Di saat rakyat Selangor ditimpa musibah banjir, masih ada golongan yang tidak berhati perut. Dalam diam mereka membuat kerja kotor dengan mencuri kereta tersadai.
Pendedahan tentang kes in dimuatnaik pelakon dan juga usahawan, Aeril Zafril menerusi laman Instagramnya.
“Jahanam orang tengah kena musibah. Lagi mau buat job.
Itu antara ayat kapsyen Aeril yang mendapat perhatian ramai.
Aeril berkongsi dua keping gambar yang tular mengenai pihak yang mengambil kesempatan di atas kereta yang tersadai dengan mencuri enjin. Pemilik kenderaan tersebut turut memberi komen dalam perkongsian Aeril itu.
Kereta saya yg kena ni. Mintak viralkan lagi sebab diorang masih aktif buat keje. Supaya ramai tak terkena mcm saya🥺
Kes tersebut berlaku Di sebuah pasaraya yang terletak Di seksyen 23, Shah Alam. Pencuri tersebut katanya sudah siap mencabut bateri dan plat nombor.
Perkongsian suami kesayangan Wawa Zainal itu meraih perhatian ramai. Rata-rata melahirkan rasa marah dan meminta pihak berkuasa memantau kejadian sebegini supaya tidak berulang.
Anak Tunggal Jatuh Motosikal Mainan, Menangis Berteriak Sebelum Meninggal Dunia.
Hati ibu ayah mana yang tidak sebak apabila anak yang dinantikan sekian lama akhirnya menemui Maha Pencipta Yang Maha Esa. Lebih menyedihkan anugerah Ilahi itu dikurniakan setelah tujuh tahun melayari bahtera rumahtangga.
Detik cemas yang pastinya tidak akan dilupakan sepanjang hidup buat kedua pasangan suami isteri ini apabila anak yang baru berusia tiga tahun jatuh ketika bermain motosikal mainan disahkan meninggal dunia.
Menerusi perkongsian Mr Wan Cai Official kisah duka ini begitu meruntun jiwa apabila kedua ibu bapa bersama anak tunggal kesayangan buat kali terakhir sebelum disemadikan ditanah perkuburan Islam Selat Klang.
Ikuti perkongsian berikut.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
7 tahun menunggu cahaya mata. Pulangnya seorang anak tunggal kepada Maha Pencipta. Sayang tidak semestinya memiliki.
Redha walau tersakiti. Jatuh airmata melihat seorang ayah menunaikan bakti terakhir buat anaknya.
Sebak melihat kasih seorang ibu membawa kesyurga. Bayangkan kesedihan yang dilalui oleh mereka.
10 tahun melayari bahtera perkahwinan.Dikurniakan cahaya mata selepas 7 tahun menanti. Kebahagiaan yang hadir sudah terhenti.
Anak yang dikasihi kini telah pergi. Hanya kenangan selama 3 tahun 6 bulan tersimpan rapi.
Allahuakbar!
Jasad terbujur kaku ini dikenali dengan dengan nama panggilan adik fazly. Baru berusia 3 tahun 6 bulan dan anak tunggal dalam keluarganya.
ASBAB KEMATIAN
Punca kematiannya asbab terjatuh sewaktu sedang bermain motosikal mainan bateri.
Berkemungkin kepalanya mengalami kecederaan dalaman akibat hentakan kuat ketika terjatuh.
Kejadian malang yang menimpa adik Fazly berlaku pada 16 ogos sekitar 08.00 pagi.
Ketika itu adik fazly sedang bermain motosika mainan tersebut dengan ditemani oleh ibunya dihadapan rumah.
Adik fazly dikatakan terjatuh ke belakang dari motosikal menyebabkan kepalanya terhantuk dilantai simen.
Selepas terjatuh adik fazly berteriak menangis seperti menahan kesakitan yang amat sangat.
Si ibu yang panik terus mendapatkan adik fazly untuk melihat kesan kecederaan yang dialami oleh anaknya.
Si ibu mendapati tiada sebarang kesan kecederaan yang ada dikepala adik Fazly.
Namun adik fazly dikatakan tiba-tiba berhenti dari menangis dan tidak sedarkan diri.
Si ibu yang panik cuba memanggil nama anak kesayangannya itu sambil mengoyangkan tubuh badannya.
Tetapi adik Fazly tidak menunjukkan sebarang tindak balas walaupun si ibu memanggil namanya.
Si ibu yang ketakutan telah menghubungi suaminya yang ketika itu sedang berkerja.
Si suami yang pulang kerumah menjadi semakin panik bila melihat keadaan anaknya.
20 MINIT TERIMA RAWATAN DISAHKAN MENINGGALKAN DUNIA
Adik Fazly terus dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang setelah si bapa tiba dirumah.
Dalam perjalanan ke hospital pasangan suami isteri ini tidak putus-putus berdoa.
Mereka berharap adik Fazly dapat diselamatkan. Mereka mahu melihat adik Fazly membesar seperti kanak² yang lain. Kerana bagi mereka adik Fazly adalah kunci kebahagiaan dalam keluarganya.
Si bapa yang membawa adik fazly tiba dibahagian kecemasan hospital sekitar pukul 10.00 pagi.
Adik Fazly bergegas dibawa masuk kedalam wad kecemasan untuk dirawat.
Namun pasangan suami isteri ini menerima perkhabaran duka. Anak kesayangan mereka tidak dapat diselamatkan.
Jantung adik Fazly terhenti setelah 20 minit menerima rawatan. Waktu kematiannya dicatit pukul 10.20 pagi bertarikh 16 ogos 2022.
Si ibu dan si bapa tidak dapat menahan sebak.Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah tiada.
Jasad adik fazly telah dibawa ke unit forensik untuk diambil ujian saringan covid-19 sebelum dibedah siasat.
Punca kepada kematian adik Fazly masih lagi dalam siasatan.Ibu bapa adik Fazly telah dimaklumkan oleh pihak doktor forensik.
Ujian makmal akan mengambil masa sebelum punca sebenar kematian adik Fazly diketahui.
Lalu ibu bapa adik fazly telah menghubungi talian hotline kami.Mereka mahu mendapatkan bantuan pengurusan untuk jenazah anaknya.
Kami menyatakan kesediaan untuk membantu. sudah semestinya kami tidak akan menolak.
Membantu pengurusan terakhir untuk adik fazly adalah tanggungjawab kami. Adik fazly adalah satu amanah kiriman Allah.
Jadi kami harus tunaikan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Dan Alhamdulillah adik fazly telah kami uruskan cara yang paling sempurna.
Jasadnya selamat disemadikan ditanah perkuburan Islam Selat Klang.
Ketika video ini dimuat naik yakini adik Fazly sedang leka bermain bersama rakan-rakan yang lain. Semoga adik Fazly bergembira didunia barunya.
Buat ibu dan bapa adik fazly. Banyakkan bersabar. Redhakan pemergian anak tunggal mu itu.
Allah memilih adik Fazly kerana Allah sayang. Ada hikmah disetiap ketentuan yang berlaku.
Salam takziah dari kami unit khas van jenazah. Al-Fatihah buat adik fazly! Yang sudah bergelar ayah dan ibu mohon share video ini
Nak makan sayur apa. Petik je tepi rumah. Fresh tanpa racun perosak.
Melihat posting Nadia di Kelab Kaki Deko dengan berkongsi gambar tanaman yang subur di laman rumah mengundang rasa cukup teruja.
Lalu kami hubungi dan apabila diajukan pertanyaan kenapa memilih tanam sayur berbanding bunga-bungaan, ni jawabnya.
Saya pilih menanam sayur berbanding bunga kerana saya rasa puas bila dapat makan hasil tanaman sendiri.. Bunga tak boleh makan.
Rasa berbaloi dan boleh jimatkan duit belanja dapur.. Selain tu, kebersihan dan kesegaran sayur tu buatkan kita tak rasa ragu-ragu bila nak masak dan makan..
Family yg lain turut jaga laman ni. ABAH! Orang paling rajin jaga semua pokok sayur ni. Dia suka menanam. Bila dah dapat hasil, lagi bersemangat nak menanam juga.
Sayur ni semua untuk makan sendiri je. Bagi saudara mara.Bagi jiran tetangga.Tak jual pun. Kalau orang nak saya bagi je.
Bagaimana saya dapatkan benih?
Ya, saya beli dekat pasaraya je. Ada dekat mydin, cowboy, homepro. Majoriti beli dekat sini jee.
Bercerita tentang rutin harian penjagaan laman sayurnya. Nadia tidak lokek berkongsi tipnya.
RAJIN BELEK!Tu rahsia dia. Rajin tengok, rajin belek, rajin cakap dengan dia. InsyaAllah, cepat membesar dan menjadi. Pokok pun hidupan jugak. Kena belai, kena sembang-sembang. Tu bagi saya la.
BAJA! Yang ni wajib. Saya guna Baja tahi ayam + Baja organik je. Yg ni saya beli dekat pasar tani. Kedai nursery pun ada jugak baja ni.
AIR BAWANG PUTIH!Ni antara petua dan rahsia nak elakkan pokok kena serangan. Rajin sembur air bawang putih waktu pagi. Serangga memang tak berani nak dekat. So pokok pun akan lebih sihat dan menjadi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.