Nora Danish berkongsi ucapan istimewa buat Mohamed Neqayl Nedim Nazri atau lebih mesra dipanggil NeyNey bersempena hari lahir keempat anaknya itu.
Sebagai ibu, tiada ucapan yang lebih bermakna buat si anak selain mendoakan kebaikan dan kebahagiaan anak bongsunya itu yang diharapkan menjadi anak soleh sekali gus mampu membawa ahli keluarganya ke syurga.
“Kamu tahu ibu sangat menyayangi kamu. Mommy akan sentiasa doakan kebahagiaan adik, dilindungi dunia akhirat, dipanjangkan umur, menjadi anak yg soleh..
“…dikelilingi hamba2 Allah yang membawa kebaikan. Disayangi ramai dan menyayangi. Menjadi anak yang boleh mommy daddy popua oma ke syurga ok sayang? InsyaaAllah,” coret Nora menerusi kapsyennya.
Nora dalam masa yang sama meninggalkan pesanan buat anaknya itu supaya tidak mempermainkan hati wanita apabila meningkat dewasa kelak selain perlu menjaga solat serta mempelajari ilmu agama dengan sebaiknya.
“Yang penting jgn kecewakan hati wanita bila besar nanti dengan mata manja , mulut manis awak tu? Faham! Hehe. Love u sweetheart,
“From pumpkin to volcano then tornado n now michael jackson.
Ads
“Nanti bila besar harap jadi anak yg pintar ok booboo. Pandai menilai mana yg baik dan buruk. Jaga solat sayang. N jadilah manusia yg suka membaca dan menghafal Al-Quran. I love u !,” Tulisnya lagi.
Nora turut berkongsi luahan berkenaan umurnya kini sudah memasuki usia 40 tahun.
#ney2turns4 Alhamdullilah syukur Ya Allah. N mommy turns 40 soon. Hmmmmmmmm 😩🥰 tawu kawin awal buat anak byk byk hahaha.
“And thank u everyone yg wish ney2 n doakan ney2. Sayang semua uncles n aunties 🤍🤍
Isu seksual dikalangan pelajar amat digeruni oleh ibu bapa terutama jika anak berjauhan terutama yang tinggal di asrama.
Namun, sebelum nasi menjadi bubur, perkara ini harus diberi pendedahan kepada ibu bapa untuk mendedahkan anak-anak dengan pendidikan seks supaya dapat tahu apa yang boleh dan tidak.
Demikianlah kisah yang dipaparkan oleh seorang warden asrama sebagaimana yang dikongsi oleh pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi menerusi facebooknya. Malah perkongsian itu mendapat respon daripada netizen yang meluahkan rasa terkejut dan bimbang kepada generasi muda.
Jelasnya meluahkan rasa kebimbangan mengenai perilaku seksual dikalangan pelajar. Beliau berharap dengan pendedahan ini, ibu bapa ambil peduli supaya ia tidak menjadi ‘barah’ dalam kehidupan peribadi anak-anak.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Semalam sahaja, macam-macam kes yang saya dapat. Tepuk dahi je mendengar perkongsian warden asrama sepanjang google meet berlangsung. Mereka berkongsi semuaaaaa cerita!
1. Budak perempuan berusia 5 tahun yang awalnya menjadi mangsa sex grooming dan kini ketagihan melakukan onani pada kemaluannya.
2. Kanak-kanak berusia 7 tahun mandi di tandas dengan meletakkan sabun di bahagian kemaluan bukan niat untuk mencuci, tetapi perlakuannya mirip onani.
3. Remaja belasan tahun yang telah menjadi mangsa seks oral/ liwat kini menjadikan rakan-rakan lelakinya yang lain sebagai mangsa liwat pula.
Ketiga isu ini hanya setakat pengetahuan mereka sepanjang mengendalikan anak-anak ini. Kes yang tidak diketahui tak tahulah ada banyak mana. Barangkali perbuatan sebegini telah bermula sejak dulu lagi.
Kiranya, anak-anak generasi baru yang terlibat dengan perlakuan seksual seperti yang saya kongsikan di atas berpunca dari generasi sebelumnya yang boleh jadi memangsakan atau mengajar mereka.
Generasi sebelum itu pula dimangsakan oleh generasi sebelumnya. Inilah kitaran jahanam yang banyak berlaku di asrama, baik isu seksual mahupun isu buli!
Sentuhan tak selesa
Sebab itu penerangan tentang private part, sentuhan selamat, sentuhan tak selamat, sentuhan tak selesa ni kena sentiasa diingatkan kepada anak. Ulang dan terus ulang. Sampai anak faham dan hadam.
Jangan bagi sesiapa sentuh private part sesuka hati; mulut, dada, punggung, paha, kemaluan. Tak kisahlah yang pegang/sentuh/raba tu orang yang dikenali, tidak dikenali, sama jantina, seusia, kenalan rapat, ahli keluarga, apa jua profesion, nampak baik, dikenali dalam masyarakat, ramai followers dan lain-lain.
Jika sentuhan berlaku di tangan, bahu, pipi, telinga atau lain-lain tempat oleh individu yang saya senaraikan di atas hingga anak rasa tak selesa, takut, terancam, maka itu dinamakan sentuhan tak selesa.
Ingat 3 step ni!
Ajar untuk, JERIT! LARI! MENGADU!
Ini je 3 step yang biasa saya kongsikan sejak dulu lagi.
Tak boleh sentuh suka hati bahagian sulit
Selain jangan bagi orang sentuh private part, anak juga tidak boleh sesuka hati menyentuh kemaluan (zakar/faraj) tanpa sebab. Perbuatan inilah yang banyak sangat mak bapak tanya saya di mesengger. Tak termampu saya jawab satu-satu.
Yang dapat saya kongsikan adalah, jika sekadar menyentuh, membelek, memegang, menyeluk seluar memegang kemaluan (anak lelaki), menggosak kemaluan di bucu meja (anak perempuan), maka perlakuan itu boleh saya katakan normal.
Ia jadi begitu sebab anak sedang explore tubuh badan mereka sendiri. Depa tertanya kenapa zakar boleh menegang, kenapa kendur, kenapa rasa geli bila berlaga dengan seluar, kenapa bangun pagi ereksi berlaku.
Anak perempuan pula tertanya kenapa bila faraj terkena bucu meja dia rasa something yang tak dapat diluahkan. Mereka juga rasa syok je bila sembur air paip pada kemaluan. Sebab tu kena sentiasa berkomunikasi dengan anak bab ni. Tanamkan perasaan malu. Ajar tanggal pakaian di mana, pakai tuala di mana, masuk tandas tutup pintu, bersiap dalam bilik dan lain-lain.
Bagi tahu juga mereka, zakar/ faraj ni bukan boleh disentuh dan diperlakukan sesuka hati, hatta oleh dirinya sendiri. Kata pada mereka, bahagian itu kulitnya nipis, boleh luka, sakit dan lain-lain. Kalau gatal, garu, bukan gesel pada objek yang lain.
Bertindak bila 3 ini berlaku
Namun, kalau perlakuan anak tak seperti yang saya sebutkan di atas hingga nampak mereka seperti beronani, menghenjut-henjut bantal berkali-kali dan lain-lain lagi perlakuan tak masuk di akal dilakukan, maka ketahuilah ini kemungkinan yang telah berlaku :
1. Anak dah tertengok video lucah, samada dia terjumpa sendiri atau ada kawan yang tunjukkan kepada dia.
2. Anak telah menjadi mangsa sex grooming. Ada individu yang dikenali atau tidak mencabul/ minta anak lakukan oral seks, memasukkan jari/objek/kemaluan ke dalam kemaluannya (anak perempuan) atau lain-lain.
3. Pernah tengok mak ayah bersetubuh depan mata sejak bertahun-tahun dan mak bapak bingai seperti ni anggap anak kecil, tak faham apa-apa.
Ketahuilah Akta Kanak-kanak di Malaysia amat menjaga kebajikan anak-anak kita. Bila anak faham dari awal, diajar dari kecil, parents selesa berkomunikasi, maka mereka tahu nak buat apa bila kejadian cabul berlaku kepada mereka (nauzubillah).
Mereka tahu kronologi kes, mereka tahu apa yang pemangsa tu cuba atau telah lakukan, mereka firm dengan word zakar/faraj/penis/vagina yang dah diajar sejak dari kecil bermula dari rumah.
Buat report polis. Tahulah pihak D11 handle kes begini. Memang renyah dan meletihkan, tapi kena berjuang untuk membela anak yang menjadi mangsa.
Hasil report polis, senang kes nak dirujuk ke hospital. Bahagian One Stop Crisis Centre akan lakukan medical check up kepada anak.
Ada kesan penetration ke tak, ada kesan koyakan tak, kesan baru ke, kesan lama ke, emosi anak dan lain-lain. Kes serius biasanya anak akan ditahan di wad.
Percaya cakap saya, bukan semua ibu bapa mampu berjuang demi keadilan anak-anak. Ya, bukan semua! Ramainya adalah hanya diamkan diri dan anggap lama-lama nanti anak akan lupakan benda tu.
Kalau tak, tak adanya ramai yang hari ni depression, alami anxiety, berjuang melawan mental health dek menjadi mangsa gangguan seksual ketika mereka kecil dulu.
Malangnya ketika itu mereka tak tahu dan faham pun apa yang sedang berlaku pada dirinya. Nak cakap dengan mak ayah pun tak tahu nak mula dari mana.
Ditambah pula sikap masyarakat yang sering menyalahkan mangsa (victim blaming). Dihalakan kesalahan sebab pemakaian, sebab gedik, sebab menggatal dan 1001 lagi ungkapan toxic!
Walhal di Malaysia ni siap ada baby pun yang dicabul, bahkan haiwan! Maka, membesarlah mereka dalam keadaan trauma, cepat trigger bila membaca kisah-kisah sebegini dan lain-lain.
Cukuplah setakat ni perkongsian saya. Doakan agar bulan November ni saya sempat siapkan ebook terbaru khusus mengendalikan anak yang bakal dan telah akil baligh.
Semoga bermanfaat ya. Harap dikongsikan kepada seramai mungkin kenalan. Terima kasih.
Suami Tak Kedekut, Kajian Ini Buktikan Rela Habiskan Duit Gaji Untuk Isteri Dan Keluarga.
Jangan anggap suami ni suka main kayu tiga aje, ada juga sisi baik terhadap lelaki terutama yang bergelar suami!
Sebenarnya lelaki adalah bersikap pemurah dan tidak berkira kepada pasangannya dengan tidak lokek untuk menghabiskan sebahagian besar pendapatannya untuk keluarga.
Menurut kajian yang dilakukan di United Kingdom menunjukkan lelaki paling murah hati untuk mengeluarkan wang tunai. Lelaki didapati membelanjakan 21 % pendapatan untuk pasangannya. Namun sebaliknya wanita hanya 9 % sahaja untuk perkara yang sama.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi liputan 6, kajian ini dilakukan terhadap 3.999 orang, yang berbelanja online di YouGov BrandAlley. Kajian itu melihat kebiasaan membeli dan bagaimana lelaki memberi keutamaan dalam menghabiskan gajinya untuk pasangan, anak, teman, dan keluarga.
Dari 3.399 individu, 64 % mengatakan sebahagian besar pendapatan tahunannya yang diguna untuk orang lain.
Biasanya pada bulan Disember ramai orang yang menghabiskan wang mereka untuk keluarga (31% ), diikuti anak-anak (21 % ), pasangan (11 %) dan akhirnya untuk kawan-kawan dengan 1 % berbanding dirinya sendiri.
Ketua Pegawai Eksekutif BrandAlley, Rob Feldmann berkata, pada Disember berkata adalah bulan yang biasanya dalam mood berbelanja dan ia merupakan waktu yang sesuai untuk membuat tinjauan kepada pengguna mengenai tabiat berbelanja. Malah ia juga untuk mengenal pasti ke mana sebahagian besar pendapatan dibelanjakan.
“Hal ini juga menarik untuk dicatat bahwa lelaki menghabiskan lebih banyak wang untuk pasangan mereka berbanding dengan wanita,” kata Feldmann.
Semalam Buletin Utama satu laporan mengenai kesukaran penduduk di Sabahuntuk mendapatkan keperluan makanan memandangkan kawasan tersebut dalam Perintah Kawalamn Pergerakan Diperketat (PKPD).
Dalam laporan tersebut ada menyiarkan detik sedih apabila bot ronda Polis Marin RH47 dikejar oleh seorang penduduk masyarakat Bajau Laut Pala’u di Semporna, Sabah di mana mereka merupakan penduduk Kluster Bangau Bangau.
Video dari group family. Seorang pakcik kejar bot polis marine untuk dapatkan bantuan bekalan makanan sebab bekalan makanan katanya dah habis.
Keadaan di Semporna, Sabah.
Sementara pemimpin politik merangkap pembuat polisi negara sedang bercakaran berebut kuasa. pic.twitter.com/Mt8mIOo0oH
Penduduk berkenaan dikenali sebagai Pakcik Ladja mendayung sampannya menghampiri bot Polis Marin untuk memberitahu bahawa ada beberapa rumah di kawasannya tidak mendapat bantuan makanan.
“Itu Kampung Halo hujung laut. Bahagian depan sudah dapat bantuan, tapi kami tidak ada. Kami tiada makanan Tuan, sebab tu kami terpaksa turun ke laut.”
Difahamkan sebanyak 27 buah rumah di kawasan berkenaan tidak mendapat bantuan makanan dan disebabkan itu mereka terpaksa korbankan diri untuk turun ke laut bagi mendapatkan sumber makanan demi kelangsungan hidup.
Pakcik Ladja merayu semoga ada bantuan dapat diberikan kepada penduduk di Kampung Halo kerana mereka tiada kemudahan jambatan untuk ke jambatan yang dihubungkan dengan tanah besar Semporna.
Sayu hati apabila melihat usaha pakcik Ladja yang mendayung sampan uzurnya demi memohon bantuan walaupun dalam masa yang sama sampan yang dinaikinya itu sudah dimasuki air laut.
Tidak lama kemudian berita baik muncul apabila bantuan yang diminta olehnya sudah sampai ke penduduk setempat.
“Wahai orang-orang kampung… Datang kami sini, bantuan makanan sudah sampai.”
Rata-rata komen di Twitter berterima kasih atas bantuan pantas yang diberikan oleh pihak polis dan NGO yang bertanggungjawab menyampaikan bantuan.
Omg he’s so pure🥺 tak boleh betulla nampak bapa² usia begini, bernafas saja pun tersentuh sudah hati apalagi dengar durang bercakap. Semoga cukup makanan durang sana and God, please protect them from this Covid19 🙏
Alahai kesiannye yg mungkin jiwa seorang ayah dan suami. Semoga pengakhiran yg baik bg manusia yg ikhlas. Dan binasalah manusia yg tanpa simpati dan mungkir sumpah 🙋🏻♂️
I’m personally sad when watching this video. They are human and people of Sabah too, they comply with pkpd. God bless to Polis Marine and those NGO who helping
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.