Kegembiraan pasangan ini bakal menyambut anak pertama mereka bertukar duka. Dalam satu perkongsian, pelakon popular, Fasha Sandha memberitahu bahawa dia baru sahaja keguguran.
Berita tersebut dikongsikan menerusi laman instagramnya dengan memuatkan sekeping gambar. Mengakui diri terlalu lasak dan banyak bergerak sehingga terlupa dirinya sedang berbadan dua.
“Ibu mintak maaf suamiku tercinta , Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan,untuk banyakkan berehat, jangan terlalu lasak2.
‘Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju2 , buat kerja ,sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu.
Ads
“Ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tau ibu bukanlah ibu yang terbaik ?.
Sambil berterima kasih atas doa semua, Fasha memberitahu bahawa dirinya keguguran.
To my dear followers, Thank you for all your well wishes on my pregnancy. I’m deeply saddened to tell you I’ve miscarried. Doakan supaya kami kuat dalam melalui ujian ini. @itsaidilaziz kita teruskan berdoa dan usaha, semoga kita ada rezeki lagi dimasa akan datang. InsyaAllah kita akan lebih kuat #aidilfasha
Berita tersebut turut mendapat reaksi netizen yang rata-rata melahirkan rasa simpati. Dalam masa yang sama menitipkan doa semoga pasangan ini terus tabah.
Sabar dengan ujian
lietariyadinata Saya dah 4 kali gugur sedih memang sedih tapi nak buat MCM mna..tu semua ujian Allah..saya harap Fasha Sandha sabar dengan ujian ini…
adamaidil307 Saya pun baru keguguran raya ke 3…kandungan umo 2bln???sama2 tak de rezeki laa kite fasha,betapa bahagia excaited nak dpt baby lg tiba2 allah ambik balik nikmat kite sbg ibu mengandung…kang tgh rasai nikmat org berpantang because gugur???nikmat nya mashaallah yg before this Im not think
yusnizawatiyatim Sabar ya fasha.. sy pun pernah alaminya keguguran seawal kandungan 12week lepas sebulan pada tu sy pregnant lg keja berat mmg sy x pernah buat puasa pun x sbb sygkn baby .. pernah jgk drive balik lg sbb bergilir dgn suami tp bykkn benti takut baby pun penat..
khadgani kuatkan semangat.. 6 tahun lalu saya kehilangan baby boy saya 19 weeks..sebab doc suh saya bed rest.. saya kerja juga.. kena kuat sis.. insyallah ada rezeki lagi…lepas ni sis kalau preg lagi bed rest..
Belum ada rezeki
_farhanayasmi allahu takziah sis , in shaa Allah ada rezeki tu , saya 5 kali gugur sekarang pun masih berusaha untuk dapatkan anak no 2 mungkin belum ada rezeki . saya doakan sis kuat yea . pantang elok-2 sis
ichang_skygirlz Ya Allah fashaaa be stronggg I do feel u coz I also just miscarried???pls rest well and berpantang leklok..semoga Allah senantiasa melindungi fasha insyaAllah aamin2?
dgsu25 Salam Takziah Fasha n Suami. You were too active ke hulu ke hilir, penat I tengok ? please get well properly n berpantang. Get some rest. In Sha Allah akan ada rezeki lagi.. Aamiin.
Menghidangkan juadah untuk keluarga tercinta dengan makanan bercita rasa kampung, ada keunikannya yang tersendiri.
Jadi apa kata, jika memilih ikan pekasam dimakan bersama dengan pulut untuk dijadikan pilihan menu sarapan.
Atau pun, jadikan menu pelengkap untuk juadah tengah hari juga tidak akan menghampakan. Membayangkan sahaja menu ini, buat penggemar ikan pekasam memang boleh kecur liur dibuatnya. Malah perkara biasa, bila makan nasi dengan adanya ikan pekasam pasti makan bertambah.
Untuk itu usah tunggu lagi, jom ke dapur dan sediakan juadah istimewa ini. Sebelum itu, ketahui dahulu tip menggoreng ikan pekasam agar tidak hancur.
Tip goreng ikan pekasam
1. Kikis ikan dan asingkan berasnya
2. Goreng ikan dengan api yang perlahan
3. Biar sampai garing baru terbalikkan ( jangan kerap terbalikkan nanti hancur, 2 kali cukup)
4. Apabila ikan dah garing angkat dan toskan
5. Goreng beras tadi pula. Goreng sampai ringan dan garing. Toskan
6. Goreng cili kering (potong halus). Goreng sampai garing
7. Selepas itu masukkan bawan besar. Kacau sekejap sahaja, angkat.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mahu ikatan perkahwinan yang dibina sentiasa bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.
Namun dalam setiap perkahwinan pastinya adanya cabaran yang ditempuhi. Susah senang tetap ditempuhi demi keluarga.
Sebagaimana perkongsian wanita ini yang pernah melalui detik sukar dalam rumahtangganya bersama suami dan anak-anak.
Juga kuasa doa dan sedekah itu adalah anugerah memberi kekuatan untuk terus berjuang demi keluarga.
Malah, para netizen yang mengikuti kisahnya turut meluahkan rasa sebak mengikuti coretannya itu.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Ini kisah tahun 2020. Saya tak akan lupakan momen itu. Petang tu, Syahindah datang dan ingatkan saya untuk ke sekian kali, “Mama, nanti abah dapat gaji kita beli kasut roda tau!” Yes! Masa tu memang dah niat nak tunaikan hajatnya yang satu ini. “Beres. Esok gaji abah masuk. Nanti mama order kat Shopee!” Tak sabar nak shopping kat Shopee!
Esoknya, pagi-pagi lagi saya dah semak akaun bank suami. Kebiasaannya begitulah. Saya yang akan menguruskan segala urusan belanjawan rumah. Menyelesaikan komitmen bulanan.
Mengasingkan perbelanjaan untuk keperluan rumah, anak-anak dan sebagainya. Tapi, pagi itu hati saya berdebar-debar. Saya lihat nilai baki dalam akaun langsung tak ada perubahan. Sama saja nilainya macam semalam.
Gaji Suami tak masuk
Saya tanya suami, “Abang, gaji selalu masuk pukul berapa? Pagi kan?” Namun, sehingga ke petang nilainya masih sama. Saya mula cuak. “Abang, gaji kena tahan lagi ke?” Saya pandang dia. Dia pandang saya. Tak ada siapa mampu menjawab.
Akhirnya, persoalan terjawab. Sejarah lama berulang kembali. Gaji suami ditahan lagi. Kali pertama berlaku lebih kurang enam bulan sebelumnya, pada tahun yang sama. Kedua-dua tanpa notis!
Hidup seadanya
Maka begitulah, keputusan drastik terpaksa diambil. Lupakan tentang kasut roda, lupakan tentang segala hajat yang lain. Bulan itu, kami teruskan hidup dengan apa yang ada. Jika sebelumnya gaji ditahan selama tiga bulan berturut-turut, kali ini entah sampai bila …
Satu malam tu, sementara tunggu Maghrib, saya basuh pinggan. Masa nak bilas, saya buka paip. Guess what! Tak ada setitik pun air yang menitis! Terus saya teringat sesuatu
Laju saya pergi cari bil air yang saya terima beberapa hari lepas. Bil amaran supaya kami selesaikan tunggakan dalam tempoh 14 hari. Congak-congak … memang dah lebih tempoh yang diberikan. Maka, memang sah air dah kena potong!
Beberapa bulan sebelumnya memang bil air kami melambung tinggi. Jumlahnya beratus-ratus setiap bulan yang kebiasaannya tak pernah pun cecah seratus. Puncanya masalah paip bocor yang kami tak sedar sehingga berbulan-bulan. Syukur masa tu kami dah sedar dan panggil orang datang baiki.
Memang dah rancang gaji bulan itu nak guna untuk setelkan semua bayaran tertunggak, tapi siapa sangka … tak sempat. Ternyata Allah dah ada perancangan lain yang lebih baik untuk kami.
Ketika saya beritahu suami air dah kena potong, berkali-kali dia minta kepastian. Ya, saya faham. Di saat-saat begitu, itu bukanlah khabar yang diharapkan. Apabila saya mengesahkannya, ketika itulah saya melihat kelopak matanya mula bergenang. Sayunya hati saat melihat air matanya menitis tanpa henti. Saya tahu dia rasa bersalah dan tertekan.
Sungguh, gaji ditahan lagi untuk kali kedua adalah sesuatu yang tak dijangka pun, tapi entah kekuatan apa yang Allah berikan ketika itu sehinggakan saya rasa tenang-tenang sahaja. Saya tak ada fikir yang bukan-bukan sepertimana ketika pengalaman yang pertama.
Doa mohon petunjuk
Selesai solat Maghrib, segala yang berlegar-legar dalam fikiran saya sejak tadi laju meluncur keluar melalui doa ini, yang saya ingat sampai sekarang.
“Ya Allah, aku selalu berniat untuk jadi kaya supaya aku dapat bersedekah sebanyak-banyaknya. Aku selalu cemburu kepada mereka yang ada banyak duit dan boleh bersedekah sebanyak mana yang mereka mahu.
Jika ini cara yang engkau pilihkan untuk aku bersedekah dalam jumlah yang banyak, maka aku halalkan segala hak kami yang ada di situ. Aku sedekahkan semuanya kerana-Mu. Semoga Engkau gantikan kami dengan yang lebih baik. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kaya.”
Ketika itu, air mata turun mencurah-curah tak dapat saya tahan. Bukan sedih sebab duit dah tak ada, tapi ketika itulah Allah hadirkan satu perasaan yang sukarnya saya nak gambarkan. Rasa tenang. Rasa puas. Rasa lega.
Terasa bagaikan terangkat satu beban yang maha berat di bahu. Tak ada walau sekelumit pun rasa marah pada sesiapa. Tak ada langsung rasa risau dengan nasib kami yang entah bagaimana selepas tu.
Dan sesuatu yang pasti, itulah momen yang saya rasa paling kaya sepanjang hidup! Dan ternyata bantuan Allah itu sangat pantas melalui insan sekeliling. Masalah tunggakan bil air berjaya dilunaskan pada malam itu juga. Keesokannya, kami sekeluarga kembali berpeluang mendapat nikmat air.
Bulan itu kami melalui hari-hari yang tawar, namun tenang. Hidup perlu diteruskan. Beberapa komitmen bulanan menunggu untuk dilangsaikan. Hidup berbekalkan saki-baki wang ehsan adik-beradik yang semakin susut.
Kami berjimat sehabis mungkin. Yang mana perlu dahulukan, didahulukan. Yang belum mendesak, letak ke tepi dahulu.
Niat sedekah walaupun tengah susah
Suatu petang, saya skrol FB. Tiba-tiba melintas satu berita tentang kematian mengejut suami seseorang. Melihat nama si isteri yang di-‘tagged’, saya sebak! Saya kenal dia! Kami bukan kenal rapat pun. Hanya sesekali berurusan berkaitan buku atau berbalas komen di status saya.
Tapi entah kenapa, saya amat terkesan dengan berita itu. Fikiran saya asyik teringat-ingat nombor akaun yang disertakan pada status tu. Saya dah tak boleh nak tumpu benda lain. Bagaikan ada satu perasaan yang mendesak-desak untuk saya berikan juga sumbangan. Tapi, macamana? Saya tak ada duit! Hakikat yang buatkan saya terus resah. Dan ofkos, sedih.
Ligat saya fikir jika ada duit saya yang tersesat di mana-mana. Dan ketika itulah terlintas wajah Faizah Ahmad. Saya mesej dia.
“Cik Pae, saya nak kongsi berita sedih. Ada seorang customer saya, hari ni saya dapat tahu suaminya meninggal. Dia ada anak lima yang masih kecil. Saya teringin nak bagi sumbangan, tapi sekarang ni saya tak ada duit. Boleh tak cik Pae gunakan duit komisen dropship saya tu untuk bagi pada dia.”
“Sekejap ya, saya cek. Setakat ni komisen kak long RM120. Kak long nak saya bagi untuk dia berapa banyak?”
“Semua!”
Semua? Ya, semua. Gerak hati saya mahukan begitu. Hakikatnya masa tu, hanya itulah sumber duit yang saya masih ada untuk menampung apa yang tidak cukup.
Dalam keadaan begitu, jumlah itu sangat besar nilainya. Tapi itulah keputusan yang tak sedikit pun saya kesal malah saya berasa lega selega-leganya.
Keputusan yang berlandaskan kepada gerak hati dan keyakinan bahawa Allah bukan saja-saja membiarkan berita sahabat saya itu melintas di wall FB saya.
Keputusan yang sekaligus meletakkan diri pada kedudukan ‘tidak punya apa-apa’. Keputusan yang juga bermakna duit yang ada dalam akaun akan kekal RM6.90 sahaja. Fikiran saya ketika itu hanya mahu berniaga dengan Allah. Hanya itu.
Rezeki datang mencurah
Dan sesungguhnya, janji Allah itu benar. Allah tak tunggu lama untuk tunjukkan keajaiban-Nya.
Keesokan pagi, saya menerima panggilan daripada seseorang, minta nombor akaun. Sebak saya sebaik melihat nilai dalam akaun yang tiba-tiba bertambah RM 2 ribu. Ya Allah, cepatnya Allah ganti!
Petang pula, kami didatangi tetamu yang datang mengejut. Bergegas saya naik ke atas, pakai tudung dan apabila saya turun, dia beritahu ada bawakan makanan sikit.
Saya ke dapur dan terkedu. Saya fikir sekadar makanan untuk minum petang yang boleh saya hidangkan, rupa-rupanya penuh bekalan barang dapur untuk kami sekeluarga. Ayam, ikan, telur, minyak, beras, sos dan segala bahan basah untuk memasak. Ya Allah, baiknya Allah! Dicukupkan keperluan kami melalui mereka. Sebak!
Saya minta diri buatkan air. Ketika itu, saya kembali gelisah. Hanya ada air. Nak jamu apa? Keropok keping yang mak mertua bawakan beberapa hari lepas baru sahaja habis anak-anak goreng pagi tadi.
Saya buka kabinet, dengan harapan biskut kering gula yang suami beli hari tu masih ada. Dah habis juga! Allahu ….
Ketika itulah terdengar bunyi hon di luar rumah. Poslaju hantarkan satu kotak besar. Ya, memang saya tahu abang ipar ada cakap nak kirimkan serunding. Tapi tidaklah saya jangkakan sebesar itu kotaknya.
Di dalamnya ada tepung, biskut, kopi, teh, susu, ikan bilis dan segala jenis barang kering yang penuh satu kotak. Juga beberapa jenis keropok kering yang boleh digoreng. Dapatlah kami menjamu tetamu.
Ya Allah macam tak percaya! Hari itu, subhanallah, lengkap stok makanan di dapur kami, barang basah dan barang kering yang sangat cukup untuk keperluan seminggu dua. Juga duit untuk membayar segala komitmen yang lain.
Cepatnya Allah ganti! Semuanya kami tak cari pun, tapi Allah yang hantar. Indahnya cara Allah cukupkan keperluan kami melalui mereka ini.
Betapa cantiknya Allah susun sehinggakan tak sempat pun nak susah hati dengan baki duit yang hanya tinggal RM6.90 semalam.
Selesai mengiringi mereka pulang, saya ternampak ada surat dalam peti pos. Saya ambil dan baca. Hilang senyuman yang baru mekar tadi sebaik melihat surat lawyer yang minta menjelaskan bayaran tunggakan kereta. Allah … .
Ketika itu, saya tidak terfikir yang lain kecuali untuk cuba memohon lanjutan tempoh moratorium yang ditawarkan ketika itu.
Dua hari kemudian, “Kak long, saya masukkan 5 ribu. Bayar duit tunggakan kereta dan selebihnya buat belanja anak-anak ya.” Subhanallah!
Diam tak diam, tiga bulan kami hidup tanpa pendapatan, menjalani hari-hari esok yang tak pasti, namun ajaibnya dalam tempoh itu sedikit pun kami tidak berasa kekurangan. Betapa satu nikmat yang paling besar bagi saya adalah dikelilingi oleh sangat ramai orang yang baik-baik, yang tak pernah lokek menawarkan bantuan.
Buat sahabat yang pernah bertanyakan saya, “Kenapa tak beritahu sedang susah?” Saya tahu dia rasa bersalah. Maka, inilah jawapannya.
Kerana Allah terlebih dahulu mencukupkan keperluan kami tanpa saya sempat pun meminta-minta. Allah hantarkan hamba-hamba-Nya yang terpilih untuk menolong kami dengan cara yang begitu indah dan tersusun sekali. Segalanya tepat pada masa yang kami perlukan.
Betapa Allah lebih tahu bila dan apa yang kami perlu. Sepanjang tempoh itu memang saya banyak menangis. Bukan menangis sebab kesedihan, tapi menangis kerana mengenangkan keindahan dan kasih sayang Allah.
Jika mahu dihitung nikmat yang kami dapat dengan ujian yang kami terima, sangat jauh bezanya. Nikmatnya terlalu banyak sehinggakan tak terasa pun pahitnya ujian itu. Betapa baiknya Allah sehingga saya jadi malu hendak mengeluh dengan ujian yang sedikit itu.
Sungguh, pengalaman ini mengajar saya tentang banyak perkara. Paling penting, Allah first! Apa pun yang berlaku cari Allah dahulu. Jangan mulakan dengan mencari-cari salah orang kerana makin dicari salah orang, makin kita sukar untuk tenang.
Fokus kepada apa yang kita boleh kawal. Kita jadi resah bila kita sibuk nak membetulkan perkara yang kita tak boleh kawal. Redha dan tawakal. Buat kerja kita dan selebihnya serah kepada Allah.
Faham dan sematkan betul-betul dalam hati bahawa hidup ini adalah medan ujian. Bila kita faham tentang hakikat itu, kita akan fokus cari jalan untuk lulus ujian. Bukan memprotes. Ya, mungkin Allah datangkan ujian yang sama untuk kali kedua kerana saya masih belum lulus pada ujian pertama.
Ujian tanda Allah sayang. So, please …. embrace the moment! Kadang, dalam keadaan kekalutan kita jadi terlupa betapa ini adalah momen istimewa yang sepatutnya kita raikan. Momen untuk kita bermanja-manja dengan Dia.
Jika kita bersungguh menikmati momen itu, maka kita akan dapat rasakan betapa indahnya hidup ber-Tuhan, betapa dekatnya Dia dengan kita dan betapa manisnya ujian itu.
Pengalaman itu juga buatkan doa saya kini berubah. Saya tidak lagi minta Allah bagi saya kaya supaya saya dapat bersedekah. Tapi saya minta Allah bagi saya RASA kaya supaya saya sentiasa mampu bersedekah walaupun dalam apa juga keadaan.
Tiga bulan, bukanlah tempoh yang lama, namun keprihatinan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh wanita yang dikenali sebagai Yanti dalam menjaga Fatima membuatkan Fazura menyenangi wanita ini.
Di dalam perkongsiannya baru-baru ini, Fazura memuji akan keprihatinan wanita berkenaan yang sangat menyayangi anaknya seperti anak sendiri. Namun, mereka terpaksa berpisah kerana Yanti akan pulang ke kampung halamannya semula.
Sebenarnya sepanjang hari semalam dah mula rasa sangat sayu dan sedih sebab hari ni merupakan hari terakhir Yanti bersama kami menjaga Fatima.
Faz memang akan rasa sangat sedih yang luar biasa kalau ada perpisahan begini terutama jika orang tu orang yang baik. Yanti memang ikhlas kerja untuk mencari rezeki buat ibu, anak dan keluarga. 7 tahun tak bertemu anak dan ibu, something yang Faz tak boleh bayangkan dan hari ni tiba masa Yanti pulang bertemu mereka yang pasti sangat dirinduinya.
Fazura dalam pada itu turut berterima kasih kepada Yanti kerana menjaga Fatima seperti anaknya sendiri. Malah, Fazura juga tidak dapat menyembunyikan rasa sedih dan mengalirkan air mata.
Terima kasih Yanti kerana telah menjaga Fatima sebaik-baiknya seperti anak yanti sendiri. Walaupun hanya 3 bulan bersama tapi dah rasa macam bertahun dan Yanti dah dianggap sebahagian dari keluarga kami. Kami sayangkan Yanti.
Menangis berpelukan kami tadi teresak-esak. Sedih sangat. Syukur ke-hadrat Allah SWT kurniakan Yanti, orang yang baik. Semoga semuanya dipermudahkan buat Yanti sekeluarga. Doa Faz, Fattah, Mama, Chot dan seluruh keluarga sentiasa mengiringi Yanti InsyaAllah.
Terima kasih sis Rina di @fazrina_postnatalcare for your kindness and amazing service. Terima kasih kirimkan Yanti buat kami.
Menerusi ruangan komen, ada yang turut berterima kasih kepada Yanti kerana menjaga Fatima dengan baik selama ini dan mendoakan semoga dia dipermudahkan segala urusan.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.