat pasar tani jual seikat 2 ringgit.
Tapi dek kerana asyik beli je tiap minggu. Sebab sayur faveret atuk. Tim cubalah tanam. Kihkih. Jimat lah beberapa ringgit seminggu. Kalau setahun banyak gak jadinya.
Lagipun tak payah tunggu pasar tani dah. Anytime nak makan pun boleh petik gak. Setakat nak goreng mihun ambil sikit dah okay sangat.
Ada 2 jenis macam dalam gambar. Cara tanam dia pun senang.
1. Masa beli tu, sila ambil daun buat goreng sayur. Tinggalkan pucuk kat atas sekali dan batang dia. Ada pucuk pokok akan cepat tumbuh. Kalau terpotong pucuk dia pun takpe. No worries.
2. Rendam kejap 2/3 hari kasi akar keluar. Kadang Tim rendam sampai seminggu sebab tak sempat nak menanam. Kahkah.
3. Boleh tanam dalam campuran tanah. Tim suka campuran tanah 1:1:1. Pasir : Tanah Merah : Kompos. Atau takde pasir pun takpe sebab kangkung nak air banyak.
4. Boleh juga tanam dalam air bertakung. Tim buat macam no 3 cuma tak tebuk lubang. Kiranya ada sepasu ada lubang. Ada sepasu lagi takde lubang. Cuma Tim rasa pasu yang ada lubang pokok dia lebih cepat gemuk berbanding pasu yang bertakung air.
5. Tanam di tempat redup untuk 2 minggu. Kemudian pindahkan ke tempat panas . Tengok daun dia lecur ke tak bila kena panas. Kalau cam layu or lecur pindah balik tempat redup.
6. Boleh dah tuai lepas 4 minggu. Kemudian tuai lagi lepas 2 minggu. Atau tuai bebila nak. Batang pucuk yang potong tu boleh ditanam semula.
Kalau nak sentiasa banyak stok, tanam lah banyak-banyak. Tim pun nak tanam lagi beberapa pasu. Supaya stok sentiasa banyak.
Rujuk gambar
Selamat mencuba!
Kredit: Fatimah Naamat
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Keakraban Wany Hasrita bersama ibunya memang sudah diketahui sejak dahulu lagi. Bahkan dua beranak ini sangat rapat dan ke mana sahaja si gadis melangkah pasti ada ibunya yang setia menemani.
Sementelah keduanya memiliki wajah yang seiras, apatah lagi ibunya nampak masih muda ibarat kedua-duanya seperti adik dan kakak. Namun, jarang Wany berkongsi kisah atau gambar bersama ayahnya.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah baru-baru ini memuat naik sekeping gambar bersama ayahnya. Menerusi kapsyennya, Wany menitipkan ucapan selamat hari lahir buat ayahnya.
Happy belated birthday ayah. Semoga diberikan kesihatan yg baik & bahagia dunia akhirat. Sayang ayah. ❤️
Bagi yang belum tahu, ibu bapa Wany sudah berpisah lama. Menurut Wany, dia hanya mengetahui ibu dan bapanya sudah bercerai apabila terjumpa dokumen perceraian yang disorokkan selama hampir setahun.
Biarpun ketika itu Wany berusia 12 tahun namun dia boleh memahami keadaan itu dan menerimanya dengan baik.
“Saya dapat tahu ibu dan ayah bercerai selepas terjumpa dokument perceraian mereka yang disorok. Rupa-rupanya mereka dah bercerai hampir setahun tanpa pengetahuan saya.
“Selepas baca dokumen tu, saya pergi bilik ibu dan bertanya pada dia. Tapi dia yang menangis dan saya tenang sahaja.
“Saya tak tahu fasal perceraian itu sebab saya tinggal bersama nenek saudara ibu selama setahun sebab ibu dan ayah kerja dan tak ada siapa boleh jaga saya.
“Walaupun waktu itu saya hanya berusia 12 tahun tapi dah boleh faham apa yang mereka lalui dan saya terima dengan baik,” katanya sebelum ini dalam temu bual bersama Mstar Online.
Aplikasi Nuramma ciptaan mahasiswa Indonesia, Ali An Nuur, menggunakan teknologi AI untuk membantu kanak-kanak menghafal Al-Quran. Inovasi ini turut melayakkan beliau memenangi Apple Swift Student Challenge 2026.