” Terima kasih datang konvo Wawa.” Demikian perkongsian yang dimuat naik oleh Najwa Latif melalui laman Instagram peribadi miliknya. Dalam perkongsian tersebut, kelihatan Najwa yang sedang memakai jubah konvo disamping ahli keluarganya.
Rupa-rupanya penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku suatu ketika dahulu baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, di peringkat ijazah sarjana (master).
Sebelum ini Najwa pernah memuat naik perkongsian pernah mahu berhenti dari sekolah. Namun sokongan keluarga mengubah segalanya. Kini kejayaan mengiringi Najwa yang kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi.
Ads
“Who would have thought this girl yang pernah cakap dekat mama “wawa nak kerja ma. Wawa taknak sekolah dah. Wawa taknak belajar” time form 4 dulu ended up dapat result sem last master dia yang dia dapat today. The best thing yang happened this morning was I called my mom and told her about my results, she said “alhamdulillah. Thank you wawa. Mama happy.” I crryyyy.
“Bila everyone cakap I won’t make it. I believe them and wawa bukan jenis nak prove I’m best dekat semua orang. But, I work with what I have. Fortunately, I have my family, abang azahari (my best manager), my good friends yang believe and encourage me to finish whatever that I’ve started. They also remind me to have fun dalam buat apa wawa buat. Wawa putus cinta time master. That explains my weight yang korang banyak sangat sebut tu. 🙄
Ads
“Tapi korang nak tahu apa Tuhan bagi lepastu? Peluang untuk bernafas and cuba jadi lebih baik lagi. Family yang percaya pada wawa when wawa takpercaya diri wawa. Kawan kawan yang sangat sangat baik (terima kasih tolong, reply whatsapp bila wawa tanya pasal project paper even pukul 1, 2 pagi). Supervisor yang paling cool dalam dunia ni (Dr Rashid, if you’re reading this, thank you!). Students yang banyak perangai tapi best. (thank you for helping me to see life as fun as it is).
“You see, when you feel like banyak benda you dah plan takjadi, have faith. Allah tahu yang terbaik. Look around. Bersyukur. Usaha cari. Banyak nikmat Allah bagi. Kita nak nampak atau tak je. Kalau semua orang rasa korang tak cukup bagus for them, you don’t have to prove to them. Prove to yourself that you are enough. While I’m writing this, wawa masih takda boyfriend lagi when kawan kawan wawa ada yang dah ada boyfriend, tunang, kahwin, ada anak.
Ads
“Tapiii guess what? Berkat doa semua orang, wawa habis master, grad this year In shaa Allah. Soo, takda boyfriend takpa, tapi wawa dapat nampak 4 for the first time dalam hidup ni. Heheheheh. Alhamdulillah. I know I rarely say this tapi Mama, Ayah, Wawa harap I make you proud this time. Walaupun cuma dari jauh. Thank you sebab selalu doakan wawa. 😊 #captionwawapendekjegradnanti#tahuannoyinggilabacaessaycamni#donejadihater
Sebak di hati seorang ibu hanya Tuhan yang tahu tatkala melihat anak yang masih kecil menderita sedemikian rupa. Tiada daya untuk dirinya sebagai ibu melindungi, jika diri boleh ditukar ganti pasti dia mahu penyakit itu terkena padanya dan bukan anak kecilnya.
Lebih memilukan saat tiub dimasukkan melalui rongga hidung terus ke usus menyebabkan kanak-kanak berusia dua tahun ini tidak punya daya untuk menangis lagi dan hanya terbaring sepanjang masa.
Diserang sawan 7 hingga 9 kali sehari
Nur Iman Fitriah Abdullah disahkan menghidap penyakit sawan saraf yang menyebabkan dia diserang sawan antara 7 hingga 9 kali sehari dan perlu bergantung hidup dengan mesin bantuan oksigen.
Malah, kanak-kanak ini pernah koma selama dua minggu gara-gara tidak mendapat oksigen yang cukup, selain ruang pada mulutnya yang tertutup memerlukan dia makan dan minum melalui ‘feeding tube’ yang disalurkan melalui hidung ke ususnya.
Disebabkan itu, ibunya, Nurul Ashafiqah Azlan, 23, dan bapanya, Azhar Ali, 36, terpaksa berulang-alik ke hospital setiap minggu bagi mendapatkan rawatan dan memenuhi temujanji dengan pelbagai pakar bagi mengubati Nur Iman Fitriah.
Dibuang kerja sering ambil cuti kecemasan
Memburukkan lagi keadaan, Nurul Ashafiqah dan Azhar dibuang kerja pada pertengahan tahun lalu memandangkan kedua-duanya terlalu banyak cuti kecemasan untuk menguruskan Nur Iman Fitriah.
Nurul Ashafiqah berkata, anaknya mula mengalami penyakit sawan kronik sejak berusia tiga bulan yang mana anak sulung daripada dua beradik itu kerap mengalami kekejangan selain muka akan kebiruan.
“Dengan pendapatan sebagai pekerja sebuah kedai serbaneka sebelum ini kami berusaha untuk mendapatkan rawatan Nur Iman. Namun, kami berdua dibuang kerja kerana selalu cuti kecemasan bagi menguruskannya.
“Bagi menampung perbelanjaan hidup dan membayar kos rawatan Nur Iman, kami menjual tauhu begedil dan popia. Namun, untuk permulaan kami tidak mempunyai modal.
“Saya dan suami mengutip tin, kotak dan pelbagai barang terbuang yang boleh dijual untuk dijadikan modal perniagaan sebelum berjaya memulakan perniagaan makanan berkenaan yang mampu memperolehi pulangan antara RM500 hingga RM900 sebulan,” katanya ketika ditemui.
Perlukan susu khas
Nurul Ashafiqah berkata, bagaimanapun pendapatan itu tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian dan kos merawat Nur Iman memandangkan anaknya itu perlu minum susu khas yang memerlukan kos sebanyak kira-kira RM500 sebulan.
“Nur Iman tidak boleh makan dan minum kerana rongga mulutnya tertutup. Dia makan dan minum melalui tiub yang disalurkan melalui hidung, selain perlu minum susu khas.
“Dia hanya mampu terbaring sepanjang masa dan tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak lain, malah tidak lagi menangis ketika memasukkan tiub melalui hidung selain dia kini tidak boleh melihat kerana mengalami rabun kronik.
“Setiap bulan kami juga perlu membelikan tiub yang berharga RM100 selain perlu menanggung kos pengangkutan ulang-alik ke hospital memandangkan suami hanya memiliki motosikal.
“Ketika ini sewa rumah kami juga sudah tertunggak sejak kira-kira setahun lalu,” katanya yang tinggal di Pangsapuri Seri Perdana, Paroi di Seremban.
Terima tempahan tauhu begedil
Menurut Nurul Ashafiqah, dia ada menerima tempahan tauhu begedil daripada tiga kedai, namun tidak boleh membuat makanan itu dalam kuantiti banyak kerana peti sejuk bekunya yang bersaiz kecil.
“Saya berharap ada pihak atau agensi yang mahu membantu kami untuk menyumbang sama ada dari segi kewangan atau barangan seperti peti sejuk beku yang lebih besar bagi melebarkan perniagaan kami,” katanya.
Orang ramai atau pihak tertentu yang mahu menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun BSN Nurul Ashafiqah 0511241000206952 atau boleh menghubunginya di talian 0176796954.
Penyanyi Nizam Laksamana, 53, yang popular dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta baru-baru ini berkongsi perkembangan kesihatan isterinya Salwati Zulkifli, 46, yang juga merupakan pengidap kanser payudara terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kemurungan.
Ini sebagaimana yang dilaporkan di Metro, menurut Nizam isterinya kini menjalani rawatan kemoterapi akibat kanser payudara tahap awal, berkeadaan demikian akibat masalah ulser mulut.
“Isteri saya dah mulakan tambahan dos ubat untuk kitaran (cycle) keempat, kelima dan keenam. Kitaran keempat dibuat pada 5 Mei lalu.
“Keadaannya pada hari pertama okay. Hari kedua dia dah mula lemah dan seterusnya sampailah semalam.
“Dia murung kerana mulutnya iaitu bahagian lidah dan tekak penuh ulser sehinggakan dia tak boleh minum apatah lagi makan nasi dan apa sahaja.
Menurut Nizam, isterinya sukar untuk makan dan minum kerana berasa sakit.
Paksa Makan
“Saya paksa juga dia makan dan hanya makan sikit. Kalau makan bubur pun dua tiga sudu. Jadi zat dalam badan berkurangan buatkan dia jadi lemah.
“Dia tak boleh bangun, tak boleh jalan lama dan apabila duduk dan baring pun terasa penat. Melihatnya dah tak larat sangat, saya pun ajak dia ke hospital.
“Kami terus ke unit kecemasan kerana doktor pesan, sekiranya isteri ada masalah, demam batuk atau sebagainya, tidak boleh ambil ubat di sebarang klinik atau hospital dan mesti kena pergi ke unit kecemasan HKL,” katanya.
Susulan itu, Salwati dimasukkan ke Zon Kuning (pemerhatian) dan dimasukkan air dan antibiotik kerana kurang air dalam badan.
“Doktor ambil darah dan dapati sel darah putih sangat kurang. Ini kali kedua sel darah putihnya kurang. Kali pertama masa nak mulakan kemoterapi keempat.
“Tiga hari sebelum itu, doktor dapati sel darah putihnya kurang dan bagi vitamin. Pada 5 Mei, kemoterapi tetap dibuat kerana doktor tak nak lambatkan kemoterapi dia.
“Kalau lambatkan bermakna nanti ubat yang dirancang nak diberikan tiga minggu sekali tiada. Kalau ditambah lagi satu minggu tak buat kemoterapi bermakna ada kemungkinan sel kanser akan aktif semula,” katanya.
Dalam masa sama, Nizam berkata, doktor tidak mahu proses kemoterapi ditunda dan menahan isterinya di wad semalam.
“Sekarang nak masuk wad agak susah kerana kena buat ujian Covid-19 dan juga kena tunggu ujian darah. Kebetulan semalam di unit kecemasan agak huru hara kerana ramai pesakit.
“Ada juga yang positif Covid-19. Situasi itu amat berbahaya kepada isteri. Dia dah tiada lagi sistem pertahanan diri.
“Dia kena jalani kuarantin selepas ini termasuk di rumah. Anak-anak pun tak boleh bergaul sangat dengan ibu mereka. Kalau dari luar mereka terus kena mandi,” katanya.
Elak Terima Tetamu
Nizam juga keberatan menerima tetamu di rumah selepas ini untuk mengelak isterinya terkena jangkitan penyakit.
“Wad dia juga diasingkan kerana sangat mudah terdedah kepada jangkitan. Dijangka akan ditahan selama empat atau lima hari sehingga dia sembuh.
“Kebetulan doktor periksa suhu badan isteri dan mendapati agak tinggi iaitu bacaan 38. Rupanya dia sendiri tak tahu dia demam.
“Begitu juga saya. Doktor kata kalau dibiarkan agak lama bimbang akan menjangkiti bahagian badan lain. Isteri perlu betul-betul jaga kesihatan dan tak boleh demam,” katanya yang meminta semua pihak mendoakan kesembuhan isterinya.
Ayah adalah lelaki pertama yang hadir dalam hidup anak perempuan. Tidak hairanlah ada yang mengatakan anak perempuan rapatnya lebih condong dengan si ayah. Apa yang ingin dilakukan pasti ayah dahulu yang ditagih pendapat.
Ada juga orang mengatakan, biasanya, semasa kecil anak perempuan lebih rapat dan manja dengan ayah. Sehingga ke alam dewasa dan berumah tangga, sfat itu kekal dan tak pernah hilang.
Bgai si ayah pula ada kalanya tidak senang duduk apabila si anak perempuan jatuh sakit. Dia ditatang bak minyak yang penuh. Sebab itu, segala kebaikan ayah akan dikenang si anak dan sentiasa menjaga hubungan ayah dan anak perempuan ini.
Bahkan, ayah juga menjadi role model pada anak perempuan selain ibu. Segala tingkah laku ayah ini akan diikuti si anak hingga besar. Malah, jika ayah berjaya mencapai sesuatu anak juga ingin berjaya seperi ayahnya.
Demikian betapa utuhnya kasih sayang dan hubungan anak perempuan dan si ayah. Kerana itu, figura seorang ayah cukup penting dan wajib ada dalam melengkapi rumah tangga.
Hadamkan perkongsian saudara Ammar Kamilin tentang pentingnya ‘5C’ yang perlu si ayah usahakan untuk anak remaja perempuan.
“Dia macam ada masalah dengan ayah dia. Ayah dia terlalu sibuk, sampai tak sempat bercakap dengan dia.
Mula-mula dia tak kisah sangat. Dia faham, ayah dia bekerja untuk sara keluarga. Tapi, lama-lama dia macam kecil hati, sebab dengan abang dan kakak dia, ok je ayah dia layan. Dengan adik-adik dia pun ok.” Panjang lebar dia bercerita.
“Tapi, pelajaran dia di sekolah, elok kan. Tak silap abah, ‘Top 5’ lagi.”
“Itulah. Pelajaran dia masih ok. Tapi, itu tahun lepas. Kebelakangan ni, dia macam banyak berkhayal dan tiba-tiba menangis. Risau juga, takut dia ‘stress’ dan ‘effect’ pelajaran dia.”
Abah hanya mengangguk-angguk. Mengenangkan karakter rakan perempuan yang dia diceritakan.
Abah memang biasa dengan kebanyakan rakan-rakan dia. Hampir satu kelas pernah bersembang dan bergurau mesra dengan abah.
Kebiasaan, semasa mengambil dia di depan sekolah, sempat juga menyapa mereka dan mengambil hati dengan soalan-soalan bertanya khabar.
Ada antara mereka pernah datang ke rumah untuk buat tugasan sekolah dan belajar bersama.
Rakan yang diceritakan ini pernah bertandang ke rumah. Sudah pasti, perasaannya lebih berat apabila terkenang ujian yang sedang dilalui anak remaja ini.
Abah tidak pasti apa yang difikirkan oleh bapa-bapa sehingga ada antara mereka ‘terlepas pandang’ perasaan anak remaja perempuan.
Dalam kes anak ini, dia berada di ranking tengah dalam susunan adik beradik. Dia memiliki kakak dan abang yang hampir dewasa, juga memiliki adik-adik kecil di bawahnya.
Abang dan kakak sudah boleh membawa diri, walaupun tidak dipeduli si ayah.
Adik-adik masih dijaga dan dikawal oleh ibu.
Lalu dia yang di tengah-tengah, seperti terabai. Masih di peringkat awal remaja, tetapi dibiar keseorangan berdikari.
Saya tidak mendabik dada, konon bapa sempurna. Ada masa terlupa juga.
Apabila cerita begini diceritakan oleh anak, ia seperti ‘alarm’ yang mengingatkan diri sendiri supaya kekal berada di sisi anak remaja, terutamanya perempuan.
Walaupun, umumnya, mereka lebih rapat dengan ibu, tetapi ada sisi seorang bapa yang masih mereka perlukan (bagi yang punya bapa).
Para bapa, tanya diri, bila kali terakhir kita benar-benar memperuntukkan masa khusus untuk anak remaja perempuan?
Tanpa ada abang, kakak, atau adik-adik bersama mereka.
Mereka perlukan masa ‘berkualiti’ bersama kita. Mereka tidak akan berbincang isu-isu ‘dewasa’ sekiranya wujud terlalu ramai gangguan di sekeliling mereka.
Macam anak remaja perempuan saya, dia cukup tidak selesa apabila mahu mengadu sikit, adik-adik terlopong mendengar bersama-sama di sebelah abahnya. Dia terus ‘turn off’. Di rumah, memang ruang itu hampir tiada.
Lalu, dia memilih untuk banyak diam. Yang ruginya, saya sebagai bapa. Tempoh paling kritikal perkembangan seorang remaja, tidak dapat dikongsi bersama.
Tetapi, Allah ilhamkan ruang yang saya tidak nampak sebelum ini sebagai ‘sesi berdua berkualiti’ bersama dia.
Waktu pergi dan balik sekolah setiap hari di dalam kereta.
Hanya itu waktu kami boleh bercakap berdua sesuka hati tanpa didengari sesiapa.
Jika sebelumnya, waktu itu dia isi dengan tidur selenanya. Sekarang, seboleh mungkin saya isi dengan aktiviti yang menghalang dia tidur.
Waktu itulah, saya mendapat pelbagai cerita dari sudut pandang seorang remaja perempuan. Saya boleh kata, bukan mudah mengumpan mereka membuka mulut. Kita perlu dapatkan ‘kepercayaan’.
Bagaimana?
Pastikan, waimma satu patah perkataan yang mereka sebut, tidak disampaikan pada orang lain. Sekali mereka terdengar kita ‘tercerita’, kepercayaan akan hilang. Membina semula kepercayaan, perlukan usaha berkali ganda.
(cerita rakan tadi, dicerita atas keizinan)
Sesekali dia tertidur semasa saya memandu, saya renung wajah anak perempuan remaja ini.
Dia makin dewasa.
Budak kecil yang saya letak dalam bakul motor dan bawa meronda waktu petang, sudah ‘tiada’.
Budak kecil yang meradang jika saya sorokkan bantal busuknya sudah ‘tiada’.
Budak kecil yang memeluk kaki saya dan minta didukung, sudah ‘tiada’.
Budak kecil yang setiap hari menyanyi riang lagu ‘Barney and friends’ dan memeluk saya sebagai Barney, sudah ‘tiada’.
Tahu-tahu, stereng kereta basah disebabkan tangan yang mengesat airmata terus hinggap padanya.
Begitu saya hiba, kerana,
Budak kecil yang setiap masa dulu, sebelum tidur mahu abah bacakan kisah-kisah Nabi dalam Al-Quran, sudah tidak perlukan abah untuk memeluk dia sebelum tidur.
Dia sudah remaja. Menuju dewasa.
Semuanya telah lepas. Yang tinggal, kenangan.
Sedang saya hiba,
Kepalanya menunjal-nunjal batang gear manual kereta Myvi yang sedang bergerak.
‘Hai anak. Abah tahu nak tukar gear. Tak perlu tanduk gear abah ni.’
Saya tersenyum dalam leleh airmata. Menolak perlahan kepalanya ke tingkap. Penat sangat agaknya.
Dia bukan tak perlukan abah. Cuma, keperluannya sudah berbeza.
Dia sudah tak perlu didukung, tetapi dia mahu seorang abah yang mendorong.
Dia tak perlu pencerita, tetapi dia mahukan seseorang untuk bercerita.
Dia tak perlu bantal busuk, tetapi dia perlukan seseorang yang boleh menenangkan dia dalam sukar, sama seperti fungsi bantal busuk pada dirinya dulu.
Bapa.
Ini bukan cerita anak saya saja. Cerita anak remaja kita jua.
Usahakan ‘5C’ pada anak remaja perempuan.
1. Cakap – Bapa kena selalu bercakap dengan anak perempuan. Jangan biarkan sehari berlalu dalam hidup kita tanpa sepatah perkataan untuk dia. Dia perlu tahu, dia masih ada tempat dalam hidup ayahnya. Dia perlu rasa ‘visible’ di mata ayahnya.
Anak perempuan yang sunyi dari suara ayahnya, cenderung mencari suara lelaki lain untuk mengisi kekosongan itu.
Mahukah begitu, wahai ayah?
2. Cakna – Bapa perlu ambil tahu, apa keperluan anak perempuan. Terutama apabila mereka baligh. Mereka sudah mula mempunyai hormon yang dirembes mengikut kitaran. Dia akan berperangai saling tak tumpah seperti ibunya. Haruslah, mereka sedang menuju dewasa. Jadi, emosi mereka, bapa perlu cakna (ambil tahu).
3. Calm – Bapa perlu sentiasa tenang dalam menangani anak perempuan. Tunjukkan pada mereka, kemampuan kita mengawal emosi, barulah mereka dapat meniru yang baik daripada kita.
Ada masa kita betul, ada masa mereka juga mungkin betul.
Elakkan panas baran tak tentu hala. Maki sesedap rasa. Mereka akan takut dan menjauhkan diri.
Tahu kan, statistik menunjukkan ramai lelaki di rumah orang-orang tua? Elakkan daripada puncanya kerana perangai kita yang mudah ‘naik hantu’.
4. Ceria – Bapa perlu menunjukkan sisi ceria seorang ayah. Ayah perlu dilihat ‘jinak’ oleh anak perempuan supaya mudah didekati. Tiada siapa yang berani dengan ayah yang bengis 24 jam.
Kalau pun tidak pandai berhumor, tunjukkan kita mampu ketawa. Kalau mampu ‘gila-gila remaja’, itu lebih mereka suka, kerana kita ‘match’ dengan mereka.
Ya, perkara serius, kita perlu kekal serius. Bercanda mengikut kesesuaian ya.
5. Cinta – Ini yang terpenting bagi saya, tetapi diletakkan terakhir supaya tidak dilupakan.
Bawa anak remaja perempuan mencintai Allah. Cari ruang menjadi imam untuk mereka. Ambil peluang bercerita kisah-kisah perempuan baik dalam sirah Islam.
Sentiasa ingatkan mereka, “Abah tidak selalu ada, tetapi Allah sentiasa ada dan dekat dengan kita. Mengadu dan meminta pada Dia. “
Satu lagi abah, Dalam masa sama, usah berhenti menunjukkan kasih sayang pada anak perempuan. Peluk dan cium mereka. Elakkan mereka kekok memeluk kita dek kerana lama tidak menyentuh mereka.
Dia, anak kita. Budak kecil yang kita buatkan susu dan tukar pampersnya. Masih budak yang sama, cuma dia sedang mendewasa. Jauh dalam hatinya, kita kekal abah dia. Sampai bila-bila.
-Ammar Kamilin- Bahu untuk anak perempuan bersandar.