kehadiran permata hati yang diberi nama El Issac Yamani menjadi pelengkap kebahagiaan Datuk Jamal Abdillah dan isteri serta tiga anaknya yang lain. Bayi yang selamat dilahirkan isterinya, Datin Zai Izzati sekitar setengah jam lalu merupakan anak keempat bagi seniman yang berusia 61 tahun itu.
Lebih istimewa lagi, bayi lelaki itu dilahirkan pada tarikh yang cukup istimewa. El Issac Yamani yang dilahirkan sempurna dan sihat itu juga sudah mempunyai panggilan timangan iaitu Zack iaitu nama karakter Jamal dalam filem Azura yang pernah memasyhurkan namanya sekitar tahun 1980-an.
Berkongsi berita gembira itu, Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali berkata, tiada apa yang mampu dizahirkan beliau selain mengucapkan rasa syukur pada Allah kerana diberikan rezeki cahaya mata.
“Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Menerima anak pada usia sebegini adalah rahmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya dan isteri menerima kelahiran ini dengan penuh rasa syukur,” kata Jamal lagi.
Berdasarkan perkiraan tarikh yang dibuat oleh doktor sebelum ini, Jamal berkata, isterinya pada awalnya dijangka melahirkan anak mereka pada 17 November ini.
Ads
Ads
Ads
Bagaimanapun, beliau dan Zai Izzati sepakat untuk melakukan pembedahan kelahiran pada 11 November (hari ini) kerana tarikhnya sangat unik dan amat istimewa.
“Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah untuk ingat tarikh lahir Zack nanti,” cerita Jamal lagi.
Selain Zack yang dilahirkan di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak pada tarikh istimewa hari ini, anak ketiga Jamal iaitu Nur Azura Yamani juga dilahirkan pada hari yang mudah diingati iaitu pada 10.10.2019.
Buntu juga bila mana pokok yang kita tanam masih belum menampakkan petanda untuk berbunga apatah lagi berbuah lebat. Puas dijaga dan dibaja dengan baja yang sesuai tetapi tanaman kita masih lagi tak berbunga.
Jangan buntu atau putus harapan dengan tanaman kita sebaliknya boleh cuba usahakan cara ini, seperti yangdikongsikan wanita ini di blognya, adaapadgnaidadewie.blogspot.my.
Dia yang menggunakan lebihan nasi dan kemudiannya dibiarkan diperam sehingga mengeluarkan hasil tapaian berjaya membuatkan tanamannya berbunga selepas 2 minggu. Hebat kan?
Jadi jomlah kita cuba.
Nak kongsi pulak lagi satu tips ni, rasanya saya pernah kongsikan dulu tapi mungkin tak berapa jelas. Jadi kepada readers yang email saya tanya tentang enzim pokok tu, saya buatkan soal jawab khas untuk menjawab soalan-soalan kamu ye.
S: Berapa lama nak peram nasi tu baru jadi enzim?
J: Bergantung kepada beras yang kamu guna. Ada sesetengah beras cepat basi tapi ada sesetengah beras boleh tahan lama.
S: Nasi boleh guna apa2 jenis pun ke?
J: Boleh guna apa-apa jenis nasi asalkan nasi putih dan tidak berminyak. Nasi beras merah orang Terengganu buat nasi dagang tu tak boleh la.
S: Ada beza ke?
J: Secara logiknya, beras merah dikukus dengan santan untuk jadikannya nasi dagang. So, dah bukan nasi biasa sebab bercampur dengan bahan yang mempunyai sifat berminyak iaitu santan. Nasi lemak pun tak boleh sebab ada santan walaupun warnanya putih.
S: Bagaimana tekstur nasi tu sebelum boleh jadi enzim?
J: Nasi basi yang telah berubah ke proses penapaian. Teksturnya agak lembik dan mungkin ada air masam yang keluar. Mungkin juga terdapatnya ulat-ulat yang bertindak sebagai agen pengurai.
S: Mesti kena tanam ke nasi basi tu?
J: Letak je kat pangkal pokok tu pun boleh, tapi kalau lalat mai datang buat kenduri kat situ saya tak tanggung.
S: Boleh bagi contoh gambaran tak?
J: Sila tengok gambar kat bawah ye.
Ringkasan Cara
1. Lebihan nasi jangan dibuang, simpan semalaman atau lebih.
2. Esoknya periksa samada nasi telah basi dan kelihatan lembik atau tidak.
3. Jika tidak, biarkan disimpan lagi supaya mengeluarkan enzimnya.
4. Kemudian barulah diletakkan pada tanaman kita.
Contoh pokok yang berbunga dan berbuah selepas 2 minggu – 6 minggu diberikan enzim.
So, selamat mencuba!!
Kredit: adaapadgnaidadewie.blogspot.my.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang kanak-kanak berusia 19 bulan disahkan oleh doktor menghidap kanser ovari tahap tiga pada Rabu lalu.
Kanak-kanak itu, Daneen Auni Riksi kini sedang menjalani rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) dan bakal menjalani rawatan kimoterapi dalam masa terdekat.
Menurut ibunya, Fallarystia Sintom, 25, semuanya bermula selepas tangisan berpanjangan Daneen selain sukar membuang air besar yang dialaminya.
Ujarnya lagi, dia mengakui agak terkejut dan sedih dengan ujian yang dihadapi sebaik mengetahui anak bongsunya itu yang belum pun berusia dua tahun disahkan menghidap kanser tersebut.
“Saya sangat tidak sangka sebab kanser ovari jarang kita dengar dihidap pada usia begini, biasanya kena pada usia 40 tahun ke atas atau sudah datang haid.
“Doktor ketika ini sedang meneliti kes anak saya sebab jarang ditemui. Sebaik saja dimaklumkan, saya sedih sebab anak saya masih kecil lagi sudah dibuang ovari sebelah kanan,” katanya berkongsi.
Kembung perut dan sembelit sejak Ogos lalu
Ditanya lanjut bagaimana mula dikesan mengenai kanser tersebut, Fallarystia mengatakan anaknya mengalami kembung perut dan sembelit sejak Ogos lalu.
“Anak saya tidak selesa dan memandangkan dia belum pandai bercakap, dia hanya menangis apabila mengalami sakit bahagian perut. Selain itu, perutnya juga kembung dan agak sukar untuk membuang air besar.
“Malah dia juga sudah tidak aktif seperti sebelum ini dan tidak mahu berjalan sebaliknya hanya mahu didukung. Kami mula membuat pemeriksaan di Hospital Kota Marudu namun belum dapat dikesan mengenai sakitnya.
“Kemudian, satu hari bacaan darah anak saya jatuh mendadak dan menyebabkan dia terus dirujuk ke HWKKS pada 28 September lalu dan disitu barulah dapat dikesan ada ketumbuhan serta mengalami pendarahan.
“Bagi mengeluarkan ketumbuhan sebesar 13.50 sentimeter tersebut, anak saya perlu dibedah segera. Pada Rabu lalu, selepas pembedahan dilakukan barulah doktor mengesahkan anak saya menghidap kanser ovari,” katanya sebak.
Dia dan suaminya yang bekerja di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat bergantung harap kepada Allah dan juga usaha daripada pihak hospital.
“Buat masa ini, anak saya dalam tempoh penyembuhan selepas dibedah untuk membuang ketumbuhan tersebut. Jadi selepas itu barulah dia boleh memulakan rawatan kimoterapi.
“Doktor berpesan bahawa sakit anak saya ini ada ubat, maksudnya kimoterapi. Selagi ada ubat maksudnya ada harapan dan dalam masa sama saya juga berdoa supaya diberikan kesembuhan kepada anak saya,” katanya.
Sehubungan itu, Riksi berkata, untuk menampung kos perbelanjaan dan rawatan beliau memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi meringankan beban keluarganya itu.
Selain dikurniakan wajah yang cantik, dia juga cukup lemah lembut dan baik orangnya. itu antara pujian yang sering dilemparkan buat pelakon cantik manis, Nur Fazura.
Terbaru, Fazura berkongsi cerita terpaksa mengambil pembantu luar memandangkan pembantu dan pengasuh yang diupah tidak dapat masuk ke Malaysia disebabkan Pandemik Covid-19.
Justeru, dua bulan wanita yang dikenali sebagai kak Amy dari @lavenderconfinementcare diupah untuk menjaga bayi mereka Fatima selama dua bulan. Selain itu, Amy yang tinggal bersama mereka selama dua bulan itu juga turut memasak dan mengurutnya.
Di dalam instastorynya, Fazura memuji akan keprihatinan wanita berkenaan yang sangat menyayangi anaknya seperti anak sendiri.
“Bukan hanya menjaga dan sayang Fatima macam anak sendiri, kak Amy juga tolong sediakan masakan, sedap pula tu serta urut pun best.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.