Nak Pergi Dataran Tapi Takut Jem, Wargamaya Kongsi Tip Siap Bagi Peta Lagi, Confirm Tak ‘Stuck’.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke 65 sudah tentu ramai yang teruja untuk meraikan acara sambutan ini secara besar-besaran.

Berbanding acara tahun sebelum ini, yang dilaksanakan secara sederhana akibat pandemik COVID-19.

Kini pastinya acara gemilang ini disambut meriah dengan perarakan pelbagai kontinjen penuh warna-warni, kenderaan berhias, jentera serta aset keselamatan negara, selain persembahan muzikal, sekali gus menyemarakkan semangat kemerdekaan yang dikecapi negara sejak 1957.

Namun seperti biasa orang awam yang merancang untuk meraikan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka perlu membuat merancang perjalanan pada hari tersebut. Sudah pastinya banyak jalan yang akan di tutup dan akan berlaku kesesakan di sesetengah kawasan.

Bagi yang bercadang untuk ke Dataran Merdeka, perlu tahu persiapan awal apa yang perlu dilakukan untuk ‘stuck’ ketika acara bermula.

Menerusi menerusi group Family Camping Malaysia, Md HerMan bertanyakan mengenai cara untuk ke dataran merdeka untuk melihat perarakan kemerdekaan. Dia juga turut meminta pandangan ramai sama ada menggunakan kemudahan awam atau kenderaan sendiri untuk ke sana.

Pertanyaannya mendapat banyak respon daripada wargamaya yang berpengalaman mengikuti perarakan merdeka. Malah ada yang berkongsi ‘check list’ dan jadual perjalanan kenderaan awam.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

Nak Pergi Dataran Tapi Takut Jem, Wargamaya Kongsi Tip Siap Bagi Peta Lagi, Confirm Tak ‘Stuck’.

Nak Pergi Dataran Tapi Takut Jem, Wargamaya Kongsi Tip Siap Bagi Peta Lagi, Confirm Tak ‘Stuck’.

DATANG AWAL DAN GUNA KEMUDAHAN AWAM

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamamaya memberikan pandangan dataran merdeka akan mengalami kesesakan jalan raya yang melampau. Ada juga mencadangkan menggunakan kenderaan awam seawal pagi 4.30 pagi.

Antara tip yang dikongsi adalah seperti berikut

IKLAN

TIP 1

1. diminta datang awal utk duduk port cantik
2.beli nasi lemak or breakfast siap2 , nnt makan je kt situ
3. awal 4/5 am , subuh dkt masjid jamek or negara . mgkin esok lgi awal kalau nk port cantik.
4.nk park kereta dkt area dataran pon boleh , cuma kena datang awal
5. park dkt any LRT , and naik LRT turun masjid jamek
6. bawa air , kipas , payung , tisu
7. pakai kasut and baju bersesuaian
8. jgn seronok duduk kerusi atas2 haha jauh pandangan luas pemandangan

Nak Pergi Dataran Tapi Takut Jem, Wargamaya Kongsi Tip Siap Bagi Peta Lagi, Confirm Tak ‘Stuck’.

 

TIP 2

“Saya dari klang, akan gerak pukul 5 pagi naik lrt turun dekat masjid jamek.. so dari masjid jamek jalan kaki da dekat da ke dataran.. mmg kene dtg awal pagi.. pukul 7 pagi da nampak kepala org je.”

 

TIP 3

IKLAN

“Naik kereta lepastu pegi lrt glenmarie sis.. situ byk tapak parking.. so dari lrt glenmarie terus ke lrt masjid jamek.”

TIP  4

“Byk jalan tutup bang.. jem.. n kene keluar awal..
boleh naik LRT, turun masjid jamik.. lps tu jalan sikit ke Dataran Merdeka..
try tgk map.. line 3 atau line 5… boleh parking dekat mana2 stesen LRT yg tak masuk KL..”
Nak Pergi Dataran Tapi Takut Jem, Wargamaya Kongsi Tip Siap Bagi Peta Lagi, Confirm Tak ‘Stuck’.
TIP 5
“Saya datang semalam masa full reheasal. Port selesa depan bangunan dbkl.. ade kerusi penonton & bawah pokok. Redup n x panas. Clear je dpt tgk perbarisan & jet/ heli tentera..”

 

TIP 6

“Waktu operasi tren sempena Hari Kebangsaan akan bermula pada 4:30 pagi. Turun di Stesen Masjid Jamek atau Pasar Seni, disarankan datang awal pagi untuk mendapat tempat duduk yang berhampiran pentas utama.”

Nak Pergi Dataran Tapi Takut Jem, Wargamaya Kongsi Tip Siap Bagi Peta Lagi, Confirm Tak ‘Stuck’.

TIP7

“Kalau ikut pengalaman yg sememangnya pejabat saya di bangunan sultan abdul samad tu sebaiknya naiklah pengangkutan awam klu nak bawak keter sebaiknya park di taman tasik perdana tu dekat dgn masjid negara… kener sampai sana sblm kul 6 pagi n boleh subuh dimasjid tersebut dan berjalan kaki ke dataran merdeka.”

TIP 8

IKLAN

“Jam 4 pagi jalanraya sekitar situ dah mula sibuk, better bermalam kat hotel sekitar situ..”

Sumber: Md HerMan 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Nak Pergi Dataran Tapi Takut Jem, Wargamaya Kongsi Tip Siap Bagi Peta Lagi, Confirm Tak ‘Stuck’.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI